Wednesday, December 24, 2014

Palsu



Manusia bertopengkan senyuman palsu seperti dia adalah sesuatu yang biasa aku lihat di mana-mana. Dalam kalangan manusia yang sibuk mengejar kebahagian dunia, ya, senyuman palsu satu cara untuk menutupi segala rasa duka yang kian bercambah di dasar hati. Di sudut yang paling paling dalam. Yang hanya Tuhan saja yang tahu erti senyuman itu.

Katanya mereka, “People change when they get hurt.”

Dan aku iyakan saja dengan kenyataan itu.

Apa kau tahu tentang perubahan dia di saat kau robek hatinya dengan tingkah laku kau yang kejam itu?

Apa kau tahu tentang tangisan dia di saat kau tuturkan ayat yang paling kejam 
pernah dia dengar?

Apa kau tahu tentang air matanya yang dibazirkan disebabkan kau?

Satu senyuman palsu.

Dua senyuman palsu.

Tiga senyuman palsu.

Itu saja yang dia lakukan di hari-hari mendatang.

Katanya mereka, senyuman mampu menutupi rasa kecewa di hati. Maka diciptakanlah senyuman palsu itu.

Soalnya aku pada dia di satu hari saat tangisan awan menemani perbualan kami.

“Kau dah berubah.”

Dia senyum. Senyuman palsu. “People change when they get hurt, kawan.”





Monday, December 22, 2014

Paling Killer

Soalan paling killer masa Interview.

1. Apa yang awak boleh buat untuk syarikat ini?

2. Tell me your 5 years plans from now.






Sunday, December 21, 2014

Lonely




Aku sebenarnya tahu aku tak matang lagi. Yeah, I know I'm not matured yet. Perangai aku yang gegila. Sometimes suka buat benda yang unexpected. Sekejap aku cakap A but I'm making B decision. That's me.

So... nak dijadikan cerita. Borak-borak dengan kawan aku. Dan aku mention tentang KL yang bukan jiwa aku. Dan dia cakap aku lonely. The reason why I'm saying "KL bukan jiwa aku." adalah disebabkan betapa lonelynya aku. Dia punya opinion. Dan aku macam...

'Oh, mungkin.'

But then dia kaitkan betapa lonelynya aku adalah disebabkan aku tiada boyfriend. Why is that? Apa kaitannnya?

Is that like life aku akan berubah bila aku ada boyfriend? Adakah aku akan dikira tak pathetic bila makan kat KFC bertemankan lelaki? Setiap malam akan ada orang lelaki nama si polan bin si polan mesej aku "Good night."

So, baru life aku dikira tak lonely?

I'm hurt by that words. Macam aku ni pathetic sangat. :(



Saturday, December 13, 2014

Bersangka baik.



Aku percaya setiap kehilangan yang kita alami akan digantikan dengan yang lebih baik.

Bersangka baik pada Tuhan.

Thursday, December 11, 2014

Tiga Permintaan



Di saat telah tiba waktu seorang Ibu meninggalkan anaknya untuk selama-lamanya, dia dikurniakan tiga permintaan.

"Kamu diberikan 3 permintaan sebelum meninggalkan dia. Apa permintaan pertama kamu?"

Si Ibu memandang anak kecilnya dengan penuh rasa sayu.

"Aku mahu dia dijaga dengan penuh kasih sayang. Kasih sayang seorang ibu."

"Permintaan kedua?"

"Aku mahu dia dewasa kelak, bertemu lelaki yang akan jaganya dengan rasa sayang dan cinta."

"Permintaan ketiga?"

"Aku mahu dia tahu. Kekal tahu yang selamanya aku sayang dia."

"Permintaan kamu ditunaikan. Masa akan menentukan segala-galanya. Anak kecil ini satu hari nanti akan diceritakan padanya tentang kasih sayang kamu."

Si Ibu senyum kelat. Dicium pipi anak kecil yang sedang lena diulit mimpi itu berkali-kali. 

"Jaga diri, sayang. Ibu sayang kamu. Tahu itu?"

Berakhir di situ, kisah pemergian Ibu bersama kasih sayangnya. Dan hanya mampu menjenguk anak kecil itu di waktu tidurnya saja. 

