Tuesday, May 6, 2014

Confession.

Aku pernah buat confession kepada seorang lelaki dulu dulu. Telling him that I like him more as a friend.  Dan ya, dia lelaki pertama yang aku luahkan perasaan. Hurm hurm hurm. 

Even aku cakap yang aku cuma mahu jadi kawan dia dan tak mahu jadi kekasih dia, it still embarrassing me till now. Oh, tersangat memalukan!

Dia lelaki yang baik. He is. Layanan dia yang baik terhadap aku dah timbulkan satu perasaan aneh. Aku rasa macam nak selalu dekat dengan dia. Nak selalu berbual dengan dia even hari-hari kitaorang jumpa. Tertanya-tanya adakah aku dah jatuh cinta dengan dia? Haha


Sebab aku luahkan, aku rasa ia disebabkan perasaan yang tak dapat dikenal pasti itu membuatkan aku rasa tidak selesa. Dan aku rasa dengan meluahkan, akan hilangkan perasaan itu. Yup, it’s work for me. Even lepas luahkan tu, kitaorang still kawan dan ia ambil masa untuk aku hilangkan perasaan itu.

Itu hal 2 tahun yang lepas.

Kenapa aku tulis ini? Kenapa aku masih rasakan ia sesuatu yang tersangat memalukan bila diingat balik?

Sebab aku jumpa/ terserempak dia beberapa hari lepas. Oh, pertemuan hari itu bukan kali pertama selepas aku loss-kan contact dia, itu kali kedua. 

Kali pertama berlaku December 2013. Aku ingat lagi waktu tu, waktu hujan renyai-renyai. Aku baru lepas lintas jalan dan aku nampak dia di satu bangunan. Actually, aku tak pasti itu dia. Yang aku tahu, aku tergerak hati nak berpaling. Budak lelaki tu tengok aku, aku tengok dia. Dan aku amati budak lelaki itu lama-lama sampaikan aku sedar, “Oh, it’s him.”
Malu!

Tapi aku tak tegur pun dia. Aku berlalu pergi tanpa ukirkan senyuman atau lambaikan tangan kat dia. Lagipun, aku dah basah masa tu. Dan jarak antara kitaorang jauh. Dan aku dah terlambat.

Eh, banyaknya alasan. Haha.

Dan ia berlaku hal yang sama beberapa hari lepas. Aku nampak dia, dia nampak aku, but aku tak tegur pun dia. Malu 1 hal. Dia pun tak tegur aku. Lagipun masa tu, dia dengan mak ayah dia. Takkanlah aku nak terhegeh-hegeh pergi tegur dia. Haha.

Masa tulis ni, aku banyak senyum sorang. Kelakar bila ingat balik. Dan malu!

K bye.

Reenapple: Panjang cerita macam mana aku boleh kenal dia dan tersuka dia. Tapi aku malas nak ulas panjang-panjang. Muehehehe



12 comments:

  1. Heheheh. Kalau kau jadi dengan dia, jangan lupa jemput aku makan nasik minyak. Lalalalalala~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak akan jadi. Kitaorang jodoh len len. Haha

      Delete
  2. hahaha, aku pernah buat...last year, kalau tak silap...walaupun kena reject, aku tak malu sangat sebab kitorang kenal gitu2 je...dan sekarang, aku pun dah ada kehidupan baru, so let it go je la...haha

    ReplyDelete
  3. Hahaha..kalau ko tegur dia time dia dgn parent dia tu, kot2 mak ayah dia terkenankan ko jd menantu beb..haha..

    owh ye, aku pernah gak mengaku cam kau pd org yg aku suka..poyo gila masa tu aku form 4, bila nak cuti sekolah, aku bg surat pengakuan berani mati kat dia..hahaha lepas tu naik form 5 rasa mcm malu nak mampos... sengal betu; rasa..but then, aku rasa more peace lepas tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi dia dah ada awek. Heee

      Aku pun rasa peace lepas buat gitu.. Haha

      Delete
  4. Asal kau ni macam aku heh? haha
    Aku pun penah confess kat kawan lelaki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesetengah orang ada pengalaman macam ini. It's normal. Kakaka

      Delete
  5. aku komen pun sambil senyum2.aku takpernah la ada experience camnie tapi dari pemerhatian kawan-kawan.ahahah ecewahhh

    ReplyDelete
  6. Wow reen..you are one of a kind..hahaha

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.