Wednesday, December 24, 2014

Palsu



Manusia bertopengkan senyuman palsu seperti dia adalah sesuatu yang biasa aku lihat di mana-mana. Dalam kalangan manusia yang sibuk mengejar kebahagian dunia, ya, senyuman palsu satu cara untuk menutupi segala rasa duka yang kian bercambah di dasar hati. Di sudut yang paling paling dalam. Yang hanya Tuhan saja yang tahu erti senyuman itu.

Katanya mereka, “People change when they get hurt.”

Dan aku iyakan saja dengan kenyataan itu.

Apa kau tahu tentang perubahan dia di saat kau robek hatinya dengan tingkah laku kau yang kejam itu?

Apa kau tahu tentang tangisan dia di saat kau tuturkan ayat yang paling kejam 
pernah dia dengar?

Apa kau tahu tentang air matanya yang dibazirkan disebabkan kau?

Satu senyuman palsu.

Dua senyuman palsu.

Tiga senyuman palsu.

Itu saja yang dia lakukan di hari-hari mendatang.

Katanya mereka, senyuman mampu menutupi rasa kecewa di hati. Maka diciptakanlah senyuman palsu itu.

Soalnya aku pada dia di satu hari saat tangisan awan menemani perbualan kami.

“Kau dah berubah.”

Dia senyum. Senyuman palsu. “People change when they get hurt, kawan.”





Monday, December 22, 2014

Paling Killer

Soalan paling killer masa Interview.

1. Apa yang awak boleh buat untuk syarikat ini?

2. Tell me your 5 years plans from now.






Sunday, December 21, 2014

Lonely




Aku sebenarnya tahu aku tak matang lagi. Yeah, I know I'm not matured yet. Perangai aku yang gegila. Sometimes suka buat benda yang unexpected. Sekejap aku cakap A but I'm making B decision. That's me.

So... nak dijadikan cerita. Borak-borak dengan kawan aku. Dan aku mention tentang KL yang bukan jiwa aku. Dan dia cakap aku lonely. The reason why I'm saying "KL bukan jiwa aku." adalah disebabkan betapa lonelynya aku. Dia punya opinion. Dan aku macam...

'Oh, mungkin.'

But then dia kaitkan betapa lonelynya aku adalah disebabkan aku tiada boyfriend. Why is that? Apa kaitannnya?

Is that like life aku akan berubah bila aku ada boyfriend? Adakah aku akan dikira tak pathetic bila makan kat KFC bertemankan lelaki? Setiap malam akan ada orang lelaki nama si polan bin si polan mesej aku "Good night."

So, baru life aku dikira tak lonely?

I'm hurt by that words. Macam aku ni pathetic sangat. :(



Saturday, December 13, 2014

Bersangka baik.



Aku percaya setiap kehilangan yang kita alami akan digantikan dengan yang lebih baik.

Bersangka baik pada Tuhan.

Thursday, December 11, 2014

Tiga Permintaan



Di saat telah tiba waktu seorang Ibu meninggalkan anaknya untuk selama-lamanya, dia dikurniakan tiga permintaan.

"Kamu diberikan 3 permintaan sebelum meninggalkan dia. Apa permintaan pertama kamu?"

Si Ibu memandang anak kecilnya dengan penuh rasa sayu.

"Aku mahu dia dijaga dengan penuh kasih sayang. Kasih sayang seorang ibu."

"Permintaan kedua?"

"Aku mahu dia dewasa kelak, bertemu lelaki yang akan jaganya dengan rasa sayang dan cinta."

"Permintaan ketiga?"

"Aku mahu dia tahu. Kekal tahu yang selamanya aku sayang dia."

"Permintaan kamu ditunaikan. Masa akan menentukan segala-galanya. Anak kecil ini satu hari nanti akan diceritakan padanya tentang kasih sayang kamu."

Si Ibu senyum kelat. Dicium pipi anak kecil yang sedang lena diulit mimpi itu berkali-kali. 

"Jaga diri, sayang. Ibu sayang kamu. Tahu itu?"

