Friday, January 31, 2014

Kejam



Sudahlah dia jatuh terluka sebab kau
Dan kau masih mahu menabur asid di lukanya lagi. 
Apa kau ini manusia yang tiada hati dan perasaan?
 Betapa kejamnya manusia seperti kau

Wednesday, January 29, 2014

Conteng #9


"I miss you, love."



Empunya blog: Copy dari 1 gambar. :D



The End

Dulu, aku pernah ditusuk dengan penipuannya. Berkali-kali, but I don't realize it.

"Ajal saya satu kepastian."

"Masa saya singkat."

And I believed all those lies.  Dan entah macam mana bila sampai satu tahap, otak aku tak mampu lagi nak hadam penipuan darinya. Hati aku rasa 'something is not right' bila aku dikhabarkan wasiat dia. Kind of stupid me to believe that.

Aku even pernah didatangi satu nasihat, "Jangan pernah kena tipu." Tapi aku tak faham maksud nasihat tu. Sehinggalah bila aku buat sesuatu, and then aku nampak permainan dia. Beberapa ketika lepas itu, aku dikhabarkan perihal yang sebenar. I know the whole story. What, why and how. DIA tunjukkan aku hal yang sebenar, siapa dia yang sebenar.

Dan cerita dia tamat seperti itu saja. Aku cuma harap dia tak gunakan lagi watak itu untuk permainkan perasaan orang lagi. Aku harap aku adalah mangsa yang terakhir. 

The end.

Tuesday, January 28, 2014

Ujian



Orang selalu cakap "Friendship never ends\Friend forever." But bagi aku, after what I've gone through about friendship, ada friendship yang sampai penghujungnya. Tak, ini bukan tamat sebab mati . Tapi sebab ia memang dah ditakdirkan macam tu.

Satu hari kita tahu dia adalah kawan kita yang paling rapat, ketawa sesama, but di satu hari yang lain, tetiba je kita sedar dia bukan lagi kawan kita. Dan kita bukan lagi kawan dia. Masing-masing jadi manusia asing to each other.

Ada sesetengah persahabatan tu, hanya ujian dari DIA. Hidup ini ujian.
Tahu itu?



Sunday, January 26, 2014

Sketsa Facebook



Pernah 1 hari, ada budak perempuan PM aku kat Facebook. Aku sebenarnya tak kenal pun budak perempuan tu. Approve pun sebab aku tahu dia adalah junior aku. Dan dia add aku after kitaorang berbalas komen di group U.

Dia cerita masalah dia nak adapt dengan keadaan kat U, masalah itu, masalah ini. Ahaa.. Since aku senior, so aku cuba tolong mana patut, giving advice yang aku rasa might help her.

So bila nak sampai the end of the conversation, out of sudden dia cakap, “Saya PM awak ni, jangan awak ingat saya ada perasaan kat awak lak.”

And then aku macam blur jap. Aku tanya kenapa, dia pun cerita, most lelaki yang dia selalu chat selalu ingat dia ada feeling kat diorang. 

Oh, aku lupa aku taruk gender male kat FB aku. She really thought I’m a guy but unfortunately, I’m not. Maybe cara aku reply chat macam lelaki? Errr.  But aku tak ada lah nak mainkan perasaan orang. Sebab aku jarang nak PM orang. Kalau nak mulakan chat pun, aku chat dengan yang aku kenal aje.

So, at the end of conversation, dia pun tahu yang aku sebenarnya perempuan bila ada 1 post kat profile aku panggil aku Kak Reen. Ahaaa. Dia ucap “thank you Kak Reen” and So the next day, dia pun remove aku. But then aku tak kisah pun. Kalau aku jadi dia pun, malu juga.

Tapi, aku memang malas nak  ubah gender male ke female. Entah. Tak tergerak hati. Better like that. Oh and then, aku sekarang dah berhati-hati nak approve friend request..

Okeh tu je nak cerita. Mih Mih Mih.



Friday, January 24, 2014

Cinderella





Katanya mereka
Kau akan sedar CINTA SEJATI
Pada saat pertama 'tangan' kau 'bersentuhan' dengan 'tangannya'

Yang sebenarnya
Itu hanyalah mitos sahaja
Mitos dalam cerita seorang gadis dan sepatu kacanya.


Thursday, January 23, 2014

Conteng #8


Awak dan saya. 
*berangan* 

Haha

Empunya blog: Aku tiru dari 1 gambar. 

AUTOPUBLISH


Wednesday, January 22, 2014

Untitled #17

Kadang-kadang bila itu terlintas di fikiran, sungguh, aku rasa macam nak marah. Rasa maca nak mengamuk. Tersangat tidak adil. Tapi apa yang boleh dibuat? I just have to pray that someday, memori tu akan hilang dalam hidup. Erase like it never exist.

