Wednesday, April 30, 2014

Nasihat #3


"Aku rasa bercinta, berkapel waktu belajar ni, bukan satu keperluan, Ia cuma kehendak nafsu semata-mata je. Kau tengok orang yang single tu, boleh je bahagia. Kenapa kau tak boleh? Belajar cinta dan jaga diri kau dulu, baru Tuhan bagi apa yang terbaik untuk kau. Tahu bukan macam mana nak jaga diri kau? Mulakan dengan jaga hubungan kau dengan DIA."

(Unknown, 2014)


Tuesday, April 29, 2014

Buli




Masa sekolah rendah, aku selalu kena buli oleh budak-budak lelaki dari kelas lain. Atau dalam erti kata lain, kena ejek. Diorang sanggup lalu kelas aku setiap kali rehat, semata-mata nak ejek aku.

Satu gelaran yang aku pernah ingat, “Gila”. Sampai sekarang aku tak tahu kenapa diorang gelar aku gila. Kenapa budak umur 8 tahun digelar gila oleh budak-budak lain? 

“Reen gila… Reen gila…” I still remember those harsh, painful words that come out from their mouth.

Sebab itu, aku tak ramai kawan masa kanak-kanak. Kawan permainan aku adalah sepupu sendiri. Dan family aku pun tak bagi aku bergaul sangat dengan budak-budak 1 kampung. Now you know, why my communication skill is terrible. Hurm hurm hurm.


Masa sekolah, aku cuma kawan dengan budak-budak yang satu kelas je dengan aku. Budak kelas lain, tak. Sebab budak-budak dari kelas lain lah yang selalu buli aku. Kakakaka.

Darjah 3, aku pernah baling batu kat budak lelaki yang buli aku. Dan of course, ia berdarah. Dan lepas tu aku tak ingat apa yang berlaku. Haha. Ada part yang aku ingat, aku menangis, lepas tu ada satu surat dihulurkan kat aku masa tu. Huuu. Aku tak ingat apa yang berlaku dulu. 

Tapi masa itu, disebabkan aku berada di kelas yang terpandai, maka cikgu-cikgu akan menyebelahi aku. Diorang akan marah siapa-siapa yang buli aku. Haha.

Tamatnya sekolah rendah, tamatlah zaman aku kena buli. Sebab aku pergi sekolah menengah yang tak ada seorang pun budak dari sekolah rendah aku. Dan di sekolah menengah, aku pegang jawatan pengawas. Dan tahulah korang, aku adalah seorang yang garang. 

Sekian. 


*autopublish*



Monday, April 28, 2014

Penipuan




Bila kau dah start menipu, seumur hidup kau kena menipu.
Bila kau dah rasa tak mampu nak teruskan penipuan kau, kau mahu tamatkan penipuan kau, you can't do that.
Sebab.... seumur hidup kau kena teruskan penipuan kau.
Unless, ada 'cahaya' yang datang, tolong kau padamkan segala penipuan kau.

Reenapple: Tengah tulis cerpen tentang penipuan. Wahahahaha *bosan* :3



Roro


Memula aku taruk nama Zorro. Tapi dia kucing betina. Last-last aku tukar nama Roro. Lepas tu mesti jadi Rara. Haha

Roro ni, garang gila bila makan. Tak suka share dengan kucing yang lain.  Kecil-kecil dah jadi kedekut. Haih.

Bila dengan aku, jadi pendiam gitu. Ceit. Talam dua muka. Kakakaka

*autopublish*


Saturday, April 26, 2014

Cikgu Mathematic.



Aku dedulu, masa sekolah menengah pernah masam muka dengan cikgu Mathematic aku. 

Sebab musibab berlakunya hal itu adalah sesuatu yang berlaku di asrama dan terbawa ke kelas. Cikgu Mathematic aku tu warden asrama. Aku dan geng-geng dorm aku kena marah sebab tak pergi makan petang di hari minggu. Korang bayangkan, just only sebab itu, satu dorm kitaorang kena marah. Dan bagi aku, itu tidak relevan langsung dilayan sebegitu.

