Friday, February 21, 2014

Cerpen: Pintu



“Ibu, boleh benarkan aku ikut kamu?”

“Belum tiba masanya lagi, sayang.” Diusap kepala anak kecil itu.

“Tapi aku dah tak sanggup untuk hidup sebegini.”
Air mata anak kecil itu jatuh lagi.

Sayang… sabar sahaja yang ibu mampu katakan pada kamu. Perjalanan kamu masih jauh. Dan apa yang kamu alami ini hanyalah sementara sahaja. Yakin dengan ketentuan DIA.” Dikesat air mata anak kecil itu sebelum memimpinnya ke satu pintu.

Pintu itu dibuka. Anak kecil itu hanya memandang kosong apa yang ada di sebalik pintu. Dipandangnya wajah ibunya. Wanita itu hanya tersenyum memandangnya.

Pergi sayang… tempat kamu di situ. Itu dunia kamu.

Anak kecil itu menggelengkan kepala. Dipegang erat tangan ibunya.

“Sayang…” Dipujuk anak kecilnya. Diusap lagi kepala anak kecil itu.

“Ibu tak akan tinggalkan aku bukan?” Anak kecil itu melihat ibunya menggelengkan kepala sambil mengukirkan senyuman.

“Ibu akan selalu berada di sini.” Tangannya diletakkan di dada anak kecil itu.

“Adik… mari kita pergi,”kedengaran suara seorang lelaki. Anak kecil itu memandang kedua-dua lelaki dan wanita di hadapannya silih berganti. Lelaki itu menghulurkan tangan padanya.

“Pergi sayang. Ikut Abang. Dia akan bawa kamu ke dunia kamu.”

Anak kecil itu memandang abangnya yang masih dengan huluran tangannya dan ibunya yang masih tersenyum. Akhirnya dia menyambut huluran tangan abangnya.

“Jaga diri baik-baik sayang. Ibu sayang kamu.” Diusap sekali lagi kepala anak kecil itu sebelum mengucup dahinya.

Dan dalam perjalanan menuju ke pintu satu lagi….

“Kenapa adik tak boleh tinggal bersama ibu?” Anak kecil itu hanya melihat abangnya mengukirkan senyuman.

“Sebab belum tiba masanya lagi.”

“Dan biarkan adik seorang diri di dunia itu?” 


“Adik tak pernah keseorangan. Abang selalu ada. Selalu jaga adik dari jauh. Dan DIA selalu ada untuk adik. Jangan pernah ingat adik keseorangan di dunia itu.”

“Tapi abang tak selalu ada…” Anak kecil itu memandang ke bawah. Air matanya mahu jatuh lagi tapi abangnya sempat mengesat air matanya sambil mengukirkan senyuman.

“Abang tak boleh selalu memunculkan diri untuk adik. Dunia kita berbeza. Apa yang abang buat ini untuk kebaikan adik. Abang mahu adik jenguk dunia adik, punya kawan ramai…”

“Tapi mereka lukakan hati adik…” Anak kecil itu hanya melihat abangnya mengukirkan senyuman sekali lagi.

“Tapi adik kuat bukan? Dari saat ibu dibawa pergi dari adik, abang tahu adik kuat. Adik cukup kuat untuk hadapi ujian yang DIA berikan pada adik.”

“Tapi…” Anak kecil itu mahu berkata lagi tapi belum sempat dia berbuat sedemikian, abangnya telah memotong.

“Yakin dan percaya dengan ketentuan DIA. DIA tahu apa yang terbaik untuk adik. Percayalah, kesakitan yang adik alami itu hanya sementara sahaja.”

Anak kecil itu hanya mampu menganggukkan kepalanya.

“Adik kena kuat. Kena banyak bersabar. Setiap ujian yang DIA turunkan pada adik, ada hikmahnya. Jangan pernah lupa DIA. Itu saja yang penting.”

Anak kecil itu menganggukkan kepala sekali lagi.

“Kita dah sampai…” Anak kecil itu memandang pemandangan  di sebalik pintu kedua. Dunia dia. Dia sudah tiba di dunianya.

“Ini dunia adik. Pergilah. Jangan risau. Abang akan selalu ada untuk adik. Adik tahu bukan bagaimana mahu berbicara dengan abang bukan?”

Anak kecil itu hanya menganggukkan kepala. Tangan abangnya dilepaskan sebelum kakinya melangkah masuk ke dunianya. Dia menghayunkan kakinya tanpa mengetahui ke mana sebenarnya dia akan tuju. Sehinggalah dia memasuki lorong yang bercahaya itu….

Matanya terbuka. Pipinya basah. Ah… dia hanya bermimpi rupanya.

Habis!

Empunya blog: Ini diambil dari SINI. 



7 comments:

  1. Dia tu istimewa sebab dia di beri peluang ' bersua' dgn mereka yg dia tidak pernah jumpa.


    NA

    ReplyDelete
  2. HUH . Saspen dan misterinya cerita dia >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suspen? Misteri? Haha. Tapi cerita ini yang paling aku suka dalam banyak cerita yang aku tulis. :D

      Delete
  3. Reen..sebenarnya kan.carpen kau yg panjang2 aku x baca..aku cuma assume semua komen bloggers yg baca tu as sinopsisnya sahaja.sorry ea.

    ReplyDelete
  4. kalau dpt peluang yg kedua..mungkin akan berubah dr yg pertama. misteri la abang dia tu. hehe

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.