-The End-

Monday, December 8, 2014

Kistot #43: Kesukaan



Jejaka memandang si gadis yang asyik dengan telefon bimbitnya dari tadi. Sekejap gadis di hadapannya ini akan tersenyum. Dan dia hairan itu.

“Apa yang awak sedang buat?” Jejaka memulakan perbualan, janggal dengan Susana sunyi. Kebiasaannya gadis akan memulakan perbualan, bercerita itu bercerita ini.

“Tengah reply Whatssap someone.” Balas si gadis dengan selamba. Mata masih pada telefon di tangannya. Langsung tidak memandang jejaka di hadapannya.

“Sampai tersenyum macam ini?” Soal Jejaka lagi. Kali ini disertakan dengan sedikit rasa cemburu.

Gadis angguk kepala dengan senyuman. “He’s a fun guy.”
“He? Siapa?”

“Kawan baru.”

“Handsome ke?”

“Boleh la.”

“Hurmmm…”

“Kenapa?”
Soal Gadis hairan. Kali ini matanya beralih ke arah Jejaka.

“Nothing. Balas lah Whatssap kawan baru awak itu.”
“Okay.” Gadis kembali menghadap telefonnya tanpa menyedari riak kecewa di wajah Jejaka.

10 malam…..

Bunyi notification Whatssap masuk. Gadis hantar 1 gambar pada Jejaka. Ayat di gambar itu…

“You may not be the only reasons why I smile, but you are definitely my FAVORITE one.”

Dan Jejaka tidur dengan senyuman di hati malam itu.






Kahwin



Perbualan semalam:

"Boleh imagine tak kau kahwin dengan kawan baik sendiri satu hari nanti?"

"Tak boleh."

"Kenapa??"

"Masa kawan guna 'aku' 'kau'. Bila dah kahwin macam pelik kena panggil dia 

'Abang'. Aku pula kena bahasakan saya. Awkward."

Dia gelak. "Jadi kau kena belajar-belajar lah."

Dan aku pun buat muka tak puas hati.


End of story.




Sunday, December 7, 2014

Naif.

Kadang-kadang aku rasa aku ni naif sangat. I feel stupid. I feel useless. 

Bila orang mintak tolong, aku tak pernah kata 'NO'. Dan bila aku kata 'NO' aku pula yang dihimpit rasa bersalah sebab tak mahu tolong diorang. Ia buatkan aku rasa aku lah manusia yang paling kejam sebab tak mahu tolong orang. 

Hey aku tolong, but there are times bila kau rasa kau tak mahu tolong orang and being selfish right?




Saturday, December 6, 2014

Sayang




"Aku tak sayang dia tapi aku perlukan dia dalam hidup aku." Kata seorang perempuan tentang kawan lelakinya. 


Gembira dan Ketidaksempurnaan



Manusia tak sempurna.

Betapa kau tak puas hati dengan perangai orang itu, perangai orang ini, does it will change you to something?

Does it will make you feel happy by complaining?

Adakah orang itu akan berubah kalau kau mngadu pada someone else, bukan pada tuan empunya badan?

Tak. Mereka tak akan pernah berubah.

Jadi, lebih baik kalau abaikan saja dan teruskan hidup seperti biasa.

Ya. Aku tahu susah.

But, the less you care, the less you will get hurt.

Kau mahu hidup dengan gembira bukan?






Thursday, December 4, 2014

Berubah



Dia cakap aku dah berubah tapi aku rasa dia yang berubah.

"Aku rasa kau dah berubah. Kau bukan macam dulu."

Aku diam. Dalam hati, aku rasa dia yang berubah, bukan aku.

Dan ya, aku tahu sampai satu masa manusia akan berubah, sama ada disebabkan pengalaman yang mereka alami atau persekitaran di sekeliling mereka.

"Apa yang buatkan kau berubah?"

Walaupun soalannya itu disertai dengan gelak ketawa, buatkan aku berfikir seketika.

"Aku rasa kau yang berubah, bukan aku," Aku balas itu. Dan dia diam sebelum dia nafikan itu. Kami sama-sama nafikan hal itu.

Atau mungkin benar saja hal yang aku dah berubah. Mungkin perasaan aku tentang dia yang berubah.

Mungkin.