Dia suruh kitaorang jumpa dia keesokan paginya. Pukul 7 okay. Tapi aku tak pergi pun. Sebab aku adalah pengawas dan sah-sah waktu pagi sibuk. Kah kah kah. *perasan* 

Tapi dorm-mate aku pun tak jumpa dia on exact time. Kitaorang plan jumpa dia waktu rehat je. So, waktu rehat, kitaorang pun tercongak depan bilik dia. Ketuk pintu 2 3 kali, tak ada reply. Try bukak pintu, pintu tu berkunci. Tanya cikgu bilik sebelah, cikgu tu cakap ada je. And then, barulah kitaorang faham. Dia tak nak jumpa kitaorang. So blah je. Waktu lain, pergi lagi, but the same result. Bilik dia berkunci. 

Aku tak ingat dua hari atau lebih buat hal tu, kitaorang pun give up. Disebabkan aku dan dorm-mate aku tak sama kelas dan aku seorang saja yang ambik kelas ekonomi, yang lain-lain kelas sains, maka aku berseorangan. Haha.

Bila dia masuk mengajar dalam kelas aku, dia ignore aku. Aku ingat lagi jawapan dia masa aku tanyakan soalan. Soalan mathematic okay.

“Saya tak nak jawab soalan awak sebab awak tak mengaku kesalahan awak.”

Masa tu aku memang sebak gegila. Lepas dia keluar, terus aku menangis. Dalam kelas pula itu.. Malu juga bila ingat ni balik. Wahahaha.

Bila aku cerita kat dorm mate aku, diorang pun marah juga. Sebab diorang alami hal yang sama dengan aku. Tak dilayan. 

Sejak hari itu, setiap kali dia masuk mengajar, aku tak focus langsung apa yang dia ajar. Aku cuma keluarkan buku Mathematic, buat latihan bukan yang dia ajar. Aku buat hal aku. Tak pandang langsung muka dia. Dia pun tak pandang aku atau pendulikan aku. Aku masa tu, kalau boleh nak juga tutup telinga, tak nak dengar suara dia tapi macam biadap sangat pula. Haha.


Aku dah lupa sama ada aku dipanggil cikgu pengawas atau tidak sebab hal itu. Nasib baik cikgu Mathematic aku bukan cikgu pengawas, kalau tak dah lama aku kena pecat.

Sebab hal itu, aku keluar asrama dan still, aku dengan cikgu Mathematic aku macam itu. 

Bila majlis izin ilmu, kami, student form 5, diminta beratur, ambik apa entah dari penyelaras tingkatan 5 which is my Mathematic teacher. Aku dalam masa tu, duk fikir nak ambil ke tak. Last-last ambil juga. Ambil pun, macam tu je. Salam dan blah. Haha.

Bila keputusan SPM dikeluarkan, aku dapat A2 untuk subjek Mathematic. Not bad la sebab dorm-mate aku ada yang dapat A1. Tapi aku tak kisah pun. Bila aku tunjukkan slip result kat cikgu Ekonomi aku…

“Dapat A juga awak untuk Mathematic ni.”

 Cikgu Ekonomi tahu hal yang berlaku antara aku dengan cikgu Mathematic aku. Tapi cikgu Ekonomi lagi suka sebab aku dapat A1 untuk subjek dia. Aku selalu rasa yang cikgu Ekonomi dan Cikgu Mathematic aku dislike each other. Haha

Apa-apa pun, aku tak berdendam ataupun marah kat cikgu Mathematic aku. Ada hikmah juga untuk yang berlaku. Mujur juga dia marah aku, kalau tak, tak ada maknanya aku buat sehabis baik dalam exam itu. Apa-apa pun, terima kasih cikgu-cikgu. 






Kopi dan Kehidupan





Kopi dan kehidupan punya similariti.