Sebenarnya, susah juga nak suruh diri sendiri move on. Tipulah, kalau aku cakap, aku tak rindu semua tu, tak ingat semua yang pernah berlaku dulu, tak rasa nak maki hamun kat yang buat dajal. But then, hidup harus diteruskan. No matter what. Even, bila tahu hal sebenar, aku speechless bila diberitahu tentang tu.

Someone cakap kat aku. "Itu urusan dia dengan ALLAH nanti. Biar dia jawab sendiri. Urusan kau dah selesai. Dan kau kena move on dan jangan pernah toleh ke belakang."

Rasanya, aku kena keep praying so that I'm gonna forget that. 

Dan aku selalu diingatkan ini, " ALLAH SWT sayang kau sgt.... sgt2 sayang sebb tu DIA uji."

K. Tu je nak tulis. 

Tuesday, January 21, 2014

Love


"If I said I love you, would you love me back?"

AUTOPUBLISH

Monday, January 20, 2014

Kistot #38: Merajuk

Satu hari seorang gadis merajuk dengan pakwenya. Err bukan merajuk pun. It's more to... more to... err maybe misunderstanding gitu. Apa-apa pun korang yang baca ni, conclude je yang si awek tu merajuk dengan pakwenya. Haha

"Awak nak apa lagi? Sekejap awak macam ni, sekejap awak macam tu. Bagitahu saya, apa yang awak tak puas hati?" Si pakwe membebel.

Si awek mendiamkan diri. 

"Ok. Awak merajuk kan? Awak nak suruh saya pujuk awak dengan apa?" Soal lagi si pakwe. 

Si awek mendiamkan diri lagi. Sebenarnya, itu kali pertama dia kena marah dengan si pakwe.

"Awak fikir dulu. Dah dapat jawapan, bagitahu saya." Talian ditamatkan.

1 jam kemudian, di facebook si pakwe, seseorang post something di wallnya. 1 gambar disertakan dengan caption.

Saya nak awak pujuk saya dengan ini boleh?

Si Pakwe mengukirkan senyuman sebelum menelefon kembali aweknya. Dan mereka berbaik seperti biasa. 

The End. 

Tuan empunya blog: Aku rasa macam santai gila aku punya entri ni. 



Lelaki #7


Lelaki ni lagi kacak kalau berambut pendek bukan berambut panjang macam perempuan. Hey hey hey. :3





Saturday, January 18, 2014

Langkah



Pernah satu hari aku berhenti melangkah dan menoleh ke belakang.

 Apa yang kau lihat?” Dia menyoal. Sambil matanya turut melihat apa yang dilihat oleh aku.

Dia. Aku lihat dia. Bersama mereka.” Hati aku ketika itu sudah sebak.

Dia? Siapa?” Soalnya.

Sesuatu dari masa silam aku.


Dia disebelah aku hanya mengukirkan senyuman sambil tangannya mengosok bahu aku dengan lembut.

Aku masih ada…” Ujarnya dan aku ukirkan senyuman tawar sahaja. Mata aku masih memandang situasi itu.

Mari…” Tangannya dihulurkan pada aku dengan senyuman tidak lekang dari bibirnya. Perlahan-lahan aku sambut tangannya. Panas dan selesa.

Jangan pernah menoleh ke belakang lagi. Aku temani kau melangkah sehingga ke penghujungnya.”

 
Aku anggukkan kepala dengan senyuman. Dan melangkah bersama-samanya sehingga ke penghujung. Tanpa menoleh ke belakang lagi.


*autopublish*


Thursday, January 16, 2014

Malu


Sebenarnya dah lama nak cakap macam ni kat awak,

" Hai awak yang kacak!" 

 Tapi tak berani. Hurm hurm hurm.


Tuan empunya blog: Tiada perkaitan dengan tuan empunya blog. Ahaaa. 



Wednesday, January 15, 2014

Wordless Wednesday #23




Tuan empunya blog: Surprise gift from someone. Ahaaa. Thank you . :D

*autopublish*


Monday, January 13, 2014

Untuk Awak



Dulu, saya ingat saya akan suka awak sampai bebila even awak tak tahu perasaan yang saya ada pada awak. "It’s better to stay as friend than being more than friend.” Itu yang awak kata bila saya tanya jika ada kawan sukakan awak more than feeling as a friend. Jadi sebab itu saya diamkan sampai sekarang. 

But then it change when I met this guy. Actually, first time I met him, hati saya masih ada awak even awak hanya anggap saya sebagai kawan saja. Saya sendiri pun tidak tahu kenapa saya dan keluarga saya laju je terima pinangan dia. Sedikit pun tak ada cinta untuk dia. Cinta saya ketika itu untuk awak even awak sendiri tidak pernah sedar.

