Sunday, May 25, 2014

Warna Warni



Bila sampai satu tahap, baru aku sedar, hidup ini bukanlah seindah seperti yang disangkakan. Bukanlah ‘cantik’ sepertimana pernah aku ‘lukiskan’ satu ketika dulu. Bukanlah itu, bukanlah ini sepertimana yang pernah aku dambakan satu ketika dulu.

Aku pernah terjatuh dan luka. Kemudian bangun lagi dan teruskan perjalanan seperti selalu. Kemudian jatuh lagi, luka yang dialami untuk jatuh yang entah keberapa kalinya adalah berkali-kali ganda teruk dari luka yang dulu. Dan seperti selalu, aku cuba bangun. Merawat sendiri luka itu.

“Masih ada yang cantik, sayang.” 

Aku senyum bila dia katakan itu. Aku tahu itu. Ia cuma, perlu masa untuk manusia seperti aku hargai betapa indahnya hidup ini. Perlu masa untuk lukiskan kembali hidup ini dengan warna-warna yang menarik, bukan lagi dengan hitam warna kegemaran aku.


“Nah, aku belikan warna-warna untuk kau.”

Hadiah untuk aku sempena hari jadi aku tahun lepas. Dia hadiahkan itu. Supaya aku mampu lukiskan sesuatu yang indah dan berwarna warni bersama dia. 

Terima kasih, awak.  




13 comments:

  1. di mana apabila kau terlalu bergantung kepada hidup seseorang membuatkan kau sakit untuk bangun. commom reen. jadi domain. bukan range :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak, dia sebenarnya boleh jadi itu aku. :)

      Delete
  2. "Ingat tak masa awak umur lima tahun dulu awak fikir yg dunia ini tak teruk."

    Seseorang kata camni dekat aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan. Tapi aku syak dia pinjam ayat tumblr.

      Kahkah

      Delete
  3. Sama seperti yang saya fikirkan . Kita jatuh dan sakit kemudian kita bangkit sendiri .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya begitu. Tak ada yang boleh sembuhkan kita sendiri melainkan kita dengan bantuan DIA.

      Delete
  4. aww so sweet...bestnye kalau dpt pencil color / apa2 color yg banyakkkk warna mcm tu, boleh contong apa saja yg colorful..hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tengah fikir nak tambah koleksi warna ni.. haha

      Delete
  5. aku suka komen lari tajuk kan? err....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Normal Lynn, aku pun kengkadang buat begitu juga. Hiks.

      Delete
  6. itulah warna kehidupan. kadang gelap, kadang cerah. kadang ada yang buat kita suka, kadang ada yang buat kita duka.

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.