Pahit bagi yang tidak tahu menikmatinya dan manis bagi yang tahu menikmatinya.


Jadi, awak yang mana satu?

 


Friday, April 25, 2014

Manis.


"Awak, saya nak makan sesuatu yang manis, hari ini."

"Saya ada senyuman manis. Mahu?"

Fobia

Awal-awal tahun dulu, selain anonymous, aku pernah ada fobia dengan blogger baru yang leave komen. Nak-nak lagi yang baru je buat blog beberapa bulan. 

It's all because the thing that happened in 2013. Sampai sekarang, bila aku teringatkan kisah mamat fake tu, buat aku seram gila. Tersangat! Bulu roma aku akan meremang everytime teringatkan hal tu. Dan aku pun tak pernah baca balik entri 2013 yang aku pernah post beberapa minggu lalu. Aku tulis dan aku lupa.

Everything yang dia pernah cakap kitaorang ada persamaan, aku dah tak minat. Aku tak nak ingat walau secebis pun. Tapi... aku sendiri pun tak tahu nak cakap macam mana hal ni. Macam, how could I hate things that I used to love because of someone that called me idiot?

Untuk yang tak pernah berada di tempat aku, tentunya akan cakap, "Kau patut lupa. Kau patut let it go. Kau patut move on." Tapi macam mana mahu lupa, kalau setiap kali aku mahu tamatkan semuanya, dia mahu menyambung lagi permainan lelaki idaman dia itu? I gave 'him' chance to stop that, but...

Maybe I hate 'him' maybe I'm not. But I'm living my life very well even I lost a few friends because of that. 

Dan sekarang. aku just fine. Fobia tu dah dapat diatasi.

"Semuanya akan berubah." Aku pernah cakap itu pada diri sendiri bila aku dah pulih. Dan ya, semuanya dah berubah. All of us just strangers with memories now. :)



Wednesday, April 23, 2014

Aiman



Ada satu hari, aku ketemu seseorang.
Katanya masih belum punya nama lagi.
Jadi, aku namakannya Aiman. 

Pantai.





Dia pernah bawa aku ke pantai. 

"Jika satu hari, awak datang ke pantai seorang diri, dan waktu itu awak teringatkan saya... awak tahu, saya akan berada di sisi awak, walau saya tidak mampu dilihat dengan mata kasar."


Reenapple: 1.Dapat idea masa dengar 1 lagu. Jeng jeng jeng!
2.Idea menulis aku, sememangnya muncul waktu malam. 



Tuesday, April 22, 2014

Buyatt




This is Buyat.
Jangan kacau dia tidur.
Nanti dia bising.
Even tak difahami bahasa meownya.
Kah kah kah.



Sunday, April 20, 2014

Kaffarah.


Ok. Jumpa term baru instead of Karma. :)


 

Saturday, April 19, 2014

Bukan Takdir.





Pernah 1 kali dia termimpikan sesuatu yang indah tentang kamu
Tapi tidak pernah dia ukirkan senyuman tentang itu.
Sebab dia tahu, itu tak akan pernah menjadi kenyataan
Kamu tak akan pernah menjadi milik dia.


Reenapple: Lately, aku selalu terfikirkan seorang mamat ni. Tertanya-tanya how is he doing. Hurmm. *buang ego*




Thursday, April 10, 2014

Pelupa.




Ada satu malam, aku rasa aku sedang berbual dengan seseorang, about something dan keesokannya, aku dah lupa apa yang kitaorang bualkan. Maybe juga dengan siapa aku berbual. Haih. 

Kebelakangan ni, asyik pelupa je. Hurm hurm hurm.



Soalan Kahwin #2

"Bila nak kahwin?"

*Babe, tak semua orang SENANG dapat jodohnya.*



Reenapple: Aku rasa aku masih muda nak fikir soal kahwin but people keep asking me this not so important question. heh







Wednesday, April 9, 2014

Wordless Wednesday #26





Sunday, April 6, 2014

Nyctophilia


Me. Sometimes.


