Sunday, September 29, 2013

29 September.


Here comes the day.Again. Weeeeeeeeeeeeee. Happy birthday to me.

I'm getting older by a year. Dan aku cuma senyum saja dengan penambahan usia. Walaupun keadaan dah berubah. Semuanya sudah berubah. :(

Ada banyak perkara yang aku mahu minta. But then, aku mahu minta ini satu sahaja. Semoga DIA lindungi aku dan mereka mereka yang aku sayang. Amin. :)


Tuan empunya blog: Tahun ini, usia aku 30 tahun. Sekian.


*Autopublish*


Friday, September 27, 2013

Sketchbook.


Aku pun tak tahu kenapa aku pergi beli Sketchbook dan Crayon semalam. Supposedly aku beli buku, but then, this is what I bought! Pelik! :3

Perlu kembali menconteng ke? Hurmm.



Wednesday, September 25, 2013

Kenangan



Kenangan tentang dia bagaikan kopi yang punya rasa manis dan pahit... tapi aku tetap suka minum kopi.*senyum*



Tuan empunya blog: Copy and paste. 

Tuesday, September 24, 2013

Bekas Kekasih


Untuk kekasih… ah tidak, untuk bekas kekasih yang sejujurnya.

Bekas kekasih dajal seperti kau ini, buat apa mahu muncul lagi dalam hidupnya? Menghilangkan diri tanpa kata dan memunculkan diri tanpa langsung rasa bersalah.

Kau ini bodoh atau gila? Atau keduanya-duanya? Muncul tanpa diundang, pergi tanpa dihalau. Apa permainan kau yang sebenarnya?

Mahu menagih kembali rasa cinta darinya? Tak ada rasa malukah menjilat kembali ludah yang dikeluarkan?  

Bagaimana dengan perempuan-perempuan yang kau permainkan perasaan mereka? Sudah tiada mangsa lagikah? Sebab itu mahu menjilat ludah sendiri?

Percayalah bila dia katakan kau itu tiada lagi ruang di hatinya. Ah… sebenarnya, langsung tiada ruang dari permulaan. Ya, dari permulaan permainan itu dimulakan tiga tahun lepas. Masih ingat itu? Dan yang tewas adalah dia, bukan kau.

Jadi, nasihat aku, jauhkan diri dari dia. Dia bukannya seperti dulu lagi.

Dua perkataan dia hulurkan pada kau, "PERGI MATILAH!"



Tuan empunya blog: Aku penat berfikir. Tolong. Jangan lagi menganggu ruang fikiran aku. Ia menyakitkan. :'(








Monday, September 23, 2013

Cerpen: Temu Janji.


Aku tiba 5 minit dari waktu yang dijanjikan.  Saat aku tiba, dia dengan bukunya. Terlampau khusyuk sehinggakan bunyi langkah aku, langsung dia tidak sedar.

“Hai!” Aku sapa dia. Dia mengalihkan matanya ke arah aku sambil mengukirkan senyuman. Aku balas senyuman sebelum aku mencebik apabila matanya kembali ke arah buku. Ah… penting sangatkah buku itu dari aku?

Aku intai muka hadapan buku yang dibacanya. Patutlah terlampau khusyuk, rupanya buku baru. Sekali lagi aku mencebik sebelum mata aku terpaku pada wajah dia. Akhirnya aku keluarkan buku yang ada dalam beg. Aku belek, tapi tak mampu membaca dengan tenang. Aku perhati dia lagi, masih dengan buku sehinggakan minuman Cappucino yang aku pesan tiba di meja, dia masih dengan bukunya.

Akhirnya aku tutup buku, tiada keinginan untuk membaca. Mahu marah pun ada juga. Kalau dia setakat ajak aku jumpa hanya untuk turut serta membaca bersamanya, lebih baik aku pergi perpustakaan dari berada di sini.

“Hmmm…” Aku bersuara sesaat kemudian. Dia masih tidak hiraukan aku.

Nak tanya soalan?” Jerat mengena! Aku senyum bila dia alihkan perhatiannya ke arah aku.

“Tanya apa?” Dia menyoal kembali tapi matanya masih lagi pada buku. Aku mencebik.

“Kenapa awak tak layan bola?” Soalan aku buatkan dia memandang aku sekali lagi.

Kenapa awak tanya?” Balasnya. Tapi matanya masih pada helaian buku. Dan aku mencebik. Tak bolehkah dia jawab soalan aku dengan jawapan bukan dengan soalan. Heh!

