Saturday, April 5, 2014

2013

Aku pernah kenal seorang ‘lelaki’ di Facebook. Approve dia punya friend frequest pun sebab aku ingat dia blogger sebab mutual friends semuanya blogger. Tapi rupanya tak. He just randomly adding people. Maybe.

First time dia PM aku… it’s because maybe selepas aku komen kat status dia untuk pertama kali. Ya, untuk pertama kali. 

Apa yang kitaorang chat, aku tak ingat sangat. But aku ingat, he’s bragging about being staying in Australia and bezanya waktu Malaysia dengan Australia. Oh, dia cakap dia asal dari Australia but staying in Sabah sebab ada kerja kat situ. And he used to stay in Malaysia before ke Australia. Itu yang dia beritahu. Kitaorang chat in Malay, sebab dia cakap dia faham sikit sikit Bahasa Melayu. Mungkinlah. Sebab status-status dia mostly in Malay. 

And the next day, dia PM aku lagi. But aku lambat balas PM dia sebab aku sibuk hari tu. Dalam pukul 2 atau macam tu, yang penting dah lewat malam, baru aku reply. And yeah, dia tak tidur lagi. Chat punya chat, out of sudden dia cakap, “Mohon jangan jatuh hati pada I.” Aku pun macam pelik. Dalam kepala masa tu, ‘What the hell mamat ni?’ But aku pun buat donno je la.

Oh, aku masa tu ingatkan dia suka kawan perempuan yakni kini bukan kawan lagi. Sebab aku selalu nampak lelaki tu komen komen kat status ‘kawan’ aku. Do the tagging, and ‘kawan’ aku pun selalu duk post kat wall mamat tu. So, aku malas ambil tahu. But dia , lelaki tu selalu PM aku. Every night!

Ada satu masa tu, tanpa sebab aku kena marah dengan dia, just only aku PM dengan ‘kawan’ aku. Dia yang tetiba tanya apa yang aku PM dengan ‘kawan’ aku. And then, bila aku beritahu yang aku suruh kawan aku hati-hati dengan dia, terus dia maki hamun. Aku masa tu dahlah penat. Tetiba kena marah tak tentu pasal. Macam orang bodoh je aku minta maaf malam tu.

Esoknya dia PM aku, minta maaf. Sekali dia hantar PM, aku tak reply lagi. Malas! kali kedua, aku reply. Itupun sebab dia cakap apa entah tentang dosa. So aku balas dan at that time, turn aku pulak maki hamun dia. Hah! Aku rasa adil di situ. Dan after that, kitaorang okay.

Dan dia setiap malam akan PM aku after that. Every night! Dan ayat dia, “Mohon jangan jatuh hati dengan I” tak pernah lupa disebut. Aku rasa dari situ kot, aku mula suka dia. Dan dia tahu. Ada satu ayat dia aku ingat, “I tahu you dah sukakan I but I tak boleh suka you.” Aku ingat itu.

Oh and then, waktu itu, ada someone bagitahu aku, yang dia… pofile picture dia, bukan dirinya yang sebenar.  Bagitahu yang dia, berkemungkinan adalah perempuan. That someone suruh aku siasat, so aku siasat. And aku jumpa profile picture dia kat Google.  Tapi aku macam like, “ Oh, okay”, sebab profile picture aku pun bukan aku letak gambar sebenar. Aku letak gambar artis. Hahaha. Maybe he has his own reason. 

And then, ada satu part bila dia marah sekali lagi. Aku cuba serkap jarang dia, Itu pun sebab that someone ask me to do that. Dan tentulah menipu bukan kepakaran aku. I’ve been caught dan dia marah marah bila aku cakap ada orang ingat dia perempuan. Serius, aku masa tu, duk fikir, instead dari dia mengamuk sakan just because someone thought he is a girl, bukankah it’s better kalau dia just gelak. I mean, he said he is cool guy, so why would he want to get mad on something like that. Pelik!

April 2013, aku deactivated FB due to personal problems. He’s one of that reasons. Masa tu, aku tersangat-sangat miserable. Can’t think properly.  Aku ingat bila aku deactivated FB, everything will be just fine. Tapi tak. Sebab dia muncul lagi. Di blog aku. As anonymous. With initial S.A. Macam mana aku tahu dia? Maybe the way he wrote it? 

