Monday, December 30, 2013

2014



Dah nak masuk tahun 2014.  Harapnya 2014 tak buat aku terlampau terluka, bersedih sepertimana 2013 pernah buat. Please be nice to me. Hopefully.

 Please let me smile like before. Please.


Tuan empunya blog: AKu harap DIA balas apa yang dia pernah buat tu dengan balasan yang setimpalnya. 


Friday, December 27, 2013

Kesayangan Baru.


Meet Mr & Mrs Bear. 
Ini hadiah hari jadi untuk diri sendiri. :)
Satu hari nanti aku kasi Mr Bear untuk yang layak terima.
Untuk sementara waktu, aku simpan dedua.
Haha


Tuan empunya blog: Untuk tempahan boleh refer sini: Roselys Centre Shoppe





Thursday, December 26, 2013

Sketsa Jual Mahal

Masa aku praktikal, aku ulang alik dengan bas ke tempat praktikal. Tapi tak ada lah bersesak sangat sebab aku naik bas directly from bus station, so tak kena berdiri. Haha.

And there’s this guy, actually two guys. Aku selalu bertembung dengan diorang dalam bus. Kitaorang naik bus sama. Sometimes mereka berdua, dan sometimes, one of them. But then, yang sebenarnya, aku tak kisah pun tentang diorang. Aku just tengok diorang, puji dalam hati and then tutup mata . Kakaka.


Dan sehinggalah, ada satu hari tu, aku duduk di belakang  salah seorang. Hari tu, aku nampak sorang je. Dan hanya seat belakang dia je yang kosong, so aku duduk situ. Dan out of sudden, dia paling ke belakang dan cakap, “Wanginya bau awak.” Dengan senyuman. Tapi aku masa tu tengah blur sebab aku dalam proses mengantuk. Tambahan pula, earphone kat telinga. Haha. So, aku abaikan je padahal dalam masa sama, aku duk fikir… ‘kuat sangat ke bau perfume yang aku pakai?’

Dan beberapa minit kemudian, dia hulurkan secebis kertas. Tapi aku tak ambik. Aku biarrkan je kertas tu jatuh ke lantai. Entah.. maybe jual mahal mungkin. Tapi hal sebenarnya aku tak berminat. Tak ada perasaan pun, sebab hati aku tengah nak pulih masa tu. Entah, I don’t know.

And then, the next day dan hari hari seterusnya aku akan selalu bertembung dengan dia. Actually, aku tak sure siapa yang tegur dan bagi aku kertas tu, is it kawan dia atau dia. Sebab aku tak tengok muka. Kakakaka.

Menyesalnya saya. :3
And then, entah mengapa tetiba je aku menyesal jual mahal dengan dia hari tu. Tapi menyesal pun tak ada guna. Itulah siapa suruh jual mahal. Haha Sekarang ni, aku rasa macam nak say Hi je kat dia setiap kali nampak dia, tapi aku tak berani. Huuu. I’m just scared. Entah… macam aku harap sangat dia tegur aku lagi. Aku macam ni bila aku nampak dia…

Oh please tegur saya lagi. Saya harap dia tegur saya lagi so that saya boleh bagi dia peluang lagi dan masa tu saya tak akan jual mahal lagi. Please tegur saya. :3
Haha.

Tapi... aku dah nak habis praktikal. Minggu depan adalah minggu terakhir. Dan ada 1 kali peluang je lagi nak jumpa dia. Oh oh oh... what should I do? :3

Dan aku pun tak tahu kenapa aku nak tulis tentang ini,  maybe sebab ada blogger leave komen bagi nasihat yang kind of awesome. Terima kasih untuk itu. Hiks! 

K lah. Itu je nak dicoret kat sini. Kakakaka. :D



Strawberry.


Buah strawberry ni memang masam sejak azali lagi ke? 
Apesal semua orang cakap ada yang manis? 
Ke aku salah pilih?

Tuan empunya blog: Never like strawberry. :3

Monday, December 23, 2013

Memori



Aku pernah kawan dengan seorang lelaki. He seems such a sweet guy. Sometimes.  Aku pernah belanja dia ice cream dan the next day, dia akan belanja aku epal. Epal hijau, his favorite.  Tapi tentulah dia tak tahu aku pun suka epal juga. Dia cuma tahu aku suka ice cream dan susu coklat. Haha. 