Tak boleh ke nak tanya? Salah ke nak tanya? Atau soalan tu kedengaran seperti soalan bodoh?” balas aku dengan sinis.

Dan dia tiba-tiba sahaja menutup buku yang dibacanya dengan kasar sebelum mendengus. Aku menelan air liur. Dipandangnya aku seperti aku melakukan kesalahan. Tapi aku berlagak tenang sahaja sambil menghirup Cappucino. Aku tak bersalah!

“Dah awak ni nak emo kenapa? Period?” Soalnya dan aku hanya tersenyum tawar sahaja. Ada ke patut tanya soalan sebegitu. Cis!

“Awak ajak saya jumpa. And when I’m in front of you, you ignore me,” Aku berterus terang.

“I do not ignore you..”

“Then?” Soal aku dengan nada tidak puas hati.

“I thought you miss me.” Ayat yang keluar dari mulut dia, hampir saja buat aku ketawa. Tapi aku tahan sahaja.

"I do miss you." 

“I didn't.”Aku bohong.

“Yes you are.”

“No. I’m not.” Aku berkeras.Tak mahu mengalah.

Ok. Apa kata awak tanya hati awak, sama ada hati awak rindu saya atau tidak.” Tiba-tiba saja soalan dia ini buatkan aku memandangnya dengan hairan.

“Awak ni siapa? Kita kenal ke?” Soal aku sinis. Dan dia hanya mengukirkan senyuman sahaja.

“Seseorang yang berada dalam hati awak.” Jawapan dia ini hampir-hampir sahaja buat aku mahu muntah.

“Wahhhh… sejak bila jadi sweet talker ni?” Aku menyindir.

“Sejak kenal awak.”

Aku mencebik. Akhirnya aku mendiamkan diri. Malas mahu bertelingkah lagi. Sah-sah dia tak mahu mengalah. Dan aku juga.

“Boleh jawab soalan saya tadi?” Dia kembali bersuara setelah beberapa ketika mendiamkan diri.

“Soalan yang mana?” Soal aku bengang.

“Awak rindu saya atau tak?”

“Awak tak ada tanya pun soalan tu.”

“Ada.”

“Tak ada.” Aku berkeras. “Awak cuma cakap ‘I thought you miss me.’ It’s a statement. Not a question.”

Dia mengeluh. Dan aku ketawa dalam hati. Nampaknya kemenangan berpihak pada aku.

“Surrender?” Aku mengusik.

“Kalau saya surrender, awak akan surrender juga?” Tiba-tiba saja dia mengajukan soalan ini pada aku.

“Surrender in terms of what?”

Will you let me go if I ask so?
“Will you let me go?” Sekali lagi dia mengeluarkan soalan. Aku bertambah hairan.

“If you ask me to let you go, I will do that.”

“Awak tak akan rindu saya selepas itu?” Soalnya lagi.

“Saya akan rindu awak.”

“Jadi, kenapa awak mahu lepaskan saya?”

“Sebab itu keputusan awak. And there’s nothing I can say. Kalau saya mintak awak jangan pergi, awak tetap mahu pergi, bukan?”

Dia mengukirkan senyuman sebelum menganggukkan kepala.

“Right. Jadi, mari kita hadapi ujian dari DIA dengan gembira. Boleh? If it is for a while, we both know what we want in our life. “

Aku mengukirkan senyuman. Memahami apa yang dikatakannya.

“Mari saya belanja awak sesuatu,”ujarnya sebelum mengankat tangan.

Tiba-tiba sahaja sebiji kek diletakkan di hadapan aku. Aku memandang dia yang sedang mengucapkan terima kasih kepada pelayan sebelum matanya memandang aku dengan senyuman.


“Happy birthday, dear,” ucapnya dengan senyuman.

Aku mengukirkan senyuman gembira. “Thank you. But I don’t like cake.”

“It’s ice cream cake.”

“But it’s still a cake.”

“It’s still an ice cream too.”Dia tak mahu mengalah.

Dan aku mengukirkan senyuman sekali lagi. Nampaknya pertelingkahan tak akan tamat jika tak ada diantara kami yang mahu mengalah. Akhirnya aku mendiamkan diri. Mengalah.

“Tak nak? Tak apa. Saya boleh bagi waiter kat sini,” dia kembali bersuara. Aku lihat dia mahu mengankat tangannya sekali lagi.

“Ehhh…” Aku bersuara. Dia menjatuhkan tangannya sambil matanya ke arah aku.

“Saya tak cakap pun saya tak nak,” aku menyambung. Aku lihat dia mengukirkan senyuman.

