Saturday, August 31, 2013

Vampire


Seorang manusia yang bernama "Reen" adalah seekor vampire setiap kali munculnya bulan mengambang, sebab ia suka gigit dan sedut darah dari tubuh manusia. Dan sekarang, dia lapar darah. Siapa mahu jadi mangsanya? Atau siapa yang sudi hulurkan darah manusia untuknya sebab dia hampir-hampir mahu mati kelaparan. :(


Wednesday, August 28, 2013

Duri


Mencintai seseorang dalam diam bagaikan duri dalam daging. Sakit tapi hanya mampu berdiam diri. Mahu diluah, tapi tak mampu berlaku jujur.

*autopublish*

Tuesday, August 27, 2013

Buku Baru



Entah kenapa aku beli buku sebegini. Dahlah warna pink. Berbunga pulak tu. Heee... But aku tak baca lagi. Aku just sentuh masa aku nak bayar je. Haha. Aku abaikan buku ini . Kah kah kah. Membazir duit kan? -_-

And then, pergi rumah Mama hari tu, dia suruh aku baca a few books. Aku rasa Mama nak suruh aku baca semua buku yang ada kat rak dia, tapi aku ambik beberapa biji sebab banyak lagi buku yang aku beli tak terbaca.

Buku Mama
And then, this book. Aku tak tahu kenapa aku beria-ia nak beli buku ni. Aku cari buku ni every bookstore yang aku singgah, but then tak ada. Last-last aku suruh kawan aku, si  Bee Ha beli. Huuuu. Thanks babe. :D

Dia beli online. Dowh... apesal aku tak terfikir cara tu. Huuuu. Aku tahu beli Buku FIXI secara online je. Huuuu.

Gambar terpaksa dikaburkan sebab terlampau sensor. -_-
And then, that's all aku perkenalkan kesayangan aku yang baru. Weee....  Percayalah cakap aku bila aku kata aku lagi suka buku dari manusia. Erk... k bye. :D




Tuan empunya blog: Sebenarnya ada masalah yang melanda aku malam ini. Sebab tu aku cuba tulis sesuatu yang buat aku gembira. Hiks. :D




Monday, August 26, 2013

Percaya



Tak semua apa yang mereka beritahu kau, kau perlu percaya. Kalau hati kau tak mahu percaya, jangan percaya. Cukup sahaja dengan mendengar dan kemudian lupakan. Boleh begitu? Aku risau jika hati kau bertambah lukanya. Ia baru sahaja mahu pulih bukan? 
*angguk kepala*

*Autopublish*




Saturday, August 24, 2013

Cantik


Semua Ibu akan kata anak gadis mereka adalah yang paling cantik di dunia ni. Aku nak cakap gitulah kat anak perempuan aku satu hari nanti.Hiks. :P

Errr.... kalau aku kahwin dan ada anak perempuan. K bye. 

*Autopublish*

Friday, August 23, 2013

Bodoh


Orang cakap jatuh cinta itu indah
Buat kita senyum sampai ke telinga
Tapi kenapa dia rasa ia sebenarnya adalah sesuatu yang bodoh
Atau dia yang bodoh sebab tetiba ada perasaan begitu pada kau?
Sekali lagi. Hmmm. Sekali lagi *tunduk bawah*

*Autopublish*


Thursday, August 22, 2013

Permainan


Bila sampai satu saat, kau akan rasa semua ini dusta belaka. Kau, kau, kau dan kau *sambil tuding jari ke arah mereka yang tidak kelihatan* dan aku, adalah satu pembohongan.

Bak kata lelaki yang bermata coklat gelap seperti aku, "This is a lie. It's all lie, sweetheart."

Satu hari nanti, mereka yang akan tewas dalam permainan mereka sendiri. Dan aku tidak  berminat untuk turut serta dalam permainan itu lagi. Aku undur diri.


Tuan empunya blog: Nak hilangkan diri sementara waktu. Entry diupdate selepas ini adalah autopublish. Jaga diri. :)








Tuesday, August 20, 2013

Curi


Siapa yang curi hati awak?
Untung lah dia. 

Hati saya?
Masih lagi bersama saya.
Cuma ia tidak akan jadi seperti dulu lagi.

Sebab ada orang telah curi separuh darinya tanpa dia sedar
Jadi, mari kita tangkap pencuri itu, boleh?




