Monday, December 8, 2014

Kistot #43: Kesukaan



Jejaka memandang si gadis yang asyik dengan telefon bimbitnya dari tadi. Sekejap gadis di hadapannya ini akan tersenyum. Dan dia hairan itu.

“Apa yang awak sedang buat?” Jejaka memulakan perbualan, janggal dengan Susana sunyi. Kebiasaannya gadis akan memulakan perbualan, bercerita itu bercerita ini.

“Tengah reply Whatssap someone.” Balas si gadis dengan selamba. Mata masih pada telefon di tangannya. Langsung tidak memandang jejaka di hadapannya.

“Sampai tersenyum macam ini?” Soal Jejaka lagi. Kali ini disertakan dengan sedikit rasa cemburu.

Gadis angguk kepala dengan senyuman. “He’s a fun guy.”
“He? Siapa?”

“Kawan baru.”

“Handsome ke?”

“Boleh la.”

“Hurmmm…”

“Kenapa?”
Soal Gadis hairan. Kali ini matanya beralih ke arah Jejaka.

“Nothing. Balas lah Whatssap kawan baru awak itu.”
“Okay.” Gadis kembali menghadap telefonnya tanpa menyedari riak kecewa di wajah Jejaka.

10 malam…..

Bunyi notification Whatssap masuk. Gadis hantar 1 gambar pada Jejaka. Ayat di gambar itu…

“You may not be the only reasons why I smile, but you are definitely my FAVORITE one.”

Dan Jejaka tidur dengan senyuman di hati malam itu.






3 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.