“Awak bagi saya kan? Saya terima je lah. Orang kata tak baik tolak rezeki.”

Sekali lagi dia mengukirkan senyuman. Kali ini dengan lebar. Aku balas senyumannya sebelum tangan aku mencapai pisau yang diletakkan di sebelah Kek Aiskrim itu. Rasa teruja menghurungi diri.

“Happy birthday, dear.” Dia ucap itu pada aku sekali lagi dan sekali lagi aku mengukirkan senyuman sebelum memotong Kek Aiskrim. Dan kami berdua menikmatinya bersama-sama.


Habis.!


*Autopublish*



Saturday, September 21, 2013

Hilang




Mencari sesuatu yang hilang.

AKU.

Yang dibawa pergi bersama memori tentang kamu.
Yang aku cuba hilangkan.








Perkongsian Facebook.



Aku kan, style sesetengah couple sharing facebook, is like… errr speechless. Macam kau tak tahu siapa yang up status, siapa yang reply chat kau. Kau memang tak tahu. Huuuuu.

Lepas tu, ada macam situasi ini…

“You… I nak email dan password Facebook you, boleh?”
“Nak buat apa?”
“Alah, bagi je lah kalau you sayang I.”

Macam…. Er… korang tahu..haram jadah! Kebiasaannya, gender sama jenis dengan aku yang akan buat macam ni. Kebiasaannya lah. Eh… lelaki pun ada jugak tau. Siap remove semua kawan lelaki dalam facebook si girlfriendnya. Hey… baru couple, bukan kahwin lagi kot. Huuuuu

Lepas tu… ada situasi lain. Bila dah kahwin sah-sah dah tak ada rahsia kan? Hatta hal berkaitan dengan facebook. Yang itu, aku tak kisah. Lantak lah si suami online facebook si isteri or whatsoever. Yang paling aku tak berapa setuju… is yang up status tu. Si suami atau si isteri? Haaa

Aku ada kawan lelaki kat facebook. Oh, dia ex-school mates aku. And we are at the same age. Before dia kahwin… honestly, aku jarang tengok dia up status. But now… after dia kahwin a few months ago, dia acap kali up status dan itu menghairankan aku. Dia akan post gambar wife dia, saying, ‘hanging out with my lovely wife, having dinner and etc….” dan itu menghairankan aku.

Kalau satu status, yang ada gambar wife dia, that’s OK! But every time dia up status, sah2 dia post gambar wife dia. Huuuu. Aku sebenarnya…e rrr nak cakp tak kisah, tak jugak but aku just hairan. Yang up status FB si suami adalah isterinya atau benar-benar si suaminya? Ada buku yang aku baca, maruah isteri terletak di tangan suaminya dan begitulah juga dengan maruah si suami. Huu


Entah… aku pun tak tahu sangat hal ini. Haha. Everyone has their own way. It’s just be careful. Berpada-pada is much more better.  Tak semua orang suka apa yang kita buat, bukan?


Tuan empunya blog: Aku asyik dengar cerita orang kahwin je lately. Weeee. :3




Tuesday, September 17, 2013

Kistot #31: Chat


Chat di satu petang.....


"Awak kat mana?"

"Kat Office. Awak?"

"Dalam hati awak..."

"Hmmm... K."




Tuan empunya blog: Copy and paste. :P



Monday, September 16, 2013

Cerpen: Ros Hijau #2

Sambungan dari SINI

Adrian memandang bangunan berwarna putih di hadapannya. Tertanya-tanya kenapa Anna membawanya ke sini. Edrina sakitkah? Tapi dia diamkan sahaja, tidak pula dia menyoal Anna tentang itu. Dia hanya menuruti Anna dari belakang. Sehinggalah mereka tiba di satu bilik…

“Itu Edrina,” ujar Anna sambil melangkah ke sisi seorang gadis yang sedang berbaring di atas katil.
Gadis itu terbaring di situ. 
Adrian menelan air liur. Sakit apakah Edrina? Wajah gadis itu pucat.

“Kenapa dengan Edrina?” Akhirnya terkeluar juga soalan dari mulut Adrian.

“Dia koma. Dah tiga bulan berkeadaan sebegini. Akibat kemalangan,” ujar Anna sambil mengusap pipi adik kesayangannya. Matanya memandang wajah Edrina. Ah… dia rindu Edrina.

Jambangan bunga Ros di tangan Adrian  jatuh ke lantai. Terkejut dengan apa yang didengarnya. Dipandangnya Edrina. Digelengkan kepalanya, tak mahu percaya dengan apa yang diberitahu Anna padanya sebentar tadi.

