Wednesday, February 5, 2014

'Dia'



Pernah satu kali, mungkin berkali-kali dia minta nyawanya diambil. Atau hilangkan saja ingatan yang menyakitkan itu dari dirinya. 

"Hilangkan segala ingatan yang pernah aku ada tentang mereka. Aku mohon." Dia berdoa itu. Setiap malam.

Dan sehinggalah 'dia' muncul.

"Kau tak sayang diri kau? Sudah lupa tujuan kau hidup?" Dia disoal itu oleh 'dia'. Dan 'dia' memberi semangat. Kata-kata penguat untuk bangkitkan dia kembali. He was there every time she cried. He was there at that time.

"Setiap ujian ada hikmahnya. Dan untuk jumpa hikmahNYA harus ada kesabaran. Kau kena sabar dengan rasa sakit itu." Antara nasihat yang dia peroleh dari 'dia'.

Dan kini dia sudah pulih. Dan 'dia' menyepikan diri. Katanya, tugasnya sudah selesai. Terima kasih Tuhan sebab hadirkan 'dia' dalam hidup dia walau tak mampu dilihat dengan mata kasar.

(29 November 2013)
0003


-autopublish-


4 comments:

  1. siapa 'dia' yang xmampu dilihat mata kasar tu..?mcm suspen je..hee..=)

    ReplyDelete
  2. Sometimes aku pun ada 'dia'...aku rasa milik aku tu, adalah 'aku yang lagi satu', yang aku gelar 'dia'..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Reen..kau dah ada kawan.sebab aku satu apa pun xfaham dia cuba sampaikan apa.

      Delete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.