Friday, January 2, 2015

Hidup



Kadang kadang dia lupa, apa yang berlaku saat ini semuanya adalah ujian dari DIA. Mengeluh tanpa dia mahu. Menangisi setiap pemergian manusia dari hidupnya. Bergelak ketawa bersama manusia-manusia yang dia sayang. 

Kadang-kadang dia lupa apa yang dia ada saat ini, semuanya dari kasih sayang DIA. Dia ada apa yang perlu. Dia ada apa yang DIA beri. Semua cukup sempurna. Walau dia mahu lebih dari itu. 

Dia manusia yang tamak, bukan?

Dia manusia yang tidak tahu erti bersyukur, bukan?

Dia sedar pada hakikatnya semua ini adalah sementara. Segala-galanya bakal menjadi kenangan dalam hidupnya satu hari nanti. Manusia-manusia yang pernah dia sayang. Harta benda yang dia pernah peroleh. Segalanya bakal menjadi kenangan.

"They are now stranger with some memories."

Itujuga ujian Tuhan, bukan? 

Manusia datang dan pergi.






2 comments:

  1. People come and go. So we are. Kita pun macam watak picisan je dalam hidup orang lain, atas dunia ni.

    ReplyDelete
  2. Betul..tuhan turunkan ujian dalam 2 bentuk..kesenangan dan kesusahan..

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.