Wednesday, March 26, 2014

Cerpen: Kita #End

 Episod #1               Episod #2


“Hai Mai,” kedengara suara Ammar menyapa.

Umairah mengukirkan senyuman tatkala Ammar di hadapannya. Hatinya berbunga-bunga melihat lelaki itu di depannya. Ah... Ini kerja gila. Cepat-cepat Umairah mematikan senyumannya. Dia patut sedar antara dia dan Ammar Qushairi hanyalah perkataan sahabat yang muncul di antara mereka. Segala tindak tanduk Ammar padanya hanyalah lakonan sahaja. Hanyalah gurauan semata-mata.

“Dah lama kau tunggu? Sorry lah, aku kena jumpa Rushdi jap. Ada hal,” Ammar bersuara. Dia tersenyum sendirian apabila teringat tentang temu janji lakonan yang dia terpaksa lakukan bersama Umairah setiap hari sabtu.

Umairah hanya mengangguk. Jantungnya berdebar sekali lagi. Terbit rasa segan dengan lelaki di sebelahnya.

“Kau okey ke? Dari tadi kau diamkan diri je?” Ammar menyoal sekali lagi. Hairan dengan Umairah yang mendiamkan diri dari saat dia sampai. Dia menanti jawapan Umairah hamun hampa. Yang dia dapat hanyalah sebuah senyuman sahaja. Dia risau. 

“Ammar…” Umairah bersuara. Dia menarik nafas. Dia harus beritahu semuanya. Lantaklah dia dikatakan memalukan dirinya. Lantaklah sekiranya balasan yang diterimanya menngecewakannya. Yang pasti dia harus lepaskan bebanan rasa yang dia ada di saat ini.

“Kenapa?” Ammar memandang Umairah. 

“Aku rasa, kita patut hentikan semua ni.”

“Maksud kau?” 


“Aku… aku rasa terbeban dengan semua ni. Rasa macam aku bodohkan diri aku ikut permainan kau. Ikut kehendak kau. Aku minta maaf. Aku dah tak mampu nak teruskan lakonan ni. Sorry.” Umairah bangun dan cuba melangkah pergi, namun tidak berjaya. Dia sedar lengannya di pegang. Ammar sedang memegang lengannya. Lelaki itu memandangnya. Sekali lagi dia berdebar.

“Boleh kau duduk dulu?” Ammar bersuara. Dia menghembuskan nafasnya. Dia sendiri tidak tahu bagaimana tangannya mencapai lengan Umairah dengan pantas. Tapi dia tak mahu Umairah beredar.

“Aku rasa tak boleh. Lagi aku dengan kau, lagilah aku…” Umairah tidak mampu menghabiskan ayatnya. 

“Please,” Ammar merayu.

Umairah menelan air liur. Haruskah dia mengikut permintaan Ammar atau beredar sahaja dari situ? Dia keliru. Akhirnya dia mengambil tempat di sebelah Ammar kembali setelah mendiamkan diri terlalu lama.

“Aku tak faham kenapa kau rasa semua ni membebankan kau. Ini semua lakonan je. Kau tak perlu terbeban. Kita cuma…”

“Masalahnya aku tak boleh nak berlakon lagi. Perasaan aku pada kau bukan lakonan lagi,” Umairah bersuara tinggi. Dia terkejut dengan apa yang keluar dari mulutnya. 

Ammar memandang Umairah dengan riak terkejut. 

“Maksud kau?” Ammar bersuara perlahan.

Umairah menundukkan wajahnya. Dia menelan air liur. Perlukah dia beritahu hal sebenar?

“Mai?” Ammar bersuara.

Aku rasa… aku dah tersuka kau. Lakonan yang kau mintak tu, nampaknya dah jadi real. Maaf. Aku tahu aku tak patut ada perasaan sebegini pada kau tapi aku tak tahu kenapa dengan aku sejak kebelakangan ni.”

Ammar menelan air liur. Terkejut dengan apa yang didengarnya.

“Aku mintak maaf. Aku rasa lagi baik kalau kita hentikan semua ni. Bukannya kau betul-betul serius. Aku ucapkan terima kasih kau tak beritahu Zai hal yang aku pernah ada perasaan pada teman lelaki dia. Aku mintak maaf tapi aku rasa, hentikan semua ni lagi baik.”

“Mai…” Ammar bersuara. Dia mengukirkan senyuman.

Umairah memandang Ammar. Ah… dia tahu dia patut beredar saat ini tapi entah mengapa kakinya seperti digam. Tidak mahu bergerak.

“Macam mana kalau aku cakap aku tak nak?” Ammar cuba menguji Umairah.

“Aku rasa baik kita hentikan semua ni. Kau bukannya akan suka aku.”


“Macam mana kau tahu aku tak suka kau?”

Umairah menelan air liur? Adakah Ammar suka padanya? Ah… ini andaian gila. Umairah menyedarkan dirinya. Tak mungkin Ammar Qushairi yang dikenalinya akan jatuh hati pada gadis sepertinya. Jika Rushdi tidak, masakan Ammar akan. Dia tahu itu.

“Aku suka kau. Mungkin bukan pada kali pertama aku nampak kau. But, after aku kenal kau dengan mendalam, even kadang-kadang kau selalu buat aku bengang, but aku suka kau.”

“Lakonan tu?” Umairah hairan. 

“Lakonan tu? Entah. Aku pun tak tahu. Tapi bila aku dapat tahu kau suka Rushdi, aku kecewa. Sebab tu aku buat sedemikian. Meminta kau berlakon bersama aku. Tapi aku nak tahu segala apa yang aku kata pada kau sepanjang kita berlakon, aku betul-betul maksudkan. Bukan sekadar lakonan.”

Entah mengapa Umairah mengukirkan senyuman. Dia gembira mendengar apa yang didengarnya sebentar tadi. Ah… dia harap ini bukan mimpi.

Ammar memandang Umairah. Dia juga ukirkan senyuman tatkala gadis itu mengukirkan senyuman.

“Kau kata kau suka aku? Jadi, kau dah tak suka Rushdi lagi?” Ammar kembali menyoal.

Umairah menelan air liur sekali lagi. Dia pandang Ammar Qushairi dengan senyuman. Dia gelengkan kepalanya. Dia lihat Ammar mengukirkan senyuman.

Great! Mulai saat ini…” Ammar mencapai tangan Umairah. Umairah tergaman. Dia mahu larikan tangannya namun tidak berjaya. Lelaki itu memegang erat tangannya. “…kita tak payah berlakon lagi. Kau suka aku dan aku suka kau. Itu dah cukup.” Ammar menyambung.


Umairah mengangguk sambil tersenyum. Ammar juga tersenyum. Akhirnya lakonan sudah tiada. Yang ada hanyalah kisah cinta mereka berdua. Tentunya kisah sebenar. Bukan lakonan lagi.

-----THE END----

11 comments:

  1. Replies
    1. Ya. Aku jadikan ia happy ending walau yang sebenarnya bukan happy ending.

      Delete
    2. Yg sebenarnya, si Mai dah luahkan tapi dia tarik balik cakap dia just gurau je dengan Ammar. Ha ha ha . Hurm

      Delete
  2. HAHA . So sweett ! HAHAHA *crying*

    ReplyDelete
  3. happy ending gituuuuuuu. indahnya bila rasa cinta dibalas rasa yang sama. hamboiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy ending selalu kena buat cinta macam tu. Ahaks

      Delete
  4. Nak baca..tapi sah habis lak..hehehe (alasan)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau suka bagi alasan tak nak baca cerpen aku. Haha

      Delete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.