Thursday, December 17, 2015

Lelaki




Kadang-kadang, sebab aku pernah suka lelaki lelaki yang aku pernah tersuka tanpa sengaja, mostly it's not about their appearance. If diorang buat aku selesa, macam itu, macam ini, then akan timbullah perasaan aneh. Good looking atau tak maybe itu second choice. Tapi majoriti lelaki lelaki yang aku pernah suka, muka diorang not bad lah. Haha. 

So, bila orang tertanya apakah ciri-ciri lelaki idaman aku, aku tak boleh jawab itu.

Kenapa tertulis ini? Sebab pagi ni pergi stalk Ex-Crush. Tak tahu lah nak gelar dia as a crush atau tak. Sebab I just liked him more than a friend just a few month only. Lepas tu feeling tu hilang after buat istikharah. He's not for me. Lagipun aku pernah mimpi dia kahwin with a girl yang aku tak tahu siapa. Bila aku cerita pada dia, dia just cakap "Mimpi mainan tido."

Oh well. I think I starting like you as a friend now. 

K. Bye. 

Friday, December 4, 2015

Promosi: Kedua




Sukacita dimaklumkan Kedua dah ada dalam versi cetak. Ekhemmm. And untuk yang dah baca kat blog, percayalah tak sama dengan versi cetak. Ada tambahan bab dan sedikit perubahan. Muahahaha. 

Anyway... tu je nak gtau. :)




Thursday, November 19, 2015

Stick & Stones: Epilog


[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14] [#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26] [#27] [#28] [#29] [#30} [#31] [#32] [#33] [#34] [#35] [#36] [#37] [#38] [#39] [#40] [#41] [#42] [#43] [#44] [#45] [#46] [#47] [#48] [#49] [#50] [#51] [#52] [#53] [#54] [#55] [#56] [#57] [#58] [#59] {#60] [#61] [#62] [#63] [#64] {#65] {#66}


Dua tahun kemudian….

Adam tersedar dari tidur tatkala terdengar jeritan Amily. Lantas dia bangun dan meluru ke arah Amily yang berada di sofa di hujung katil.

“Sayang, kenapa ni?” Soal Adam tatkala melihat wajah Amily yang pucat. Isterinya itu seperti sedang menahan kesakitan,

Amily diam. Dia tidak mampu bersuara. Dia sebenarnya langsung tidak tahu bagaimana mahu jelaskan kesakitannya. AKhirnya dia tunduk ke bawah, memandang lantai yang telah basah.

Adam telan air liur. Dia tahu apa petanda lantai basah di hadapannya. Itu adalah air ketuban. Dan itu bermakna Amily ini bakal melahirkan anak mereka. “You tarik nafas dulu. Just breathing.” Adam membantu Amily bangun sebelumm mencapai beg beg yang telah disediakan untuk dibawa ke hospital. Nasib baik Amily menyiapkan semua keperluan bayi mereka awal. Jadi, tidak perlulah dia kelam kabut seperti keadaan sekarang ini. 

Adam kemudian perlahan-lahan membantu Amily memasuki ke dalam kereta sebelum dia menghidupkan enjin kereta. Dalam kepalanya hanya satu destinasi saja yang harus dia tuju. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Adam meluru ke arah Doktor Elaine, di saat wanita itu keluar dari bilik bersalin. Dia mahu tahu keadaan isteri dan anaknya. 

“Congratulations, Adam. You are now officially a father.” Doktor Elaine mengukirkan senyuman.

Adam tarik nafas lega. “And Amily?”

“She’s fine.”

“Our baby?”

“They are both look perfectly healthy.”

“They?” Adam kerut dahi.

Doktor Elaine angguk. “Amily mengandungkan anak kembar. Dia tak bagitahu you tentang itu?”

Adam telan air liur. Tidak pula Amily beritahunya itu. 

“It’s a boy and a girl,Adam.” Doktor Elaine bersuara lagi.

Adam mengukirkan senyuman sambil angguk kepala. “When I can meet her?”

Doktor Elaine senyum lagi. “Selepas kami pindahkan dia ke bilik pesakit.”

Adam angguk lagi. Dia kemudian memerhatikan saja kelibat Doktor Elaine hilang di balik lorong itu. Dia tersenyum sendirian. 

30 minit kemudian, dia tiba di bilik di mana Amily ditempatkan. Di saat dia melangkah masuk, Amily sedang berbual sesuatu dengan Dr. Elaine. Wajah isterinya itu kelihatan penat tapi masih kelihatan gembira. 

I will leave both of you alone,” ucap Dr Elaine dengan senyuman sebelum melangkah keluar bersama dua orang jururawat.

Adam mengukirkan senyuman sebelum mengambil tempat di sebelah Amily. “I have seen our babies.” Tangannya membetulkan helaian rambut yang terjuntai di dahi Amily.

“How they looks like?” Soal Amily dengan senyuman.

“Cute. They have eyes like you.

Amily senyum lagi. 

You tak bagitahu I pun yang kita bakal ada anak kembar.” Tangan Adam mengusap pipi Amily pula. 

“I nak bagi kejutan untuk you. Do you like that surprise?”

Adam angguk kepala dengan senyuman. “I really really really like that surprise, sayang.” Satu kucupan singgah di dahi Amily. 

“Jadi, you dah fikir nama untuk anak kita?”

Adam angguk. “Seperti yang dijanjikan, you bagi nama untuk anak lelaki dan I akan bagi nama untuk anak perempuan.”

Amily ketawa kecil. “So, what is her name?”

Adam senyum. “Adrina Daniella. And our son?”

“Sebab you bagi nama Adrina, jadi I akan namakan anak lelaki kita, Adriel. Adriel Mikhael.”

“Such a handsome name.

Amily ketawa kecil. Pandangan bertaut dengan pandangan Adam. Dia senyum pada lelaki itu. “I love you, sayang.”

“I love you too.” Sekali lagi Adam mengucup dahi Amily dengan senyuman. 

Tidak beberapa lama kemudian, daun pintu terkuak. Kelibat Encik Zafrul dan Encik Kamarul muncul bersama keluarga masing-masing. Adam menjauhkan diri dari katil, membiarkan Mommy dan ibu mertuanya berada di sisi Amily.

“Congratulations on being a father, Adam,” ucap Encik Kamarul dengan senyuman. Bahu anak lelakinya itu ditepuk mesra sambil matanya memandang menantunya. 

“Thanks, Daddy.”

Dan kamu berdua akan tahu bagaimana susahnya menjadi ibu bapa.” Tambah Encik Zafrul pula.

Puan Julia dan Puan Sarah mengukirkan senyuman sambil angguk kepala. 

“Your Mommy is on her way,” ucap Puan Sarah pada Amily. Selepas dia menerima panggilan dari Adam tentang Amily berada dalam wad bersalin, dia telah menelefon Katrina Wilson, memaklumkan tentang keadaan anak tunggalnya. 

Amily angguk dengan senyuman. Matanya memandang Adam yang sedang mengukirkan senyuman padanya. Dia membalas senyuman itu sambil mengharapkan kebahagian adalah miliknya selama-lamanya. 

-TAMAT-


Reenapple: The end. Terima kasih sudi baca. :)






Wednesday, November 18, 2015

Stick & Stones #66



[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14] [#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26] [#27] [#28] [#29] [#30} [#31] [#32] [#33] [#34] [#35] [#36] [#37] [#38] [#39] [#40] [#41] [#42] [#43] [#44] [#45] [#46] [#47] [#48] [#49] [#50] [#51] [#52] [#53] [#54] [#55] [#56] [#57] [#58] [#59] {#60] [#61] [#62] [#63] [#64] {#65]


Amily memandang Adam dengan hairan. Dari tadi dia mengeluarkan soalan yang sama pada suaminya itu tetapi lelaki itu hanya membalas soalannya dengan senyuman. 

