Monday, March 24, 2014

Cerpen: Kita #2



“Why aku kena spend hari aku kat library dengan kau? Before ni aku dah biasa sengsorang. I don’t need you.” Umairah memandang Ammar dengan rasa bengang. Benci betul menghabiskan masa dengan Ammar. Terpaksa berlakon mereka adalah kekasih walhal yang sebenarnya tak. Dan paling melukakannya ialah, Rushdi selalu mengusiknya setiap kali lelaki itu ternampak dia bersama Ammar. Ah… ini kerja gila. Berlakon sebagai kekasih Ammar Qushairi.

“Kita kan couple, of course la kena spending our time together. Even kau tak suka keluar dating but library is a very good place to spend our time. Don’t you think that, Mai?” Ammar bersuara. 

Umairah mencebik. Ammar hanya mengukirkan senyuman.

“Setakat berlakon. Tak payah la. Annoying, tahu tak,” Umairah menunjukkan reaksi jengkel. 

Ammar ketawa.

“Kau sedar tak kita berdua actually sedang menolong antara satu sama lain. Kau tolong aku dan aku tolong kau.”

“Kau tolong aku? Apakah? Yang aku nampak, nothing. Tak ada apa-apa pun benefit pada kita berdua.”

Yup… tolong kau dari kena kacau si mamat poyo tu. Apa nama dia, Badrul?”
Umairah menelan air liur. Dia teringatkan Badrul yang dari dulu asyik ushanya. Mengajak dia keluar dan meminta nombor telefonnya dari Ammar. Namun itu dulu, sejak dia dan Ammar berlakon sebagai kekasih, Badrul tidak lagi mengacaunya. Dia tenang tapi masalah lain pula yang timbul. Masalah berkaitan Ammar.

“Whatever.” Umairah berkata dengan nada jengkel. Ammar hanya mengukirkan senyuman sahaja.

“Apa yang aku tolong kau pulak?” Umairah mengeluarkan soalan.

“Kau tolong selamatkan aku dari gangguan Fatin. That’s a relieve. Lepas dia tahu aku dengan kau, dia dah tak kacau dah aku. Dah tak minta dah nombor aku dari Zai,” Ammar  tersengih.

Umairah menunjukkan reaksi jengkel. Benar, Fatin, rakan sekelasnya punya perasaan pada Ammar. Dia sedar, Fatin selalu perhatikan Ammar dari jauh. Masih lagi dia ingat ucapan tahniah dari Fatin tatkala gadis itu mengetahui tentang perhubungannya dengan Ammar. Umairah ketika itu mahu saja ketawa. Gadis itu meminta dia menjaga Ammar dengan sebaiknya. Ah… Fatin tidak tahu hal yang sebenar. Kalaulah Fatin tahu hal yang sebenar.

“Umairah Khalilah?” Suara Ammar mematikan lamunan Umairah. Dipandangnya Umairah, Ammar Qushairi. Punya rupa. Tidak hairanlah lelaki itu menjadi pujaan teman-teman sekuliahnya.

“Apa yang kau fikirkan? Rushdi?” Ammar menyoal.

Umairah mengeluh. Sudah lama dia tidak terfikirkan tentang Rushdi. Mungkin perasaan cinta pada lelaki itu sudah hilang. Entah. Dia sendiri tidak tahu. Yang dia tahu, hatinya rasa kosong tatkala melihat Rushdi Zamani itu di hadapannya. Bukan lagi perasaan gembira tatkala melihat Rushdi walau itu berlaku dari jauh.

“Kalau aku jadi kau, aku lupakan sahaja Rushdi. Aku pasti tentu kau tak mahu kecewakan kawan kau bukan?” Sekali lagi Ammar bersuara dan sekali lagi Umairah mengeluh.

“Aku tak buat apa-apa pun pada dia. Aku tak hubungi langsung pun Rushdi. Everytime bila aku nampak dia dengan Zai, aku berlagak macam biasa. Aku tak cuba pun untuk nak rampas dia dari Zai. Salahkah aku punya perasaan pada dia. Bukannya aku tikam kawan aku dari belakang,” Umairah membalas.

Ammar menarik nafas. Dia perhatikan Umairah. Terbit rasa kasihan pada gadis di sebelahnya. Mungkin sakit bila pendam perasaan pada seseorang. Tambah-tambah lagi bila seseorang itu adalah kekasih kawan sendiri. Ammar cuba letakkan dirinya di situasi Umairah.

“Aku tak cakap salah. Setiap orang ada hak untuk jatuh cinta. Tapi kau fikirlah bebaik. Kau yang akan lebih terluka.”

Umairah menarik nafas. Dia tahu itu. Dia lagi terluka.

