Thursday, January 1, 2015

Kisah di Usia 21


Waktu umur aku 21 tahun, aku kenal seorang lelaki. Boleh dikategorikan lelaki yang punya rupa but aku tak tertarik pada dia sebab masa tu aku masih suka pada ex crush aku yang disaster itu.

Aku dalam ingat tak ingat macam mana aku kenal dia, tapi kami satu universitu tapi different course. Tapi kami satu kolej penginapan. And we have each other’s number. Kengkadang( waktu itu) akan mesej tanya itu tanya ini… sehinggalah dia out of sudden mintak gambar aku.

Aku dalam hati waktu tu, kan dah pernah jumpa buat apa bagi gambar? Lainlah kalau tak pernah kenal ke. Tapi aku memang tak suka dan simpan gambar. Even gambar sendiri. Haha. Setelah bermain tarik tali, maka aku pun bagi gambar aku thorugh MMS. Tapi itu pun setelah dia send gambar dia dulu kat aku.

Once dia dapat gambar tu, terus diahantar SMS cakap aku comel. Kah kah kah. Korang tahu reaksi aku macam mana waktu tu? Macam sedang berterbangan di angkasa bersama bulan dan bintang.

So nak dijadikan cerita, ada satu malam dia ajak aku melepak. AKu pun iyakan saja sebab masatu aku tengah bosan and plus esok cuti and plus ramai yang balik kampung. kitaorang lepak dalam kolej je. Tu pun kat tempat ramai orang.

Tak sampai 30 minit, kitaorang blah. Tak borak apa-apa pun. Dia tak cakap apa-apa pun. Dia duk borak dengan member pompuan dia yang tetiba  muncul entah dari mana. Oh, dia belanja aku aiskrim. Haha.

So bila aku sampai bilik, dia hantar SMS…

“Geram nak cium awak tadi…”

And I was like WTH dia ni. Aku tak ingat apa yang terjadi lepas tu tapi aku ingat malam tu terus aku ngadu kat kawan lelaki aku. Dan malam tu memang teruk ah kena membebel dengan kawan lelaki aku.

So, lepas tu aku pun dah tak layan dia sangat. Sehinggalah ke hari ini. Macam entah… aku pun tak penduli dah dia. 

Aku rasa setiap orang pernah alami insiden yang membodohkan. 

Okaylah. Tu je nak ditulis. K bye.



 

5 comments:

  1. hahah.. penah juga mcm tu.. terus tak contact

    ReplyDelete
  2. Haha kau kena umur 21. Aku masa 15 tahun kenal dgn mamat gila seks mana entah. Seram tahap tak hengat!

    ReplyDelete
  3. Carefully reen..dia test ko tu..kalau beri respon lg menjadi..apa2pun..semua bermula dgn gambar..eh..dah lama xguna MMS..hehe

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.