Saturday, April 5, 2014

2013

Aku pernah kenal seorang ‘lelaki’ di Facebook. Approve dia punya friend frequest pun sebab aku ingat dia blogger sebab mutual friends semuanya blogger. Tapi rupanya tak. He just randomly adding people. Maybe.

First time dia PM aku… it’s because maybe selepas aku komen kat status dia untuk pertama kali. Ya, untuk pertama kali. 

Apa yang kitaorang chat, aku tak ingat sangat. But aku ingat, he’s bragging about being staying in Australia and bezanya waktu Malaysia dengan Australia. Oh, dia cakap dia asal dari Australia but staying in Sabah sebab ada kerja kat situ. And he used to stay in Malaysia before ke Australia. Itu yang dia beritahu. Kitaorang chat in Malay, sebab dia cakap dia faham sikit sikit Bahasa Melayu. Mungkinlah. Sebab status-status dia mostly in Malay. 

And the next day, dia PM aku lagi. But aku lambat balas PM dia sebab aku sibuk hari tu. Dalam pukul 2 atau macam tu, yang penting dah lewat malam, baru aku reply. And yeah, dia tak tidur lagi. Chat punya chat, out of sudden dia cakap, “Mohon jangan jatuh hati pada I.” Aku pun macam pelik. Dalam kepala masa tu, ‘What the hell mamat ni?’ But aku pun buat donno je la.

Oh, aku masa tu ingatkan dia suka kawan perempuan yakni kini bukan kawan lagi. Sebab aku selalu nampak lelaki tu komen komen kat status ‘kawan’ aku. Do the tagging, and ‘kawan’ aku pun selalu duk post kat wall mamat tu. So, aku malas ambil tahu. But dia , lelaki tu selalu PM aku. Every night!

Ada satu masa tu, tanpa sebab aku kena marah dengan dia, just only aku PM dengan ‘kawan’ aku. Dia yang tetiba tanya apa yang aku PM dengan ‘kawan’ aku. And then, bila aku beritahu yang aku suruh kawan aku hati-hati dengan dia, terus dia maki hamun. Aku masa tu dahlah penat. Tetiba kena marah tak tentu pasal. Macam orang bodoh je aku minta maaf malam tu.

Esoknya dia PM aku, minta maaf. Sekali dia hantar PM, aku tak reply lagi. Malas! kali kedua, aku reply. Itupun sebab dia cakap apa entah tentang dosa. So aku balas dan at that time, turn aku pulak maki hamun dia. Hah! Aku rasa adil di situ. Dan after that, kitaorang okay.

Dan dia setiap malam akan PM aku after that. Every night! Dan ayat dia, “Mohon jangan jatuh hati dengan I” tak pernah lupa disebut. Aku rasa dari situ kot, aku mula suka dia. Dan dia tahu. Ada satu ayat dia aku ingat, “I tahu you dah sukakan I but I tak boleh suka you.” Aku ingat itu.

Oh and then, waktu itu, ada someone bagitahu aku, yang dia… pofile picture dia, bukan dirinya yang sebenar.  Bagitahu yang dia, berkemungkinan adalah perempuan. That someone suruh aku siasat, so aku siasat. And aku jumpa profile picture dia kat Google.  Tapi aku macam like, “ Oh, okay”, sebab profile picture aku pun bukan aku letak gambar sebenar. Aku letak gambar artis. Hahaha. Maybe he has his own reason. 

And then, ada satu part bila dia marah sekali lagi. Aku cuba serkap jarang dia, Itu pun sebab that someone ask me to do that. Dan tentulah menipu bukan kepakaran aku. I’ve been caught dan dia marah marah bila aku cakap ada orang ingat dia perempuan. Serius, aku masa tu, duk fikir, instead dari dia mengamuk sakan just because someone thought he is a girl, bukankah it’s better kalau dia just gelak. I mean, he said he is cool guy, so why would he want to get mad on something like that. Pelik!