“Aku kenal dia dulu dari Zai. Aku nampak dia dulu dari Zai,” Umairah bersuara perlahan. Tiba-tiba sahaja dia mahu menangis.

Ammar mengukirkan senyuman kelat. Dia sedar ada linangan air mata di kelopak mata Umairah.

“Aku tahu. Tapi kau kena redha yang dia bukan untuk kau. Dia takkan pernah suka pada kau lebih dari seorang kawan.” 

Umairah menarik nafas. Dia tahu itu. Banyak kali dia berkata itu pada dirinya.

“Aku minta maaf kalau apa yang aku kata ni mengguris hati kau. But kau kena tahu hal yang sebenarnya. Kau kena…”

“Aku tahu apa yang kau nak kata. Aku faham. Aku balik dululah.” Umairah mengemas barang-barangnya di atas meja sebelum meninggalkan Ammar keseorangan. Entah mengapa, dia merasakan ada sesuatu yang menganggu jantungnya. Hatinya berdegup dengan kencang. Ah… perasaan apakah ini?


“Mai…” Ammar cuba memanggil namun Umairah seolah-olah tidak mendengar. Dia berkata sesuatu yang mengguris hati gadis itukah?

########

“Korang kenapa? Gaduh ke?” Soalan yang terkeluar dari mulut Zaitul petang itu membuatkan Ammar memandang kedua-dua sahabatnya dengan perasaan hairan.

“Gaduh? Asal kau tanya?”Ammar cuba meminta penjelasan lanjut.

Yeela, setiap kali aku ajak Mai datang lepak macam biasa, macam-macam alasan yang dia bagi. Dan aku perasan kau tak selalu dengan dia sejak kebelakangan ni. Kau buat dia marah ke apa?” Zaitul menyoal.

Ammar menelan air liur. Dia tiada jawapan pada soalan itu. Dia sendiri tidak tahu kenapa dengan Umairah Khalilah sejak kebelakangan ini. Dia sedar gadis itu selalu mengelak darinya. Tidak membalas langsung SMS darinya apatah lagi panggilan darinya. Ammar hairan dengan kelakuan Umairah padanya.

 “Hai korang!!!” Tiba-tiba sahaja kedengaran suara seorang gadis.  Ketiga-tiga Zaitul, Rushdi dan Ammar menoleh. Umairah sedang mengukirkan senyuman sebelum mengambil tempat di sebelah Zaitul.

“Kau pergi mana Mai? Awal pagi kau dah keluar bilik. Aku call kau tak berjawab. Kau okey ke tak?” Zaitul mengeluarkan soalan.

“Aku okey je la. Aku pergi library tadi. Ada discussion. Dan phone aku, aku silent kan. Sorry eh,” Umairah mengukirkan senyuman. Dia pandang Zaitul dan Rushdi tapi tidak Ammar.

“Alamak! Dah lambat nak pergi kelas,” kedengaran suara Rushdi.

“Ha’ah lah. Kitaorang pergi dulu lah. Jumpa lagi,” Zaitul bersuara sebelum bangun dan beredar bersama-sama Rushdi, meninggalkan Ammar dan Umairah berdua sahaja di meja itu.

Umairah menelan air liur. Dia sebenarnya malu berduaan dengan Ammar. Dia mendiamkan diri sambil meneguk minuman di hadapannya.

“Kau okey tak?” Ammar memulakan perbualan. Berasa janggal dengan kesunyian yang berlaku diantaranya dan Umairah.

Umairah hanya mengangguk. Tiba-tiba sahaja jantungnya berdegup dengan laju. Ah… perasaan ini datang lagi. Bagaimana dia mahu hadapi ini.

“Kau marahkan aku sebab apa yang aku kata pada kau hari tu?” Ammar menyoal sekali lagi.

“Tak lah. Asal kau ingat aku marah kau? Aku tak ada apa-apalah. Betul juga kata kau.” Umairah mengukirkan senyuman palsu.

“Really?” Ammar meminta kepastian.

 Umairah mengangguk sekali lagi. Jantungnya makin berdegup dengan laju. Beberapa kali dia menelan air liur. Bala apakah ini? Hatinya tidak keruan tatkala dia bersama Ammar Qushairi. Ah… adakah ini dikatakan jatuh cinta? Tidak mungkin.

“Ha’ah.. Fatin kirim salam kat kau,” Umairah bersuara kembali. Ammar memandangnya dengan rasa hairan.

“Asal pula dia tiba-tiba kirim salam kat aku?” Ammar menyoal. Hairan dengan apa yang didengarnya. Tidak pernah mengalahkah gadis itu padanya?

