Friday, February 28, 2014

Stranger




"Let's break up, shall we?" A boyfriend said this to his girlfriend. Now, they are just stranger with some memories. 


*AUTOPUBLISH*

Thursday, February 27, 2014

Aku suka kamu.




Everytime aku terdengar lagu ni, aku akan  teringat someone.  Lelaki. Sebab lelaki itu cakap dia suka lagu itu. Selalu diam everytime lagu itu berkumandang di radio. Sampaikan aku pun turut tersuka lagu itu. Dulu.

The reason he likes that song, aku lupa. Rasanya dia pernah cakap yang lagu itu buatkan dia teringatkan seseorang. Haha. 

He seems such a sweet guy. Dia pernah belanja aku epal. Epal hijau adalah kegemaran dia. Dia suka makanan yang masam dan susu coklat.  He was a good  friend. Kalau kau bercerita, dia akan dengar dengan penuh perhatian.  And dia adalah lelaki yang boleh dibawa berbincang. But ada sesetengah pendapat dia, aku kind of rejecting. Pemahaman dia bertentangan dengan pemahaman aku. But that wasn’t a problem after all.  

Oh and then dia tak suka buku. Aku pernah ingat masa dia teman aku pergi kedai buku, any books that I pick, dia akan cakap buku ini tak bagus, tak elok padahal itu hanyalah Novel Twilight. last-last aku ended up beli komik which is his favorite. Kitaorang share duit but sekarang buku tu dengan dia. 2 tahun dah dengan dia, bila entah nak bagi kat aku pulak? hei hei hei

Over all, he’s okay. Good looking perhaps. Sebab dia ramai secret admire. Secret admire dia sendiri pernah mengaku kat aku. Yeah, dia sweet guy.  Bila difikirkan, okay, sweet guy do exist. In real life. Tak hanya dalam cerita rekaan saja. Dan aku pernah kenal, duduk berborak dengan lelaki tu dulu.  Aku just tak realize. Hurm.

But then, aku rasa kitaorang dah tak kawan. Perhaps. Loss contact. Aku yang jauhkan diri dari dia. Sebab aku rasa aku dah tersuka dia. Haha. All his attention towards me buatkan aku rasa macam macam… entah. Strange feeling perhaps.  But at that time, aku ada crush. So, aku kembali pada crush aku. Keep feeling on a crush yang aku rasa macam nak sepak je dia everytime nampak dia kat fakulti.

Oh, dia dan aku satu U. I mean that sweet guy. Tapi kitaorang tak pernah terserempak atau janji nak jumpa or whatsoever. Masing-masing sibuk. Lagipun kos kitaorang tak sama. So kesibukan itu tak sama. Haha

Sekarang aku dah okay. Aku dah hilangkan strange feeling tu. Dan dah tak ada crush. I’m glad that.

Oh, ini tak ada apa-apa. Saja mahu coret di sini. Sebagai kenangan manis aku. Mungkin.

Ok. Bye.

Tuesday, February 25, 2014

Mencintai & Dicintai



Di antara mencintai dan dicintai, mana lagi bisa bikin hati kamu gembira?

Mencintai? 

Adakah itu bisa gembirakan hati kamu? 
Walau hanya sebelah pihak?

Dicintai?

Adakah gembira itu di hati kamu?
Walau kamu selalu berendam air mata dengan dia yang katanya mencintai kamu?

Mana satu bisa hati kamu gembira lagi?


*autopublish*

Monday, February 24, 2014

Past


Yes. I am.

Saturday, February 22, 2014

Penantian




Pernah satu kali aku duduk di perhentian bas tanpa pernah walau satu hari aku lepaskan peluang untuk habiskan masa di situ. Tidak kisah sama ada hari itu adalah hari hujan atau sebaliknya. Aku akan berada di situ. Tanpa jemu. Waktu itu. 

Sehinggakan ada seorang wanita tua menegur aku.

“Anak ini mahu ke mana? Mak cik lihat setiap kali bas berhenti, tidak pernah Mak Cik lihat anak naik. Setiap hari begitu.”

Aku hanya senyum. Aku tiada destinasi yang mahu dituju. Tapi aku tahu sesuatu. Aku sedang menanti seseorang.

“Saya sedang menanti seseorang.”


“Siapa?” 

Aku geleng kepala. Aku tidak tahu siapa yang aku nantikan. Tapi aku tahu penantian aku itu berbaloi. Tersangat berbaloi.

“Jadi, tunggu saja dengan hati yang tenang.”