Berakhir di situ, kisah pemergian Ibu bersama kasih sayangnya. Dan hanya mampu menjenguk anak kecil itu di waktu tidurnya saja. 

-The End-

Monday, December 8, 2014

Kistot #43: Kesukaan



Jejaka memandang si gadis yang asyik dengan telefon bimbitnya dari tadi. Sekejap gadis di hadapannya ini akan tersenyum. Dan dia hairan itu.

“Apa yang awak sedang buat?” Jejaka memulakan perbualan, janggal dengan Susana sunyi. Kebiasaannya gadis akan memulakan perbualan, bercerita itu bercerita ini.

“Tengah reply Whatssap someone.” Balas si gadis dengan selamba. Mata masih pada telefon di tangannya. Langsung tidak memandang jejaka di hadapannya.

“Sampai tersenyum macam ini?” Soal Jejaka lagi. Kali ini disertakan dengan sedikit rasa cemburu.

Gadis angguk kepala dengan senyuman. “He’s a fun guy.”
“He? Siapa?”

“Kawan baru.”

“Handsome ke?”

“Boleh la.”

“Hurmmm…”

“Kenapa?”
Soal Gadis hairan. Kali ini matanya beralih ke arah Jejaka.

“Nothing. Balas lah Whatssap kawan baru awak itu.”
“Okay.” Gadis kembali menghadap telefonnya tanpa menyedari riak kecewa di wajah Jejaka.

10 malam…..

Bunyi notification Whatssap masuk. Gadis hantar 1 gambar pada Jejaka. Ayat di gambar itu…

“You may not be the only reasons why I smile, but you are definitely my FAVORITE one.”

Dan Jejaka tidur dengan senyuman di hati malam itu.






Kahwin



Perbualan semalam:

"Boleh imagine tak kau kahwin dengan kawan baik sendiri satu hari nanti?"

"Tak boleh."

"Kenapa??"

"Masa kawan guna 'aku' 'kau'. Bila dah kahwin macam pelik kena panggil dia 

'Abang'. Aku pula kena bahasakan saya. Awkward."

Dia gelak. "Jadi kau kena belajar-belajar lah."

Dan aku pun buat muka tak puas hati.


End of story.




Sunday, December 7, 2014

Naif.

Kadang-kadang aku rasa aku ni naif sangat. I feel stupid. I feel useless. 

Bila orang mintak tolong, aku tak pernah kata 'NO'. Dan bila aku kata 'NO' aku pula yang dihimpit rasa bersalah sebab tak mahu tolong diorang. Ia buatkan aku rasa aku lah manusia yang paling kejam sebab tak mahu tolong orang. 

Hey aku tolong, but there are times bila kau rasa kau tak mahu tolong orang and being selfish right?




Saturday, December 6, 2014

Sayang




"Aku tak sayang dia tapi aku perlukan dia dalam hidup aku." Kata seorang perempuan tentang kawan lelakinya. 


Gembira dan Ketidaksempurnaan



Manusia tak sempurna.

Betapa kau tak puas hati dengan perangai orang itu, perangai orang ini, does it will change you to something?

Does it will make you feel happy by complaining?

Adakah orang itu akan berubah kalau kau mngadu pada someone else, bukan pada tuan empunya badan?

Tak. Mereka tak akan pernah berubah.

Jadi, lebih baik kalau abaikan saja dan teruskan hidup seperti biasa.

Ya. Aku tahu susah.

But, the less you care, the less you will get hurt.

Kau mahu hidup dengan gembira bukan?






Thursday, December 4, 2014

Berubah



Dia cakap aku dah berubah tapi aku rasa dia yang berubah.

"Aku rasa kau dah berubah. Kau bukan macam dulu."

Aku diam. Dalam hati, aku rasa dia yang berubah, bukan aku.

Dan ya, aku tahu sampai satu masa manusia akan berubah, sama ada disebabkan pengalaman yang mereka alami atau persekitaran di sekeliling mereka.

"Apa yang buatkan kau berubah?"

Walaupun soalannya itu disertai dengan gelak ketawa, buatkan aku berfikir seketika.

