Wednesday, July 31, 2013

Sketsa Keep In Touch.





Aku nak call dia, tapi aku tak tahu nak berbual apa dengan dia. Sebab dah lama tak tanya khabar dia. Nak tahu juga macam mana keadaan dia sekarang ini. Alang-alang kredit berpuluh RM tak digunakan. Heee

"Awak... awak sibuk tak? Kita nak call awak ni..."

"Call lah."

"Tapi kita tak tahu nak cakap apa dengan awak..."

"Cakaplah apa je. Awak kan suka bercerita. Saya dengar je apa yang awak nak cakap."

Dan bila dah call... bual tak sampai 2 minit...

"Babe... aku ada hal kejap. Nanti aku call kau balik, atau pun aku bagi mesej nanti."

Penantian satu jam berlanjutan sehingga ke beberapa jam sehingga aku tertidur.Dan bila bangun keesokan harinya. 1 message received. 

"Da tido? Sori... aku baru balik rumah. Keluar dengan family tadi."

Sent 31 July 2013. 00:14:49.

Dan aku hanya tersenyum sambil menganggukkan kepala tanpa membalas mesej itu. Lain kali lah kita berbual lagi. Jaga diri. 



Tuan empunya blog: Dia itu seorang perempuan. Hiks. :D




Tuesday, July 30, 2013

Ganti




Aku sedar… setiap mereka yang melangkah keluar dari hidup kita, DIA akan gantikan dengan yang lain. Sama ada yang lebih baik dari sebelum ini atau sama saja. Sebab setiap mereka yang muncul dalam hidup kita adalah ujian dari DIA. Sama ada akan terus kekal sehingga ke penghujung atau tidak, DIA maha mengetahui lagi.  Apa-apa pun, DIA tak akan pernah biarkan kita keseorangan. Setuju?



Tuan empunya blog: Gembira kenal korang. 



Standing Still


Cause I’m on fire but you keep on standing still
I’m burning down but you keep on standing still





Monday, July 29, 2013

Quotes #64




Merantaulah, kerana itu yang akan membuatkan kamu tahu kenapa kamu harus pulang.



Tuan empunya blog: Marilah bawa saya ke pantai *Tarik tangan*





*Ini autopublish*



Untitled #15

Aku ini bukannya lagi anak kecil yang akan tersenyum setiap kali dihulurkan manisan. Bukan lagi yang akan menangis, bila tak ada sesiapa mahu bermain dengan aku. 

Semua yang dibuat sejak kebelakangan ni tak kena. Aku rasa macam nak marah, memberontak, rasa macam tak adil, nak menangis dan sebagainya. Semuanya bercampur aduk. Dan akhirnya aku diamkan diri sahaja walau aku tahu ada yang terluka. Maaf. Aku penat berfikir, jadi aku rasa diam itu lagi baik untuk aku. 

Aku rasa macam nak larikan diri dan tukar nama. Maybe aku juga harap aku hilang ingatan. Penat tahu. Penat! But then I realize, I can't do that. 

Mereka tak pernah berada di tempat aku. Mana mungkin mereka akan faham.Bukan aku tak bersyukur. I did. Aku tahu DIA sudah berikan lebih dari apa yang aku perlukan and I didn't ask more. 

Sebelum  ni, mana pernah dia bagi perhatian pada aku. Mana dia masa aku diherdik, dihina?  Dia dulu mana pernah ambil tahu perihal aku. Aku ada sekarang ni sebab orang lain, bukan sebab dia.Yang selamatkan aku, bukan dia, walhal sebab dialah, aku ada dalam dunia ni. Mereka kata, aku masa bayi, hampir-hampir saja mahu hilang nyawa. Mungkin hampir mati ketika dilahirkan. Dan entah bagaimana aku masih lagi dihidupkan. Dan cuba hadapi ujian dariNYA dengan sekuat yang aku mampu.

Dalam mahu jaga hati yang lebih tua dengan hati kau sendiri, sah-sah kau kena utamakan yang lebih tua. Dan hati kau? Menangis pun tak ada siapa yang tahu. 

Masa kecil, mana pernah aku akan tahu kalau ada orang benci aku sampai mati. Dan dia sikit pun tak ada usaha mahu ubah hal itu. Dia mana pernah tahu, aku pernah dibiarkan seorang diri tanpa ada sesiapa ajak aku bermain setiap kali aku ke tempat itu. Dilayan macam orang asing dengan penuh sinis. Entah... aku bukannya ingat apa yang berlaku masa aku kecil. I lost that memory.

