Friday, May 30, 2014

Broken




Ketahuilah lukanya di dalam. Yang tidak dikelihatan oleh mata kasar. Hanya mampu dirasai.

"I'm broken inside."

Aku baca ayatnya. Ringkas tapi mendalam. Penuh dengan rasa kecewa yang tidak mampu dibendung lagi. Mungkin saja, saat itu ditulis, air matanya berguguran.

Apa yang berlaku? Mengapa terluka? Aku tanyakan itu padanya.

Dia diam. Sehingga ke hari ini. 

Dan barulah aku tahu, yang buat dia terluka adalah aku. Aku yang lukakannya di dasar yang paling dalam di hatinya.

Maafkan aku, kawan. Tidak pula aku tahu jatuh cinta dengan aku ini mampu lukakan kau. Aku harap kau ketemu dia yang mampu jaga hati kau lebih baik dari aku. 

Reenapple: Dapat idea dari lagu Evanescence: Broken. :D

 *autopublish*


Tuesday, May 27, 2014

Perkara Paling Sulit



"Perkara paling sulit dalam hidup adalah cuba mengerti sebab ujian Tuhan didatangkan kepada kita. Cukup sulit, kerana jawapan itu hanya ada dalam sabar, dan kamu sendiri tahu, sabar itu sendiri sudah cukup sulit. Sabar terkadang hanya perlu seminit dua, terkadang berbulan, dan terkadang hingga kamu mati, perlu terus bersabar."

Bab 14-Hati Yang Sulit
Padanya Ada cinta
-Bahruddin Bekri-



Sunday, May 25, 2014

Warna Warni



Bila sampai satu tahap, baru aku sedar, hidup ini bukanlah seindah seperti yang disangkakan. Bukanlah ‘cantik’ sepertimana pernah aku ‘lukiskan’ satu ketika dulu. Bukanlah itu, bukanlah ini sepertimana yang pernah aku dambakan satu ketika dulu.

Aku pernah terjatuh dan luka. Kemudian bangun lagi dan teruskan perjalanan seperti selalu. Kemudian jatuh lagi, luka yang dialami untuk jatuh yang entah keberapa kalinya adalah berkali-kali ganda teruk dari luka yang dulu. Dan seperti selalu, aku cuba bangun. Merawat sendiri luka itu.

“Masih ada yang cantik, sayang.” 

Aku senyum bila dia katakan itu. Aku tahu itu. Ia cuma, perlu masa untuk manusia seperti aku hargai betapa indahnya hidup ini. Perlu masa untuk lukiskan kembali hidup ini dengan warna-warna yang menarik, bukan lagi dengan hitam warna kegemaran aku.


“Nah, aku belikan warna-warna untuk kau.”

Hadiah untuk aku sempena hari jadi aku tahun lepas. Dia hadiahkan itu. Supaya aku mampu lukiskan sesuatu yang indah dan berwarna warni bersama dia. 

Terima kasih, awak.  




Thursday, May 22, 2014

Friend Zone.



"Kita kawan bukan?"

Aku angguk dengan senyuman walau perasaan aku padanya lebih daripada seorang kawan.

Maaf kawan, hati aku khianati aku.


Monday, May 19, 2014

Alam



"Kalau kau dengar baik-baik, yang sebenarnya, alam sedang cuba 'berbual' dengan kau dalam bahasa yang tidak langsung kau fahami. Menemani kau di saat kau dalam kesedihan. Kau tak keseorangan walau fizikalnya kau berseorangan. DIA ada."

Thursday, May 15, 2014

Cara mengurat perempuan.



Kakakaka.


Wednesday, May 14, 2014

Jatuh Cinta


Mama said, " Jatuh cinta itu indah. You need to learn how to fall in love."

And then I was like, " Yeah, I know that. But I'm afraid to fall in love again. I do."

Seingat aku, aku pernah suka tiga orang lelaki. Sesuatu yang dinamakan jatuh cinta. Dan ya, semua jatuh cinta aku adalah satu pihak saja.


Jatuh cinta pertama berlaku ketika usia 18 tahun.  Ketika belajar di matrikulasi.

