Saturday, January 18, 2014

Langkah



Pernah satu hari aku berhenti melangkah dan menoleh ke belakang.

 Apa yang kau lihat?” Dia menyoal. Sambil matanya turut melihat apa yang dilihat oleh aku.

Dia. Aku lihat dia. Bersama mereka.” Hati aku ketika itu sudah sebak.

Dia? Siapa?” Soalnya.

Sesuatu dari masa silam aku.


Dia disebelah aku hanya mengukirkan senyuman sambil tangannya mengosok bahu aku dengan lembut.

Aku masih ada…” Ujarnya dan aku ukirkan senyuman tawar sahaja. Mata aku masih memandang situasi itu.

Mari…” Tangannya dihulurkan pada aku dengan senyuman tidak lekang dari bibirnya. Perlahan-lahan aku sambut tangannya. Panas dan selesa.

Jangan pernah menoleh ke belakang lagi. Aku temani kau melangkah sehingga ke penghujungnya.”

 
Aku anggukkan kepala dengan senyuman. Dan melangkah bersama-samanya sehingga ke penghujung. Tanpa menoleh ke belakang lagi.


*autopublish*


22 comments:

  1. Boleh buat cerita ni sebagai nasihat untuk diri sendiri. :)

    ReplyDelete
  2. pada aku langkah yang seterusnya kau bakal temui bahagia.jadi terus capai dan genggam erat!

    ReplyDelete
  3. terus pandang ke depan, yg lepas tu jadikan pedoman.

    ReplyDelete
  4. esok lusa,

    sesekali aku menoleh ke belakang,

    aku lihat aku sedang melangkah seperti tadi.

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Sweet? Terima kasih. Tapi ia more kepada nasihat untuk aku. Huuu

      Delete
  6. Itu la liku kehidupan. Esok lusa mungkin ada hal2 yg mirip begitu datang lagi.. kita tiak tahu. Kita tidak jangka. Tapi mungkin kita sudah lebih tabah hadapinya. Semua tu pengajaran.. pengalaman.. dan ujian :)


    Nong andy

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. pengalaman yang mematangkan kita.

      Delete
  7. usah tgk ke belakang lg.. di hadapan mungkin ada bahagia

    ReplyDelete
  8. sakitnya..
    untung di waktu itu ada insan lain yang menghulur tangan dengan senyuman..jika sendirian lagi perit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakit. Aku pernah sendirian. Dan mujur ada insan lain yang muncul, pujuk aku supaya terus melangkah. Alhamdullilah.

      Delete
  9. Aku selalu pandang belakang..itu bila gostan..and sebelum nk masuk simpang.

    ReplyDelete
  10. Ah sukanya aku dgn entry ni....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun. Nasihat untuk diri sendiri. :)

      Delete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.