"Aku rasa kau yang berubah, bukan aku," Aku balas itu. Dan dia diam sebelum dia nafikan itu. Kami sama-sama nafikan hal itu.

Atau mungkin benar saja hal yang aku dah berubah. Mungkin perasaan aku tentang dia yang berubah.

Mungkin.



Tuesday, November 25, 2014

Di Sisi



 
Mungkin bukan takdir kita kita untuk berada di sisi saat antara kita mahu titiskan airmata. "

Sunday, November 23, 2014

Rindu




"Ada hal penting nak cakap ke?"

"Tak penting pun. Tapi aku just rindu kau. Boleh terima tu sebagai jawapan?"

"Boleh.






Thursday, November 20, 2014

Kistot #42:Whatssap #2





"Kau dah tak guna whatssap ke?"

"Tak."

"Kenapa?"

"Sebab pertama... Nak bazirkan credit kau."

"Sebab kedua?"

"Aku takut aku kecil hati kalau aku whatssap kau and nampak tick biru tapi kau tak reply2"

Wednesday, November 19, 2014

WordlessWednesday #27




Tuesday, November 18, 2014

Mimpi



"Babe... Aku mimpi kau kahwin."

"Dengan siapa?"

"Entah. Yang pasti aku nangis masa wedding kau."


Si jejaka gelak sakan. Seolah-olah dia baru saja mendengar lawak yang kelakar.

"Asal pulak? Kau bukannya suka aku more than friend kan?"

"Urmmm..." Si gadis mencebik. Tidak tahu bagaimana mahu luahkan hal sebenar.

 *autopublish*

Saturday, November 15, 2014

Jodoh



"Aku rasa aku dan encik jodoh sama-sama ego. Tu pasai tak jumpa jumpa each other lagi. "
 
Sincerely
-Reen-

Thursday, November 6, 2014

Dialog #2



"Kau sibuk tak?"

"Sibuk."

Hurmmm...okay. Just wanna tell you.. I'm sort of missing you. Take care.




Reenapple: Yang tak terluah.

Monday, November 3, 2014

Sketsa Serius.




Ada satu hari someone ask me to be serious...

"Boleh tak kau serius? Be matured please."

Dan aku pun,,, 'Oh.. okay'

Dan di hari di mana seorang Reen menjadi serius...

"Boleh tak kau jangan serius sangat? Aku gurau je."

Dan aku pun macam..... rasa nak ambik garpu dan cucuk mata dia sampai buta.

Huh.





Sunday, November 2, 2014

Kids


Ada satu hari.. Aku almost kena gigit dengan budak lelaki umur 1 tahun plus plus sebab aku ugut nak culik adik baby dia yang baru je boleh jalan.

Last-last dia pukul aku dengan buku mewarna Upin Ipin dia.

Me and kids memang tak kamceng.

Sekian. 

😪😪😪😪😪😪😪😪

Wednesday, October 29, 2014

Confession



Actually... cinta tak berbalas memang sakit.

Tapi lagi sakit kalau kau tak luahkan and don't have the courage to confess.

Kena reject itu hal kedua.

Yang penting keberanian.

Keberanian untuk let it go and move on.

Sunday, October 26, 2014

Antara Imaginasi dan Realiti.

Antara Imaginasi dan Realiti.

Aku berada di tengah-tengahnya.

Mahu terus berimaginasi

Atau

Mahu terus menghadapi realiti yang penuh dengan masam dan manisnya.

Aku keliru.


Saturday, October 25, 2014

Kita



Kadang-kadang ada perkara yang tak mampu diluahkan dengan kata-kata.

Tentang aku.
Tentang Kau.
Tentang dia.

Tentang kita.


Friday, October 17, 2014

Lelaki #9



"Lelaki ni best dibuat kawan baik bila kau tak ada feeling kat dia. "

Thursday, October 16, 2014

Life ain't a fairy tale.



Aku selalu jatuh cinta dengan watak hero yang ditulis. Haha

But Life ain't a fairy tale.

There's no Prince charming.

