Wednesday, January 21, 2015

Cerpen: 45 minit.



Di satu hari yang damai, ada seorang perempuan mahu bertemu kawan lelakinya. Oh lelaki itu sebenarnya lewat 45 minit dari waktu yang dijanjikan. Walau hal yang sebenarnya perempuan itu tak suka menunggu lebih dari 30 minit, dia menunggu saja dengan sabar sebab katanya sabar itu adalah separuh dari iman. Lagipun, lelaki itu adalah salah satu manusia kesayangannya.

45 minit, perempuan itu bazirkan masanya menunggu lelaki itu. Disebabkan dalam beg tangannya, ada sebuah  buku maka 45 minit tidaklah terasa lama.

Apabila lelaki itu muncul, si perempuan itu masih cuba untuk tersenyum walau dalam hati agak berkecil hati dengan lelaki itu. Yelah, siapa yang tidak marah kalau janji tidak ditepati. SMS dihantar, call but tak dijawab. 15 minit lewat dari waktu dijanjikan, baru ada respon.

Aku lewat sikit. Baru keluar office.

Dan selepas pesanan makanan diambil, lelaki itu mendiamkan diri. Tidak pula mahu meminta maaf diatas kelewatannya. Terus-terus datang, order makanan dan hadap handphone. Si perempuan masih lagi bersabar . Pujuk dirinya supaya jangan buat perangai depan orang ramai.

Untuk pengetahuan, Damya, nama perempuan itu bukanlah seorang perempuan yang sopan santun. She is hot temper girl tapi depan Alif je Damya tak tunjuk hot temper-nya.  5 minit perhatikan Alif dengan handphonenya, barulah Alif bersuara.

“Kenapa kau nak jumpa aku?”

Damya tarik nafas. Tak mahu marah. Kesabaran Damya tak adalah banyak lagi. Silap hari bulan, Damya angkat punggung, keluar dari restoran tapi sebab nak jaga air muka Alif dan dia, Damya sabar lagi.

“Tak boleh eh jumpa kau?” ayat Damya itu lebih kepada sindiran.

Alif jungkit bahu. “Entah. Kau jarang ajak aku keluar. Kalau aku ajak kau keluar sekalipun, kau sibuk. Akan ada macam-macam alasan dari kau.”

Damya mencebik. Bebelan Alif lah yang paling dia tak suka. Penuh dengan sindiran. Tertanya-tanya adakah perangai lelaki semuanya sama?

“Kalau aku ajak kau keluar sekalipun, kau pula yang sibuk,” balas Damya sinis.

Alif senyum saja. Dia kembali diam. Bertikam lidah dengan Damya tak akan pernah tamat. Sebab itu dia lebih gemar mendiamkan diri setiap kali Damya membalas kata-katanya.

Damya perhatikan Alif yang kembali diam itu sambil otaknya ligat mencari topic perbualan. Atau dalam bahasa halusnya, Damya cuba untuk curi perhatian Alif tapi tidak berjaya. Mereka diam sehingga makanan tiba ke meja. Dan Alif kekal pada telefon bimbitnya.

Dan entah macam mana laju saja mulut Alif buka cerita tentang seorang perempuan yang berjaya tawan hatinya. Damya dengar saja. Walau hatinya saat itu dah rasa macam disiat-disiat. Dia mahu menangis di situ jugak tapi  Damya tahan. Tak mahu Alif terkejut dengan air matanya yang tiba-tiba mengalir. 

Habis saja bercerita, Alif kembali menghadap telefonnya. Tanpa menyedari tingkah laku Damya yang sudah berubah.

 45 minit berlalu dengan sia-sia.  Hadiah yang Damya mahu bagi pada Alif hanya dibiarkan saja dalam beg.  Nampaknya bukan rezeki Alif untuk terima hadiah itu. 

Dan itu adalah kali terakhir Dmya bertemu Alif. Dan hadiah itu kini berada di tangan orang lain.


The end


Reenapple: Pendek kan cerpen ni. Kah kah kah. K bye. 




2 comments:

  1. Salam, pendek tapi best! Aku pun jadi mcm kurang sabar tgk alif buat macam tu. Hahaha mungkin sebab nama dia Damya, so aku feeling lebih sikit, muahahaha ;D

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.