“Dia akan sedar bukan?”

“Tak tahu. Doktor kata peluang untuk dia sedar adalah tipis. Dan kalau dia sedar sekalipun, dia tentunya tak akan ingat apa-apa.”

Adrian menelan air liur. “Aku akan tunggu dia sampai dia sedar.”

Anna mengukirkan senyuman. Tentunya Adrian benar-benar menyukai Edrina.

“Aku risau jika kamu yang akan terluka lagi. Jangan tunggu dia lagi,” balas Anna.

“Aku akan tunggu dia.” Adrian muktamad.

Dan membazirkan waktu hidup kamu dengan menunggu sesuatu yang tidak pasti? Kita berdua tidak pasti sama ada dia akan kembali sedar atau tidak.”

“Aku pasti dia akan sedar. Sebagaimana dia pasti yang aku akan muncul dan bawakan dia Ros Hijau kegemarannya, seperti itulah aku pasti dia akan sedar satu hari nanti.”

Anna tersenyum mendengar ayat Adrian.

Tapi dia tak akan ingat apa-apa tentang kamu jikalau dia benar-benar sedar.”

Aku akan kembalikan ingatan dia tentang aku.”

Sekali lagi Anna mengukirkan senyuman.

Terpulang pada kamu. Aku cuma risau jika kamu yang terluka sahaja. Penantian itu suatu penyeksaan tahu.”

Adrian mengukirkan senyuman. Dia tahu apa yang dia lakukan ini. Dan dia pasti dia tak akan terluka lagi. Perlahan-lahan dia mendekati Edrina, memegang tangan gadis itu, sesuatu yang sudah lama dia mahu lakukan.

Aku akan tunggu kamu. Sekali lagi tanpa pernah putus asa,” ujar Adrian. Dan Anna mengukirkan senyuman.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Tiga tahun berlalu…

Pintu bilik dibukanya, dia berjalan masuk. Seperti biasa ada jambangan Ros Hijau di tangannya. Setiap minggu selalu begitu. Dia akan luangkan hujung minggunya di sini, bersama Edrina.

Selamat Pagi. Aku bawakan bunga kegemaran kamu,” Adrian bersuara sambil tangannya memindahkan bunga ke dalam pasu kaca di atas meja di sebelah katil Edrina. Dia kemudian mengambil tempat di sebelah Edrina.

Seperti selalu, bunga kegemarannya.
Tangannya mencapai tangan gadis itu. Sejuk dan lembut. Dia mengukirkan senyuman.

Tak mahukah kamu sedar dan bacakan aku satu cerita? Cerita tentang kamu yang aku mahu dengar dari mulut kamu sendiri,” Adrian bersuara sambil tangannya mengusap pipi gadis itu.

Aku mahu dengar tentang kebenaran yang kamu sembunyikan dari aku. Pembohongan yang kamu lontarkan pada diri kamu sendiri. Sampai bila kamu mahu berbohong pada diri kamu sendiri?

Adrian menarik nafas. Kedengaran gila sebenarnya bercakap seorang diri. Tapi dia tahu Edrina mendengar. Anna beritahu, Edrina mendengar walau tidak menunjukkan sebarang reaksi. Akhirnya dia mengeluarkan buku dari laci meja berhampiran dengannya. Membacakan Edrina buku yang disukainya.

Setelah beberapa jam menghabiskan masa di situ, Adrian mengemas barang-barangnya.

“Aku pergi dulu. Minggu depan, aku datang lagi. Dengan Ros Hijau kegemaran kamu,” ujar Adrian sambil mengukirkan senyuman. Diusap pipi Edrina seperti selalu.

Ketika dia melangkah keluar, dia berpaling, memandang Edrina yang masih lagi terbaring di situ. Dia mengukirkan senyuman. Dia yakin Edrina akan sedar. Dia yakin itu. Sebagaimana Edrina yakin dengannya, seperti itulah dia yakin pada Edrina. Dia akan tunggu waktu itu tiba.


-THE END-

*********************************************************************************

Tuan empunya blog: Dah lama tak tulis love story. :)

Oh, by the way, korang rasa Edrina akan sedar atau tak? :3



Saturday, September 14, 2013

Cerpen: Ros Hijau #1


"Aku tak suka bunga mahupun kamu!" Dilemparkann bunga Lili di tangannya ke tanah tanpa rasa bersalah. Yang ada hanyalah rasa benci.