Hari ini, awal-awal pagi lagi Adam telah mengejutkannya dari tidur. Nyaris-nyaris saja dia ingat dia lupa tentang penerbangan mereka yang dijadualkan esok. Dia lupa mereka akan berangkat pulang esok.

Dan selesai bersarapan, katanya Adam, ada satu kejutan menantinya. Bila dia tanya apakah kejutan yang bakal diterimanya, Adam hanya mengukirkan senyuman saja. Dan sekarang mereka berada di dalam lif. Tertanya-tanya ke mana Adam Joshua mahu membawanya. 

Setibanya di tingkat 18, Amily menuruti langkah Adam yang keluar dari lif. Sekali lagi dia tuturkan soalan yang sama dan sekali lagi Adam hanya mengukirkan senyuman pada soalannya. Makin Adam mendiamkan diri, makin dia bertambah hairan. Apa sebenarnya kejutan yang bakal dia terima?

Adam berhenti di hadapan pintu bernombor 23. Langkah Amily juga turut terhenti di situ. Dia mengerutkan dahi, tertanya apa yang Adam buat di sini. Mereka sebenarnya mahu bertemu siapa. Tapi dia diamkan saja. Dia yakin, jika dia tuturkan soalan, hasilnya tetap sama. Dia lihat saja Adam menekan butang loceng.

Beberapa seketika kemudian, daun pintu terkuak. Amily telan air liur melihat gadis di hadapannya.

“Kakak!” jerit Lydia dengan girang. Dipeluk kakak kesayangannya dengan seerat mungkin. “I miss you so much,” ucap Lydia dengan sebak. Jujur, dia rindu wanita ini. Sangat sangat sangat rindu.

“I miss you too, dear.” Amily senyum sambil menepuk belakang Lydia.

Adam yang menyaksikan kejadian itu hanya mengukirkan senyuman. Dia biarkan saja dua beradik itu melepaskan kerinduan mereka. Beberapa seketika kemudian, Amily dan Lydia melepaskan pelukan mereka dan melangkah masuk ke dalam bilik hotel.

“Mama…” Adam bersuara tatkala menyedari kelibat ibu mertuanya. Puan Sarah sedang mengukirkan senyuman pada mereka.

“Mama..” belum sempat Amily menghabiskan ayatnya, tubuhnya dipeluk erat oleh Puan Sarah. Dia terkesima tapi dia tersenyum.

“Where have you been dear?” Puan Sarah bersuara. Hatinya lega melihat Amily Katrina di hadapannya saat ini. Dua tahun dia dan suaminya tidak pernah tenang sejak Amily menghilangkan diri. Dan dua tahun itu jugalah suasana kehidupan mereka suram dan ‘tidak bermaya’ tanpa Amily.

Amily senyum kelat sebelum meleraikan pelukan Mama. Dia memandan Adam yang sedang tersenyum padanya.

“He have been waiting for you.” Ucap Puan Sarah dengan senyuman. 

Amily telan air liur. Adakah Mama sedang bercakap tentang Papa? Adakah ‘he’ yang dimaksudkan Mama adalah Papa?

“Everything will be fine, sayang,” Adam memengang erat tangan isterinya.

Amily mengeluh sebelum memulakan langkah ke arah ruang tamu. Dia lihat kelibat seorang lelaki sedang berdiri di balkoni. Dia telan air liur. Dia kenal susuk tubuh lelaki itu. 

“Abang…” Puan Sarah mendekati suaminya.

Amily telan air liur. Dia berdebar sebenarnya. Dia tidak tahu apa yang harus diucapkannya apabila melihat wajah Papa nanti. Apa yang harus dia bualkan dengan Papa nanti. 

Encik Zafrul memusingkan badanya. Matanya ke arah Amily. Lama dia memerhatikan anak sulungnya itu sebelum memandang isterinya. Dia menganggukkan kepala pada isterinya sebelum mengalihkan pandangan pada Lydia dan Adam.

“Would all of you leave me and Amily alone?” 

Amily telan air liur. Begitu juga Adam dan Lydia. Kedua-dua mereka memandang Amily dan Encik Zafrul yang kelihatan tenang.

“Tapi Papa…” belum sempat Lydia menghabiskan ayatnya, Puan Sarah mencelah. 

“Lydia, let them.”

Lydia mengeluh. 

Amily diam. Pandangan Adam padanya langsung tidak dihiraukan. Dia sedikit berdebar tapi dia akan cuba menghadapi apa jua perbincangan yang bakal terjadi nanti dengan tenang. 

“I akan berada bersama Mama dan Lydia. Call me if you need anything.” Adam baru saja berura-ura mahu mengikut Lydia dan ibu mertuanya ke pintu sebelum ayah mertuanya memanggil namanya. 

“Terima kasih sebab menjumpai Amily.”

Adam senyum sambil angguk kepala. Dia kemudian beredar bersama Lydia dan Puan Sarah. 

Amily pamer riak kosong. Dia memerhatikan saja kelibat Adam yang sudah menghilang di balik pintu..

“Have a seat,” pelawa Encik Zafrul pada Amily. Dia mengambil tempat di salah sebuah sofa yang berada di situ. 

Amily melepaskan keluhan. Dia mengambil tempat berdekatan Encik Zafrul tapi dia tidak memandang wajah lelaki itu. Mereka mendiamkan diri seketika. Untuk pertama kali dia berasa janggal berhadapan Papa.

“Amily…”

“Ayah…”

Serentak kedua-dua Encik Zafrul dan Amily bersuara. Masing-masing mempamerkan wajah kelat. Baik Encik Zafrul mahupun Amily tidak tahu bagaimana untuk memulakan perbualan. 

“How have you been?” Encik Zafrul memulakan perbualan. 

Amily senyum hambar. Dia angguk kepala. “I’ve been living very well.”

Encik Zafrul senyum kelat. Dia sebenarnya punya banyak soalan yang mahu ditanya pada anak sulungnya. Dia mahu tahu kenapa Amily lakukan itu, apa yang dilakukan oleh Amily Katrina dalam masa dua tahun dan berbagai-bagai lagi soalan. Tapi dia tidak tahu dari mana dia harus mulakan. 

Jujur, bukan niatnya untuk melontarkan ayat sedemikian dua tahun lepas. Dia berada dalam keadaan marah. Bukannya dia mahu Amily menghilangkan terus dari hidupnya. Untuk dua tahun ini, dia sedikit pun tidak pernah mampu hidup dengan tenang. Saban hari dia akan sentiasa memikirkan tentang Amily Katrina. Risau jika berlaku sesuatu yang buruk pada anak sulungnya ini. 

“Papa minta maaf untuk apa yang berlaku, Amily,” tutur Encik Zafrul lemah. Dia tahu dia yang bersalah. Kalau dia tidak memaksa Amily menuruti arahannya untuk berkahwin dengan Adam, semua ini tak akan terjadi. 

Amily pamer wajah kelat. Dia tidak tahu bagaimana dia mahu beri reaksi tentang apa yang didengarnya sebentar tadi. Dia tidak menjangkakan Papa akan menuturkan kata maaf. Bukan salah lelaki sepenuhnya. Dia. Dia yang bersalah. Dia pentingkan diri sendiri. Dia ego dan bertindak kejam pada nyawa yang tidak bersalah.