Aku senyum sambil memandang saja wanita tua itu berlalu. 

Beberapa tahun telah berlalu, dan aku masih menanti. Walau tidak sekerap dulu. Dan tidak lagi di tempat yang sama tapi aku tahu satu hari dia akan muncul.  Hadiah dari DIA. 




Friday, February 21, 2014

Cerpen: Pintu



“Ibu, boleh benarkan aku ikut kamu?”

“Belum tiba masanya lagi, sayang.” Diusap kepala anak kecil itu.

“Tapi aku dah tak sanggup untuk hidup sebegini.”
Air mata anak kecil itu jatuh lagi.

Sayang… sabar sahaja yang ibu mampu katakan pada kamu. Perjalanan kamu masih jauh. Dan apa yang kamu alami ini hanyalah sementara sahaja. Yakin dengan ketentuan DIA.” Dikesat air mata anak kecil itu sebelum memimpinnya ke satu pintu.

Pintu itu dibuka. Anak kecil itu hanya memandang kosong apa yang ada di sebalik pintu. Dipandangnya wajah ibunya. Wanita itu hanya tersenyum memandangnya.

Pergi sayang… tempat kamu di situ. Itu dunia kamu.

Anak kecil itu menggelengkan kepala. Dipegang erat tangan ibunya.

“Sayang…” Dipujuk anak kecilnya. Diusap lagi kepala anak kecil itu.

“Ibu tak akan tinggalkan aku bukan?” Anak kecil itu melihat ibunya menggelengkan kepala sambil mengukirkan senyuman.

“Ibu akan selalu berada di sini.” Tangannya diletakkan di dada anak kecil itu.

“Adik… mari kita pergi,”kedengaran suara seorang lelaki. Anak kecil itu memandang kedua-dua lelaki dan wanita di hadapannya silih berganti. Lelaki itu menghulurkan tangan padanya.

“Pergi sayang. Ikut Abang. Dia akan bawa kamu ke dunia kamu.”

Anak kecil itu memandang abangnya yang masih dengan huluran tangannya dan ibunya yang masih tersenyum. Akhirnya dia menyambut huluran tangan abangnya.

“Jaga diri baik-baik sayang. Ibu sayang kamu.” Diusap sekali lagi kepala anak kecil itu sebelum mengucup dahinya.

Dan dalam perjalanan menuju ke pintu satu lagi….

“Kenapa adik tak boleh tinggal bersama ibu?” Anak kecil itu hanya melihat abangnya mengukirkan senyuman.

“Sebab belum tiba masanya lagi.”

“Dan biarkan adik seorang diri di dunia itu?” 


“Adik tak pernah keseorangan. Abang selalu ada. Selalu jaga adik dari jauh. Dan DIA selalu ada untuk adik. Jangan pernah ingat adik keseorangan di dunia itu.”

“Tapi abang tak selalu ada…” Anak kecil itu memandang ke bawah. Air matanya mahu jatuh lagi tapi abangnya sempat mengesat air matanya sambil mengukirkan senyuman.

“Abang tak boleh selalu memunculkan diri untuk adik. Dunia kita berbeza. Apa yang abang buat ini untuk kebaikan adik. Abang mahu adik jenguk dunia adik, punya kawan ramai…”

“Tapi mereka lukakan hati adik…” Anak kecil itu hanya melihat abangnya mengukirkan senyuman sekali lagi.

“Tapi adik kuat bukan? Dari saat ibu dibawa pergi dari adik, abang tahu adik kuat. Adik cukup kuat untuk hadapi ujian yang DIA berikan pada adik.”

“Tapi…” Anak kecil itu mahu berkata lagi tapi belum sempat dia berbuat sedemikian, abangnya telah memotong.

“Yakin dan percaya dengan ketentuan DIA. DIA tahu apa yang terbaik untuk adik. Percayalah, kesakitan yang adik alami itu hanya sementara sahaja.”

Anak kecil itu hanya mampu menganggukkan kepalanya.

“Adik kena kuat. Kena banyak bersabar. Setiap ujian yang DIA turunkan pada adik, ada hikmahnya. Jangan pernah lupa DIA. Itu saja yang penting.”

Anak kecil itu menganggukkan kepala sekali lagi.

“Kita dah sampai…” Anak kecil itu memandang pemandangan  di sebalik pintu kedua. Dunia dia. Dia sudah tiba di dunianya.