Lelaki di hadapannya hanya memandang dengan perasaan sayu sahaja bila bunga yang dibeli untuk gadis kesukaannya, diperlakukan sedemikian rupa. Di tambah lagi dengan ayat gadis itu, benar benar menikam hatinya.

Lelaki itu melepaskan satu keluhan. Dipandang gadis di hadapannya dengan penuh sejuta persoalan. Kenapa membenci bunga? Jikalau membenci sekalipun, tidak perlulah melayani tumbuhan itu sedemikian rupa. Tumbuhan itu tidak bersalah. Yang bersalah hanyalah dirinya. Adakah? 

Dia cuma menyintai gadis itu. Adakah itu dikira suatu kesalahan bila cintanya hanya bertepuk sebelah tangan? Adakah dikira suatu kesalahan jika hatinya terus mahu menyimpan perasaan pada gadis di hadapannya walau berjuta kali hatinya terluka disebabkan gadis ini?

Jadi, apa yang kamu suka?” Soal lelaki itu dalam nada tenang.

Gadis itu menjeling lelaki di hadapannya. Mahu saja memarahi sekali lagi. Tapi dia tak lakukan itu. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk beredar dari situ tanpa menjawab soalan lelaki itu.

Dan lelaki itu hanya memandang sahaja pemergian gadis itu. Dia sedar mata gadis itu berkaca, seolah-olah mahu saja menangis. Tapi atas sebab apa? Adakah apa yang dilakukannya ini salah? Adakah apa yang dilakukannya ini benar-benar menyakiti hati gadis itu?

Sekali lagi terdengar keluhan dari lelaki itu. Tertanya-tanya kenapa sebegitu rupa gadis itu melakukan pada bunga. Pada mana-mana bunga, sama ada bunga Ros Merah yang dihulurkan pada minggu lepas atau bunga Matahari atau mana-mana sahaja bunga yang pernah dihulurkan padanya. Semuanya akan berakhir seperti bunga Lili di kakinya kini. Seingatnya, semua perempuan sukakan bunga. Tapi gadis yang disukainya ini langsung tidak menyukai bunga.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Hai…” kedengaran satu suara lelaki menyapanya. Dia menoleh. Rupanya lelaki itu lagi. Ah… apa lagi yang lelaki ini mahu darinya lagi?

Boleh kita duduk berbual?” Lelaki itu kembali bersuara setelah sapaannya tidak berbalas. Dia mengambil tempat di sebelah gadis itu di bangku taman itu. Senyuman terukir apabila gadis itu menjarakkan sedikit diri darinya.

Kamu suka melukis ya?” Disoal gadis di sebelahnya. Sekali lagi senyuman terukir apabila gadis itu terus sahaja menutup sketchbooknya.

Jadi, sebab itulah kamu tak suka bunga. Kamu…” Belum sempat lelaki itu menghabiskan ayatnya, gadis itu sudah mencelah.

Berikan aku Ros Hijau.

“Maksud kamu?”  Soal lelaki itu hairan.

Berikan aku Ros Hijau
“Berikan aku ros hijau dan aku akan cuba fikir untuk beri kamu peluang,” balas gadis itu sambil mengukirkan senyuman.

Lelaki itu turut mengukirkan senyuman. Rasanya itu adalah pertama kali gadis itu mengukirkan senyuman padanya. Ada harapan untuknya.

“Kamu… berkata benarkah?” Soal lelaki itu sekali lagi. Masih lagi dalam keadaan tidak percaya. Senyuman terukir lagi apabila melihat gadis itu menganggukkan kepala.

“Terpulang pada kamu. Kita jumpa lagi. Kamu tahu di mana aku tinggal bukan?”

Lelaki itu menganggukkan kepala sambil matanya memandang gadis itu yang sedang mengemas alatan lukisannya sebelum dimasukkan ke dalam begnya. Dia perhatikan sahaja gadis itu berlalu pergi. Sekali lagi dia mengukirkan senyuman. Ada harapan baru untuknya.

Tapi ah… di mana dia mahu cari Ros Hijau itu? Dia pernah dengar tapi jarang sekali dia lihat bunga itu di kedai bunga. Kebiasaannya dia selalu lihat Ros yang berwarna Putih, Merah dan Merah Jambu. Tak apa. Dia pasti dia akan menjumpai Ros Hijau yang diminta oleh gadis itu.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Lima bulan berlalu….

Loceng rumah ditekan sebelum pintu di hadapannya terbuka. Kelihatan seorang wanita dalam usia 30-an muncul.

“Edrina ada?”Soal lelaki itu.