“It’s all my fault, Papa,” tutur Amily lemah. Dia memandang lantai. Masih lagi tidak berani memandang Encik Zafrul. 

Encik Zafrul senyum kelat.

If I’m not being too selfish, too evil, too heartless, this won’t happening.”

Sekali lagi Encik Zafrul senyum kelat. “I turn you into that, remember?”

Amily tarik nafas. “I never blame you for everything that happens between you and Mommy.”

Encik Zafrul mengeluh. Dia tahu itu. Anaknya ini menyalahkan bekas isterinya. Katrina Wilson yang menjadi sasaran amarah Amily bukan dirinya. Tapi penceraian tak akan berlaku jika dia berkeras pada bekas isterinya dulu.

Dan dia juga tahu hubungan Amily dan ibu kandungnya sudah pulih. Adam telah menceritakan semuanya. Tentang bekas isterinya yang sememangnya mengetahui keberadaan Amily di sini.

“Tapi ia tetap salah Papa. If I didn’t let her go, we could be a happy family.”

“Mommy said feeling always change.”

“Not all Amily. Sometimes feeling will remain still the same when we know what we want.”

Amily senyum kelat. Dia kembali mendiamkan diri. Jujur, dia janggal berhadapan dengan lelaki itu. Dua tahun tidak bertemu, semuanya kelihatan janggal baginya. 

“Kenapa Amily lakukan itu?” Encik Zafrul bersuara lagi.

“Maksud Papa?”

Encik Zafrul tarik nafas. Dia memandang anak sulungnya dengan pandangan sayu. “Leaving everything behind.”

Amily telan air liur. Dia sebenarnya tiada jawapan untuk itu. Dia tiada jawapan untuk apa yang berlaku dua tahun lepas. Dia juga tidak tahu kenapa dia mengambil keputusan drastic sebegitu. 

“I tak tahu. Apa yang I tahu, I nak mulakan hidup baru.”

“But leaving without saying good bye is not the best choices, Amily.”

Amily senyum kelat. “You said..” Amily tarik nafas. “I’m not your daughter anymore.”

Encik Zafrul mengeluh. Dia tahu itu. Dan itu lah ayat yang membuatkan dia menyesal sehingga sekarang ini. 

“You ask me to leave Adam. Papa cakap Adam tidak layak untuk bersama Amily,”tambah Amily lagi.

Sekali lagi Encik Zafrul mengeluh. “Sebelum ni, Amily tak pernah turut arahan Papa. Tapi kenapa perlu turut arahan Papa yang itu?”

Amily mengeluh. Benar, dia tidak pernah menuruti arahan Papa melainkan Papa menawarkan sesuatu balasan pada setiap arahan yang diberikan. Dia diajar sebegitu. Dan itu juga sebab mengapa dia bersetuju untuk berkahwin dengan Adam Joshua itu. Papa menawarkan Mzix Holdings padanya dan juga beberapa asset atas namanya.

“Maybe I’m sick living like that, Papa. Maybe I just want to leave everything behind and start a new life. Amily dah lama mahu lakukan itu, Papa.” Amily memandang Encik Zafrul. “… tapi Amily tak tahu bila Amily harus lakukan itu.”

“Dan biarkan Adam sengsara?”

Sekali lagi Amily telan air liur. Sebelum dia mengambil keputusan menghilangkan diri dua tahun yang lalu, dia telah berfikir sedalam yang mungkin. Mungkin Adam akan kecewa dengannya atau mungkin saja lelaki itu ketika itu akan gembira dengan pemergiannya. Dia pasti walau apa jua sekalipun, Adam akan mampu meneruskan hidup tanpanya.

“Adam deserves someone else better than me.”

“But he loves you, Amily. He never stop finding you.” Ucap Encik Zafrul dengan senyuman. Jika dulu dia yakin perkahwinan Adam dan Amily yang dibina atas dasar hipokrit tak akan pernah bertahan, tetapi sekarang ini, keadaan sudah berbeza. Dan dia sedar, banyak sebenarnya hal yang telah berubah. Cuma dia saja yang tidak ambil tahu itu. 

Ayat Encik Zafrul tidak dihiraukan. Amily memandang lelaki itu. “I am sorry for everything that I have done, Papa.”

Encik Zafrul senyum kelat sebelum melangkah ke arah Amily. Dia mengambil tempat di sebelah Amily sambil matanya memerhatikan wajah anak sulungnya. “Stop saying sorry, Amily. Papa tak pernah salahkan Amily. I already forget whatever had happened two years ago.” Ucapnya sambil memeluk erat Amily Katrina dengan penuh kasih sayang. 

Amily telan air liur lagi. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. Sedikit terkesima. Sedikit terharu dengan apa yang berlaku di saat ini. Tapi dia ukirkan senyuman. Pelukan dileraikan. “I love you, Papa,”ucapnya dengan senyuman.

“I love you too, sweetheart,” ucap Encik Zafrul dengan senyuman. Kepala Amily digosok lembut persis melayan seorang anak kecil. 

Mereka berdua ketawa. 

“Mahu beritahu apa yang Amily lakukan sepanjang dua tahun ini?” Encik Zafrul bersuara lagi. Kali ini dengan nada mesra, tidak seperti tadi, hambar dan kedengaran kecewa.

Amily senyum sambil menganggukkan kepala. Mereka akhirnya berbual dengan mesra, tanpa sedikit pun mengunkit kisah silam yang menyedihkan. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Amily melangkah masuk ke Villa Green Rose dengan tenang. Dia memerhatikan keadaan sekeliling dengan senyuman. Dua tahun dia tinggalkan rumah ini dan sedikit pun tidak ada apa-apa perubahan. Semuanya masih kelihatan sama. Dia menoleh ke arah Adam. “It didn’t change after all.”

Adam senyum. Dia geleng. “There’s nothing to change. Including my love for you.”

Amily ketawa kecil. “You are such a sweet talker.”

Adam senyum lagi. “Only for you, sayang.”

Amily senyum. 

“I nak tunjukkan you sesuatu.” Adam menarik tangan Amily ke laman rumah. 

“Sunflower?” Amily tersenyum lebar sambil memandang beberapa batang pokok bunga matahari di hadapannya. 

You pernah cabar I tanam bunga kesukaan you, bukan?”

“Dan apa yang membuatkan you pasti bunga matahari adalah bunga kesukaan I?”

“Tina.” Balas Adam dengan senyuman.

Amily ketawa kecil. “It’s realy beautiful, sayang. I love it.” Satu tangannya mengusap kelopak bunga matahari di hadapannya. Manakala tangan satu lagi mengenggam erat tangan Adam.

Adam senyum. “Let’s start a new life, shall we?

Amily senyum sambil angguk kepala.


Reenapple: Next entry is the last entry of this e novel. :)




Tuesday, November 17, 2015

Stick & Stones #65



[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14] [#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26] [#27] [#28] [#29] [#30} [#31] [#32] [#33] [#34] [#35] [#36] [#37] [#38] [#39] [#40] [#41] [#42] [#43] [#44] [#45] [#46] [#47] [#48] [#49] [#50] [#51] [#52] [#53] [#54] [#55] [#56] [#57] [#58] [#59] {#60] [#61] [#62] [#63] [#64]

“How do I look?” Dia menyoal Adam seusai lelaki itu menjengahnya.

Adam mengukirkan senyuman. “You look pretty as always, sayang.” Dia mendekati isterinya.

Amily ukirkan senyuman sebelum kembali membelek dirinya di cermin. Jujur, dia berdebar. Berdebar untuk berhadapan dengan semua orang lebih-lebih lagi keluarga mentuanya. Dia tidak tahu apa yang bakal berlaku nanti, tetapi dia akan cuba kuat, akan cuba berlagak tenang.