Saturday, August 17, 2013

Kistot #27: Pujuk

Lelaki yang bagaimana awak suka?” Si jejaka menyoal si gadis.

Macam ini,” ujar si gadis sambil mengeluarkan telefon bimbitnya. Ditunjukkan gambar seorang lelaki kepada jejaka.

Artis Korea?” Si jejaka menyoal. Si gadis hanya tersenyum sambil menganggukkan kepala.

Nie je gambar yang aku rasa nampak Manly sikit
Bukan kelihatan seperti GAY. Haha

Awak suka lelaki ini sebab dia kacak?” Si gadis menganggukkan kepalanya lagi.

Dia bukan saja kacak, tapi dia pandai menyanyi, menari, pandai bermain piano dan yang penting dia pandai memasak.” Si jejaka mendengus tanda tidak puas hati.

Saya pun kacak juga.” Jejaka tidak berpuas hati.

Awak rasa awak kacak ke?” usik si gadis.

Ya. Kalau tak awak tak akan jatuh cinta dengan saya, bukan?

Awak rasa saya jatuh cinta dengan awak sebab awak kacak?” usik gadis lagi.

Jejaka mencebik. Terasa dengan ayat si gadis. “Jadi apa sebabnya?

Sebab apa?” soal si gadis hairan.

Sebab awak jatuh cinta dengan saya?

Entah. Cinta perlu sebab ke?

Sekali lagi jejaka mencebik. “OK Fine. Ikut suka hati awak.” Jejaka bangun sambil matanya memandang si gadis. Akhirnya dia memulakan langkah. Niatnya sepatutnya begitu, tapi melihat si gadis masih tiada apa-apa reaksi, akhirnya jejaka kembali ke tempat tadi.

Awak tak nak pujuk saya ke?” Soal jejaka.

Si gadis mengukirkan senyuman. Mahu ketawa pun ada. “Laa awak suruh saya pujuk awak ke? Maaf, saya tak faham bahasa lelaki.

Jejaka mengetapkan gigi tanda geram. “Awak ni, saya gigit kan!

Awak tak akan berani,” balas gadis dengan selamba.

Kenapa pulak?" Soal jejaka hairan.

Sebab awak sayang saya. Awak tak akan lukakan saya.

Jejaka akhirnya mengalah. Tidak tahu apa lagi yang mahu dibalas. Akhirnya dia kembali mengambil tempat di sebelah gadis itu.

Tunggu sekejap.” Si gadis bersuara sebelum bangun dan menghilangkan diri beberapa tika.

Nah.” Si gadis menghulurkan ice cream kepada si jejaka.




Untuk apa?” Soal jejaka hairan.

Untuk pujuk awak la.

Jejaka senyum sebelum bangun. “Tunggu sekejap.

Si gadis memandang jejaka dengan hairan. Beberapa minit kemudian, si jejaka muncul dengan ice cream perisa coklat di tangannya. Si gadis mengukirkan senyuman.

Ambil coklat yang awak punya dan berikan saya perisa vanilla di tangan awak, boleh?” ujar si jejaka.

Si gadis tersenyum sambil menganggukkan kepala. Mereka bertukar aiskrim dan menikmatinya bersama-sama.

Habis!

Tuan empunya blog: Dah lama tak tulis yang macam ini.:)






Friday, August 16, 2013

Peek A Boo


Peek a boo. Jom kita main sorok-sorok eh. Kali ini saya pasti awak tak akan dapat cari saya lagi. :)



Tuan empunya blog: Saya sebenarnya tak nak dia pergi lagi. Tapi dia tetap mahu pergi. Hmmm :(


Thursday, August 15, 2013

Childhood Memories #3


Aku jumpa lagi gambar masa kecil. Ekekekeke. Me and my cousins. Cuba teka yang mana satu aku? :P



Tuan empunya blog: Jadinya aku dah tak misteri lagi la. Boleh tak gitu?  

Monday, August 12, 2013

Pujuk



Kepada jejaka yang tengah merajuk, 

Aku rasa mesti kamu kelihatan comel bila merajuk. Jadi, mahu aku pujuk kamu kah?
*hulur aiskrim*



Sorry



Kalau dengan meminta maaf, semua perkara boleh selesai, then why would there be laws in this world and why would there be police?