Just only Mr. charming.

Perhaps.

Haha.

Saturday, October 11, 2014

WhatsApp


Bunyi wassap masuk.

"Saya nak confess something Kat awak ni. Nak baca tak???"

"Apa?"

"Bagi saya masa seminggu, then I tell you."

"OK."



Reenapple: Dapat idea masa dalam LRT. Lepas tu aku tak tahu sambungannya. Sekian. Kakakaka

Monday, October 6, 2014

Mad


Pernah tak rasa macam nak marah orang teramat sampai mahu saja potong badan dia kemudian cincang daging dia. 

Lepas tu bakar. 

Lepas tu abu tu buang ke dalam laut. 

Heh. 


Apa mereka penduli, kalau mereka sakiti hati kau tanpa sedar?
Apa mereka penduli, kau cuma mahu bertimbang rasa tapi yang tersakiti...adalah kau...

For being a caring person.



p/s: Babe, I'm mad at you but you will never know it for I just wrote here and not showing it to you, my anger.







Wednesday, October 1, 2014

Cemburu



Ada satu hari aku stalk FB someone. Baca status terkini FB someone dan juga comments sekali. Dan entah kenapa aku tetiba cemburu tengok someone komen-komen dengan someone else. Haha

Dan tanpa berfikir, aku terus delete nombor someone. Dalam hati masa tu, 

‘Ah, dah tak nak contact kau lagi. Tak nak!’

Dan pukul 4pm macam tu, tetiba ada orang hantar mesej. Dan aku speechless seketika. That someone yang aku delete number dia tengahari tadi sebab cemburu yang entah pape yang hantar mesej. 

Dia punya mesej buat aku gelak.Even of course la dia tak tahu aku delete nombor dia tengahari tadi. Haha

Dan aku pun… (dalam hati)

‘Oh, OK. Aku save semula nombor kau. Sorry for being immature.’

Oh mai. I don’t know what’s wrong with me lately. Hurmmm. Please help me.


Reenapple: Aku rasa one of lagu Najwa Latif suit me right now. Ekhem. :P







Monday, September 29, 2014

29 September


Happy Birthday to Myself.

Dah makin tua.

Dah cukup umur nak cari calon suami. Ehh


k. Bai. Haha

Friday, September 26, 2014

Conteng #11



Di satu hari yang bosan dengar ceramah, maka terhasillah ini, untuk hilangkan rasa mengantuk aku. Haha

*autopublish*



Tuesday, September 16, 2014

Coffe Love



Hari ini aku belanja dia secawan kopi kesukaannya.

"Sedap?"

Dia angguk dengan senyuman.

Aku senyum. Salah satu sebab aku belanja kopi kesukaannya adalah sebab aku mahu lihat senyumannya yang manis tatkala menikmati kopi. Senyumannya manis tahu. Dan itu buatkan aku makin jatuh cinta padanya.

Entah bila mahu luahkan perasaan ini padanya. 

Entah bila.







Monday, September 15, 2014

Lobak & Kubis



Meet Lobak & Kubis. Hehe.

Akutak tahu kenapa aku kasi nama cenggitu kat diorang tapi still comel. Haha. :P





Saturday, September 13, 2014

Entri Panjang Tak Tahu Tajuk.


Masa aku naik bas balik kampung untuk raya hari itu, aku kenal seorang lelaki. Actually, dia yang approach aku dulu. Bual pun tak ada lama sangat. Dia tanya sepatah, aku jawab sepatah. Aku ni bukan friendly sangat dengan orang asing, lebih-lebih lagi lelaki. Haha

So nak dijadikan cerita, masa dia punya destinasi dah nak sampai (dia turun dulu dari aku) tetiba dia hulur telefon dia kat aku. Kat situ dia tulis apa yang dia nak cakap kat aku. Kind of a very long text. Tapi aku cuma ingat part yang last sekali, part yang dia mintak nombor aku. And I gave him my number.