“I’m scared.” Amily mengeluh.

“I will protect you, sayang” ucap Adam sambiil memeluk Amily dari belakang. Leher wanita itu dikucup lembut sebelum melabuhkan dagunya di bahu Amily. Dia memandang pantulan dirinya dan Amily dalam cermin.

Amily senyum kelat. Walaupun Adam berkali-kali menuturkan ayat itu padanya, tetap tidak boleh menghilangkan rasa berdebarnya. 

Adam senyum sebelum memusingkan tubuh Amily supaya menghadapnya. “I told you I will protect you. Dan I juga dah beritahu you berkali-kali yang Mommy dan Daddy mahupun Along, sedikit pun tidak pernah benci you. They choose you from the beginning, remember?”

Sekali lagi Amily mengeluh. Dia tahu itu, tapi masih dia dihimpit rasa bersalah pada keluarga mentuanya. 

“I tak nak you sedih. I nak you senyum dan gembira hari ini. I nak bagi kejutan pada semua orang malam ini.”tambah Adam sambil tangannya mengusap pipi Amily.

Amily senyum. “It’s been two years. Ada banyak perkara yang berubah.”

Adam angguk. “It is. Ada banyak perkara yang berubah dan you akan tahu nanti. Tapi ada satu perkara yang tidak pernah berubah.” Adam senyum lebar.

“Which is?” Amily kerut dahi. 

“Cinta I pada you.”

Amily ketawa kecil. “Did I ever told you that you are such a sweetheart?”

Giliran Adam pula ketawa kecil. Tiba-tiba saja telefon bimbitnya berbunyi. Dia menjawab panggilan itu. Selepas berbual beberapa saat dengan pemanggil, Adam menamatkan panggilan.

“Daniel?” Soal Amily.

Adam angguk. 

“Then, we should be going.” Baru saja Amily memulakan langkah pertamanya, Adam tiba-tiba saja menarik lengannya.

“I have something for you.” Ditarik tubuh Amily supaya menghadap cermin semula.

Amily kerut dahi. 

“Close your eyes,” Adam bersuara lagi.

Apa yang you nak buat ni?” Amily hairan.

Adam senyum. “Just close your eyes, please?”

“Hurm…” Walaupun sangsi dengan helah Adam, Amily tetap menurut kata lelaki itu. Dia pejam mata.

Adam senyum lagi sebelum mengeluarkan seutas rantai leher mahal dari poket seluarnya. Dikalungkan ke leher Amily Katrina dengan berhati-hati. “Now, open your eyes.”

Amily buka mata. Dia telan air liur tatkala melihat seutas rantai leher yang mahal tersarung di lehernya. Dia menoleh ke arah Adam yang sedang mengukirkan senyuman. “It’s beautiful, sayang.” Dia memeluk lelaki itu. 

“That’s your first anniversary’s gift.”

“What about second anniversary gift?” soal Amily seusai melepaskan pelukan.

“Hurm…” Dahi Adam berkerut, seolah-olah sedang memikirkan sesuatu. “I didn’t think about it. I belikan you rantai itu sebelum you hilangkan diri.”

Amily telan air liur. Senyuman kelat terukir di hujung bibir. “Apa kata untuk ulang tahun perkahwinan kita yang ketiga nanti, kita pergi bercuti?”

Adam angguk tanda setuju. 

“Let’s go?” Amily memandang jam di pergelangan tangannya. Rasanya sudah tiba masanya dia dan Adam tiba di majlis yang bakal berlangsung di dewan hotel nanti. 

“One more thing,” Adam bersuara lagi sambil mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya sekali lagi. “You forget to wear this,” Sebentuk cincin disarungkan ke jari manis Amily.

Amily telan air liur. Cincin yang tersarung di jarinya saat ini adalah cincin perkahwinan yang ditanggalkannya dua tahun lepas.

“Pemilik cincin ini tidak pernah berubah. Masih orang yang sama, Amily.” Ujar Adam dengan senyuman.

Amily tarik nafas. “I thought you used to say that this ring supposedly belong to Maya.”

Adam geleng dengan senyuman. “It’s for us. The another ‘A’ is you.”

Amily kerut dahi, tidak memahami ayat Adam. 

“I tak tahu kenapa I ukirkan juga nama you pada cincin perkahwinan kita. Mungkin waktu itu I rasakan perkahwinan sepatutnya adalah sesuatu yang dibinakan atas dasar keikhlasan, dasar cinta, dan bukan dibina atas dasar hipokrit. ”

“Tapi you tak cintakan I waktu itu.”

Adam mengeluh. Dia tahu itu. “Haven’t you heard this, feelings always change?” Dia pandang Amily. Tangan wanita itu digenggam dengan erat. “I might hate you at first sight before this but for now and forever I want to stay in love you. I want to love you till the end of lives, sayang.”

Amily senyum sebelum memeluk erat lelaki di hadapannya. “I love you too, sayang.” Satu ciuman diberikan di pipi lelaki itu. 

Adam senyum lagi. “We shall get going. Daniel dah tunggu kita di luar.”

Amily angguk sebelum berjalan bersama-sama Adam ke pintu. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Amily tarik nafas tatkala dia tiba di pintu dewan. Adam di sebelahnya hanya mengukirkan senyuman. Jujur, dia berdebar. Dia risau akan penerimaan semua tetamu nanti. Dia menghilangkan diri dua tahun dan sekarang dia muncul semula. Sudah tentu, akan ada suara-suara sumbang mengutuk dirinya. 

“Everything will be fine, sayang,” bisik Adam ke telinga Amily. Dia tahu Amily berdebar. Lihat saja cara wanita itu merangkul lengannya sudah dapat mmengetahui tahap debaran seorang Amily Katrina. 

Amily tarik nafas sekali lagi sambil angguk kepala. Mereka kemudian melangkah masuk ke dalam dewan itu bersama-sama. Mata-mata yang memandang mereka, semuanya mempamerkan riak terkejut.

“Amily!” Arissa hampir saja menjerit tatkala melihat teman Adam malam ini. 

Amily senyum lebar sebelum memeluk erat wanita di hadapannya. 

“I should know that you will bring Amily when you said you have surprised for us,” Arissa memandang Adam seusai meleraikan pelukannya pada adik ipar kesayangan itu.

“Do you like my surprise, Along?” Soal Adam dengan senyuman.

“A lot!” balas Arissa dengan riang.

“Mana Lia?” Soal Amily tentang anak perempuan Arissa. Kali terakhir dia bertemu Lia Nelydia, kanak-kanak itu baru saja berusia beberapa bulan. 

“Along tinggalkan dia dengan pembantu rumah. Along risau jika Along bawa dia, dia akan banyak kerenah.”

Amily senyum sambil angguk kepala.

“Mana Mommy dan Daddy?” Soal Adam tentang kedua-dua ibu bapanya. 

There they are,” Arissa memandang ke arah hujung dewan. Kedua-dua Encik Kamarul dan Puan Julia sedang berbual dengan tetamu.

“Jom?” Adam menghulurkan tangannya pada Amily. 

Amily telan air liur. Debarannya makin bertambah. 

“Everything will be fine, Amily,” pujuk Arissa.

Amily tarik nafas sambil angguk kepala. Dia akhirnya menuruti langkah Adam, menuju ke arah Encik Kamarul dan Puan Julia.

“Mommy… Daddy,” Adam bersuara tatkala berdiri di hadapan kedua-dua ibu bapanya.