Kamu siapa?’ Soal wanita itu. Dipandangnya lelaki di hadapannya dari atas sampai bawah. Tiba-tiba sahaja dia mengukirkan senyuman tatkala memandang jambangan Ros Hijau di tangan lelaki itu.

“Kamu tentunya Adrian bukan?” Wanita itu bersuara lagi sebelum mengukirkan senyuman.

Lelaki itu memandang wanita di hadapannya dengan hairan. Bagaimana wanita ini mengetahui namanya?

“Aku Anna, kakak Edrina. Silalah masuk,” pelawa Anna pada Adrian dengan senyuman.

Adrian melangkah masuk, menuju ke arah sofa di ruang tamu yang ditunjukkan oleh Anna. Beberapa minit kemudian, Anna muncul dengan dulang cawan berisikan Kopi dan Kek Keju.

“Edrina pernah ceritakan pada aku tentang kamu,” ujar Anna setelah Adrian selesai menghirup Kopi.

Adrian memandang wanita di hadapannya. “Dia pernah bercerita tentang aku?”

Anna menganggukkan kepalanya sambil mengukirkan senyuman. . “Selalu. Dia akan ceritakan pada aku tentang kamu setiap kali kamu bawakan bunga untuk dia.”

Adrian mengukirkan senyuman tatkala mendengar ayat Anna. Rupanya dia juga punya erti pada Edrina. Dan dia mendengar dengan penuh perhatian pada setiap cerita yang Anna keluarkan tentangnya. Tentang apa yang Edrina ceritakan pada kakaknya tentang dirinya.

“Boleh aku tanya sesuatu?” Tiba-tiba sahaja Adrian bersuara setelah Anna selesai bercerita.

Anna menganggukkan kepalanya. “Apa soalan kamu?”

“Kenapa Edrina terlampau membenci bunga? Boleh aku tahu itu?”

Anna mengukirkan senyuman. Adrian langusng tidak memahami erti senyuman itu.

“Biar aku bawa kamu ke suatu tempat,” ujar Anna sebelum bangun dan menuju ke arah laman yang terletak di belakang rumah. Adrian hanya menurutinya dari belakang.

Adrian memandang keadaan di sekeliling laman itu dengan penuh rasa kagum. Berbagai jenis tumbuhan dan bunga di sekelilingnya. Cantik!


“Ini kepunyaan Edrina,” ujar Anna dengan senyuman di bibir.

“Bunga? Dia suka bunga?” Soal Adrian hairan. Setahunya Edrina benci bunga.

Anna mengangukkan kepalanya dengan senyuman. “Bunga adalah kesukaan dia. Yang paling dia suka selain melukis.”

“Tapi…” Adrian mahu bersuara lagi tapi Anna memotong.

“Dia risau jika dia terima bunga dari kamu, kamu tak akan pernah lagi hulur dia bunga. Risau jika kamu tak akan lagi muncul dan bawakan dia bunga. Dia tahu kamu seorang yang tak akan putus asa untuk tawan hatinya.  ”

Adrian mengukirkan senyuman. Jadi, itulah hal yang sebenarnya.

“Jadi, sebab itu dia perlakukan bunga-bunga dari aku sedemikian rupa?”

Anna menganggukkan kepala.

“Dia terluka sebenarnya. Dua kali terluka setiap kali dia perlakukan bunga-bunga dari kamu sedemikian rupa.”

“Maksud kamu?”

“Satu kali terluka bila dia perlakukan sedemikian rupa pada benda yang dia suka. Satu kali terluka apabila dia lukakan hati kamu.”


Sebenarnya dia turut terluka. 
Adrian menelan air liur. Ah… rupanya itu hal yang sebenar. Dipandang jambangan Ros Hijau di tangannya. Adakah bunga ini akan mengubah segala-galanya?

 “Biar aku bawakan kamu sesuatu,” ujar Anna sebelum melangkah masuk ke dalam rumah, meninggalkan Adrian keseorangan di laman itu.

Adrian mengambil peluan itu memerhatikan keadaan sekeliling sebelum matanya terpaku pada satu pasu bunga. Pasu yang mengandungi bunga Ros Hijau. Dia tersenyum sendirian. Kalau diikutkan akal fikirannya, dia belum pernah membawakan Edrina bunga Ros Hijau. Tentunya bunga itu adalah yang paling Edrina suka antara banyak bunga yang disukainya.

“Nah!” kedengaran suara Anna dari belakang. Wanita itu menghulurkan sebuah buku pada Adrian.

“Ini?”Soal Adrian.

