Thursday, October 31, 2013

Conteng #3


Aku rasa macam aku ada hobi baru. Tapi tapi tapi...Hmmmm speechless.
 Nampak tak crayon aku dah bertambah?  


Dunia



Dunia, makin berusia makin cantik. Dan mungkin, makin dekat dengan 'ajal'nya. 


Wednesday, October 30, 2013

Friendship



Korang pernah tak alami satu situasi ini, bilamasa ada someone hulurkan tangan persahabatan kat korang. Well, maybe at one point you think yang Allah hadirkan dia but then bila kau tahu satu persatu persatu perkara yang sebenar… it’s a set up actually. Bagaimana agaknya perasaan korang? Insecure? 

Apa agaknya perasaan korang bila someone yang baru kenal korang and then out of sudden telling the truth yang dia dah lama stalk korang before hulurkan persahabatan? Kalau aku, aku tak. Sebab aku tak suka orang kawan dengan aku sebab nak capai sesuatu. Sesuatu yang makin buat aku terluka.

Somebody wants to be your friend because of certain reason. Reason yang korang rasa memang tak masuk akal. Langsung tak boleh diterima dek logic akal! Dan how could they did that to you? Sakit? Terluka. Jiwa yang makin terluka, makin bertambah terluka. Dan yes, hampir saja mahu mematikan sekali lagi jiwa yang baru sahaja mahu hidup kembali.

And then pretending like they understand you very well? Judging you like this, like that macam diorang tu baik sangat. Aku benci yang itu. Manusia yang berlagak macam diorang tahu semuanya. Bercakap, seperti diorang tahu tentang korang itu dan ini. But the truth is, they know nothing. They don't. They just lied. And they just brag with that.

Bagi aku, friendship tak perlukan sebab untuk bermula. It’s happened naturally. Dan kalau punya sebab sekalipun, biarlah sebab tu dari DIA. Dan barulah keikhlasan mampu dirasai. Kadang-kadang ada sesetengah situasi di mana Allah tak bukak pun hati salah seorang untuk terima persahabatan itu walau betapa yang mahu berkawan itu cakap betapa ikhlasnya untuk berkawan. DIA lagi maha mengetahui.

Aku tak cerewet dalam bab berkawan. Aku tak kisah pun siapa kawan aku, selagi aku selesa dengan orang tu, selagi itulah aku akan kawan. Even tak pernah nampak muka kat alam realiti. Bila aku 'jatuh' hari tu, aku just realize siapa yang ada masa bangun dan jatuh aku. And they're the one that I'm gonna keep till the end of my life, selagi Allah mengizinkan.

After all, kita hidup dalam percaturan DIA bukan? Apa yang berlaku pada kita, DIA yang tetapkan. HE knows more than us. *senyum* 


Tuesday, October 29, 2013

Lelaki #4

Aku tetap rasa lelaki ni lagi kacak
dari mana-mana lelaki yang aku kenal.
Sekian.

Lelaki yang perasan handsome memang cepat perasan ada perempuan minat kat dia padahal dia yang approach perempuan tu dulu. Dan tak boleh blah, pergi heboh 'satu dunia' yang perempuan tu minat kat dia bla bla bla. Ada tak perempuan tu declare perasaan dia kat kau? Tak ada kan? Jadi, jangan nak memandai. Huh!

"Mohon jangan jatuh hati pada saya...."

Seronok sangat permainkan emosi orang? Setan ah lelaki macam ni. Baik pergi matilah!



Monday, October 28, 2013

Bakal


Haiiii.. saya bakal menantu Mak dan Ayah awak. Satu hari nanti kita akan berjumpa dengan izinNYA.



Tuan empunya blog: Ditujukan pada Encik Jodoh. Hiks. :D


Sunday, October 27, 2013

Judge


No one has the right to judge you. They might have heard your stories, but they didn't feel what you were going through.


cOPY & pAste

Friday, October 25, 2013

Menemani


Kalau awak jatuh ketika berlari, saya akan hulurkan tangan untuk awak bangun semula dan kemudian kita akan berjalan bersama-sama ke penghujungnya. Boleh? 



Tuan empunya blog: I think I'm OK now. Bila aku dah unlocked blog balik. :)

Saturday, October 19, 2013

Serius


Aku kan... bila aku tengah serius and then ada orang buat lawak bodoh yang sememangnya tak kelakar, buatkan aku rasa macam nak ambil pisau and stabbed him straight to his heart. Macam.... lagi baik dia mati bersama-sama lawak bodoh dia yang tak kelakar tu. Heh. -_-


Thursday, October 17, 2013

Perhitungan


Picture aku ambil kat blog Izrah

Mati itu dekat je. Tak jauh. Awak je yang tak sedar yang Izrail tu sedang tunggu untuk jemput awak dengan tenang.