Puan Julia ukirkan senyuman sebelum memeluk erat menantu kesayangannya. “Where have you been, dear?” Puan Julia bersuara. Lama dia memeluk Amily sebelum meleraikan pelukan itu.

Amily tarik nafas. “I’m so sorry, Mommy, Daddy.” Amily memandang kedua-dua manusia di hadapannya.

Encik Kamarul dan Puan Julia mengukirkan senyuman hambar. 

“Amily tidak pernah salah pada kami,”ucap Encik Kamarul tenang. Benar, menantu mereka ini tidak pernah lakukan apa-apa kesalahan. Yang bersalah hanyalah dirinya dan juga besannya. Hanya disebabkan keuntungan, dia mengadaikan kehidupan Adam. “Daddy yang patut minta maaf.”

Amily senyum kelat. Dia tidak mengharapkan kata maaf dari ayah mertuanya. Apa yang dia tahu apa yang berlaku dulu adalah disebabkan sikap ego dan hipokritnya.

“Kita lupakan semua itu dan mulakan hidup baru.” Giliran Puan Julia bersuara.

Adam dan Amily angguk.

“Kita akan bercakap lagi selepas majlis ini. And for now, I want both of you enjoy the night. Have some fun. Don’t think about the past,” ucap Encik Kamarul.

Puan Julia angguk bersetuju. Dia dan suaminya kemudian beredar untuk melayan tetamu yang baru saja tiba.

Amily menarik nafas lega. 

“I dah bagitahu you yang semuanya akan baik-baik saja.” Ujar Adam.

Amily senyum. “Thanks, sayang.”

“Your welcome.”

“Papa dan Mama tak datang?” Soal Amily tentang kedua-dua ibu bapanya. Dari tadi matanya mencari kelibat dua orang itu namun usahanya itu sia-sia sahaja. Dia sedikit pun tidak nampak kelibat Encik Zafrul dan Puan Sarah dalam dewan itu.

Adam senyum kelat. “I don’t know, sayang. It’s depends on your father’s condition.”

Amily telan air liur. Tina ada maklumkan tentang kesihatan Papa yang saban hari makin merundum. Tapi dia tidak hiraukan itu. Dia masih dan masih lagi berkecil dengan Papa atas apa yang terjadi dua tahun yang lalu.

“When we get home, can we visit him?”

Adam angguk dengan senyuman. Jikalau Amily tidak mengutarakan soalan itu, dia sememangnya mahu membawa Amily bertemu Encik Zafrul. Dia pasti Amily merindui Papanya sebagaimana ayah mentuanya itu merindui anak sulungnya.

“I’ve got to go,” Adam bersuara tatkala kelibat Daniel muncul. Dia faham maksud kemunculan Daniel ini. Sudah tiba masanya dia memberi ucapan.

Amily senyum. “Okay. I will be with Tina.” Dia memandang Tina yang sedang berjalan ke arahnya dengan senyuman. 

Adam angguk sebelum menuruti langkah Daniel ke belakang pentas. Dan Amily kemudian berbual dengan Tina di saat Adam sedang berucap di atas pentas. Beberapa seketika kemudian, mereka disapa satu suara lelaki.

“Amily…”

Kedua-dua Amily dan Tina menoleh. Tina menunjukkan riak risau manakala Amily kelihatan tenang memandang Zachary di hadapannya.

“Boleh I bercakap dengan Amily sendirian, Tina?” Zachary memandang Tina sebelum memandang Amily.

Tina telan air liur. Dia pandang Amily. Harapnya Amily tidak akan bersetuju.

“I will be fine, Tina,” ucap Amily tenang.

Tina mengeluh sebelum terpaksa menganggukkan kepala. 

Amily senyum sebelum menuruti langkah Zachary ke balkoni yang tidak jauh dari tempat mereka.

!!!!!!!!!!!!!!!!!!



“It’s been a long time we didn’t see each other, right Zack?” Amily memulakan perbualan sambil matanya memandang pemandangan di hadapannya. Langit malam ini kelihatan cantik dengan bintang dan bulan menghiasinya.

Zachary senyum kelat. “I nak minta maaf atas apa yang berlaku dulu. I dah banyak buat salah pada you, Amily.”

Amily senyum. “I dah lama lupakan apa yang telah berlaku, Zack.”

Zachary mengeluh. Sepanjang dua tahun, banyak hal yang berlaku. Banyak perkara yang telah mengubahnya. “But still, I want to say sorry.”

Amily tarik nafas. “How’s your life? I dengar you dah berkahwin.”

Zachary telan air liur. Tentu Adam maklumkan itu pada Amily. Disebabkan sikap kasanovanya dulu, membuatkan dia ditimpa masalah. Dianne, salah seorang teman wanitanya tiba-tiba saja muncul di hadapan keluarganya dan memaklumkan tentang kehamilannya tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu. Dan keputusannya dia dipaksa berkahwin dengan Dianne walaupun dia tidak sudi. Dia masih mahukan Amily ketika itu walaupun wanita itu menghilangkan diri. 

Dan benarlah kata Adam, dia tidak pernah mencintai Amily Katrina dengan ikhlas. Sebab itu dia sedikit pun tidak pernah berjaya menjadikan Amily miliknya. Amily sememangnya sudah tahu niatnya sejak dahulu lagi.

“Life been so far so good.”

“And how’s Dianne?”

Zachary mengeluh. Sedikit kecewa setiap kali teringatkan tentang isterinya. Dianne, walau bagaimana sekalipun tidak pernah berubah. Masih lagi dengan cemburunya. Pantang sahaja lihat dia bercakap dengan perempuan, mulalah mengadu pada ayahnya, memfitnahnya mempunya perempuan lain. “She’s fine. We have a son.”

“I hope he’s not a sweet talker like his father.”

Zachary ketawa kecil. Dan mereka berbual untuk seketika sebelum kembali melangkah masuk ke dewan semula. Adam masih lagi berada di pentas, memberi ucapan. 

Dan tiba-tiba saja kedengaran suara wanita berdehem. Amily menoleh, memandang wanita itu dengan tenang manakala Zachary menunjukkan riak tidak selesa. 

“Mana you pergi, sayang?” Soal Dianne pada Zachary sambil matanya memerhatikan Amily dari atas hingga bawah. Sepertinya dia pernah bertemu perempuan ini tapi dia lupa.

“I’m talking to y old friend,” terang Zachary.

“Old friend or ex girlfriend?” Mata Dianne masih pada Amily. Wanita di hadapannya cantik dan anggun dan dia tidak suka itu. Lebih-lebih lagi apabila Zachary berbual mesra dengan wanita itu.

“The truth is I’m his ex girlfriend,” balas Amily sinis. Entah mengapa dia rasa jengkel berhadapan dengan Dianne ini. 

Zachary telan air liur. Dia sedar wajah Dianne sudah merah menahan marah. Kalau bukan mereka berada di khalayak ramai, sudah tentu Dianne akan menengking Amily. Isterinya itu pantang melihatnya berbual dengan perempuan cantik.

“Ex girlfriend?” Dianne bersuara sinis. “Well, I’m his wife.” Ucapnya dengan lagak angkuh.

Amily senyum sinis. “It’s pleasure to meet you,” ucap Amily tidak ikhlas.

Dianne ketap gigi. Dia berura-ura untuk meninggikan suara pada wanita tidak tahu malu di hadapannya sebelum mereka diganggu satu suara lelaki.

“What’s going on here?” Soal Adam sambil matanya memandang Zachary dan Amily silih berganti. Dia pasti ada sesuatu yang telah berlaku melihatkan wajah tegang isteri Zachary.

“Nothing. We just talking.” balas Amily dengan senyuman tatkala Adam mengambil tempat di sebelahnya. 