So malam tu dia text  aku. Takdelah aku layan dia sangat pasal aku sibuk esok nak raya. Haha. 5 hari selepas raya, dia text aku lagi. yakni masa tu aku dah back to work dan aku tak layan sangat. But every night after that dia akan text aku, tanya “Awak buat apa?” “Dah makan?”

Being honest.. aku kind of agak annoying dengan mesej yang bunyi macam caring. Especially from a guy yang aku tak kenal sangat. Jangan tanya kenapa aku tak suka lelaki yang caring dengan aku. Oh, aku mungkin suka but it’s the wrong guy especially kalau bukan family kau. Ahaa

Did I mention his age? Dia muda 3 tahun dari aku which is means he’s still a student.  Pernah dia mesej aku ajak aku keluar but aku tolak, cakap aku tak keluar dengan lelaki. Haha. Padahal aku keluar je and itu depends on siapa lelaki itu. Kih kih kih.


And then sehinggalah 1 malam, dia soal aku dengan soalan yang buat aku detect something wrong.  Soalan dia berbunyi cenggini:

Awak tak rasa sunyi?”

“Sunyi? Maksud awak?” Aku balas

“Maksud saya… ada orang untuk awak cinta dan orang yang cintakan awak sepenuh hati.”

Aku kind of speechless. Dan terus aku explain panjang lebar bagitahu untuk umur aku sekarang, being in a relationship wasn't my priority anymore. Aku ada banyak perkara yang nak dikejar and hoping.  Kalau aku suka someone pun, aku lebih suka secara diam. Cinta dalam diam.

Actually panjang juga aku explain tapi aku dah lupa. And dia punya reply, kind of shocking me. Dia bagitahu hal sebenar yang dia suka aku from the first time dia nampak aku duduk sebelah dia. Dia bagitahu yang aku nampak comel bila aku mengomel seorang diri, reading books in bus.  And so on.

And secara jujur, entah mengapa aku annoying. I don’t know why. Like I should be happy someone told me he likes me but then aku just feeling less. Dan aku reject dengan baik. Cakap aku tak berminat. Dan dia faham so kitaorang kawan je la.

Oh did I told about he being a sweet talker? Aku kind of annoying jugak yang itu. Hurmm.

And then, beberapa hari lepas… dia text aku lagi. cakap dia bosan. Aku yang masa tu tengah dinner break, terus suggest  pergi lepak dengan kengkawan ke, apa ke. Dan dia punya reply betul betul buat aku annoying.

“Saya nak awak.”
“Saya nak dekat dengan awak.”
“Jumpa awak. “
“Kuar dengan awak”

Dan so on yang buatkan aku tak reply for a few hours. Haha.( aku sibuk buat kerja masa tu)

Dan last aku reply kat dia “Awak cari orang lain la”


Tu je yang aku reply last. Dia punya reply after that aku tak reply. Malas nak layan. Aku even delete the whole conversation that day. Tak sanggup aku nak simpan lelama. Geli okeh!

Did I do the right thing? Naluri aku cakap ya. Sebab dari pemahaman aku, he is kind of desperate to have someone to love him. Bagi aku, dia tak matang lagi. And I’m not into him. Maybe I’m into someone else. Haha.

Okey. Tu je nak update. Maaf panjang lebar. Dah lama tak tulis panjang.

To Dhagi: Aku tahu kau tak akan baca ini. Haha.


 Reenapple: Aku belajar life ain't a fairy tale. Dan aku tak suka lelaki yang sweet talker. Aku trauma.


Friday, September 5, 2014

2016





"Bila last kau jatuh cinta?"

"2014."

"Dengan siapa?"

"Dengan kau."

Perbualan terhenti di situ. Tengok jam, pukul 3 pagi. Rupanya mimpi saja.


Monday, September 1, 2014

Teguh


Tika ini, dia selalu tersenyum pada hal-hal lama yang sepatutnya harus dilupakan. 

"Move on. Tolong."

Dia senyum kelat.Janji yang dibuat sebelum ini dimungkiri. Mana mungkin dia mampu lupa kalau itu adalah sesuatu yang bikin dia tersenyum satu ketika dulu. 