*autopublish*

Wednesday, October 16, 2013

Manusia Semalam


Aku adalah manusia semalam yang masih dan akan kekal terluka.
Sebab dia.
Yaaa… sebab dia.

 Dalam apa jua cara yang aku cipta untuk hapuskan dia.

Dan kekal menjadi 'hantu' dalam hidup aku
Dan juga kekal menjadi manusia yang paling aku benci
Saat ini dan sehingga aku mati.



Tuesday, October 15, 2013

Nakal

Masa kecil, aku sememangnya seorang yang sangat nakal. Aku rasa tiap tiap hari kena marah. Kenakalan aku? Aku tak ingat. Tapi aku ingat satu hal ini, aku pernah bunuh anak ayam nenek aku dulu. 

Dan mahu dijadikan cerita, aku ada seorang kazen lelaki yang aku memang tak suka dari kecil sehinggalah sekarang ini. Dia tua 3 tahun dari aku. But then aku tak panggil dia abang.  Entah. Even, mama dia selalu bahasakan dia abang bila bercakap dengan aku. ‘Abang  Amir itulah, Abang Amir inilah, but then still aku guna ‘aku, kau’ dengan dia. Biadap kan aku? Entah. Aku tak suka panggil mana mana lelaki abang even senior lelaki. Macam pelik. Errr *senyum sinis*


Oh and then, masa kecil, kazen lelaki aku along with her sister selalu ditinggalkan di rumah aku sebab parents diorang selalu kena outstation. Aku masa tu, memang tak setuju. Yeelah, tak ada rumah lain ke nak tumpang. Aku lebih rela kalau kakak dia je yang tumpang rumah aku dari dia. Haha. Kejam kan aku? Oh, aku pernah sepak dia sebab aku bengang terlampau dan macam biasa, aku yang kena marah even yang mulakan adalah dia. Heh. 

Dan nak dijadikan satu kejadian, aku kenakan dia masa dia stay kat rumah aku. Masa tu aku umur err aku tak ingat but below than 10 years old. Korang boleh bezakan tak, air kicap dengan air sarsi? Tak kan. Aku kenakan dia macam itulah. Berpura-pura minuman yang aku bagi kat dia itu adalah air sarsi. Padahal itu adalah air yang dicampur dengan kicap. Kah kah kah.

Memang hari tu aku kena marah teruk dengan Mami aku. Huuuu. Yeelah… kazen lelaki aku tu mengadu kat Mami aku dengan nangis nangis wooo. Tak lelaki langsung! Tapi itulah, dia tak pernah sedar yang aku tak suka dia. Kakaka. Aku pernah ingat masa aku umur 16 tahun, masa aku sedang baca buku, tetiba je dia usap kepala aku dan aku tepis. Aku jeling dia dengan pandangan tak puas hati.

Ni apehal main kepala orang?” Aku marah dia.

Lah.. nak gurau dengan adik pun tak boleh?” Aku senyum sinis je dengan ayat dia. Ah…  aku tak suka gila orang panggil aku adik. Aku benci! Aku Tak suka orang sentuh aku dan ganggu masa aku dengan buku. Aku pantang yang itu. Heh.

Dan sekarang… aku rasa aku dah okey kot dengan dia. Dia pun dah kahwin. Kakaka. Dan anak dia, ya ampun… buas gegila macam bapak dia. Heh.


And masa aku melawat Mama sekeluarga minggu lepas, boleh pulak kazen lelaki aku cakap gini kat aku, “… kalau aku nampak kau dengan lelaki kat shopping mall, siaplah kau!”

Aku dalam hati, SETAN ah. Tetiba je. Tapi aku senyap je lah. Kalau ikutkan hati, nak je aku balas balik yang dia duk bawak anak dara orang ke hulur hilir sebelum kahwin tu tak apa lah. Mujur Mami aku ada depan aku, kalau tak, memang aku melenting habis-habisan. Special boyfriend pun tak ada. Heee. Dengki apa entah dengan aku. Heh.!

Dan begitulah kisah kenakalan aku dengan kazen yang paling aku tak suka. Actually aku nak cerita zaman aku nakal dulu, tapi tercerita yang ini. Haha. Nanti aku ingat lagi childhood memories aku, aku cerita laGI.:)



Monday, October 14, 2013

Lelaki #3


Lelaki kan memang tak faham perempuan, jadi kita yang perempuan tak usah nak faham lelaki. Sekian.