“Tak payahlah you nak tunjuk sikap baik you pada dia,” ucap Dianne dengan jengkel.

“Dianne!” Zachary sedikit bengang. 

Amily senyum sinis. “Don’t you know who I am?”

Dianne kerut dahi. Dia memandang Adam dan wanita angkuh di hadapannya bergilir-gilir. Siapa sebenarnya wanita ini dan apa kaitannya dengan sepupu suamianya?

“I’m his wife, Amily.”

“You what?” Dianne pamer riak terkejut. Dia salah dengarkah? Bukankah Adam sudah bercerai?

“You heard me, Dianne. I’m the wife of this hotel owner.”ucapnya angkuh.

Dianne telan air liur. Dia pandang suaminya, meminta penjelasan. Sekali lagi air liur ditelan tatkala Zachary angguk kepala.

“By the way, you are wasting my time,” seusai ucap itu, Amily menarik Adam supaya beredar dari situ. Dia sedikit pun tidak penduli wajah kelat Dianne. Wanita itu tidak pernah berubah pada kali pertama mereka bertemu. Masih lagi menyampah dan menjengkelkan. 

“I suka diri you yang tadi,” bisik Adam dengan senyuman sambil kakinya menurruti langkah Amily.

Amily berhenti melangkah, memandang Adam dengan hairan. 

“That’s my Amily,” tambah Adam lagi.

Amily ketawa kecil. “I need to go to the ladies. I see you soon.” Amily melangkah ke arah tandas. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Jessica memerhatikan kelibat wanita yang sedang mencuci tangan di sinki di saat dia tiba di tandas wanita. Tidak pasti sama ada Amily sememangnya tidak menyedari kelibatnya atau wanita itu sengaja berlagak tidak menyedari kewujudannya.

“Well, looks who we have here,” Jessica bersuara sinis.

Amily tutup paip sinki di hadapannya. Dia mencapai gulungan tisu yang disediakan sebelum matanya memandang Jessica yang sedang mengukirkan senyuman sinis padanya. Dia membalas senyuman sinis dengan senyuman yang sama.

“Hai Jess, it’s been a long time.”

“Aku ingatkan kau lebih suka menjadi manusia miskin.”

Amily tarik nafas. “Well, you have to remember this, Jess.” Dia memandang Jessica. “What it’s supposed to be mine, will always be mine.”

Jessica tunjuk riak jengkel. “Apa yang kau ada sekarang ini hanyalah disebabkan Adam saja. It’s so lucky to have a rich husband.”

“It is. Tak ada guna kau mahu cemburu dengan aku, Jess. Kau tak ada hak untuk cemburu pada aku.”

Jessica mendengus. “Adam sepatutnya bersama perempuan yang sejuta kali ganda lebih baik dari kau.”

Amily senyum senget. “Adakah kau maksudkan kau? Perepuan yang sejuta kali ganda lebih baik dari aku?”

“I am much more better than you. Sekurangnya aku takkan curang pada dia.”

“Well, cubalah goda dia. Kau rasa dia akan suka kau lagi bila dia tahu kau adalah ‘pembunuh’ anak dia?”

Jessica telan air liur. “Kau tak ada bukti!” Jessica cuak.

Amily memandang Jessica dengan senyuman sinis. “Sebenarnya aku ada bukti, Jess. Aku ada rakaman video di mana lelaki yang kau upah itu menceritakan segala arahan kau. Aku ada rekod panggilan kau menghubungi lelaki itu sebelum hari kejadian itu.”

“Kau cuma mahu takutkan aku, bukan?” Jessica tidak mahu percaya. Dia pasti Amily sengaja mahu menakutkannya. 

“Have I ever told lies before?”

Jessica telan air liur. “Kalau betul kau ada bukti yang aku lakukan semua itu, kau tak perlu tunggu sehingga saat ini untuk balas dendam.”

“Have I told you before this, Jess..” Amily merenung tepat ke arah anak mata hitam milik Jessica. “.. karma will haunt you one day. Setiap perkara yang kau lakukan, kau akan dapat balasannya,” Seusai ucapkan itu, Amily melangkah keluar dari tandas.

Jessica melepaskan keluhan berat. Jujur, entah mengapa dia seram dengan ayat Amily. Entah mengapa, untuk pertama kalinya dia seram dengan Amily Katrina.


Reenapple: Amily dah tak nak balas dendam ya??? 




Monday, November 16, 2015

Stick & Stones #64



[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14] [#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26] [#27] [#28] [#29] [#30} [#31] [#32] [#33] [#34] [#35] [#36] [#37] [#38] [#39] [#40] [#41] [#42] [#43] [#44] [#45] [#46] [#47] [#48] [#49] [#50] [#51] [#52] [#53] [#54] [#55] [#56] [#57] [#58] [#59] {#60] [#61] [#62] [#63]

Amily baru sahaja pulang dari bekerja tatkala kedengaran bunyi loceng bertubi-tubi. Tertanya-tanya siapa yang datang di lewat malam sebegini. Jam didinding telah menunjukkan pukul 12.20 malam.

Pintu dibuka dan dia memandang dingin gerangan yang menekan loceng tadi. Tertanya-tanya apa lagi yang Adam mahu darinya.

“Hello sayang,” Adam bersuara sambil kakinya melangkah masuk tanpa menunggu pelawaan Amily. Dia tidak hiraukan riak tidak puas hati wanita itu. Jambangan ros merah dan sekotak pizza panas ditangannya kemudian diletakkan diatas meja makan. Dia terus melabuhkan punggung di sofa yang terdapat di ruang tamu.

“Sofa ini tidak begitu selesa,”ucap Adam sambil menoleh ke arah Amily.

Amily mengeluh kasar sebelum menutup pintu. Dia melangkah ke arah Adam. “Apa yang you nak lagi, Adam?”

Adam senyum. “I datang melawat you. Dan I pasti you lapar. You tentu belum makan lagi?”

“I already have my dinner,” balas Amily dengan nada mendatar.

“Then let’s have supper.”

Amily mengeluh kasar lagi. “Look! I’m totally exhausted and I want to have a rest.”

“Then let me accompany you,” Adam tidak mahu mengaku kalah. Dia, walau macam mana sekalipun tidak akan beredar. Dia mahu selesaikan hal mereka malam ini juga.

“Ikut suka hati you,”ucap Amily dingin sebelum menghilangkan diri ke biliknya. Apa yang dia mahu lakukan adalah mandi dan kemudian tidur. Harapnya selepas dia keluar dari bilik air nanti, Adam telah tiada. 

30 minit kemudian, ketika Amily keluar dari bilik air, kelibat Adam masih lagi berada di rumahnya. Lelaki itu sedang membelek majalah yang terdapat diatas meja kopi yang kecil itu. 

“Kenapa you masih di sini?”Soalnya dengan dingin.

Adam menoleh kearah isterinya dengan senyuman. “I tunggu you.”

“I want you to leave.”

Adam geleng. “I won’t.” Dia bangun, melangkah ke arah wanita itu. Dia cuba menyentuh pipi Amily tapi wanita itu menepis tangannya. Dia sedikit terkesima dengan tindakan Amily. 

“Leave, Adam. I tak nak you kat sini.”

“Why? Sebab you sedang tunggu Sam?”

“Dia tiada kaitan dengan kita.”

“Jadi? Siapa yang you tunggu? Adakah lelaki lain?”