But then aku jauhkan diri dari dia. Loss contact maybe. Sebab aku risau kalau aku someday akan jatuh hati dengan dia. I’m just scared I might fall in love again. Jujur, bagi aku, jatuh cinta menyakitkan aku. Dan it still hurt me. 

 I do remember last time aku fall in love, Ya Allah… jujur, sakit sangat. Dipermainkan perasaan sampai macam tu sekali. Diduga dengan bermacam-macam ujian. Dia lontarkan permainan emosi kat aku. Sakit tahu! It’s okay kalau dia tak suka aku pun sebab aku tak pernah confess pada dia, dia je yang memandai ingat aku ada feeling kat dia sebelum melontarkan ayat “Mohon jangan jatuh hati dengan saya”. Bukan sekali, lots. Selain selalu PM aku every night and asking silly question macam, “Do you think I’m a sweet guy?” And then, that’s how I fall for him. And it’s all lie! FAKE!

Sampailah satu saat, aku terlampau tertekan dengan masalah itu, masalah ini, so aku deactivated FB. Dengan andaian, aku akan okey. But then tak. It turns badly. Lagi teruk masa aku kenal dia kat FB. Dia muncul di sini. Di blog kesayangan aku. Macam mana dia tahu blog ni, aku tak tahu. Tak cukup dengan itu, dia send someone untuk sampaikan wasiat bodoh dia tu. 'Wasiat' yang buat emosi aku kembali negative. Believe me when I said aku yang paling paling paling terluka dengan ‘sinetron’ bodoh dia ni. Sinetron rekaan bak kat someone. *sinis*

Aku benci dia bukan sebab dia tak suka aku macam yang aku pernah suka dia dulu. It's because... because... dia... hurmm... aku tak tahu macam mana nak explain ni tapi biarkan je lah. Kang jadi panjang lak. Haha.

By this time aku tulis ini, aku harap dia dah mati. Dia yang cakap dia akan mati. Jadi, pergilah mati! Dan aku tamatkan ‘drama’ bodoh dia dengan cara aku sendiri. So, please DIE. Please. Wahhhhh! I rasa I seorang yang kejam lak bila minta someone die. Aku tak pernah benci orang sampai macam ni sekali. Dan aku pun tak tahu kalau orang yang aku benci itu benar-benar wujud atau hanyalah permainan sahaja. Ah... siapa yang lagi kejam ni? Kakaka.

So, yang pernah baca entri aku beberapa bulan yang lalu, tahulah kenapa entry aku semuanya kedengaran sedih.

 Aku rasa aku lagi rela having feeling on Mr. Disaster compare to him yang aku tak tahu sama ada dia wujud atau tidak. Haha. At least Mr. Disaster tu, kalau aku nampak dia kat fakulti, boleh lah aku cakap, “Ah annoyingnya dia ni!” And then blah mcam tu ataupun lalu depan dia buat-buat tak kenal. Haha.

It's OK. Masa akan buat aku lupa semua ni. I just need time to forget this. Selain minta pada DIA untuk hilangkan memori ini. Memori palsu ini. Maybe.

K bye. 

Tuan empunya blog: Ditulis sambil dengar lagu Heart Attack by Demi Lovato.





Lelaki #6




Kawan lelaki aku pernah kata...

"Men show care and love by action not by words."

Adakah ini boleh dipercayai?

*autopublish*



Saturday, December 21, 2013

Kistot #35: Rindu



"Benar awak rindu saya?" Soal jejaka pada si gadis.

"Benar!" Jawab si gadis sambil menganggukkan kepala.

Senyuman terukir di bibir jejaka. "Saya pun rindu awak juga."


Tuan empunya blog: Aku harap ini adalah something yang real yang aku boleh coret di sini but then aku just berangan je. Haha. K bye. 



Wednesday, December 18, 2013

Bila


Bila awak nak buat saya jatuh cinta dengan awak?
Bila awak nak buat saya sayangkan awak?
Bila awak nak berada dalam hati saya?

Bila? 

Saya tunggu ni. Dengan sabar. 

Bye.








Wordless Wednesday #21



Tuan empunya blog: True. Sometimes. 