Friday, October 11, 2013

Conteng #2


Maaf. Aku hanya pandai conteng. Kakakaka. Oh, di sebalik crayon crayon tu ada puisi yang aku tulis. Errr. Bye. Tu je yang nak diupdate.

Thursday, October 10, 2013

Hate



"So, I hate YOU!" katanya perempuan itu kepada lelaki itu. :'(





Wednesday, October 9, 2013

Cerpen: Ros Hijau #End

Adrian menarik nafas sebelum memulas tombol pintu tersebut. Dipandang bunga kegemaran Edrina di tangannya, sekali lagi dia mengukirkan senyuman. Hatinya bukan kepalang gembira tatkala mendengar berita dari Anna yang mengatakan Edrina telah kembali sedar. Lantas dicarinya bunga kegemaran gadis itu. Walau itu mengambil masa satu hari.

Dia melangkah masuk dan melihat Anna sedang mengukirkan senyuman padanya. Dan Edrina… gadis itu sedang berdiri di jendela, memerhatikan titisan hujan di luar sana. Anna menggelengkan kepala padanya dan Adrian tahu maksud gelengan itu.

Dia bukan seperti dulu. Aku risau jika kamu akan terluka,” bisik Anna pada Adrian tatkala lelaki itu mahu mendekati adiknya.

Jangan risau, aku akan baik sahaja,” balas Adrian dengan senyuman.

Saat yang sudah lama dia tunggu sebenarnya,
 Anna hanya mampu mengukirkan senyuman tawar sahaja. Dia pasti Adrian akan terluka sekali lagi.

“Edrina… lihat siapa yang datang melawat kamu,” Anna bersuara sambil mendekati adiknya.

Edrina memalingkan wajah, memandang lelaki asing di hadapannya. Siapakah ini? Rasanya dia belum pernah melihat lelaki ini. Sahabat kakaknya kah?

 Adrian menarik nafas. Tidak semena-mena dia mengukirkan senyuman kepada gadis itu. Seperti dulu. Seperti kali pertama dia melihat gadis itu di taman. Perasaan yang sama di saat pertama kali bertentang mata dengan gadis bermata coklat itu.

Ini siapa?” Soal Edrina pada Anna. Anna hanya mengukirkan senyuman.

“Kawan kamu kah , Anna?” Soal Edrina sekali lagi. Anna menggelengkan kepala
.
Kawan kamu,sayang,” Ujar Anna.

Edrina memandang kakaknya dengan hairan sebelum kembali memandang lelaki asing di hadapannya. Sahabatnya? Ah… tapi kenapa dia langsung tidak ingat?

“Maaf bertanya, kamu siapa? Sesetengah memori aku hilang. Jadi, kalau kamu tidak keberatan, boleh aku tahu kamu ini siapa?” Soal Edrina pada Adrian.

“Adrian nama aku. Aku….” Adrian berhenti bersuara. Tidak tahu apa yang harus diperkenalkan siapa dirinya pada gadis di hadapannya ini. Dia sedar Anna sedang mengukirkan senyuman padanya. Seolah-olah memberinya semangat.

“Ini untuk kamu,” sambung Adrian sambil menghulurkan jambangan Bunga di tangannya kepada Edrina. Ah… dia tiada keberanian untuk luahkan hal yang sebenar.

“Bunga?” Edrina bersuara. Diambilnya bunga sebelum mengukirkan senyuman. Cantik! Desis hatinya.

Adrian mengukirkan senyuman. Dia tersenyum melihat senyuman gadis itu. Senyuman yang dinantikannya untuk tiga tahun itu.

“Tapi kenapa kamu beri aku bunga? Aku tak suka bunga hal yang sebenarnya,” Edrina bersuara sekali lagi.

“Kamu suka bunga. Itu hal sebenarnya,” balas Adrian.

“Tak!” Edrina menggelengkan kepalanya. “Seingat aku, aku tak suka bunga. Lelaki yang pernah aku suka dulu, tak suka bunga. Jadi, tak mungkin aku akan suka bunga. Aku suka apa yang dia suka. Dan tak suka apa yang dia tak suka.”

Adrian menelan air liur. Lelaki? Lelaki mana yang Edrina katakan ini? Ada lelaki lainkah dalam hidup gadis itu? Diperhatinya gerak geri Edrina. 

“Aku beritahu kamu sesuatu. Kita jumpa di luar nanti,” bisik Anna pada Adrian sebelum melangkah ke arah Edrina.

Adrian menganggukkan kepala sebelum melangkah keluar dari bilik tersebut. 5 minit kemudian, Anna keluar dan wanita itu menceritakan segalanya. Siapa lelaki yang disebut oleh Edrina itu tadi dan apa yang terjadi pada memori Edrina yang sebenarnya.