Ya. Dia rasakan keadaan saat ini berubah. Dia. Dan dia. Dan Semua. 

Kecil hati pada perubahan itu atau dia saja yang baru sedari apa yang sedang berlaku di sekelilingnya?

Hati. Mohon teguh. DIA selalu ada untuk kita. 



Thursday, August 28, 2014

Jatuh Cinta



"Cinta bikin manusia bodoh. Dan, cinta juga mengajar erti sayang yang sepatutnya."

-Jadi jatuh cinta itu pilihan awak. Kalau mampu elakkan, tolong elakkan.-

Tuesday, August 26, 2014

Kistot #40: Friendzone



“Tengah fikir kau ni sebenarnya ada feeling kat kawan sendiri ke tidak.”Soal Farah tiba-tiba. 

“Kenapa?”

“Kenapa kau asyik kecil hati dengan dia? Sebelum ni mana ada.”

Aku telan air iur.  Soalan itu aku biarkan saja sambil mata masih lagi pada FB

“See!” Farah bersuara lagi. “Kau stalk FB dia lagi. Kata nak move on.”

Aku mengeluh.

“Kau suka dia kan?”

“Tak!”

“Betul?” Farah soal lagi. Kali ini dengan senyuman.

Aku mencebik. Bahu dijungkit.

Apa kata kau luahkan pada dia?

Aku geleng.

“Kenapa?

“Aku tak nak hilang dia sebagai seorang kawan.”

“Dan biarkan kau kecewa?”

Aku jungkit bahu. Yang aku tahu, apa yang dah ditakdirkan jadi milik aku, ALLAH tak akan benarkan ia jadi milik orang lain.

-Tamat-



 Reenapple:  Based on true story. :)


Saturday, August 23, 2014

Kisah Kematian


"Aku sedang ciptakan kisah kematian perasaan aku terhadap kamu."





Sunday, August 17, 2014

Kawan


Awak suka saya, tapi saya suka dia.

Jadi, macam mana kita?

Masih mahu berkawan?

Because you can't only be friend with the person you're in love with.





Friday, August 15, 2014

Women vs Men




Women can remember everything. Not all but EVERYTHING.

And men like....  "I don't care."

Agree?










Tuesday, August 12, 2014

Texting




"Kau ada seorang lelaki yang everyday dia akan texting kau and 1 hari tu and after that, dia dah tak texting kau lagi. Kau akan cari dia balik tak?"

"Tak."


Satu hari, ada someone asking me that question dan itu yang aku jawab tanpa fikir. 

Sunday, August 10, 2014

Review: Mencari Mr.Charming.


Buku ni, buat aku tertarik on the first sight and terus aku baca synopsis kat belakang buku but at that time aku tak beli lagi. Next week after that, aku niat nak beli tapi dah habis. Kemain aku mencarinya akhirnya bertemulah aku dengan buku ini sekali lagi even itu mengambil masa a few month. Haha.

Buku ini menceritakan tentang seorang penulis novel yang tak berapa laris bernama Indah Lara yang selalu dapat kecaman dari anti fan dia Indah Water. Mamat Indah water ni selalu hantar emel kutuk penulisan Indah Lara sebab tak masuk akal langsung lebih-lebih lagi part yang menceritakan tentang watak lelaki dalam novelnya. Romantik and perfect tak hingat. Dan juga menempelak angan-angan Indah lara yang masih dengan prince charming. Kata Indah Water, Prince Charming not exist. And that’s I absolutely agree!

So nak dijadikan cerita, Indah Lara dapat job as baby sitter untuk remaja umur 15 tahun, Tania after crash interview siapa entah. And then at that time, she think she had found her Prince Charming apabila kenal dengan ayah pada Tania, Sam. Sam is so perfect sebijik macam apa yang Indah Lara nak.