I know the whole story when I was 20. And that story hurt me so much. Usia yang aku rasakan sudah cukup matang untuk tahu yang mana betul dan salah. But then, dia ceritakan macam tak ada apa-apa yang berlaku.

I know everyone deserves second chance. It's not that I hate... it's just... aku tak suka dengan setiap keputusan yang dia buat atas aku. I did say NO but dia tetap dengan keputusan. Dan tak cukup dengan itu, dia libatkan mereka. Libatkan mereka untuk pujuk aku supaya terima cadangan dia.

Ah Tuhan, aku mohon tenangkan diri aku yang ini. 



Tuesday, July 23, 2013

Menangis



“Wanita akan meletakkan tangannya di mulutnya bila dia menangis. Dan lelaki pula akan meletakkan tangannya di matanya bila dia menangis....”


Got this from someone. Haha. Adakah ia benar? Entah. Aku pun tak tahu. Tapi aku, kalau aku nangis, aku akan letakkan tangan aku ke tempat hati aku berada sebab di situ yang sakit. Aku menangis sebab hati aku yang terluka. Macam malam itu. Yaaa… just like that night. 

Aku pernah ada satu waktu tu, tiap-tiap malam aku menangis. Siang hari aku ketawa dan senyum macam biasa, tapi bila malam aku menangis. Dan masa tu, tak ada siapa-siapa pun yang datang pujuk aku atau mampu pujuk aku. Hanya aku yang pujuk diri sendiri. Sambil bertemankan DIA.

Tiap-tiap malam waktu tu, aku doa pada DIA, agar dihilangkan ingatan yang aku ada tentang mereka. Mungkin juga aku doa yang aku dimatikan sahaja. Tapi tentunya DIA tak makbulkan doa aku yang itu.

Dan aku sekarang, entah... mungkin dah jadi yang baru. Entah. Aku pun tak tahu,but I'm movin on with my life. Tak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan but there, I believe HIM for everything. Everything happens for reasons right?




Monday, July 22, 2013

Merajuk






Ah.... aku nak merajuk,
Nak merajuk sampai kau rindu aku
Nak bawa diri sampai kau rindu aku

Jadi, beritahu yang kau rindu aku,
Baru aku kembali
Boleh gitu?


*Ini autopublish*




Sunday, July 21, 2013

Kistot #26: Suka


Jadi, siapa yang kau suka?

Dia gelengkan kepala sebagai jawapan.

Habis tu?

Aku tak suka sesiapa sebab aku tak perlukan sesiapa. Jawapan itu diberikan sebelum dia beredar dari situ. Jawapan untuk mendiamkan mulut yang menanyakan soalan itu padanya. 






Saturday, July 20, 2013

Sketsa Puding Roti


Gambar ehsan Google.

Di satu hari, aku pujuk Mak untuk buat makanan kegemaran aku iaitu PUDING ROTI. Makanya, Mak pun ajar aku macam mana nak buat Puding Roti. Jadinya, aku dah pandai buat Puding Roti tanpa melihat buku resepi. Ekekeke. Tapi apa-apa pun, aku still tak suka memasak. Dalam erti kata lain, aku malas memasak, walau ada orang cakap, aku sebenarnya terror memasak. Adakah? *jungkit bahu*

Eh, sambung cerita. Setelah memasukkan segala bahan yang diperlukan, Mak tanya apa lagi yang aku nak taruk dalam adunan tu.

Mak, orang nampak epal dalam peti ais, masukkan yang itu dalam ini boleh?

Dan Mak aku balas.

Kau jangan buat kerja gila. Mana ada orang taruk epal dalam puding roti.

Tapi…

Dah… pergi ambil kismis kat rak sana.

Dengan malas dan merajuk sedikit, aku melangkah ke arah rak. Sejujurnya, aku tak suka kismis. Huwaaaa. Err… maksud aku, kismis, kalau dimakan begitu saja, memang aku suka. But kalau letak dalam makanan, sah-sah aku tak akan kutip makan. Haha.

Masa aku tunggu Puding Roti masak dalam oven, banyak kali juga aku bukak peti ais, jeling epal dalam tu. Kesian kat epal, sebab tak ada orang nak dia. Haha. Tapi, lepas tarawih, aku tetap boleh makan epal tu.