Jadi, kamu mahu katakan yang Edrina itu hanya punya memori setakat apa yang terjadi lima tahun yang lalu? Dia langsung tidak ingat apa yang berlaku empat tahun yang lalu?”Soal Adrian.

Anna menganggukkan kepala. “Dia langsung tidak ingat kamu. Aku bertanya perihal kamu padanya dan dia gelengkan kepala. Dan dia selalu sebut nama lelaki itu.”

Siapa lelaki itu?”

Seseorang yang dia pernah suka. Seperti kamu, cinta satu pihak. Cuma yang paling dia terluka, lelaki itu adalah lelaki yang dibencinya satu ketika dulu.

“Jadi, bagaimana dia jatuh cinta pada lelaki yang dibencinya dulu?”

PErnah dengar jangan terlampau membenci, nanti akan jatuh cinta satu hari nanti? Itu yang terjadi pada Edrina. Karma. Dia terima balasannya akibat membenci lelaki itu.”

Dan lelaki itu tidak suka bunga?”

Anna menganggukkan kepala. “ Edrina suka bunga. Itu hal sebenarnya. Dia pernah membenci bunga disebabkan lelaki itu.  Berpura-pura menyukai apa yang lelaki itu suka padahal itulah yang dibencinya. Katanya, jika dia menyukai apa yang lelaki itu suka, tentunya dia akan hilang perasaan pada lelaki itu.”

“Dan lelaki itu tahu akan perasaannya?”Soal Adrian lagi.

Anna menggelengkan kepala. “Tidak pernah terluah.”

Dia juga pernah terluka seperti kamu.
Boleh aku tahu siapa lelaki itu?”

Sekali lagi Anna menggelengkan kepala. “Aku rasa cukup sahaja kamu tahu setakat itu. Cukup sahaja kamu tahu Edrina kini tiada lagi perasaan pada lelaki itu. Cukup sahaja kamu tahu yang Edrina pernah membenci bunga satu ketika dulu sebab bunga akan buatkan Edrina teringat pada lelaki itu.”

Adrian menarik nafas. Akhirnya dia faham mengapa Edrina memperlakukan bunga-bunga darinya dulu. Bukan hanya disebabkan mahu melihat dirinya membawa bunga lagi tapi juga disebabkan seorang lelaki. Bunga itu membuatkan Edrina teringat akan lelaki itu. Memang sakit cinta satu pihak, apatah lagi yang dicintai itu adalah manusia yang dibenci.

“Dan Edrina masih sukakan bunga?” Soal Adrian lagi.

Anna menganggukkan kepala. “Kamu masih ingat apa yang aku ceritakan pada kamu tiga tahun yang lepas? Itulah perihal yang sebenarnya. Dia kembali menyukai bunga dan di saat itulah kamu muncul dan luahkan perasaan padanya. Kedengaran seperti keajaiban. Kamu pulihkan dirinya.”

Adrian mengukirkan senyuman. Akhirnya dia kembali melangkah ke bilik dan menyedari Edrina sedang menantinya.

Aku serahkan kembali bunga ini pada kamu,” ujar Edrina sambil menghulur kembali bunga tersebut pada Adrian.

“KEnapa?”

Sebab aku tak layak terima bunga dari kamu. Ada gadis lain yang lebih layak untuk terima bunga ini.”

Adrian mengeluh. Tiba tiba sahaja dia kecewa. Sekali lagi. “Jika aku katakan aku punya perasaan pada kamu, mahukah kamu percaya, mahukah kamu terima perasaan aku ini?”

Gelengan Edrina membuatkan Adrian kecewa sekali lagi.

“Kenapa?”

“Sebab hati aku ini sudah punya seseorang. Dia akan muncul satu hari nanti dan aku akan terus tunggu dia. Maaf. Aku terpaksa kecewakan kamu.”

Boleh aku tahu siapa yang kamu sedang tunggu?”

“Entah. Saat aku sedar, aku tahu hati aku sedang menunggu seseorang dan aku pasti bukan kamu yang aku tunggu.”

Adrian menganggukkan kepala tanda faham. Hatinya makin kecewa. “Lelaki yang kamu pernah suka?”

Mungkin. Walaupun Anna katakan yang aku tidak lagi suka pada lelaki itu. Aku tahu Anna berbohong.” Ujar Edrina sambil menjeling kepada Anna yang sedang berdiri di sebelahnya. Wanita itu hanya mengukirkan senyuman sahaja.

