Saturday, April 26, 2014

Cikgu Mathematic.



Aku dedulu, masa sekolah menengah pernah masam muka dengan cikgu Mathematic aku. 

Sebab musibab berlakunya hal itu adalah sesuatu yang berlaku di asrama dan terbawa ke kelas. Cikgu Mathematic aku tu warden asrama. Aku dan geng-geng dorm aku kena marah sebab tak pergi makan petang di hari minggu. Korang bayangkan, just only sebab itu, satu dorm kitaorang kena marah. Dan bagi aku, itu tidak relevan langsung dilayan sebegitu.

Dia suruh kitaorang jumpa dia keesokan paginya. Pukul 7 okay. Tapi aku tak pergi pun. Sebab aku adalah pengawas dan sah-sah waktu pagi sibuk. Kah kah kah. *perasan* 

Tapi dorm-mate aku pun tak jumpa dia on exact time. Kitaorang plan jumpa dia waktu rehat je. So, waktu rehat, kitaorang pun tercongak depan bilik dia. Ketuk pintu 2 3 kali, tak ada reply. Try bukak pintu, pintu tu berkunci. Tanya cikgu bilik sebelah, cikgu tu cakap ada je. And then, barulah kitaorang faham. Dia tak nak jumpa kitaorang. So blah je. Waktu lain, pergi lagi, but the same result. Bilik dia berkunci. 

Aku tak ingat dua hari atau lebih buat hal tu, kitaorang pun give up. Disebabkan aku dan dorm-mate aku tak sama kelas dan aku seorang saja yang ambik kelas ekonomi, yang lain-lain kelas sains, maka aku berseorangan. Haha.

Bila dia masuk mengajar dalam kelas aku, dia ignore aku. Aku ingat lagi jawapan dia masa aku tanyakan soalan. Soalan mathematic okay.

“Saya tak nak jawab soalan awak sebab awak tak mengaku kesalahan awak.”

Masa tu aku memang sebak gegila. Lepas dia keluar, terus aku menangis. Dalam kelas pula itu.. Malu juga bila ingat ni balik. Wahahaha.

Bila aku cerita kat dorm mate aku, diorang pun marah juga. Sebab diorang alami hal yang sama dengan aku. Tak dilayan. 

Sejak hari itu, setiap kali dia masuk mengajar, aku tak focus langsung apa yang dia ajar. Aku cuma keluarkan buku Mathematic, buat latihan bukan yang dia ajar. Aku buat hal aku. Tak pandang langsung muka dia. Dia pun tak pandang aku atau pendulikan aku. Aku masa tu, kalau boleh nak juga tutup telinga, tak nak dengar suara dia tapi macam biadap sangat pula. Haha.


Aku dah lupa sama ada aku dipanggil cikgu pengawas atau tidak sebab hal itu. Nasib baik cikgu Mathematic aku bukan cikgu pengawas, kalau tak dah lama aku kena pecat.

Sebab hal itu, aku keluar asrama dan still, aku dengan cikgu Mathematic aku macam itu. 

Bila majlis izin ilmu, kami, student form 5, diminta beratur, ambik apa entah dari penyelaras tingkatan 5 which is my Mathematic teacher. Aku dalam masa tu, duk fikir nak ambil ke tak. Last-last ambil juga. Ambil pun, macam tu je. Salam dan blah. Haha.

Bila keputusan SPM dikeluarkan, aku dapat A2 untuk subjek Mathematic. Not bad la sebab dorm-mate aku ada yang dapat A1. Tapi aku tak kisah pun. Bila aku tunjukkan slip result kat cikgu Ekonomi aku…

“Dapat A juga awak untuk Mathematic ni.”

 Cikgu Ekonomi tahu hal yang berlaku antara aku dengan cikgu Mathematic aku. Tapi cikgu Ekonomi lagi suka sebab aku dapat A1 untuk subjek dia. Aku selalu rasa yang cikgu Ekonomi dan Cikgu Mathematic aku dislike each other. Haha

Apa-apa pun, aku tak berdendam ataupun marah kat cikgu Mathematic aku. Ada hikmah juga untuk yang berlaku. Mujur juga dia marah aku, kalau tak, tak ada maknanya aku buat sehabis baik dalam exam itu. Apa-apa pun, terima kasih cikgu-cikgu. 






14 comments:

  1. Haha. Aku dulu bermasalah dengan cikgu sekolah rendah aja. Cikgu kelas aku kata aku asyik monyok je dalam kelas, padahal diorang tak tahu aku bosan dengan apa yang diorang ajar.But then, bila aku pindah kelas baru perangai aku elok sikit, cikgu kelas yang baru tu pun sayang aku. Haha.

    But normal lah zaman sekolah, mesti ada krisis dengan cikgu. Heee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekolah rendah, aku okay je. Selalu kena buli oleh budak kelas lain. Haha. Tapi cikgu sekolah rendah sayang akku . Weewit. :D

      Delete
  2. Aku rasa cikgu kau tu boss aku version lain..

    Ps:aku moody dalam tempt yg yang sesak dgn orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. I see. Aku moody depends on situation. Hurmm

      Delete
  3. Same la. aku pun konflik dengan cikgu math sebab dia ajar budak-budak pandai je. Aku yang bodoh yang selalu gagal yang selalu bangang abadi buat equation angkat tangan cecah syiling pun dia tak pandang. Aku belajar dengan kawan aku berbekalkan lampu koridor je tau. SPM aku dapat A1. Masa kt poli aku rasa math tu celah gigi je. Kawan yang ajar aku pun dah jadi cikgu dah. Eh sory terkomen panjang pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh. Semua ada usaha. Kalau tak usaha, lagi bodoh, Begitulah.

      Delete
  4. Haha kelakar pulak, cikgu tu gila sentap sampai mcm tu punya 'hukuman' dia bagi..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Sampai sekarang aku tak boleh go on dengan dia. Pergi sekolah pun, aku tak melawat dia. Sebab ayat dia kasi tersangatlah pedas. Kakaka

      Delete
  5. HUHU . Saya pulak nasib baik tak ada kes dengan cikgu . Masa FORM 5 selalu gaduh dengan budak2 sekolah even sy sendiri pun pengawas. Tak bestnya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku jarang gaduh dengan budak. Mungkin sebab aku garang. Kaka

      Delete
  6. aku tak berani buat hal, sebab abang dan adik-adik aku semua satu sekolah...hahaha
    so, demi menjaga air muka abang aku, terpaksa la aku jadi pelajar yang baikkkk :P

    ReplyDelete
  7. aku pun ada history dng cikgu math...samp sekarang aku fobia math dan angka...

    klu bagi aku sifir ke..tambah tolak bahagi darab...mintak maap laa..otak aku dah block siap2 :P

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.