Amily mengeluh. “Say whatever you want to say, Adam but I would never change my mind.” Amily mengambil tempat di sofa terpakai itu. Sofa yang dibeli ketika jualan garaj setahun lepas. Selepas diubahsuai oleh Samuel, sofa itu kelihatan baru tapi tentulah sedikit tidak selesa tapi dia tidak penduli itu.

“So do I, Amily.” Adam melangkah ke arah Amily.

Amily mengeluh kasar. Kali ini dia sudah tidak boleh bersabar dengan Adam. Tidak fahamkah Adam yang dia tak mahu menjadi Amily lagi. Dia cuma mahu punya kehidupan normal seorang Amy. Bukan kehidupan normal seorang Amily Katrina. 

“Don’t you get it?” Amily bangun, matanya memandang Adam yang sedang berdiri memandangnya. “I don’t need you anymore. I don’t want you anymore.”

Adam telan air liur. “You are telling lies.”

“I’m not telling lies. I really don’t need you in my life anymore.”

“Why?”

Amily telan air liur. “I already have Sam. I don’t need you.”

“Do you love him?” Soal Adam sambil matanya ke arah Amily.

“Yes.” Amily melangkah ke arah pintu. “I need you to leave.”

Adam geleng. Kakinya melangkah ke arah Amily. “I’ve told you, I would never leave you.”

“Walaupun I tak cintakan you?”

Adam telan air liur lagi. “You still love me.”

Amily geleng. “I don’t love you. I love Sam, Adam.”

“You are lying!” Nada suara Adam tinggi. Dia tak mahu lagi dengar penipuan yang keluar dari mulut Amily Katrina.

“I cuma gunakan you untuk balas dendam pada Zack sahaja, Adam. I tak pernah walau sedikit pun cintakan you.”

“Sampai bila you nak tipu I, Amily?”

“I tak pernah tipu you Adam.”

“You mungkin boleh tipu sesiapa tapi you tak boleh tipu diri you sendiri.”

Amily mendengus. “I told you do not find me. You should move on. Start a new life. Don’t be an idiot chasing someone who is not worth for you.”

“Bagi I peluang kedua, please,” rayu Adam. Dia harapkan Amily berinya peluang kedua sekali lagi. Dia mahu perbetulkan segalanya.

Amily geleng kepala. 

Why? Kalau you boleh terima Mommy you semula, kenapa you tak boleh lakukan perkara yang sama pada I, Amily?”

Amily telan air liur. “Kita sudah bercerai.”

Adam geleng. “I tak pernah tandatangani dokumen penceraian kita.”

Amily mengeluh. Dia lupa itu. “I’m not worth for you, Adam. You should find someone else. Someone who is worth to love. Someone that will love you because of who you are, not because of money.”

Giliran Adam telan air liur. Sedikit kecewa dengan penolakan Amily. “Adakah ini berkaitan dengan Sam? Do you really love him?” 

Amily mengeluh. “Dia ajarkan I banyak perkara, Adam. He teach me that without money, we still can be happy.” AMily berkata jujur.

Adam mengeluh. Benar, Amily Katrina di hadapannya saat ini bukan lagi Amily Katrina dua tahun yang lalu. “Dan you tak nak kembali ke tempat asal you?”

“This is where I’m belong, Adam. “

Adam geleng. Dia tak mahu terima itu. “Everyone is waiting for your return.”

Amily senyum senget. “Selepas apa yang I dah buat pada you, you ingat masih ada tempat untuk I dalam kalangan family you?”

“They might know the truth but they know you love me too.”

Amily mengeluh. Dia sudah hampir kehabisan ayat untuk memujuk Adam supaya berputus asa terhadapnya. “I tak akan pulang, Adam. I belong here.”

Adam mengeluh. Susah betul untuk memujuk Amily. “Kalau you tak mahu pulang kerana I, jadi pulang kerana Papa. He’s been sick after you have been missing.”

Amily telan air liur. “I’m not his daughter anymore.” Dia sedikit pun tidak pernah lupa ayat lelaki itu dua tahun yang lalu. Mungkin saja dia berkecil hati dengan sikap lelaki itu. 

“Amily…” Adam mendekati isterinya. “He been missing you. He need you more than I do.”

Amily geleng. “Apa jua yang you cakap, tak akan pernah mampu ubah keputusan I, Adam. Ini tempat I dan I tak mahu menjadi Amily Katrina lagi.”

“Then be a new Amily Katrina.”

Amily telan air liur. 

“We start a new life,” Adam bersuara lagi.

“I told you, I didn’t love you.”

Adam telan air liur. Walaupun otaknya yakin Amily hanya berbohong tapi hatinya tetap sakit mendengar ayat itu. Dia memandang tepat ke arah anak mata coklat Amily. “Look me in the eyes and say you didn’t love me, Amily.”

Amily telan air liur. Dia pasti dia takkan mampu lakukan itu. Untuk saat ini, dia rasakan dia lemah jika bertentang mata dengan Adam. Dia risau jika Adam akan tahu hal sebenarnya. “I rasa you patut balik. Dah lewat.” AMily membuka pintu. Tapi belum sempat dia bersuara pada Adam, lelaki itu telah menutup pintu dengan kasar. 

Tubuhnya kemudian ditolak ke pintu, membuatkan dia bertentang mata dengan lelaki itu. 

“Say you love me, Amily,” ucap Adam sambil matanya memandang tepat ke arah anak mata Amily Katrina di hadapannya. 

Amily telan air liur. Belum sempat dia bersuara, Adam telah mengucup bibirnya. Lama dan lembut. Dia sedikit pun tidak menepis mahupun membantah tindakan lelaki itu. 

Adam melepaskan ciumannya. Dia memandang Amily yang sedikit terkesima dengan tindakannya. “I need you, Amily.” Sekali lagi bibirnya menyentuh bibir Amily dan kali ini wanita itu membalas ciumannya. Nafas mereka bersatu. 

Sudahnya, malam itu, mereka menyulam rasa rindu dan cinta yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.



!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Amily buka mata. Dia ukirkan senyuman melihat Adam sedang lena di sebelahnya. Perlahan-lahan tangannya mengusap pipi lelaki itu. “Did you know how much I miss you all these times?” Soalan itu lebih pada dirinya sendiri. 

Akhirnya dia berniat untuk turun dari katil, dia mahu ke bilik air tapi belum sempat dia lakukan itu, tiba-tiba saja pinganggnya dirangkul erat oleh Adam. Amily mengukirkan senyuman sebelum memusingkan badannya, menghadap Adam sekali lagi. Lelaki itu masih lagi memejamkan mata tetapi tangan lelaki itu merangkul erat pinggannya. Dia tahu Adam berpura-pura tidur.

“Adam, wake up,”bisik Amily dengan senyuman tapi Adam masih tidak memberi reaksi. Jari jemarinya merayap ke seluruh wajah Adam tapi Adam masih lagi ‘tidur mati’. Dia menarik pula cuping lelaki itu tapi Adam masih tidak sedar. Adam sengaja lakukan itu.

“I love you, sayang,” bisik Amily sekali lagi.

Dan seraya itu mata Adam terbuka. Dia memandang Amily yang sedang tersenyum.“What did you say? I couldn’t hear you” Soalnya dengan suara serak. 

Amily senyum. “ I didn’t say anything. Were you dreaming or something?” 

“Hurmm…” Adam mengeluh. Pelukan di pinggang isterinya dilepaskan. Dia mengeliat. “I must have been. In my dreams, you said ‘I love you.’”

Amily senyum sambil memandang Adam yang telah bangun. “You must have missed me too much. Enough to see me in your dreams.”

Adam senyum. Dia kembali membaringkan dirinya di sebelah Amily. “You must been love me a lot. Enough to barge into my dreams.”