Keluhan bernada kecewa dilepaskan Adrian. “Aku pergi dulu. Jaga diri.”

Dia kecewa sebenarnya.

“Adrian…” panggil Anna ketika Adrian melangkah ke arah pintu.

“Aku menyerah kalah. Sepatutnya aku tahu yang Edrina tak akan pernah suka aku. Hatinya sudah punya lelaki lain. Jadi, bagaimana aku mahu tawan hatinya lagi jika memang tidak pernah ada ruang di hatinya untuk aku.”

“Aku ingat kamu seorang yang tidak mudah menyerah kalah…” ujar Anna simpati.

Memang. Menjadi seorang lelaki, yang paling sukar adalah menawan hati gadis yang dicintainya. Dan dalam situasi aku ini, gadis itu adalah Edrina. Jaga Edrina untuk aku,” ujar Adrian sebelum berlalu pergi.

Dan Anna hanya memerhatikan saja kelibat Adrian hilang dari pandangan sebelum matanya kembali memandang Edrina yang sedang memerhatikan hujan di jendela. Jambangan ros hijau dibiarkan sahaja di lantai. Ah… dia harap Edrina akan segera pulih!

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Beberapa bulan kemudian….

Adrian mengeluh sekali lagi. Dia cuba melupakan Edrina, tapi tak mampu. Setiap kali melintasi kedai bunga, Edrina akan terlintas di fikirkannya dan sekarang dia berada di bangku taman tempat dia lihat Edrina melukis satu ketika dulu. Ah… dia rindu gadis itu.

Hai!” kedengaran suara gadis menyapanya. Dia mendongak, memandang empunya suara tesebut. Adrian menelan air liur.

“Boleh aku ganggu masa kamu?” soal Edrina. Senyuman terukir di bibirnya tatkala Adrian menganggukkan kepala.

Ini untuk kamu,” Tiba-tiba sahaja Edrina menghulurkan sejambak Ros Hijau kepada Adrian.

Untuk kamu. 
“Ini untuk?” Soal Adrian hairan.

Entah. Aku pun tak tahu kenapa aku mahu serahkan Ros Hijau ini pada kamu. Ia seperti satu keajaiban hari ini. Aku singgah di kedai bunga dan aku beli  bunga ini dan aku melalui taman ini, dan aku lihat kamu di sini. Dan tiba-tiba saja aku mahu serahkan bunga ini pada kamu. Ajaib bukan?

Adrian memandang Edrina dengan hairan. “Tapi kamu tak kenal aku.”

“Ya. Aku memang tak kenal kamu. Tidak ingat siapa kamu, tapi aku mahu kenal kamu dengan lebih mendalam. Boleh?”

Ros Hijau…” Adrian bersuara kembali.

Kegemaran aku,” celah Edrina. Adrian memandang gadis di hadapannya dengan hairan. Adakah gadid ini sudah pulih ingatannya?

Kamu… ingat aku hal yang sebenarnya?”

Edrina menggelengkan kepala. Dan itu mengecewakan Adrian.

Tapi aku tahu kamu tentunya seseorang yang punya maksud bagi aku,” Edrina kembali bersuara.

Maksud kamu?” Soal Adrian lagi.

“Bila wajah kamu berada di sini,” balas Edrina sebelum mengeluarkan sketchbook miliknya.

Adrian menelan air liur. perlahan-lahan dia mengukirkan senyuman.

Anna ceritakan semuanya pada aku. Jadi, boleh aku mahu dengar cerita dari kamu pula?”

Cerita apa?” Soal Adrian hairan.

Cerita siapa kamu dan siapa aku pada kamu, boleh?” Ujar Edrina dengan senyuman. Dia lihat Adrian berdiri menghadapnya, memandangnya tanpa sepatah kata. Sangkaannya, lelaki itu mahu beredar, meninggalkannya. Mungkin sahaja Adrian menganggap dirinya gila. Ah… dia hampir kecewa.

“Biar aku ceritakan dalam perjalanan hantar kamu pulang, boleh?” Tiba-tiba sahaja Adrian bersuara dengan senyuman sambil tangannya dihulurkan kepada Edrina.

“Baik!” balas Edrina dengan gembira sebelum menyambut tangan Adrian dan mereka berpegangan tangan sambil berbual sehingga Edrina selamat tiba di rumah.

Habis!
And they live happily ever after. :)

Tuan empunya blog: Ini 5 muka surat. Aku sepatutnya dah lama publish ini. Tapi ada sesuatu yang halang aku dari buat sedemikian. Jadi bacalah cerpen aku yang terakhir sehingga aku mampu menulis kembali. Jaga diri. 