Aku tak pasti sama ada itu adalah cinta pandang pertama atau disebabkan aku rasa dia handsome selain dia punya latar belakang agama, kind of macam Ustaz gitu. Hehe
And then both of us went to the same university. Tapi tak sama jurusan. Even sometimes dia ada sama kelas dengan aku. Dan aku macam dah boleh anggap dia kawan gitu. Haha
Dan aku pun waktu itu dah tak ambil penduli tentang dia. Aku pun tak tahu kenapa aku dah tak suka dia after 3 years keep feeling on him. Mungkin disebabkan aku terlihat dia punya bad side. Dan barulah aku tahu,
“If you love someone for a reason, then it’s not love. It’s like.”
Jatuh cinta kedua pula berlaku .. errr aku tak ingat. Tapi aku rasa sejak blog aku ditubuhkan. Haha.

Cerita tentang crush kedua aku mostly aku taruk di sini. Oh, crush kedua aku, is my coursemate tapi aku tak pernah kelas sama dengan dia. Except yang semester pertama, first time yang aku kenal dia. Haha.
Apa yang aku suka tentang dia? NOTHING! Aku dislike dia from the first time I met him. And then, tetiba je aku rasa aku tersuka dia. Selepas aku kecewa gegila apabila lihat dia naik kayak dengan seorang perempuan. I remember that strange and hurtful feeling seeing that at that time.Hati aku berkecai masa tu.
I swear, I never like him from the beginning tapi itulah, jangan terlampau membenci sesuatu, kelak ia menjadi sesuatu yang disayangi. I got that.Aku masa tu, sekejap benci dia, sekejap suka dia. Strange feeling.
But then aku dah recover. Dah hilangkan perasaan after keep praying dihilangkan feeling itu. Hurmm.

Jatuh cinta ketiga… err,. Yang ini aku tak tahu nak describe macam mana.
Indah pun ada. Malu pun ada. Tapi bila aku ingat balik, rasa malu lagi banyak dari indah tu dan aku pun tak sangka aku akan sanggup buat macam tu. Haha
I know him masa aku kerja part time dedulu. Dan tanpa disangka, dia satu Universiti dengan aku.

Wahhh. Apesal aku baru sedar, crush aku semua 1 universiti dengan aku. :3
Macam mana aku boleh tersuka dia? Maybe sebab dia menyamar jadi pakwe aku, dan aku menyamar jadi awek dia masa kerja. Sebab masa tu, ada seorang staff perempuan ni, asyik usha dia je. Dan dia rimas, last-last kitaorang pun berlakon. Dan dari situ, jadi rapat.
Cara dia layan aku, macam sweet gitu. Dia tahu aku suka ice cream, dan susu. Aku pernah belanja dia ice cream dan dia belanja aku epal hijau. Haha. Banyak sweet memories yang aku ingat bila dengan dia tapi aku simpan untuk aku je la.
Cara dia layan aku tu dah buat aku tersuka kat dia. Dia seorang sweet but pemalu. Bila ingat balik, ya ampun, memang tak matang masa tu. Aku rasa dia dah matang sekarang ni. Dan aku pun. Haha
Dan kemudian, entah macam mana aku pergi confess feeling aku. Korang baca SINI dan SINI untuk selanjutnya. Aku malas nak tulis panjang tentang dia.

Dan sekarang aku dah tak ada crush. Haha. Rasa macam tenang. Tapi Mama pulak suruh aku jatuh cinta. I’m afraid to fall in love. Itu adalah sesuatu yang paling aku tak berani nak buat.

Well, maybe I just need the right guy to feel that, “Jatuh cinta itu indah.”

K bye.





Tuesday, May 13, 2014

Fall In Love.



Reenapple: Soon. I think.


Monday, May 12, 2014

Ambil Hati.

 
Orang cakap, nak ambil hati anak, kena ambil hati Mak Ayah dia dulu.

Jadi, boleh saya ambil hati Mak Ayah awak dulu, sebelum berkenalan dengan awak lagi?

Keh keh keh. 
 
 
 

Sunday, May 11, 2014

Quotes #74



 
Friendship isn't about whom you have known the longest.

It's about who came, and never left your side
 
 
Reenapple: Copy & paste.
 
 

Saturday, May 10, 2014

Tutup




"Cukup!
Sampai sini saja cerita tentang aku pada mereka. 
Kembali simpan rahsia, sayang. 
Aku risau jika kamu yang akan terluka."



Friday, May 9, 2014

Kenangan Manis.