He keeps coming back. Dan bercakap benda yang buat aku kind of tak boleh berfikir dengan betul. Dia beritahu yang dia tak suka aku macam mana aku suka dia, tapi bercakap seolah-olah risaukan aku. Selalu bercakap jangan tunggu dia lagi., “I will die soon.” He said that. Dia hilang, lepas tu muncul balik. Memberi harapan palsu. 

Ingat tak aku pernah cakap tentang permainan? Aku keep wondering apa permainan dia.

Last dia komen di blog aku as anonymous adalah August 2013. Tapi dia create another game lagi pada aku. Dan aku kembali miserable. Kembali ‘sakit’. But aku dah selesaikan masalah tu dengan cara aku. Tamatkan segala permainan dia. Even aku tak tahu kenapa dia buat macam tu. 

Disember 2013, aku ‘dikhabarkan’ sesuatu. Yang dia, sebenarnya langsung tidak wujud. Di sebalik facebook profile dengan jantina dan gambar lelaki, adalah seorang perempuan. Dia sebenarnya adalah watak imaginasi seorang perempuan tentang lelaki idaman dia. That girl, do that to ensure her prince charming exist.

Macam mana aku tahu itu? DIA tolong aku through ‘someone’.

Bila dikhabarkan itu, aku kind of speechless. Macam, ada juga orang yang buat kerja gila macam ini. Tersangat psiko. Tapi semuanya dah tamat. Dan aku pun tak nak ambil tahu lagi. Mungkin ‘watak’ lelaki itu dah mati. Sebab lelaki itu asyik cakap nak mati je. Mungkin pencipta wataknya mahu matikan dia, sebab itu mahu buat macam tu. But it’s still cruelest thing, permainkan perasaan orang. Bukan sekali pada aku, berkali-kali. Tak cukup di Facebook, kat blog aku. Kalau nak mati tu, matikan saja. Tak perlu menyambung lagi.

So, itu yang berlaku tahun 2013. Aku tulis ini supaya aku ingat ini. The things that I learned from this. I don’t hold grudge but I believe in Karma.

K bye.







7 comments:

  1. Ish , kalau saya tak suka sangat chatting dengan orang yang just kenal dekat internet . Hmm . Saya pulak ada seorang lelaki dewasa sukakan saya masa sekolah menengah dalam facebook . Bila dah setahun kenal dalam facebook , bila saya dah marah dia baru dia give up . HAHA .

    ReplyDelete
  2. Aku pernah jumpa..eh tak.. Pernah kenal.. Ppuan yg menyamar jadi laki. Aku suka dia.. Tapi setakat selesa utk dibawa berbual. X lebih. And the hell betul bila aku tau kwn aku sendiri yg menyamar. N she didnt admit it.. Ahah.. Ada jugak org camtu..

    What goes around comes around babe.. Maybe dia betul dah mati.. Hiks.

    ReplyDelete
  3. Huh, so psycho~ selalu tgk dalam movie...xsangka betul2 ade yg mcm tu..hmmm~
    rasa mcm nak sepak pencipta watak tu boleh tak?

    ReplyDelete
  4. aku yg baca pun speecbless. unimaginable lah. huhi. apa pun sbb dia, sdr atau tdk, ttp slh sbb tipu org dan tipu diri sendiri. i wonder if she has a split personality or what....if yes, surely dia perlukan rawatan psikologi. eh!

    anyway, glad to know that this was all in your past, and you passed it all. :) Kau mmg kuat.

    ReplyDelete
  5. Karma tu macam kau hope someone akan bls dendam utk ko je reen..sbb tu aku prefer qada' dan qadar..

    ReplyDelete
  6. Jumaat lepas aku dah bawak persahabatan ke realiti. hasilnya manis. seperti aku jumpa kau ren. kau ingat kan? cuma aku luangkan masa selama 3hari dgn depa. Aku harap aku dapat luangkan masa dengan kau dengan lebih lama lagi. kerana aku perempuan dan aku wujud hahahaha

    ReplyDelete
  7. kau patut lupakan aje syah.

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.