*Autopublish*









Sunday, October 6, 2013

3 Tahun

First header. Hiks. :D
Selamat Hari Jadi, Blog! 3 tahun dan masih lagi bersama-sama dengan aku. Walau aku hampir saja mahu buang kamu dulu. Maaf. :(

Aku dah lupa tujuan aku buat blog ni, but dari sini, aku belajar banyak perkara. Kenal banyak manusia dan ada antara mereka masih jadi kawan baik aku walau tak pernah berjumpa di alam realiti. Aneh bukan?

 Aku tak tahu sampai bila aku nak menulis. Apa-apa pun, aku akan menulis selagi aku mampu walaupun semuanya sudah berubah. :)

Dan yang terakhir,
Dear blog, terima kasih sebab sudi jadi tempat aku coretkan rasa disaster dan sweet dalam hidup aku. Aku sayang kau lebih. Jadi, walau apa jua benda yang berlaku, yang boleh buat aku buang kau, aku akan cuba pertahankan kau. Aku janji!

Tuan empunya blog: Tiba-tiba aku teringat 3 Tahun yang ini. :(

*Autopublish*

Saturday, October 5, 2013

Untitled #16

Tahu apa yang aku paling benci? Someone appear in your life, create chaos in your life and then leave like that. Without saying anything. Dan yang in miserable, yang terkena masalah yang dicipta oleh seseorang yang kau sendiri tak kenal. Damn!

Kau tak suka aku, that's fine. Tapi kenapa nak heret aku dengan masalah kau? Dengan dunia kau? Dengan apa jua permainan yang kau ceritakan? Kau cakap perihal kau adalah rahsia. Dan perihal aku tak rahsia bagi kau?

Kau cakap aku tak penting. OK. I got that. But betapa tak pentingnya aku sampaikan kau perlu ceritakan perihal aku pada orang lain? Someone yang bagi aku seorang asing Seronok sangat ke hal aku jadi topik perbualan kau?

Kau tinggalkan wasiat, kononnya, suruh dia kawan dengan aku. Fine, aku cuba nak kawan dengan dia. Aku cuba tahu! But then you put me in 'insecure' position. Kau buat aku rasa tak selamat. Kau buat aku rasa bersalah everytime she tells me yang dia terasa dengan aku. I'm just being who I am right now. Did I told you, yang semuanya akan berubah? And Why? Why? Apa dosa aku pada kau yang sebenarnya?

Salah ke aku ada perasaan pada kau? Perasaan yang aku sendiri tak mintak, you idiot! Kau ingat aku nak sangat ke jatuh cinta dengan someone kat alam maya? That used to be my prinsip but then itu yang memakan diri aku sekarang ni. Ada tak aku luahkan kat kau yang aku suka kau? Tak bukan? Kau yang memandai tuduh aku ada hati kat kau. Aku memang nafikan at the beginning. But kau terusan kata "Mohon jangan jatuh hati dengan saya." And look at me now. Fall for you.

The one who start it first, is you. Not me. Kalau kau tak suka aku, stay away from me. Jangan PM aku every night. Jangan cari aku, pergi cari gadis kesayangan kau tu. Pergi je cari mereka yang buat kau bahagia and that exclude me, please. But then kau buat semua tu. Kau still cari aku di saat aku ambil keputusan nak jauhkan diri dari kau, dari mereka. Why? It's like kau bagi aku harapan. But it's a fake isn't it?

If only I can get mad straight at your face, I will be better than.Throwing some books to your face, it will be much better for me. But ini tak... satu satu masalah kau lemparkan kat aku. Dan aku yang paling terluka, tahu tak! It's not them. It's not us. It's not you. It's me! Aku yang paling terluka! Aku! I keep wondering apa dosa aku dengan kau yang sebenarnya, sampaikan kau perlu lukakan hati aku berkali-kali? Why?

Kau tak suka aku, that's fine. But please, respect privacy aku. Kau bocorkan rahsia aku yang ini. Kau tahu tak betapa aku rasa dikhianati? Ada aku kacau kau tak after aku deactivated FB hari tu? Aku even tak tahu pun kau deactivated FB kalau someone tak bagitahu aku. Hina sangat ke perempuan yang suka kau? Aku tak mintak nak suka kau lebih dari seorang kawan la, you BITCH!

Kau buat aku macam manusia bodoh bila aku merayu jangan pergi hari tu. But then you still leave. Do you know how that's hurt. Tak pernah seumur hidup aku, aku merayu pada lelaki macam tu. Kau jatuhkan ego yang aku pegang selama ini. And I feel stupid doing that.