Tuan empunya blog: Selamat bertunang kepada yang berkenaan. :)

Sunday, August 11, 2013

Anonymous


Aku ada satu komen dari anonymous yang tanya kenapa ada banyak anonymous yang komen di sini. Anonymous selain dari dia la kot. Siapa suruh tak jadi blogger? Siapa suruh tak create identiti blog? Hewhew.

Banyakkah Anonymous? Entah. Yang aku tak kenal pasti sangat seorang dua je.  But still boleh dibilang dengan jari. -_-

Dan jawapan aku…

I don’t know. Anyone can be anonymous. That’s a fact.

Keliru? Mungkin. But kalau orang yang aku dah lama kenal, dan selalu drop komen di sini, aku mungkin tahu itu adalah dia walau dia guna identity Anonymous. Sebagai contoh, Nong Andy. Aku tahu, dia malas nak login akaunnya. Haha.

Macam mana nak bezakan? Entah. Aku pun tak tahu. Haha. Tapi kalau Nong Andy, setiap kali dia drop komen guna Anonymous, dia akan leave something yang buat aku tahu itu adalah dia. Huuu.

Dan aku tak boleh nak halang sesiapa jadi anonymous. Itu hak diorang whether it’s someone that I know or not. Asalkan diorang tak leave komen yang boleh buat aku pissed off. Huu.

Dan aku tak tahu kenapa Anonymous yang tanya soalan ni curious sangat nak tahu. Did you get jealous by other anonymous? Errr

Ehhh. Tu je yang nak ditulis. Aku tak tahu benda aku merepek tentang anonymous ni. Sekian.


*Ini autopublish*



Friday, August 9, 2013

Quotes #65



Kadang-kadang orang yang selalu buat kita tersenyum itulah orang yang sama melukai hati kita. Setuju?  




Tuan empunya blog: Mood raya dah habis. Sekarang mood bercuti. Atototo *heret beg* 

Ucapan Raya





Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin. 

Terlambatkah nak wish? Orang cakap, kita beraya sebulan sebab Syawal sebulan. Haha.

Apa cerita raya korang? Huuu. Aku punya? AKu beraya dalam keadaan deman sampai suara pun hilang.*batuk*


Tuan empunya blog: Masih dapat duit raya di usia 20-an. Jangan jelez. Muehehehe. :P


Wednesday, August 7, 2013

Lelaki #2



Lelaki yang pakai celak mata kekadang kelihatan seram walaupun orang cakap bercelak mata itu adalah sunah Nabi. Hewhewhew. :3

Tuesday, August 6, 2013

Lagu: Aku yang Tersakiti


Pernahkah kau merasa
Jarak antara kita
Kini semakin terasa
Setelah kau kenal dia

Aku tiada percaya
Teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita
Yang tak ingin ku akhiri

Kau pergi tinggalkanku
Tak pernahkah kau sadari
Akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari

Oh Tuhan tolonglah aku
Hapuskan rasa cintaku
Akupun ingin bahagia
Walau tak bersama dia

Memang tak ‘kan mudah
Bagiku ‘tuk lupakan segalanya
Aku pergi untuk dia

Tak pernahkah kau sadari
Akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari

Oh Tuhan tolonglah aku
Hapuskan rasa cintaku
Akupun ingin bahagia
Walau tak bersama dia… dia…

Oh Tuhan tolonglah aku
Hapuskan rasa cintaku
Akupun ingin bahagia
Walau tak bersama dia



Tuan empunya blog: Tak tahu kenapa tetiba terpanggil duntuk layan lagu ini. Sedangkan aku memang jarang layan lagu dari negara seberang. Dan bila diamati liriknya... ooo okey. Deeeppppp meaning. Hewhewhew :3



Monday, August 5, 2013

Jatuh Cinta




Pernah jatuh cinta?
*angguk kepala*

Jadi, tolong ajarkan aku apa itu cinta
Ajarkan aku bagaimana aku mampu jatuh cinta dengan kamu, 

Boleh?



Tuan empunya blog: Aku realize... dah lama tak tulis sesuatu yang menggembirakan. Err.. adakah ini dikatakan gembira? Hmmm



Saturday, August 3, 2013

Mati





Bila aku dah tak ada dalam dunia ni,
Dan pergi ke dunia yang satu lagi,
Dunia yang ada mereka yang dah lama aku mahu ketemu,
Sedekahkan aku Al-Fatihah dan Yassin sahaja.
Boleh?

Itu sahaja yang aku minta dari kamu.