“Sketchbook Edrina,” balas Anna dengan senyuman.

Dibelek Adrian buku lakaran Edrina. Satu persatu helaian kertas dibeleknya. Dia tersenyum menyedari buku itu sebenarnya adalah tentang lakaran wajahnya. Setiap helaian ada lakaran wajahnya. Senyuman makin melebar bila di helaian terakhir ada lakaran dirinya sedang memegang jambangan Ros Hijau. Di atas kertas itu, bunga di tangannya diwarnakan dengan warna hijau.

Dia tahu kamu akan datang dan bawakan dia Ros Hijau satu hari nanti. Bunga kegemaran dia,” ujar Anna.

Adrian mengukirkan senyuman. Di pandang lagi lakaran itu. Di hujung kertas itu, ada nama Edrina dan satu tarikh di bawah nama itu. Tarikh lima bulan yang lalu. Adrian menarik nafas. Menyesal tidak muncul terlalu awal. Dia kebelakangan ini, sibuk dengan pekerjaannya.

“Di mana Edrina?” Soal Adrian. Dia lihat senyuman di wajah Anna dimatikan.

“Aku bawa kamu ke satu tempat. Tempat di mana Edrina berada sekarang ini,” balas Anna dengan lemah.

Adrian hairan. Di manakah Edrina berada? Gadis itu tidak pula berada di tempat yang selalu dia lihat gadis itu. Ternanti-nanti juga dia kedatangan Edrina tapi gadis itu tidak muncul sejak sebulan yang lalu.


-To be continue-

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Tuan empunya blog: Endingnya bersambung next entry. :)



Friday, September 13, 2013

Kistot #30: Hantu



Satu titik…

Dua titik…

Tiga titik…

Aku lihat air matanya jatuh. Mahu saja aku ke arah dia, dan kesat air matanya yang kini mudah sangat gugur.  

Mahu saja aku bersuara padanya, “Lepaskan aku, sayang dan percayalah kamu tak akan lagi terluka. Kamu atau aku. Kita berdua.

Tapi aku sedar, aku tak mampu. Sebab aku kini, adalah ‘hantu’ yang dia tak mahu lepaskan. Mungkin. Atau mungkin sahaja aku adalah‘hantu’ yang kekal dalam hatinya dan kekal buat dia menangis. Maafkan aku sayang.

Kalaulah kita berdua jujur antara satu sama lain ketika itu. Kalaulah…


Habis!







Tuesday, September 10, 2013

Kistot #29: Puisi



Hai Encik Puisi, ajarkan aku menulis puisi seperti kamu, boleh?

Puisi apa?” Soal Encik Puisi.

Puisi tentang bulan.

Kenapa perlu bulan?” Soal Encik Puisi lagi.

Sebab bulan mengingatkan aku pada kamu.”

Baiklah. Malam nanti aku ajar. Bulan muncul waktu malam bukan?” Balas Encik Puisi dan aku tersenyum riang. Hiks.:D


Tuan empunya blog: Sweet Talker. :P




Monday, September 9, 2013

Lupa


Aku harap aku akan lupa bagaimana rasanya jatuh cinta. 
Akan lupa bagaimana caranya jatuh cinta. 
Supaya bila kamu muncul satu hari nanti, 
Kamu yang akan ajarkan semua itu pada aku. 
Boleh? :)

Topeng


Aku pun tak faham spesies manusia macam aku ni. Jangan tanya apa yang aku mahu, dan apa yang aku tak mahu. Sekejap aku excited tengok benda yang aku suka, sekejap aku rasa macam nak baling ke laut je benda tu. 

Orang cakap jangan terlampau sayang, nanti jadi benci dan begitulah sebaliknya. Sebenarnya aku pernah alami kedua-dua situasi ni.Haha. Jadi, korang tahulah kenapa aku jadi manusia ego macam ni? Ego kah? Tapi itu yang mereka lemparkan pada aku.

Ada orang cakap hati aku lembut sebenarnya. Am I? Aku pun tak tahu. Kakaka. Sekejap aku rasa aku jadi setan. Sekejap aku rasa aku jadi manusia halimunan. Haha. Dalam apa jua 'topeng' yang aku sarung beberapa bulan yang lalu, things change and people change. Hmmm. Dan itu tak buat aku rasa excited lagi.

Dan yang paling penting... dear hantu rindu, sila pergi jejauh. Jangan kacau aku lagi. :3






Sunday, September 8, 2013

McD punya cerita.