Kau tahu tak betapa sakitnya perasaan dilukakan oleh someone yang pernah berada di hati. Someone yang aku tak pernah minta pun. Sakit! Terlampau sakit. Satu hari nanti, Allah akan bagi kau rasa apa yang hati aku rasa sekarang ini. Sakit yang terlampau! What goes around comes around.

And then, let me learn to hate you from now. Just YOU. Not them. YOU ONLY! Aku tahu membenci itu bukan yang terbaik. Tapi aku terluka gila. Aku tahu dosa membenci, but then ini hal aku dengan Allah. Dan kau yang mintak aku benci kau dulu kan? Dan aku cuba buat itu. Nak benci kau sampai mati! Sampai aku mati! I promise you with that!



Tuan empunya blog: I wrote this, with tears on my cheek, with a broken-heart. Really really really hurt. :'(



Friday, October 4, 2013

Entry Mengamuk


Di satu malam  dengan penat, aku bukak FB. And then ada satu PM dari someone yang tak dikenali. Actually tak ada dalam friend list pun. Heh.

Saya ni bla bla bla bla bla bla bla…..” Perempuan tu memperkenalkan diri. Ah yaaa… perempuan! Sebab DP dia perempuan. Nama dia perempuan. Errr.

And then baca ayat yang seterusnya…

Saya dengan ex awak akan bertunang tak lama lagi. Saya tahu awak baik. Kalau awak jadi saya, tentunya awak tak nak orang kacau kebahagian awak kan? Jadi, saya harap awak atau dia tak berhubung lagi. Saya terima semua masa silam dia sebab saya sayang dia sangat. Saya minta maaf atas apa yang dia pernah buat kat awak dulu.”

And then I was like PFFT!!! SHIT! DAMN IT! Memang malam tu, aku rasa macam nak mengamuk habis-habisan la. Sampai aku tak ada mood gegila. Aku just baca without replying it. Kejadah nak balas. Tak ada angin tak ada ribut. Tetiba je. Huh.

Hey… siapa yang cari siapa dulu weh? Aku tak ada keinginan pun nak contact si ex yang dajal itu. Heh. Nombor dia pun aku tak simpan. Except, dia ada dalam FB aku tapi aku dah remove dia few days ago. Heh. I should do that three years ago. Heh.

Actually perempuan tu tak tulis macam yang aku tulis kat atas tu.. tapi maksudnya macam itulah. Sebab aku just baca sekilas yang lalu. Kakaka. Gila nak copy paste kat sini. Heeee. Bahaya bahaya bahaya kalau perempuan tu tahu aku ada blog dan terbaca entri yang aku kutuk kekasih kesayangan dia. Heeee.

Aku tak kisah la engkau orang nak upload gambar holdings hand, jalan jalan kat pantai with caption, ‘I love you till the end.” Aku tak kisah la kalau korang ber wall post ‘I love you, baby. I miss you and etc…” It’s none of my business lorh. Aku tak ada kaitan langsung pun. After all, itu hal lama. Dan aku pun tak terfikirkan pun. Except aku tak lupa apa yang dia buat kat aku. Maaf itu memang la. But I can’t forget. Lebih lebih lagi bila dia kembali menghuru-harakan hidup aku. Heh.

Aku dah lupakan kau la!
Bahagia? Kalau korang bahagia, go on je la. Jangan nak kacau kebahagian orang lain pulak. Ah… aku ada nampak macam tengah bahagia ke? Baca status aku kat FB memang la macam tengah bahagia, tapi hal sebenar, Allah je yang tahu.

Disebabkan aku tak boleh nak mengamuk kat Facebook, makanya aku tulis kat sini. Kakaka. Tetiba je aku rasa macam nak deactivated FB sekali lagi dan tukar nombor telefon. Hurm. :(

Bye.


 Tuan empunya blog: Kadang-kadang cinta memang mampu buat manusia jadi buta. Aku cuma nak kejar satu cinta ni je. Cinta dari DIA. :)


Thursday, October 3, 2013

Benci




Benci.

Aku tiupkan rasa benci ke dalam hati dia 
Yang dipenuhi rasa cinta pada kamu.
Supaya satu hari nanti
Dia mampu berdiri kembali
Dan menjadi manusia baru,
Bukan lagi manusia semalam.

Jadi,
Andaikan sahaja dia kini membenci
Bukan lagi menyayangi
Walau aku sedar
Itu mengambil masa.

Entahkan mampu atau tidak dia membenci kamu
Sukar untuk membenci sesuatu yang kita sayang bukan?




