Thursday, December 4, 2014

Berubah



Dia cakap aku dah berubah tapi aku rasa dia yang berubah.

"Aku rasa kau dah berubah. Kau bukan macam dulu."

Aku diam. Dalam hati, aku rasa dia yang berubah, bukan aku.

Dan ya, aku tahu sampai satu masa manusia akan berubah, sama ada disebabkan pengalaman yang mereka alami atau persekitaran di sekeliling mereka.

"Apa yang buatkan kau berubah?"

Walaupun soalannya itu disertai dengan gelak ketawa, buatkan aku berfikir seketika.

"Aku rasa kau yang berubah, bukan aku," Aku balas itu. Dan dia diam sebelum dia nafikan itu. Kami sama-sama nafikan hal itu.

Atau mungkin benar saja hal yang aku dah berubah. Mungkin perasaan aku tentang dia yang berubah.

Mungkin.



5 comments:

  1. sama-sama dah berubah.

    masa yang merubah kite..

    ReplyDelete
  2. mungkin.
    siapa tahu *jungkit bahu

    ReplyDelete
  3. semua orang berubah, sama ada orang disekeliling perasan atau tak

    ReplyDelete
  4. Manusia berubah, cuma sedar dengan tak je.

    ReplyDelete
  5. banyak yang telah berubah..

    tapi masih ada yang kekal di situ..

    aku tidak aktif Fb.. blog..

    tapi aku masih suka komik dan menulis..

    Aku kian jarang hubungi kau

    tapi kau masih lagi orang kegemaran aku :)


    -NA-

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.