Amily ketawa kecil. Dia bangun. “I need to go to work.” Dia mengerling jam loceng di sebelahnya. Masih punya dua jam lagi sebelum waktu kerjanya bermula.

Senyuman Adam dimatikan. “Do you have to do that? I ingatkan you akan berhenti bekerja di situ selepas semalam.”

Amily gigit bibir. “I have lots of thing to settle down. I tak boleh pergi macam tu saja.”

Adam angguk sebelum bangun. “Selesaikan apa yang you perlu selesaikan. Once you had settled it, we will go back to our home.” Tangannya mengusap pipi isterinya.

Amily angguk.

“Tapi I nak you cuti hari ini, boleh?” Adam bersuara lagi.

Amily kerut dahi. “Kenapa?”

“Let’s make today is our day. I akan masak untuk you. Dan kita berdua boleh bercerita tentang banyak perkara yang berlaku dua tahun ini.”

Amily telan air liur tapi dia ukirkan senyuman. Kepala diangguk bersetuju dengan cadangan Adam. “That’s a good idea. Besides, I am really really really tired.”

“Because of last night?” Adam ukirkan senyuman gatal.

Amily ketawa kecil.

Adam senyum lagi. “You sambung tidur dan I pergi mandi. Dan selepas itu kita akan bersarapan bersama-sama. Deal?”

Amily angguk dengan senyuman. 

Adam senyum. Satu kucupan diberikan di bibir Amily sebelum dia turun katil dan melangkah ke bilik air. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Samuel memandang lelaki di hadapannya tanpa berkelip mata. Sejak pintu dibuka sehingga saat ini, mindanya tertanya-tanya mengapa lelaki ini berada di sini? Apa tujuan lelaki ini berada di sini?

“Jemput masuk,” pelawa Adam dengan sedikit tidak ikhlas. 

Samuel melangkah masuk. “Apa yang kau buat kat sini?”

Adam senyum senget. “Sepatutnya aku yang tanyakan kau soalan itu.”

Samuel diam. Dia tidak hiraukan ayat Adam. Dia mengambil tempat di sofa. “Mana Amy?” Soalnya lagi sambil memerhatikan keadaan sekeliling. Dia berharap Adam tidak punya niat yang buruk terhadap Amy. 

“Dia dalam bilik air.” Balas Adam selamba. “Kau mahu minum apa-apa?”

Sekali lagi Samuel tidak menghiraukan soalan Adam. “Apa sebenarnya tujuan kau berada di sini?”

Adam senyum sinis. “She didn’t tell you the truth, isn’t it?”

Samuel kerut dahi. Kebenaran apa yang dia sepatutnya tahu dari mulut Amy?

Beberapa saat kemudian, kelibat Amily muncul di ruang tamu. Wanita itu sedikit terkejut melihat kehadiran Samuel di rumahnya. “Sam! Apa yang buat you datang sini?”

“I datang melawat you. I ingatkan you sakit bila you tiba-tiba sahaja mahu cuti pada hari ini.”

Amily senyum kelat. “I sihat cuma sedikit penat saja.”

Samuel angguk. Matanya memandang Adam. “Dan kenapa dia berada di sini?”

Amily tarik nafas. Dia menoleh sekilas ke arah Adam sebelum kembali memandang Samuel. “Dia…” belum sempat Amily menghabiskan ayatnya, Adam telah mencelah. 

“Aku suami dia.” Adam memandang Samuel.

Amily telan air liur manakala Samuel memandang kedua-dua Adam dan Amy dengan rasa tidak percaya. Adakah itu satu fakta?

“Is it true?” Mata Samuel ke arah Amy.

Amily angguk kepala dengan senyuman kelat.

“You never told me this.”

Amily mengeluh. “It was something that I don’t want to remember, Sam.”

Samuel mengeluh. Tidak tahu apa yang patut dia rasakan saat ini. Haruskah dia kecewa ataupun gembira kerana Amy telah menemui kebahagiannya?

“Oh, kau patut tahu satu hal ini lagi,” Adam bersuara.

Amily mengerling ke arah Adam. Harapnya Adam tidak cuba untuk mengenakan Samuel.

What?” Soal Samuel tenang. Dia cuba untuk tidak kelihatan kecewa. 

“Her name is Amily not Amy.”

“Adam…” tegur Amily, tidak selesa dengan apa yang didengarnya.

“He should know the truth, Amily,” balas Adam.

Samuel mengeluh. Nampaknya apa yang dia tahu tentang wanita di hadapannya selama ini adalah satu penipuan. “Your name is Amily?”

Amily angguk kepala dengan lemah. “I tahu I tak patut tipu you, tipu semua orang tapi I mahu mulakan hidup baru pada kali pertama I tiba di sini, Sam.” Amily jujur. Dia tidak mahu Samuel berfikir yang buruk tentangnya.

Samuel mengeluh lagi. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan saat ini. Jujur, hatinya kecewa. Tersangat kecewa. Rancangannya tadi, mahu luahkan semuanya pada Amy tapi rupa-rupanya dia tidak pernah akan berjaya laksanakan itu. 

“Do you love him?” Entah mengapa soalan itu terkeluar dari mulut Samuel.

Kedua-dua Adam dan Amily memandang hairan Samuel. Tidak memahami mengapa soalan itu dilontarkan pada Amily.

Amily mengeluh sebelum angguk kepala. Dia tahu anggukannya akan membuat Samuel terluka tetapi lelaki itu harus tahu hal sebenarnya. Dia tak mahu memberi harapan palsu pada lelaki itu.

Samuel senyum kelat. “I should tell you this long time ago,”Samuel memandang Amily. “I…” Air liur ditelan. “… have feeling on you. Jujurnya, I sayangkan you lebih dari seorang kawan, Amy.”

Amily telan air liur. Sedikit tergaman dengan pengakuan Samuel.

“Walaupun you tak jadi milik I, tapi I gembira you bertemu kebahagian you,”tambah Samuel lagi. Dia melangkah ke arah Adam. Tangan dihulurkan pada lelaki itu. “Aku harap kau jaga dia dengan sebaiknya. Jangan buat dia sedih.”

Adam sambut huluran tangan Samuel walaupun dia kelihatan sedikit keliru. 

“I pergi dulu. I see you again. Live happily, Amy,” Samuel berniat untuk beredar tapi baru saja dia melangkah ke arah pintu, namanya dipanggil. 

“Sam!” Amily melangkah ke arah Samuel yang sedang berdiri di muka pintu. “We still friend, right?”

Samuel angguk dengan senyuman sebelum menghilangkan diri di balik pintu.

“He takes this very calmly, “ Adam bersuara sebaik saja kelibat Samuel beredar.

Amily mengeluh sebelum geleng kepala. “Jadi, apa yang you harap dari dia? You harap dia akan tumbuk you bila you cakap you adalah suami I?”

Adam senyum. “That’s the truth, sayang.”

Amily mengeluh kasar. 

“I rasa you dah boleh kemaskan semua barang you,” Adam bersuara lagi.

“Sekarang?”

Adam angguk. “I nak you hadir bersama I pada majlis hari Sabtu ini.”

Amily telan air liur. Jujur, dia belum punya kekuatan untuk memunculkan diri semula. “Boleh tak kalau I tak pergi?

Adam senyum. “Sure. Tapi kalau you tahu dari Tina yang Jessica cuba nak goda I, jangan salahkan I, sayang.”

Amily mencebik. “I kemaskan barang I dan you masakkan sarapan pagi kita?”

Adam senyum sambil angguk kepala.



Reenapple: Kesian pulak dengan Sam ni. Ermmm