*autopublish*





Monday, December 16, 2013

Si Kacak


Hari tu, nampak awak kat jalan raya. Masih kacak seperti selalu. :D

*autopublish*



Friday, December 13, 2013

Jodoh

Bila bercakap tentang jodoh, ia sebenarnya adalah subjektif. Mungkin universal. Haha. Entah… tapi aku faham sesuatu, 

“Tak semestinya yang kita couple bertahun-tahun adalah jodoh kita.”


Situasi 1:
Gadis A couple dengan lelaki A bertahun-tahun. Dan bila lelaki A ajak kahwin, entah mengapa Gadis A tak pernah bersetuju. Banyak kali lelaki A kecewa, sehinggalah Gadis A dan Lelaki A putus. Tapi hal sebenarnya gadis A masih sayangkan lelaki A, dia cuma tak bersedia untuk berkahwin. 

Jadi, untuk move on, gadis A melayan lelaki lain kat social website. Dan di satu hari lelaki yang dikenali di alam maya ajak jumpa face to face, so Gadis A bersetuju saja. Gadis A bertemu dengan lelaki B. Dan entah macam mana pertemuan pertama kali, lelaki B bertemu dengan keluarga A. (sebenarnya ini long story, tapi aku malas nak cerita). 

Dan bila bertemu dengan family Gadis A, tiba saja lelaki B mengeluarkan ayat, “Saya nak kenal anak Pak CIk dengan lebih rapat lagi.” Dan gadis A dengan Lelaki B pun bertunang untuk mengenal satu sama lain dengan lebih mendalam. Dan baru sahaja berkahwin beberapa bulan yang lalu. 

Situasi 2:
Gadis M bercinta dengan Lelaki W sejak zaman university lagi. Dan sehinggalah satu hari bila lelaki W senyap tanpa perkhabaran dan tahulah Gadis M, itu maksud perpisahan mereka. Jadi untuk lupakan Lelaki W, Gadis M berazam tak mahu bercinta lagi.

Tapi tanpa dia ketahui, ada staff lelaki kat tempat dia kerja ada perasaan padanya, lalu lelaki itu meluahkan perasaannya selepas beberapa bulan ‘perpisahan’ itu. 2 bulan kenal dengan lebih, tiba tiba saja lelaki itu ajak untuk bertunang memandangkan Gadis M tak mahu bercinta. Dan gadis M hanya ikut gerak hati dia. Setuju.

Quite long story aku nak cerita tapi aku malas nak taip bebanyak. Huuu. Cukup je tahu, jodoh tu sukar diduga. Ia muncul bila kita sendiri tak sedar. Sekian. 


Tuesday, December 10, 2013

Conteng #7


Wajah aku yang terbaru. 
*tipu* :P


Monday, December 9, 2013

Bunga


Seseorang pernah cakap kat aku, kalau aku start suka bunga, itu tandanya aku dah berubah. Perlu tak,  tunjuk yang aku suka bunga sekarang ini. untuk tunjukkan yang aku dah berubah? Should I?

*senyum sinis*

Ini sindiran. Sekian.



Sunday, December 8, 2013

Guard


"Guard my heart with your love and care, will you?"

 Copy & Paste

Saturday, December 7, 2013

Blog

"Apa kenangan pahit awak ketika bersama saya?" Soal blog kepada tuannya.

Tak ada. Awak antara kenangan manis yang pernah saya ada. Yang menjadi kenangan pahit tentang awak adalah mereka-mereka yang buat saya hampir mahu buang awak.” Jawab tuan blog.

Tapi awak tak buang saya bukan?” Soal blog lagi

Tak. Jika saya buang awak, ibarat saya buang diri saya yang satu lagi.

Tapi saya ini punya kenangan pahit awak. Disimpan di sini. Kenangan pahit itu.


Tuan blog hanya mengukirkan senyuman tawar. Kenangan pahit. Bukan salah blog. Itu adalah salahnya sebab mencipta kenangan pahit itu.

Masih mahu simpan saya lagi? Atau masih mahu simpan cebisan kenangan pahit awak itu di sini?” blog menyoal lagi.

Tuan blog mendiamkan diri. Tidak tahu jawapan pada soalan yang dilontarkan sebentar tadi.