Monday, September 29, 2014

29 September


Happy Birthday to Myself.

Dah makin tua.

Dah cukup umur nak cari calon suami. Ehh


k. Bai. Haha

Friday, September 26, 2014

Conteng #11



Di satu hari yang bosan dengar ceramah, maka terhasillah ini, untuk hilangkan rasa mengantuk aku. Haha

*autopublish*



Tuesday, September 16, 2014

Coffe Love



Hari ini aku belanja dia secawan kopi kesukaannya.

"Sedap?"

Dia angguk dengan senyuman.

Aku senyum. Salah satu sebab aku belanja kopi kesukaannya adalah sebab aku mahu lihat senyumannya yang manis tatkala menikmati kopi. Senyumannya manis tahu. Dan itu buatkan aku makin jatuh cinta padanya.

Entah bila mahu luahkan perasaan ini padanya. 

Entah bila.







Monday, September 15, 2014

Lobak & Kubis



Meet Lobak & Kubis. Hehe.

Akutak tahu kenapa aku kasi nama cenggitu kat diorang tapi still comel. Haha. :P





Saturday, September 13, 2014

Entri Panjang Tak Tahu Tajuk.


Masa aku naik bas balik kampung untuk raya hari itu, aku kenal seorang lelaki. Actually, dia yang approach aku dulu. Bual pun tak ada lama sangat. Dia tanya sepatah, aku jawab sepatah. Aku ni bukan friendly sangat dengan orang asing, lebih-lebih lagi lelaki. Haha

So nak dijadikan cerita, masa dia punya destinasi dah nak sampai (dia turun dulu dari aku) tetiba dia hulur telefon dia kat aku. Kat situ dia tulis apa yang dia nak cakap kat aku. Kind of a very long text. Tapi aku cuma ingat part yang last sekali, part yang dia mintak nombor aku. And I gave him my number.

So malam tu dia text  aku. Takdelah aku layan dia sangat pasal aku sibuk esok nak raya. Haha. 5 hari selepas raya, dia text aku lagi. yakni masa tu aku dah back to work dan aku tak layan sangat. But every night after that dia akan text aku, tanya “Awak buat apa?” “Dah makan?”

Being honest.. aku kind of agak annoying dengan mesej yang bunyi macam caring. Especially from a guy yang aku tak kenal sangat. Jangan tanya kenapa aku tak suka lelaki yang caring dengan aku. Oh, aku mungkin suka but it’s the wrong guy especially kalau bukan family kau. Ahaa

Did I mention his age? Dia muda 3 tahun dari aku which is means he’s still a student.  Pernah dia mesej aku ajak aku keluar but aku tolak, cakap aku tak keluar dengan lelaki. Haha. Padahal aku keluar je and itu depends on siapa lelaki itu. Kih kih kih.


And then sehinggalah 1 malam, dia soal aku dengan soalan yang buat aku detect something wrong.  Soalan dia berbunyi cenggini:

Awak tak rasa sunyi?”

“Sunyi? Maksud awak?” Aku balas

“Maksud saya… ada orang untuk awak cinta dan orang yang cintakan awak sepenuh hati.”

Aku kind of speechless. Dan terus aku explain panjang lebar bagitahu untuk umur aku sekarang, being in a relationship wasn't my priority anymore. Aku ada banyak perkara yang nak dikejar and hoping.  Kalau aku suka someone pun, aku lebih suka secara diam. Cinta dalam diam.

Actually panjang juga aku explain tapi aku dah lupa. And dia punya reply, kind of shocking me. Dia bagitahu hal sebenar yang dia suka aku from the first time dia nampak aku duduk sebelah dia. Dia bagitahu yang aku nampak comel bila aku mengomel seorang diri, reading books in bus.  And so on.

And secara jujur, entah mengapa aku annoying. I don’t know why. Like I should be happy someone told me he likes me but then aku just feeling less. Dan aku reject dengan baik. Cakap aku tak berminat. Dan dia faham so kitaorang kawan je la.

Oh did I told about he being a sweet talker? Aku kind of annoying jugak yang itu. Hurmm.

And then, beberapa hari lepas… dia text aku lagi. cakap dia bosan. Aku yang masa tu tengah dinner break, terus suggest  pergi lepak dengan kengkawan ke, apa ke. Dan dia punya reply betul betul buat aku annoying.

“Saya nak awak.”
“Saya nak dekat dengan awak.”
“Jumpa awak. “
“Kuar dengan awak”

Dan so on yang buatkan aku tak reply for a few hours. Haha.( aku sibuk buat kerja masa tu)

Dan last aku reply kat dia “Awak cari orang lain la”


Tu je yang aku reply last. Dia punya reply after that aku tak reply. Malas nak layan. Aku even delete the whole conversation that day. Tak sanggup aku nak simpan lelama. Geli okeh!

Did I do the right thing? Naluri aku cakap ya. Sebab dari pemahaman aku, he is kind of desperate to have someone to love him. Bagi aku, dia tak matang lagi. And I’m not into him. Maybe I’m into someone else. Haha.

Okey. Tu je nak update. Maaf panjang lebar. Dah lama tak tulis panjang.

To Dhagi: Aku tahu kau tak akan baca ini. Haha.


 Reenapple: Aku belajar life ain't a fairy tale. Dan aku tak suka lelaki yang sweet talker. Aku trauma.


Friday, September 5, 2014

2016





"Bila last kau jatuh cinta?"

"2014."

"Dengan siapa?"

"Dengan kau."

Perbualan terhenti di situ. Tengok jam, pukul 3 pagi. Rupanya mimpi saja.


Monday, September 1, 2014

Teguh


Tika ini, dia selalu tersenyum pada hal-hal lama yang sepatutnya harus dilupakan. 

"Move on. Tolong."

Dia senyum kelat.Janji yang dibuat sebelum ini dimungkiri. Mana mungkin dia mampu lupa kalau itu adalah sesuatu yang bikin dia tersenyum satu ketika dulu. 

Ya. Dia rasakan keadaan saat ini berubah. Dia. Dan dia. Dan Semua. 

Kecil hati pada perubahan itu atau dia saja yang baru sedari apa yang sedang berlaku di sekelilingnya?

Hati. Mohon teguh. DIA selalu ada untuk kita.