“Ini dunia adik. Pergilah. Jangan risau. Abang akan selalu ada untuk adik. Adik tahu bukan bagaimana mahu berbicara dengan abang bukan?”

Anak kecil itu hanya menganggukkan kepala. Tangan abangnya dilepaskan sebelum kakinya melangkah masuk ke dunianya. Dia menghayunkan kakinya tanpa mengetahui ke mana sebenarnya dia akan tuju. Sehinggalah dia memasuki lorong yang bercahaya itu….

Matanya terbuka. Pipinya basah. Ah… dia hanya bermimpi rupanya.

Habis!

Empunya blog: Ini diambil dari SINI. 



Thursday, February 20, 2014

Couple




"I Love You." Masa memula dating, 2 3 kali dating, ayat tu selalu disebut.

Selepas berpuluh-puluh kali dating dan bila 'love' tu dah tak ada...

"Natang! Aku tunggu kau nak dekat sejam kot!"

'Love' ke mana. Dan 'You' ke mana.

At the end, clash la jawabnya.


Sekian.

*autopublish*

Wednesday, February 19, 2014

Mati



Tiada sebab untuk rindu kamu
Tiada guna untuk rindu kamu lagi.

Mati.

Rindu aku pada kamu telah mati.
Saat hati ini ditikam semahu-mahunya oleh kamu.



Monday, February 17, 2014

Bersalah




Kadang-kadang jadi orang tengah kepada satu pasangan ni boleh mengundang rasa bersalah.

Situasinya begini, aku perkenalkan kawan lelaki aku pada kawan perempuan aku. Actually diorang dah kenal before that. Dan masing-masing ada feeling kat each other cuma masing masing malu nak luah.

So, di satu hari bila kawan lelaki nampak aku dengan kawan perempuan aku itu, dia pun mintak nombor kawan perempuan aku dari aku. Dan aku bagi setelah aku mintak kebenaran dari empunya nombor.

So, the relationship happen naturally tanpa aku masuk campur. Diorang couple after that. Dan selepas beberapa tahun, aku dikhabarkan sesuatu. Diorang break up. Actually aku memang tak tahu kalau kawan perempuan aku tak bagitahu.

Dan aku macam bersalah. Well, almost two years diorang dah break up dan kawan perempuan aku masih tak boleh lupakan lelaki itu. She's kind of miserable. Macam bersalah juga bila dia call aku dengan nenangis. Until now.



Friday, February 14, 2014

Kopi Cinta




Mari aku belanja kau secawan kopi
Dan aku jamin
Kita berdua akan punya perbualan yang paling manis nanti.

Senyum.


Thursday, February 13, 2014

Hantaran Kahwin


Nah! Meow untuk dijadikan hantaran kahwin. Kakaka. 


*autopublish*


Wednesday, February 12, 2014

Flashback.





Perkara paling best bila ada blog ni, aku boleh baca balik entri entri dedulu yang tersangatlah tidak matang. Haha. Dan ada entri entri yang aku tulis, aku baca balik, Oh rupanya itu adalah peringatan untuk aku. Selain aku tulis kata-kata semangat untuk diri sendiri. Ya, untuk sendiri.

Paling aku suka adalah entri entri yang aku tulis tahun 2012. Entri entri berdasarkan seseorang. Seseorang yang pernah berada di hati. Auwwww. kakaka. 

Dan aku sendiri tak tahu kenapa aku asyik duk ulang baca Entri Kenangan ni. tetiba je aku tersangat sangat sangat suka entri ni. Ahaaa. Ah... padahal dah lama retired dari one sided feeling itu. Huuu

K Bye.


Tuesday, February 11, 2014

Meroyan



Hari ni kucing saya meroyan sebab biskut feveret dia habis. Jadi, dia gigit saya sebagai balasan. Bertuah punya kucing. :3

Sunday, February 9, 2014

Nasihat #2


"Macam mana kita nak orang hormat kita, kita belajar untuk benarkan diri kita hormat tubuh kita dulu." Nasihat seseorang kepada saya. 

Friday, February 7, 2014

Manusia


Manusia ni, bercakap tentang kesalahan orang lain, ibarat dia tak pernah buat kesalahan yang sama.



Thursday, February 6, 2014

Cerpen: Ghost


“Did you see there’s a ghost next to me?” Jane mengeluarkan soalan aneh pada lelaki di hadapannya.

“Whose ghost is that?” Soal Jack dengan perasaan ingin tahu. Walau itu menakutkan dirinya hal yang sebenarnya. Dengan keadaan malam ditemani hujan di luar sana, cukup syarat untuk membuatkan dirinya seram.

