Saturday, May 3, 2014

Kawan Lelaki.



Aku ada seorang kawan baik lelaki. Err... dia je kawan baik lelaki aku. Kitaorang selalu lepak berdua waktu belajar dulu. Dan sekarang, sometimes mesej bila tak sibuk. Itupun tanya khabar saja. And then, bila bergayut kat telefon, almost one hour. Itupun tak selalu. 

Bila ada bad news atau good news, he will let me know. So do I. He's a good guy. Really good guy. Tapi kitaorang banyak beza. Dia jenis yang ada visi hidup yang tinggi. Aku pulak yang jenis follow the flow. Heheh.

Dan aku ceritakan ini pada seorang kawan perempuan aku tentang dia. Dan boleh pulak dia tanya,

"Kenapa kau boleh bergayut dengan dia tanpa ada apa-apa perasaan?"

Aku diam. Kawan aku keluarkan statement dia.

"Lelaki dan perempuan tak boleh hanya berkawan saja. Salah seorang mesti akan suka yang seorang lagi."

Dan aku pun terfikir, kenapa aku tak boleh nak suka kawan lelaki aku tu lebih dari seorang kawan? Macam pelik bila diajukan soalan macam tu. Tapi bagi aku, kalau aku dah set dalam hati, nak kawan, aku memang kawan. Haha.

After all, kawan lelaki itu dah ada someone yang dia suka. Jeng jeng jeng. Dan aku happy  untuk dia, sebab dia dulu adalah seorang lelaki yang susah nak ada feeling kat perempuan lebih dari seorang kawan. Ada perempuan pernah ada crush dengan dia. Muahaha.

I mean, he's a friend. A good friend of mine and I know our limit.


9 comments:

  1. "Tapi bagi aku, kalau dah set dalam hati, nak kawan, aku memang kawan."


    Setuju dengan ayat kau sebab aku pun macam tu jugak. Muehehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi soa hati dan perasaan ni sukar diduga lorh. Haha

      Delete
  2. Kalau saya , saya mungkin akan ada hati juga . HAHA .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Aku pun pelik dengan aku ni.

      Delete
  3. trying so hard to convince myself i'm not missing you...

    ReplyDelete
  4. sama macam aku, tapi sekarang dah tak contact...sbb sama2 busy, dia pun dah ada someone, and aku orang first yang dia gtaw...hahaha, bangga sekejap...skrg, kalau msj pun, just tny khabar, nak sembang, dah tak da masa...haha

    ReplyDelete
  5. setuju la.bila dah set dia tu kawan maknanya kawan..takda kurang takda lebih.
    sebenarnya friendzone tu lebih selesa dan menyenangkan.hehe

    ReplyDelete
  6. Kawan2 yang beza jantina memang ada..kawan baik yg berlainan jantina memang mustahil.kau kena tahu reen..lelaki juga pandai simpan rahsia.hahaha..

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.