Monday, January 5, 2015

3 Tahun,




Dulu, pernah dia menanti seorang lelaki. Katanya lelaki itu, 

"Saya akan kembali." 

Dan dia pegang janji lelaki itu. Satu tahun menginjak kepada tiga tahun. Dan lelaki itu masih belum kembali seperti yang pernah dijanjikan. 

Dia mengeluh. Mengeluh pada kebodohan sendiri. Kebodohan mempercayai janji itu.

Tiga tahun yang lalu..

"Awak tipu kan?"

"Tak. Saya pasti akan kembali. Saya janji."

"Bila awak akan kembali?"

"Tiga tahun?"

"Kenapa tiga tahun?"

Lelaki itu jungkit bahu sambil tersenyum. Tiga tahun hampir tiba. Mahu terus menanti atau move on saja?


Reenapple: Sesuatu yang pernah aku karang di tahun 2011. :)



6 comments:

  1. "Cukup 3 tahun kalau tak kembali juga saya terus move on."

    ReplyDelete
  2. Gila apa suruh org tunggu 3 tahun..supaya apa?test market?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melankolik je. Tak yah emo sangat komen tu. Hahaa

      Delete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.