Friday, January 30, 2015

Kedua #2




Loceng apartmennya berbunyi tatkala dia sedang mengeringkan rambutnya. Dibiarkan seketika. Rasanya dia sudah tahu gerangan yang menekan loceng apabila telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama Amir Haikal di skrin. Dia mengukirkan senyuman kemenangan. Perlahan-lahan dia melangkah ke arah pintu dengan jubah mandi masih tersarung di badannya.

“Hi…” satu sapaan kedengaran tatkala dia membuka pintu. Sejambak bunga ros merah jambu dihulurkan padanya.

“It’s for what actually?” Sengaja Tania menduga. Jual mahal katakan. 

Amir menarik nafas. Dia tahu Tania terluka dengan kejadian sebentar tadi. Sengaja dia membeli bunga ros merah jambu kesukaan Tania untuk memujuk.

“It’s for what happen a few hours ago. You tak nak bagi I masuk?”

Tania mengukirkan senyuman menggoda. Bukannya dia terluka dengan kejadian tadi. Lagipun, bukan dia yang cedera. Zara! Zara yang menjadi mangsa. Itulah siapa suruh menaikkan marahnya. Tapi dia tertanya-tanya, adakah Zara tahu niatnya yang sebenar? Tak mungkin!

“Tania?” Sekali lagi Amir bersuara.

“Sorry… I was thinking. Ermm… masuklah.” Tania mengambil jambangan bunga di tangan Amir sebelum membenarkan lelaki itu masuk.

Amir mengukirkan senyuman sebelum melabuhkan punggung di sofa. Dia memandang sekeliling apartmen Tania. Kelihatan moden dan ringkas. Dia teringatkan hiasan dalaman rumah yang diduduki bersama Zara. Katanya Mummy, Zara yang menghias rumah mereka sebab Zara adalah pereka hiasan dalaman.

“So, apa yang buat you datang sini?” Sengaja Tania bertanyakan soalan sedemikian. Dia mengambil tempat di sebelah lelaki itu. 

“I datang nak pujuk you. Somebody said you already left. So, here I am.” Amir memandang Tania. Kalaulah Tania tidak menolak lamarannya beberapa tahun lalu, sudah tentu wanita ini yang menjadi isterinya. Dan tidak perlulah dia mengikuti permintaan neneknya yang mahu dia mengahwini Zara Amani itu.

“I rasa I dah naikkan kemarahan isteri you bukan? I never thought that she will treat me like that… I just nak berbaik dengan dia and she…” Tania memainkan lakonannya, berpura-pura kesal dengan kejadian tadi.

“Apa yang you buat sampai dia simbah air kat muka you?” Amir menyoal. Dia rasa dia harus mendengar dari kedua-dua pihak walau Zara tidak mahu berkata sepatah tentang itu.

Tania telan air liur. Takkan mahu diceritakan hal sebenar? Itu cari maut namanya. Ah… tapi sekurangnya aku tahu yang Amir akan menyebelahi aku walau macam mana sekali pun. Amir cintakan aku bukan cintakan Zara.

“I tak tahu. I nampak dia seorang diri dan I cuba nak berbual. After all, I ingat nak minta maaf kat dia pasal hal dekat reunion kita yang I macam insult dia before I know yang dia actually your wife.” Tania berbohong. Dia sengaja mahu menaikkan marah Zara dengan memberitahu hal sebenar tentang hubungannya dengan Amir namun yang naik marah adalah dirinya bukan Zara.

Amir menelan air liur. Takkanlah sebab itu sahaja Zara sanggup menyimbah air ke muka Tania? Mesti ada sesuatu. Zara Amani yang dia kenal bukan seperti itu. Zara takkan marah melainkan ada sesuatu telah menganggu kehidupannya. Adakah Zara tahu hal sebenar?

“You rasa dia tahu tentang kita?” Soalan Tania benar-benar membuatkan Amir gelisah. 

“What makes you think like that?”

Tania mengukirkan senyuman jahat. Dia tahu Zara sudah tahu sebelum dia beritahu tapi wanita itu hanya berlagak seperti tidak mengetahui apa-apa. Dan sekarang Zara sudah mengetahui hal yang sebenar, lagi senang kerjanya. Sekurangnya Zara tahu Amir itu miliknya bukan milik Zara walhal yang berkahwin dengan Amir adalah Zara bukan dirinya.

“Just thinking… if kalau dia tahu, apa yang akan jadi?”

Amir menelan air liur. Tidak pernah terlintas di fikirannya Zara akan mengetahui mengenai hubungannya dengan Tania. Mungkin Zara tidak akan ambil kisah. Tapi kalau diketahui oleh keluarganya? Adakah jawatan CEO yang disandangnya saat ini akan ditarik balik?

“I don’t think that she knows about us.” Dengan yakin Amir berkata. Dia yakin Zara tak akan ambil apa-apa tindakan jika wanita itu mengetahui hal sebenar. Zara seorang yang berhati batu. Dia harap andaiannya ini benar. 

“Kalau dia tahu sekali pun, I akan lindungi you,” tambah Amir lagi. Risau juga sebenarnya. Kalau Zara cuba mengapa-apakan Tania. Dia teringat ayat Zara tadi,wanita itu membenci Tania. Atas sebab apa, dia tidak tahu. Kali ini dia harap Zara tidak tahu hal sebenar.

Tania mengukirkan senyuman menggoda. Dia sudah tahu itu. Amir akan berada di sisinya walau macam mana sekali pun.

“Let’s talk about something else,” Amir cuba mengubah topic. Malas sebenarnya untuk memikirkan tentang hal itu. Tambah-tambah lagi ia berkaitan dengan Zara. Tiba-tiba sahaja rasa marah muncul bila teringatkan Zara. Wanita itu tak pernah berubah.

“Okey. Nak cakap pasal apa? You nak overnight kat sini ke?” Senyuman menggoda dilontarkan oleh Tania. Sengaja mahu mengoda lelaki itu.

Amir mengukirkan senyuman nakal. Pipi gebu Tania diusapnya. Senyuman makin melebar bila Tania memberi kucupan di bibirnya.

“I can't tonight.”

Jawapan Amir mengecewakan Tania.

“Why?”

“Sebab, I baru gaduh dengan isteri I in public and for sure berita ni akan sampai ke pengetahuan keluarga I. And kalau I tak balik malam ni… for sure they will know about us.”

Tania mengeluh. Ada betul juga apa yang dikatakan oleh Amir. Zara menantu kesayangan. Walau betapa Amir sayangkannya, Zara tetap akan jadi pilihan keluarga Amir. Dia tahu itu saat Amir memberitahu Zara itu pilihan keluarga.

“Apa kata esok? I belanja you lunch?” Amir cuba memujuk apabila menyedari riak muram di wajah Tania.

Tania mengangguk sebelum mengiringi Amir ke pintu. 

“I see you in office tomorrow ok?,” ujar Amir sebelum memberi kucupan di pipi Tania. 

Tania hanya mampu mengukirkan senyuman tawar setelah kelibat Amir menghilang. Ah… ini semua salah Zara. Dia harus berbuat sesuatu sebelum Zara menewaskannya. Zara itu bukan calang-calang orang. Dia tersalah membuat anggapan pada wanita itu. Zara itu diam ubi berisi! Dia harus berbuat sesuatu. Mesti!




No comments:

Post a Comment

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.