Satu hari aku katakan ini pada dia.

“Kita simpan saja kenangan manis. Jangan simpan kenangan pahit. Boleh?”

Dan dia anggukkan kepala dengan senyuman. 




Thursday, May 8, 2014

Quotes #73




"Cinta yang bukan ditakdirkan milik kita selalunya bikin kita susah hati atau ujian untuk ketemu apa yang bakal menjadi milik kita."

Tuesday, May 6, 2014

Confession.

Aku pernah buat confession kepada seorang lelaki dulu dulu. Telling him that I like him more as a friend.  Dan ya, dia lelaki pertama yang aku luahkan perasaan. Hurm hurm hurm. 

Even aku cakap yang aku cuma mahu jadi kawan dia dan tak mahu jadi kekasih dia, it still embarrassing me till now. Oh, tersangat memalukan!

Dia lelaki yang baik. He is. Layanan dia yang baik terhadap aku dah timbulkan satu perasaan aneh. Aku rasa macam nak selalu dekat dengan dia. Nak selalu berbual dengan dia even hari-hari kitaorang jumpa. Tertanya-tanya adakah aku dah jatuh cinta dengan dia? Haha


Sebab aku luahkan, aku rasa ia disebabkan perasaan yang tak dapat dikenal pasti itu membuatkan aku rasa tidak selesa. Dan aku rasa dengan meluahkan, akan hilangkan perasaan itu. Yup, it’s work for me. Even lepas luahkan tu, kitaorang still kawan dan ia ambil masa untuk aku hilangkan perasaan itu.

Itu hal 2 tahun yang lepas.

Kenapa aku tulis ini? Kenapa aku masih rasakan ia sesuatu yang tersangat memalukan bila diingat balik?

Sebab aku jumpa/ terserempak dia beberapa hari lepas. Oh, pertemuan hari itu bukan kali pertama selepas aku loss-kan contact dia, itu kali kedua. 

Kali pertama berlaku December 2013. Aku ingat lagi waktu tu, waktu hujan renyai-renyai. Aku baru lepas lintas jalan dan aku nampak dia di satu bangunan. Actually, aku tak pasti itu dia. Yang aku tahu, aku tergerak hati nak berpaling. Budak lelaki tu tengok aku, aku tengok dia. Dan aku amati budak lelaki itu lama-lama sampaikan aku sedar, “Oh, it’s him.”
Malu!

Tapi aku tak tegur pun dia. Aku berlalu pergi tanpa ukirkan senyuman atau lambaikan tangan kat dia. Lagipun, aku dah basah masa tu. Dan jarak antara kitaorang jauh. Dan aku dah terlambat.

Eh, banyaknya alasan. Haha.

Dan ia berlaku hal yang sama beberapa hari lepas. Aku nampak dia, dia nampak aku, but aku tak tegur pun dia. Malu 1 hal. Dia pun tak tegur aku. Lagipun masa tu, dia dengan mak ayah dia. Takkanlah aku nak terhegeh-hegeh pergi tegur dia. Haha.

Masa tulis ni, aku banyak senyum sorang. Kelakar bila ingat balik. Dan malu!

K bye.

Reenapple: Panjang cerita macam mana aku boleh kenal dia dan tersuka dia. Tapi aku malas nak ulas panjang-panjang. Muehehehe



Sunday, May 4, 2014

Abang.



Waktu zaman kanak-kanak, aku selalu berangan aku ada abang. Ya, menjadi seorang anak sulung yang tak punya adik, tersangatlah tidak menyeronokkan. Ahaaa.

 Aku sebagai adik yang sangat manja dan bergantung pada abangnya. Dan ya, ia cuma imaginasi saja. Imaginasi ketika kanak-kanak. Dan mungkin aku terbawanya sehingga ke alam yang mahu saja mengajar aku erti hidup realiti.

Bila umur menginjak ke angka 20 something, yakni aku dah boleh fikir mana yang baik dan buruk, tiba-tiba Ayah aku cerita.....

"Kamu dulu ada abang. Tapi dia tak sempat tengok dunia ni."

Aku speechless.

Imaginasi aku jadi kenyataan yang tak sangat. Hurm.

Reenapple: No wonder aku tak suka orang panggil aku adik. Atau orang berlagak dia itu seolah-olah abang aku. :3


*autopublish*