Ini gambar Picnic bulan 5 hari tu. :D

Setiap kali aku pergi McD, sah-sah Ayam Goreng McD Spicy tak ada. Errr bukan tak ada. Ada, but aku kena tunggu 30 minit. Jeling jeling jam tangan, aku kejar masa. Last-last order Big Mac dengan McFlurry Orea macam biasa. Oh, ayam goreng McD, kenapa awak buat saya macam ni?

Aku pun tak tahu kenapa aku macam craving gila ayam McD Spicy. Yaaa... aku tahu KFC ada. But still, aku nak McD, Muahahaha. Adakah sebab aku pergi waktu tamatnya office hour? Aku habis kerja 5.30 wooo. Dan dan dan sampai rumah dalam 6.30. Itupun kalau tak jammed teruk. Haaa

Jadi ada satu weekend hari tu, aku g lagi McD, kali ni different branch.Kali ini aku pergi dengan kawan aku. Ada ada... tapi entah macam mana, staff kat situ boleh salah hantar. Dahlah suruh aku tunggu nak dekat 1 jam. Lepas tu boleh lak pergi hantar pesanan yang salah. Aku minta Spicy, dia boleh bagi Original punya. Lepas tu, bila mintak tukar tak boleh. Hey... padahal aku cubit sedikit. Nasib baik harga sama, Kalau tak, memang aku mengamuk terus kat situ. Haih! Sabar je lah aku hari itu. Kecewa tahu!

Dan pernah, sebab terlampau nak sangat makan ayam Goreng McD, aku akhirnya pergi KFC, sebab KFC dekat gila dengan rumah compare dengan McD.So, order Snack Plate + Cheezy Wedges (menu sama aku) dan aku pilih satu tempat. Duduk dan makan.

Tapi sesungguhnya aku rasa macam tak selesa. Sebab orang dalam tu pandang aku semacam. Yeelah, aku g makan sengsorang sambil bertemankan sebuah buku. Yang lenlaen sume berdating. Dowh. But aku ignore selagi aku mampu.But then yeelah, ayam KFC tak bagi kepuasan yang sama macam aku makan Ayam Goreng McD. Dalam bahasa ekonomi, utiliti. Muahaha., 

Ah... aku nak cerita pasal Ayam Goreng McD yang aku dah lama mengidam before puasa lagi, tetiba lak melalut ke cerita benda lain. Oh, okeylah, Setakat itu sahaja liputan dari Reenapple hari ini. Tata *lambai tangan*


Tuan empunya blog: Korang tak boikot McD kan? Kalau tak, aku ajak pergi makan dengan aku. Nak?

Saturday, September 7, 2013

Quotes #66


Don't pretend to be strong. If it's hard, just say so. When the heart is not being precise, the pain will give answer. 

Friday, September 6, 2013

Kistot #28: Cerita


Di satu  malam…

“Abang... bacakan adik satu cerita?” pinta adik pada abangnya.

“Cerita apa?” Soal abang.

“Cerita yang selalu ibu ceritakan pada adik. Boleh?”

“Kenapa tidak minta ibu ceritakan sahaja pada adik?’

“Ibu dah tak muncul. Sebab adik bukan lagi anak kecil.” Balas adik dengan muram dan abang hanya mengukirkan senyuman.

“Dunia ibu tak sama dengan dunia adik.” Abang memujuk adik.

“Dunia abang pun… tapi kenapa abang masih ada di sini, berbual-bual dengan adik?”

Abang mengukirkan senyuman. “Sebab abang belum mati lagi.”

Adik hanya mengukirkan senyuman tawar sahaja.

“Apa kata adik suruh dia bacakan adik cerita?” Abang kembali bersuara.

“Dia? Siapa?” Soal adik hairan.

Siapa yang adik mahu tunggu?” Balas abang dengan senyuman.

“Tapi dia dah mati…” ujar adik dengan muram lagi.

“Abang belum jumpa lagi dia ‘di sana'," abang mencelah sambil tersenyum.

“Tapi dia akan ke sana juga bukan?”

Abang hanya mengukirkan senyuman sekali lagi sebelum menghilangkan diri. Membiarkan adik tertanya-tanya. Seperti selalu.


Habis!


Sunday, September 1, 2013

Memori




Satu masa nanti, 
Segala memori yang pernah hadir antara kita
Akan menjadi memori yang tak berguna.
Dan asing.

Ya. 
Asing. 
Kamu.
Jika itu yang DIA tetapkan.

Dan aku redha.


Tuan empunya blog: Selamat datang September.  Harap kau kembali buat aku tersenyum seperti tahun-tahun lalu. :)