Saturday, February 22, 2014

Penantian




Pernah satu kali aku duduk di perhentian bas tanpa pernah walau satu hari aku lepaskan peluang untuk habiskan masa di situ. Tidak kisah sama ada hari itu adalah hari hujan atau sebaliknya. Aku akan berada di situ. Tanpa jemu. Waktu itu. 

Sehinggakan ada seorang wanita tua menegur aku.

“Anak ini mahu ke mana? Mak cik lihat setiap kali bas berhenti, tidak pernah Mak Cik lihat anak naik. Setiap hari begitu.”

Aku hanya senyum. Aku tiada destinasi yang mahu dituju. Tapi aku tahu sesuatu. Aku sedang menanti seseorang.

“Saya sedang menanti seseorang.”


“Siapa?” 

Aku geleng kepala. Aku tidak tahu siapa yang aku nantikan. Tapi aku tahu penantian aku itu berbaloi. Tersangat berbaloi.

“Jadi, tunggu saja dengan hati yang tenang.”

Aku senyum sambil memandang saja wanita tua itu berlalu. 

Beberapa tahun telah berlalu, dan aku masih menanti. Walau tidak sekerap dulu. Dan tidak lagi di tempat yang sama tapi aku tahu satu hari dia akan muncul.  Hadiah dari DIA. 




14 comments:

  1. cuba tunggu kat hentian komuter pulak

    ReplyDelete
  2. Sabarnya akak menunggu . Sedangkan saya tunggu bas datang pun bagaikan bas yang tidak kunjung tiba :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu memang tak sabar. Sekarang.. pelan pelan belajar bersabar.

      Delete
  3. Owh..aku pernah nampk seorang makcik ni setiap kali aku balik kerja.dia berjalan sambil pakai helmet tgh2 panas..lepas tu dia berhenti kat stesen bas duduk.masih lahi dgn helmet.aku nk tegur..atau nk tumpangkan dia..tapi esoknya bila ada niat dia dah xder.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas tu dia tak muncul lagi?Kau pasti ke itu manusia?Errr

      Delete
  4. Wah, aku suka...engkau mcm karakter dlm komik2 yg aku baca...ini kisah betul kau ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taklah Lynn. Ini melankolik aje. Keh keh keh

      Delete
  5. betol la org kata penantian satu seksaan.. cewahhh.. tunggu kt aiport plak. mana tahu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh.. Aku pergi airport, tak pernah jumpa pun. Kakaka

      Delete
  6. saya tunggu depan pintu rumah. kalau hadir. dengan senang hati menjemput dia masuk. hehe

    ReplyDelete
  7. Ya la lyn... aku pun suka.... mcm aku baa citer komik lak hehehe...

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.