Tuesday, April 29, 2014

Buli




Masa sekolah rendah, aku selalu kena buli oleh budak-budak lelaki dari kelas lain. Atau dalam erti kata lain, kena ejek. Diorang sanggup lalu kelas aku setiap kali rehat, semata-mata nak ejek aku.

Satu gelaran yang aku pernah ingat, “Gila”. Sampai sekarang aku tak tahu kenapa diorang gelar aku gila. Kenapa budak umur 8 tahun digelar gila oleh budak-budak lain? 

“Reen gila… Reen gila…” I still remember those harsh, painful words that come out from their mouth.

Sebab itu, aku tak ramai kawan masa kanak-kanak. Kawan permainan aku adalah sepupu sendiri. Dan family aku pun tak bagi aku bergaul sangat dengan budak-budak 1 kampung. Now you know, why my communication skill is terrible. Hurm hurm hurm.


Masa sekolah, aku cuma kawan dengan budak-budak yang satu kelas je dengan aku. Budak kelas lain, tak. Sebab budak-budak dari kelas lain lah yang selalu buli aku. Kakakaka.

Darjah 3, aku pernah baling batu kat budak lelaki yang buli aku. Dan of course, ia berdarah. Dan lepas tu aku tak ingat apa yang berlaku. Haha. Ada part yang aku ingat, aku menangis, lepas tu ada satu surat dihulurkan kat aku masa tu. Huuu. Aku tak ingat apa yang berlaku dulu. 

Tapi masa itu, disebabkan aku berada di kelas yang terpandai, maka cikgu-cikgu akan menyebelahi aku. Diorang akan marah siapa-siapa yang buli aku. Haha.

Tamatnya sekolah rendah, tamatlah zaman aku kena buli. Sebab aku pergi sekolah menengah yang tak ada seorang pun budak dari sekolah rendah aku. Dan di sekolah menengah, aku pegang jawatan pengawas. Dan tahulah korang, aku adalah seorang yang garang. 

Sekian. 


*autopublish*



10 comments:

  1. Ahah, kau pernah cerita dekat aku pasal kau baling batu dekat budak yang buli kau. Agak-agaknya sekarang dia ingat lagi tak apa yang kau pernah buat dekat dia? Kehkehkeh =3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak. Aku pun tak ingat muka diorang macam mana. Ahaaa

      Delete
  2. Haha tahap effort diorang untuk pergi lalu kelas kau dan ejek kau.

    Kira kau rare la masa kecik dulu,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe. Apa rare tu???? Tak paham komen kau. haha

      Delete
  3. Owh kesiannya kau kena ejek, sekolah rendah pulak tu..hmm tp aku kena masa sekolah menengah...lagi sedih sbb kita dah faham, kan...hmmm...aku pun xramai kawan dulu...
    wah kau jadi pengawas, haha boleh catit2 nama..haha btw, aku tak suka pengawas sekolah dulu, sbb diorg suka report siapa yg bawak fon pergi sekolah..wuwu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi, kau tak suka aku lah? Huwaaa. Kakakaka

      Delete
  4. Aku sampai sekarang orang still ejek aku. Budak universiti pulak tu bukan budak sekolah rendah. Suka ejek aku 'si kecik si pendek'. Dalam hati 'Eleh jeles sebab aku comel lah tu!'..

    ReplyDelete
  5. Aku dulu kena buli dgn murid and cikgu sbb bapak aku guru besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan ke orang tak berani nak buli anak guru besar?

      Delete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.