 

“Ghost of you,” balas Jane dengan sinis sambil berpeluk tubuh. 

Dan Jack hanya menelan air liur. Melihatkan senyuman Jane di hadapannya, benar-benar membuatkan bulu romanya meremang. 

Melihatkan wajah Jack yang berubah menjadi pucat lesi, Jane menyambung… “You’re dead. Long long long time ago. I believe that you are dead. But then, you’re here, in front of me. How and why?”

“How and why.” Jack mengulangi ayat terakhir Jane. “It’s a question that I can’t answer. It’s a miracle actually, how I’m still alive. Maybe someone hope that I’m still alive.

Maybe someone hope you’re dead too, balas Jane sebelum menghirup minuman kopi di hadapannya. 

Jack hanya mampu mengukirkan senyuman tawar sahaja.  Maybe. But I was chosen to stay alive.”

Lucky you,” sindir Jane.  Dan Jack hanya mengukirkan senyuman sahaja. 

Setelah beberapa lama mendiamkan diri, akhirnya Jane mengambil keputusan untuk beredar. Tiada guna sebenarnya berdepan dengan lelaki di hadapannya ini. Apa jua yang akan mereka bincangkan selepas ini, adalah kisah lalu dan dia tak mahu lagi melawat kisah lalu. Di saat dia mula melangkah, Jack kembali bersuara…


The ghost of mine that you’re talking a few minutes ago, it’s your past that you can’t forget, isn’t it? You didn’t forget me. You never forget me because the ‘ghost of mine’ keeps haunting you.”

Jane berpaling, memandang kembali Jack. Mengukirkan senyuman sinis sebelum kembali bersuara. “You’re right. I never forget you. I can’t forget you no matter how I had tried."

“I’m sorry,” ujar Jack dengan lemah. 

Dan sekali lagi Jane tersenyum sinis. “Ah, there’s one thing that I didn’t forget too.”

What it is?” Soal Jack dengan rasa ingin tahu walau dia tahu apa jua jawapan yang keluar dari mulut Jane akan melukakannya.

I never forget this…” Jane menarik nafas. “That I  hate you till the end of my life.”

Jack melepaskan keluhan. Benarlah, ayat yang keluar dari mulut Jane akan melukakan dirinya. 

By the way, thanks for the coffee,” sekali lagi Jane bersuara sebelum melangkah keluar dari restoran itu, meninggalkan Jack dengan penuh rasa bersalah.  Dan Jack hanya memerhati sahaja kelibat Jane menghilang tanpa mengetahui yang bertemu dengannya sebentar tadi adalah bukan Jane!

**************

Di luar, Jane menghulurkan tangannya ke dalam titisan hujan, membiarkan tapak tangannya dibasahi hujan.

“I don’t get it why you like rain that much, Jane.” Ujar Jane sebelum berpaling ke arah kanannya. Memang kelihatan tiada sesiapa di sebelahnya, tapi ada ‘seseorang’ di situ. Dan hanya dia sahaja yang mampu melihat. Melihat roh seseorang di sebelahnya. 

Roh gadis di sebelahnya hanya mengukirkan senyuman tawar sahaja. Dan Jane membalas senyuman itu.

“Don’t you miss your body?” Soal Jane. ‘Gadis’ itu menganggukkan kepala.

Then come back. I’m ready to leave your body.”

I can’t. I don’t want to lose him anymore.

Jane memandang roh lelaki di sebelah ‘gadis’ itu. Dia kenal lelaki itu. Kembar Jane. ‘Lelaki’ itu mengukirkan senyuman padanya.

You are against the rule of natural, Jane.” 

I know…. But I will be back someday…


Jane mengukirkan senyuman. “I’ll wait for you,” ujarnya sebelum melangkah pergi. Dan ‘Jane’ sebenar masih lagi di situ. Memerhatikan gerak geri lelaki yang dibencinya satu ketika dulu di balik cermin kaca itu. Wajah lelaki itu penuh dengan penyesalan. Gadis itu mengukirkan senyuman sekali lagi. Hanya tinggal satu minggu lagi sebelum nyawa lelaki itu benar-benar tamat.  Dan selepas itu dia akan kembali dan memulakan hidupnya baru. Without memory of him. 

Habis. 



Tuan empunya blog: Sesuatu yang aku tulis di tahun lepas. Sesuatu yang aku tulis sebelum 'diberitahu' hal yang sebenar.