Wednesday, October 2, 2013

Facebook Palsu



Ada satu masa tu, kawan aku jadi mangsa facebook palsu. Err… palsu di sini adalah ada manusia jahat create another facebook guna nama dia, gambar dia and everything pasal dia. Oh, kawan aku tu perempuan.

Memula aku tengok ada friend request dari dia, aku ingat dia buat facebook baru, so aku approve je la. But then, a few days later, aku tengok dia up status cakap ada orang yang berhati jahat buat dia macam ni, macam ni, dan aku pun bagitahu dia, aku baru je approve facebook dia yang satu lagi and dia terus PM aku, mintak link.

Aku bagi link tu but then dia tak boleh tengok. Jadi, si pemilik facebook palsu tu dah block kawan aku dari awal-awal lagi. Eeeeiii.. jahatkan manusia yang buat macam tu? Dengki apa entah dengan kawan aku. Oh ya, si pemilik facebook palsu itu just add lelaki je. Aku? Facebook aku kan gender male. Kakaka. Sebab tu si pemilik facebook palsu tu add aku. 

And macam mana kawan aku tahu ada orang buat facebook palsu dia? Abang ipar dia yang bagitau dia, cakap dia( si pemilik facebook palsu) sweet talk dengan abang ipar sendiri. Kakakaka. Kalau kau nak buat jahat pun, siasatlah dulu weh. Memalukan betul! 

Beberapa hari lepas tu, aku terima satu PM dari orang yang tak kenal. Actually not in my friend list at all. Nama? Orang tu tak guna nama sebenar. Yang aku pelik, first PM, dia terus cakap kawan aku tu saja je nak buat kepochi dengan penyebaran facebook palsu. Maksudnya di sini, kawan aku yang create FB palsu tu. Aku dalam hati, kejadah dia ni. AKu dah kenal kawan aku lama la. Dari zaman sekolah lagi. So, it’s impossible!

Orang tu siap cakap, kawan aku sesaje nak permainkan perasaan lelaki. Dan dia harap aku tak masuk dalam permainan kawan aku tu. Aku gelak je la. Sebab aku tak akan nak masuk, sebab aku perempuan, bukan lelaki. Facebook aku je aku tulis gender male, dengan nama pun macam lelaki. But reality is, aku memang perempuan. Jangan tanya aku kenapa aku buat gender male FB aku. Kakaka. Nama? If only aku boleh tukar kepada nama asal, but then tak boleh, aku dah guna habis options nama yang FB bagi dulu. Heee. Jadi, aku stay dengan nickname aku. Hurm.

Oh, orang tu, aku rasa dia perempuan. Dari cara dia reply chat, aku tahu dia perempuan. Mana ada lelaki nak chat dengan lelaki nak bagitahu hal macam ni lorh. Lelaki mostly macam biarkan saja. Chat chat dengan orang tu, last last aku bagitahu kawan aku, aku print screen our conversation, bagi kawan aku baca. 

Dan cerita tu senyap macam biasa. Last aku tahu, kawan aku buat report kat SKMM. Apa entah. And sebagai reward, aku dibelanja makan sebab jadi penyelamat. Kakaka





Tuesday, October 1, 2013

Lagu: 12:51



Scrolling through my cellphone for the 20th time today
Reading that text you sent me again
Though I memorized it anyway

It was in afternoon in December
When it reminded you of the day
When we bumped into each other
But you didn't say hi cause I looked away

And maybe that was the biggest mistake of my life
And maybe I haven't moved on since that night

Cause it's 12:51 and I thought my feelings were gone
But I'm lying on my bed, thinking of you again
And the moon shines so bright, but I gotta dry these tears tonight
Cause you're moving on and I'm not that strong to hold on any longer

Oh oh oh oh...

Then I saw you with her
Didn't think you'd find another
And my world just seemed to crash
Shouldn't have thought that this would last

And maybe that was the biggest mistake of my life
And maybe I haven't moved on since that night

Cause it's 12:51 and I thought my feelings were gone
But I'm lying on my bed, thinking of you again
And the moon shines so bright, but I gotta dry these tears tonight
Cause you're moving on and I'm not that strong to hold on any longer

As the sky outside gets brighter
And my eyes begin to tire
I'm slowly drowning
In memories of him

And I know it shouldn't matter
As my heart begins to shatter
I'm left to wonder
Just how it should have been... yeah...

12:51 and I thought my feelings were gone
But I'm lying on my bed, I'm not thinking of you again
And the moon shines so bright, but I gotta dry these tears tonight

Cause you're moving on and I'm not that strong to hold on
Cause I'll prove you wrong that I can move on through this song
So much stronger


Tuan empunya blog: Sedang rasa INSECURE. :'(

*Autopublish*