Tuesday, August 26, 2014

Kistot #40: Friendzone



“Tengah fikir kau ni sebenarnya ada feeling kat kawan sendiri ke tidak.”Soal Farah tiba-tiba. 

“Kenapa?”

“Kenapa kau asyik kecil hati dengan dia? Sebelum ni mana ada.”

Aku telan air iur.  Soalan itu aku biarkan saja sambil mata masih lagi pada FB

“See!” Farah bersuara lagi. “Kau stalk FB dia lagi. Kata nak move on.”

Aku mengeluh.

“Kau suka dia kan?”

“Tak!”

“Betul?” Farah soal lagi. Kali ini dengan senyuman.

Aku mencebik. Bahu dijungkit.

Apa kata kau luahkan pada dia?

Aku geleng.

“Kenapa?

“Aku tak nak hilang dia sebagai seorang kawan.”

“Dan biarkan kau kecewa?”

Aku jungkit bahu. Yang aku tahu, apa yang dah ditakdirkan jadi milik aku, ALLAH tak akan benarkan ia jadi milik orang lain.

-Tamat-



 Reenapple:  Based on true story. :)


9 comments:

  1. Akak, saya pun rasa saya suka kawan lelaki saya . Dia baik and rapat gak dengan saya . Kawan saya pun nasihatkan supaya saya tak tunjukkan sangat perasaan ni . Tapi dia tak pernah bercinta then ramai kawan perempuan sebab perangai dia yang lemah lembut . HUHU . Terpanjang pulak >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi, kita alami situasi yang sama. :)

      Bertabah la. Nak explain, aku pun fail dalam hal ini. Ahaaa :P

      Delete
    2. Tak apa, biarlah saya pendamkan perasaan ini . WUUUUUUU :')

      Delete
    3. If it is ment to be then it is ment to be..just let it be and do nothing..at least you will have something to regret in a future.hehe..

      Delete
  2. Aku tengah suka kawan aku dan aku tak nak bagi tahu dia. Satu sebab aku taknak hilang dia sebagai kawan. Dua sebab dia pakwe kawan aku. Kau rasa aku jahat tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak. Perkara biasa saja. Tapi hati-hati jangan samapai awek dia tahu

      Delete
    2. Lelaki tahu..lelaki yg baik akan pretend soalah dia x tahu.lelaki yg jahat akan ambil kesempatan and tend utk curang..magicnya body language ni lelak lebih mudah fhm.

      Delete
  3. Complicated sebenarnye kisah mahkluk yg kau ceritakan ni..kalau aku jadi mahkluk tersebut pun aku akan macam tu..hmm~

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.