And then at that time, dia kenal pula dengan pelakon lelaki pujaan dia, Fazrin Adam. The only thing Lara minat Fazrin Adam adalah sebab Fazrin selalu memainkan watak lelaki Prince Charming. Haha. Tapi bila Lara dah kenal personally dengan si Fazrin ni, memang jauh panggang dari api lah. Tak ada ciri Prince Charming yang Lara nak. But diorang jadi kawan baik. Imagine kau jadi kawan baik pada artis. Hot gittew. Haha

And then entah macam mana, Fazrin and Sam ni jatuh hati kat Lara. Lara masa tu memang dah jatuh cinta dengan Sam, siap Sam ajak kahwin lagi tapi tetiba je Lara berbelah bagi. Still fikir nak terima atau tak lamaran Sam.

Nak tahu siapa yang Lara pilih? Korang kena beli dan baca buku ni. Haha. And then Watak favourite aku dalam novel ni is Fazrin Adam. Haha.

Anyway bagi aku buku ini tersangat best! Aku kasi 10 bintang penuh untuk buku ini. Yeay!


*autopublish*



Monday, August 4, 2014

People








People changes.

No!

They never change. They are just stop being the person you always want them to be.

Friday, August 1, 2014

Penantian

Tanya sama hati kau, mahu tunggu dia lagi atau tidak?

Atau mahu move on dan teruskan hidup seperti biasa.

Mahu tunggu?
Sampai bila?
Sampai DIA katakan kau itu bukan untuk dia?

Masih mahu percaya penantian kau itu akan menghasilkan sesuatu yang manis?





Tuesday, July 29, 2014

Nasihat #4





Someone reminds me, "Do not fall or have relationship with your best friend." 

Hurm. 

*autopublish*



Monday, July 28, 2014

Ucapan Raya








Selamat Hari Raya korang. Maaf dari hujung rambut sehingga hujung kuku kaki sepanjang kita kenal kat blog ni. :)

Nanti ada masa aku blogwalking ke blog korang .



With Love,
-Reen-


Monday, July 21, 2014

Waktu Itu




"Let's say satu hari nanti aku tersuka kau. Apa yang kau nak buat?"


"Entah. Depends on siapa aku waktu itu. Siapa kau waktu itu. Dan apa yang aku rasa waktu itu. "


*autopublish*



Saturday, July 19, 2014

Mesej #2





Bila kau ada lelaki yang setiap kali mesej kau, mesti akan cakap macam ni.

"Eh, tak apa ke saya mesej awak ni? Pakwe awak tak marah ke?"

Hati-hati. Dia cuba serkap jarang kau. Apa-apa pun, kalau tak suka dia, balas je cenggini.

"Tak apa. Saya tengah mesej dengan pakwe saya juga."
Tengok reaksi dia macam mana.

Kakaka.:P

K bye. 

Reenapple: Takziah untuk insiden MH17. :(


*autopublish*




Thursday, July 17, 2014

Mesej



Bila lelaki yang kau tak suka tanya soalan yang kau tak suka. 

"Bila giliran awak nak kahwin?"soal lelaki itu. 

"2016. Insyallah."

"Oh, dengan siapa?"nada kedengaran kecewa. 

"Dengan lelaki la. Takkan dengan perempuan pula. Itu haram." 

"Oh. Dia macam mana? Tentu kacak kan?" 

"Biasa je. Sekurangnya sedap mata memandang." 

"Oh. Semoga berbahagia."

Mesej terakhir dibiarkan saja tanpa dibalas. Si perempuan mencebik. Mahu ketawa pun ada. Bukannya dia berkata benar pun.


Reenapple: Based on true story. Hiks :D


*autopublish*




Tuesday, July 15, 2014

Hai!!




Ya ampun... gila rindu kat blog. Disebabkan aku sekarang tengah merantau, dengan laptop tak bawa sebab tu blog ni berhabuk sebulan. Haha. Ini pun aku jumpa Cyber cafe. Alhamdullilah. 

Mesti dah terlambat nak ucap selamat berpuasa kan? Hee... Tunggu aku wish selamat hari raya lah soon.

Banyak benda nak diceritakan. But nantilah aku hold dulu. Heee.

And then entry3 after this might autopublish.

Oh, lupa nak cakap, RINDU sangat kat korang. 

Oh, Ok itu je nak diupdate. :)