Saban malam saya berdoa diberi petunjuk, dan akhirnya, saya dapat. I saw him with me, not you. Dan dari situ saya tahu, awak tak ditakdirkan untuk saya. Jadi, saya ikut jalan yang DIA dah tetapkan untuk saya. Dan lama-kelamaan hati saya cuma ada dia. Dan awak, not anymore in there. I’m sorry for that.

Jadi, awak akan doakan kebahagian saya dengan dia bukan? Sepertimana saya selalu doakan kebahagian awak walaupun bukan saya yang membahagiakan awak. 

Take care.


*autopublish*





Friday, January 10, 2014

Prince Charming



Biar aku ceritakan tentang seorang lelaki. He is a nice a guy. Matured than me,menyenangkan aku and bla blab la bla. Yang sebenarnya, aku tak tahu apa yang dia suka. But dia tahu apa yang aku suka. Dan everytime aku dengan dia, dia buat aku rasa happy. We both good friend. Aku rasa any girl would fall for him kalau aku described dia dengan detail. Haha. 

But then aku ‘buang’ dia. Aku tak nak diri aku dihantui dia lagi. Aku tak nak dia ‘wujud’ surrounding aku lagi. Aku risau kalau aku betul-betul create dia untuk menyakinkan yang dia itu wujud. Sebab itu aku ‘ buang’ dia. Sebab aku tahu dia tak wujud. Dia cuma aku punya dream guy which I know he would never exist. Sebab lelaki yang perfect hanya wujud dalam novel atau dalam erti kata lain, CERITA REKAAN. 

Jadi, aku simpan dia DI SINI. Aku ‘buang’ di situ. Aku tulis cerita tu untuk bacaan aku satu hari nanti. Even masa aku tulis tu, seriously, I do fall in love with that character. But then, aku ingatkan diri aku, lelaki seperti tu, never exist. Dan cerita aku, Tuhan yang tentukan. 

Sekurangnya dia pernah ‘wujud’ bagi aku dan tak pernah ‘memunculkan’ diri to anyone. And I never used 'him' to play with people's feeling. I never show him to anyone except bila aku tulis novel itu. Dan aku lega bila aku buat itu 2 tahun yang lepas. Buang dia. Or simpan dia dalam erti kata lain.




Thursday, January 9, 2014

Quotes #70



You can't change the past. Take it as lesson and never regret of what happened.



Wednesday, January 8, 2014

Kistot #37: Instagram



"Nasib baik awak tak ada Instagram," katanya pakwe kepada aweknya.

"Kenapa pula?" Soal aweknya.

Si pakwe hanya mengukirkan senyuman tanpa menjawab soalan aweknya. Dah matang, makanya si awek tentu faham maksud tersirat ayatnya tadi.



Tuesday, January 7, 2014

Impian.



Satu hari aku ke kedai buku ditemani dengan kawan baik aku. Kawan aku yang ini selalu bising kalau aku keluar dengan dia, mesti aku heret dia pergi kedai buku. tetiba je aku rasa macam aku ni seorang kawan yang kejam. Ahaaa.

So and then aku pun pergi dekat  seksyen kanak-kanak dan mata aku tertarik pada satu buku kanak-kanak. Ia seperti gambar di atas. But then aku tak beli sebab out of bajet at that time. Ohooo. Aku rasa agak lama aku belek buku tu, sampaikan kawan aku tanya, “Kenapa dengan buku ni?”

Dan aku jawab, “Nak beli tapi out of bajet.”

Untuk?”

“Mana tahu one day, aku kahwin dan ada anak. Dan aku akan bacakan diorang buku cerita ni sebelum tidur. Bedtime stories.”

“OMG. Is this (nama aku) yang aku kenal?” Tetiba je kawan aku keluarkan soalan macam tu.

“Asal lak?” Aku tanya dia.

“Yeela, kau cakap pasal kahwin kot. Sebelum ni, setiap kali aku cakap pasal kahwin, terus kau cakap tak berminat, tukar topic ataupun tunjuk terus muka tak minat.”

Dan aku pun diamkan je la. Bila fikir balik, ada benar jugak.Kakaka. Aku pun tak tahu kenapa aku boleh tercakap macam tu. Kakakaka. But serius, aku memang ada this dream, di mana aku terbayangkan diri aku sedang bacakan cerita kat anak-anak aku. Oh, bilakah ini akan berlaku? Aku rasa beberapa tahun lagi kot. I don’t know. Haha.

Dan seriously, buku tu tersangat colourful. Dan aku suka sangat buku tu macam aku suka buku Interior Design. Ahaaa.

Okey. Tu je nak tulis. Bye,