“Saja. Dia nampak aku kat library tadi. Pastu dia tanya aku dengan kau ke, aku jawab la tak. Dan macam-macam dia soal aku pasal kau lepas tu.”

“Dia soal kau apa?”

“Dia tanya aku, macam mana boleh kenal kau, bila start kapel and bla bla bla so on. Banyak sangat malas sangat aku nak cerita kembali pada kau.”

Ammar mengukirkan senyuman. “Lepas tu kau jawab apa?”

Umairah menelan air liur. Dia sendiri tidak tahu apa yang dia jawab. Dia banyak mendiamkan diri tanpa menjawab soalan Fatin. Dia lebih banyak biarkan Fatin membuat andaian dan dia hanya mengukirkan senyuman sahaja.

“Entah… aku biarkan dia teka sendiri. Malas nak layan dia. Dia suruh aku jaga kau dengan baik. Dia cakap apa lagi macam dia cakap something yang kau dengan aku sepadan,” Umairah berkata lagi.

Sekali lagi Umairah melihat Ammar mengukirkan senyuman. Mungkin berasa lucu dengan apa yang diberitahunya. Dan di saat itulah jantungnya berdegup dengan lebih kuat. Ah… ini suatu kesalahan. Dia tak sepatutnya punya perasaan sedemikian pada Ammar. Mereka hanya berlakon sahaja. Ini semua hanyalah penipuan sahaja. Umairah berkali-kali berkata pada hatinya.

“So, kau kenalah jaga aku dengan sebaik-baiknya. Jangan bagi aku terlepas ke tangan perempuan lain,” Ammar mengusik.

Umairah mencebik. Berasa jengkel dengan usikan Ammar. Ah… tak ada usikan lain ke? Kalaulah apa yang dikatakan Ammar adalah benar, sudah tentu Umairah gembira. Tapi dia tahu Ammar hanya bergurau.

“Aku kan…” Umairah membetulkan kerongkongnya sambil matanya memandang Ammar. Dia rasa dia mahu meluahkan apa yang dia rasa pada Ammar Qushairi. Entah betul atau tidak apa yang difikirkannya saat ini.

 “Kau nak cakap something ke?” Ammar bersuara setelah menanti ayat yang dinantinya tidak kunjung tiba. Dia pandang Umairah. Seolah-olah gadis di hadapannya ini mahu memberitahu sesuatu yang penting. Muka gadis itu bertukar warna.

“Tak ada apa-apalah. Aku rasa nak bagi tahu kau sesuatu but then aku rasa it’s better keep quiet. Nanti kau gelakkan aku pula,” Umairah berkata sambil menahan rasa malu.

 "Asal pula aku nak gelakkan kau pula? Cakap lah apa yang kau nak cakap. Aku dengar je,” Ammar bersuara. Berasa hairan dengan perilaku Umairah Khalilah sejak kebelakangan. Bukan sekali gadis ini berkelakuan sebegini. Mahu berkata sesuatu padanya namun dibatalkan. Ammar hairan dengan Umairah.
Umairah mengigit bibirnya. Haruskah diberitahu Ammar sekarang? Ah… ini kerja gila. Sememangnya kerja gila! Dia sedang membodohkan dirinya.


“Tak apalah. Aku balik dululah. Jumpa lagi. Bye.” Umairah bangun dan meninggalkan Ammar bersendirian. Dia sedar Ammar memandangnya dengan rasa hairan namun dia tidak hiraukan. Dia tidak mahu membuat sesuatu yang mungkin dia akan menyesal di kemudian hari.

*to be continue*


12 comments:

  1. okay.. ada perasaan yang berputik. haha :D

    ReplyDelete
  2. Fatin tu nama gadis pertama aku cinta..mula2 aku igt cinta monyet..tapi 7 tahun aku habiskan masa utk lupakan dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Katanya orang, "cinta pertama sukar dilupakan."

      Delete
    2. Heh..lek la.citer dulu..apa yg penting dgn siapa aku cinta sekarang..pergh komen paling jiwang pernah aku buat.hahaha

      Delete
    3. Katanya orang lagi, "Masa lalu biarkan ia jadi sejarah, yg penting masa kini. "

      Ya... aku setuju itu adalah komen yg paling jiwang kau pernah gtau. GHahaha

      Delete
    4. Xadil kalau kita bersama dgn org lain sedangkan hati kita masih ada pada org lain..walaupun sedikit..bila perasaan cinta..rindu itu hilang seratus peratus baru boleh kita serahkan seratus peratus pada org lain..hahahahah

      Delete
  3. HAHA . I like this story , Kak Reen even it's never happened to me . HAHA .

    ReplyDelete
    Replies
    1. It's used to happened to me but not by the way I wrote this. Ada part based on true story. :D

      Delete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.