Friday, March 21, 2014

Cerpen: Kita #1


Umairah Khalilah menghempaskan beg galasnya ke atas katil. Hatinya benar-benar berang dengan kejadian pagi tadi. Ah… Ammar Qushairi sengaja mahu mencabarnya. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum menghempaskan punggungnya ke katil. Zaitul, teman sebiliknya datang menghampirinya.

“Kau kenapa?” Soal Zaitul sambil meletakkan tangannya ke atas bahu teman sebiliknya selama 3 tahun tu.

Umairah menarik nafas. Dia sebenarnya malas untuk mengingati lagi kejadian pagi tadi. Dia akhirnya memandang Zaitul dan mengukirkan senyuman palsu. Zaitul membalas senyumannya.

“Tak ada apa-apalah. Aku penat je hari ini. Kau tahu-tahulah dengan assingment yang nak kena hantar ni. Bukan satu, 4 assingment aku kena siap,” Umairah berbohong.

Aku ingatkan apa. Ingatkan kau gaduh lagi dengan budak Ammar tu lagi,” Zaitul bersuara.

Umairah menelan air liur. Mahukah diceritakan hal itu pada Zaitul? Ah… tak mungkin dia mahu ceritakan apa yang berlaku. Jika dia ceritakan tentang itu, tentunya Zaitul akan tahu hal yang sebenar. Ah… dia tak mahu bongkarkan rahsianya yang itu. Cukup sahaja Ammar Qushairi sahaja yang tahu rahsia itu. Bagaimana Ammar tahu, Umairah sendiri tidak tahu. Tapi dia benar-benar tercabar dengan ayat Ammar tadi. Ah… dia benci bila ingat itu kembali.

#########

“Assalamualaikum Umairah Khalilah.” Satu suara menegur Umairah. Umairah menjawab salam tersebut sebelum menoleh ke belakang. Dia terkejut. Ammar sedang mengukirkan senyuman sinis padanya.

“Kau buat apa kat sini?” Umairah menyoal dengan kasar. Sekali lagi Ammar mengukirkan senyuman. Ah… Umairah jelak dengan senyuman itu. Tahap menyampah pada lelaki yang baru sahaja mengambil tempat di hadapannya makin bertambah.

“La… kan Zai dengan RUSHDI nak lepak.” Perkataan RUSHDI itu ditekankan.
Umairah menarik nafas. Dia mula bengang. Akhirnya dia mendiamkan diri sahaja sambil menanti Zaitul dan Rushdi tiba.

“Asal kau diam? Or kau malu sebab Rushdi nak join sekali?” Ammar kembali bersuara. Dia perhatikan wajah Umairah. Merah. Mungkin malu. Ammar tersenyum.

“Aku tak rasa itu ada kaitan dengan kau,” Umairah bersuara dengan nada angkuh. Benci betul Ammar mengaitkan Rushdi. Ah… tak bolehkah dia bunuh sahaja Ammar Qushairi di hadapannya ini? Benci dan menjengkelkan!

“Tentu ada. Kau fall in love dengan kawan baik aku. Teman lelaki kawan baik kau. Tentunya ada kaitan dengan aku. Bukankah begitu Mai?” Ammar membalas. Dia ukirkan senyuman sinis sekali lagi.

Umairah menarik nafas. Kebengangannya makin bertambah. Dia akhirnya menjelirkan lidah pada Ammar. Ammar hanya ketawa. Umairah mencebik. Makin dilayan Ammar, makin menjadi-jadi.

“Siapa aku fall in love with, aku rasa itu bukan urusan kau. Setiap orang ada hak untuk jatuh cinta,” Umairah membalas. Ammar hanya mengukirkan senyuman sinis sahaja. Umairah menarik nafas. Dia cuba bertahan. Tidak mahu menunjukkan kemarahannya di situ.

“Siapa yang fall in love ni?” Kedengaran suara perempuan di belakang.

Umairah menoleh. Kelihatan Zaitul dan Rushdi sedang mengambil tempat. Zaitul mengambil tempat di sebelahnya manakala Rushdi di sebelah Ammar.
Ammar mengukirkan senyuman sinis sekali lagi. Umairah menelan air liur. Dia risau jika Ammar akan membocorkan rahsia. Matanya memandang Ammar Qushari namun lelaki itu hanya mengukirkan senyuman sinis sekali lagi.

“Entah… korang tanya la Mai,” Ammar bersuara sambil mengukirkan senyuman sinis sekali lagi. Wajah Umairah di hadapannya makin bertambah merah. Ammar tersenyum sekali lagi.

Umairah mengetapkan gigi. Makin bengang dengan Ammar. Umairah sedar Zaitul dan Rushdi sedang memandangnya dengan senyuman. Mungkin sedang menanti jawapan keluar dari mulutnya.

“Aku…” Umairah bersuara. Ammar sedang memandangnya. Umairah gelabah. Dia pandang pula Rushdi yang berada di sebelah Ammar. Lagilah dia gelabah. Ah… bagaimana mahu hadapi ini.

“Aku fall in love dengan Umairah,” Ammar tiba-tiba bersuara. 

Umairah pandang Ammar dengan rasa terkejut. Begitu juga dengan Zaitul dan Rushdi. Ammar memandang Umairah dengan senyuman.

“Maksud kau?” Zaitul bersuara. Dia memandang Umairah dan Ammar silih berganti. 

“Aku suka Umairah dan Umairah suka aku. Korang faham tak?” Ammar bersuara lagi. Dia pandang Umairah. Wajah gadis itu merah. 

“Means… kau dengan dia…” Zaitul tidak mampu menghabiskan ayatnya. Dia mengukirkan senyuman. Gembira dengan berita apa yang didengarnya.

“Congratulations bro!” Kali ini Rushdi pula bersuara. 

Umairah hanya memandang sahaja situasi itu dengan rasa kosong. Hatinya kecewa apabila Rushdi mengucapkan tahniah sedangkan bukan hal itu yang berlaku.

Ammar memandang Umairah dengan senyuman. Dia tahu gadis di hadapannya bengang. Nantilah dia jelaskan hal yang sebenar.

*to be continue*

Reenapple: Dah lama perap cerpen ni. Tahun 2012. Huuu

10 comments:

  1. retak seribu hati umairah..
    to be continued ke tak ni? hoho

    ReplyDelete
  2. Emmm..reen..ko kerja dalam sektor apa ea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerja? Aku graduate pun belum. Tunggu convocation the end of this year. Tapi aku student jurusan kewangan. Hiks. :D

      Kenapa kau tanya?

      Delete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.