April 2013, aku deactivated FB due to personal problems. He’s one of that reasons. Masa tu, aku tersangat-sangat miserable. Can’t think properly.  Aku ingat bila aku deactivated FB, everything will be just fine. Tapi tak. Sebab dia muncul lagi. Di blog aku. As anonymous. With initial S.A. Macam mana aku tahu dia? Maybe the way he wrote it? 

He keeps coming back. Dan bercakap benda yang buat aku kind of tak boleh berfikir dengan betul. Dia beritahu yang dia tak suka aku macam mana aku suka dia, tapi bercakap seolah-olah risaukan aku. Selalu bercakap jangan tunggu dia lagi., “I will die soon.” He said that. Dia hilang, lepas tu muncul balik. Memberi harapan palsu. 

Ingat tak aku pernah cakap tentang permainan? Aku keep wondering apa permainan dia.

Last dia komen di blog aku as anonymous adalah August 2013. Tapi dia create another game lagi pada aku. Dan aku kembali miserable. Kembali ‘sakit’. But aku dah selesaikan masalah tu dengan cara aku. Tamatkan segala permainan dia. Even aku tak tahu kenapa dia buat macam tu. 

Disember 2013, aku ‘dikhabarkan’ sesuatu. Yang dia, sebenarnya langsung tidak wujud. Di sebalik facebook profile dengan jantina dan gambar lelaki, adalah seorang perempuan. Dia sebenarnya adalah watak imaginasi seorang perempuan tentang lelaki idaman dia. That girl, do that to ensure her prince charming exist.

Macam mana aku tahu itu? DIA tolong aku through ‘someone’.

Bila dikhabarkan itu, aku kind of speechless. Macam, ada juga orang yang buat kerja gila macam ini. Tersangat psiko. Tapi semuanya dah tamat. Dan aku pun tak nak ambil tahu lagi. Mungkin ‘watak’ lelaki itu dah mati. Sebab lelaki itu asyik cakap nak mati je. Mungkin pencipta wataknya mahu matikan dia, sebab itu mahu buat macam tu. But it’s still cruelest thing, permainkan perasaan orang. Bukan sekali pada aku, berkali-kali. Tak cukup di Facebook, kat blog aku. Kalau nak mati tu, matikan saja. Tak perlu menyambung lagi.

So, itu yang berlaku tahun 2013. Aku tulis ini supaya aku ingat ini. The things that I learned from this. I don’t hold grudge but I believe in Karma.

K bye.







Thursday, April 3, 2014

April




Pejam celik pejam celik, dah masuk April. 
Dan April tahun lepas banyak kenangan pahit.
Yang mana April 2013 hanyalah permulaan saja.
Atau dah masuk stage 3?

However, it's already over. Glad to 'hear' that.




Reenapple: Kembali baca entry April 2013.



Wednesday, April 2, 2014

Lelaki #8



Lelaki.
Mengapa perlu bersikap sekejam itu?
Cukup saja katakan, "Maaf, aku tidak suka kamu seperti kamu suka aku." dan berlalulah pergi dari hidupnya.

Jangan pernah hamburkan harapan palsu padanya jika benar perasaan kamu pada dia itu hanyalah sebagai sahabat saja.
Jangan pernah cari dia lagi.
Jika mahu tanyakan khabar, nyatakan saja, kamu bertanya khabar sebagai sahabat.
Supaya dia kekal tahu perasaan sahabat kamu itu.

Perempuan itu, hatinya mungkin lemah kerana kamu.
Mungkin juga kuat kerana kamu.
Tapi yang pasti kerana kamu,
Air matanya pernah jatuh.
Kerana kamu.
Ya.
Sebab kamu.




Move On




Ya, kawan.
Aku juga turut rindu momen momen itu.
Tapi aku tak mahu lagi kembali pada masa dulu walau ada mesin masa sekalipun.