Dan semalam, masa buat Puding Roti sekali lagi, aku taruk chocolate chip dan kismis je. Aku pun tak tahu kenapa orang asyik taruk kismis dalam Puding Roti. huuu. Apa-apa pun, aku tak berani nak taruk epal dalam tu sebab aku tak yakin bagaimana rasa Puding Roti tu nanti. Apa-apa pun sekali lagi, epal enak dimakan begitu saja. Keh keh keh. 




Khayalan


Kadang-kadang aku tertanya-tanya,yang aku ‘berbual’ itu, dengan ‘dia’ atau ia hanyalah diri aku yang satu lagi yang cuba menenangkan diri aku yang ini. Apa pun DIA maha mengetahui. Senyum.

Friday, July 19, 2013

Peluang





Hati awak terluka, sama lah macam hati saya. Awak kata saya lukakan hati awak, samalah macam awak lukakan hati saya. Jadi, rasanya sebab itu tiada lagi peluang untuk kita bukan?



Tuan empunya blog: Sakit juga bila teringatkan kembali kenangan itu.





Lari


Larilah kamu semahunya
Lari sampai kamu penat
Bila kamu jatuh
Aku hulurkan tangan
Untuk kamu bangun dan lari sekali lagi

Boleh?


Tuan empunya blog: Esok kerja. -_-



Wednesday, July 17, 2013

Mimpi

“'Dia' cakap nak bawa aku pergi bersiar-siar pada hari sekian dan waktu sekian, bawa aku melihat dunia 'dia'.Dunia yang aku dengar bunyinya seperti indah. ” *mimpi*



Kadang-kadang, aku tertanya-tanya, adakah itu punya maksud tertentu, atau ia hanya mainan tidur sahaja. Ah, mimpi ini, buat aku tertanya-tanya pula. Apa-apa pun, bagi aku, itu mimpi indah. 





Tuesday, July 16, 2013

Hipokrit


Kadang-kadang aku tertanya, perlukah kita menjadi hipokrit untuk membahagiakan orang lain. Perlukah? Sebab yang bakal terluka nanti adalah kita, bukan mereka. Wujudkah keikhlasan itu, walau kita cuba membahagiakan orang lain dengan sembunyikan rasa kita yang sebenar?

Saturday, July 13, 2013

Kistot #25: Cebisan


Dia cakap aku gila bila aku kata aku suka dia.

“Kau dah gila agaknya.”

Tapi dia tak tahu aku sedang jujur.

“Aku tak akan percaya.”

Dan ayat dia yang terakhir bikin aku terluka sampai saat ini.

“Walau kau seorang saja perempuan dalam dunia ni, aku tak akan pernah pilih kau. Aku lebih rela jadi gay dari jatuh cinta dengan kau.”

Dan sebab itu aku membawa diri. Membawa diri jauh darinya. Menghilangkan diri dari pandangan dia. Buat apa lagi aku mahu berharap pada yang tidak sudi. Dia tolak perasaan aku tanpa dia sedar aku sebenarnya serius dengan apa yang aku katakan pada dia hari itu.

Ah… jejaka, boleh aku minta kau percaya dengan ayat aku kali ini? Tapi tak mungkin dia akan ada peluang itu lagi. Hati aku nekad untuk buang dia dari hidup. Payah tapi aku cuba. Perit tapi aku abaikan sahaja. Sakit sebenarnya bila diri cuba berlagak tiada apa-apa yang berlaku. Tidak sedarkah dia, hati aku kini sudah menjadi cebisan disebabkan dia?



Tuan empunya blog: Sape rasa sedih baca ini, aku ucapkan tahniah. Atotototo.



Friday, July 12, 2013

Dark Side



Kalau aku tunjukkan diri aku yang satu lagi, mahukah kamu terus kekal bersama aku? Fikir baik-baik. Nanti kamu akan menyesal.




Tuan empunya blog: Nervous nak praktical. Ahahaha. Any advice? Kawan aku suruh aku study balik audit procedure, company taxation and company secretary. huuuu




Thursday, July 11, 2013

Quotes #63




If someone did something bad enough to make you remove them from your life, don't be foolish enough to invite them back in. 

Wednesday, July 10, 2013

Pertemuan



Kalau ada jodoh, kita bertemu di alam realiti. Aku tak janji yang kita akan bertemu satu hari nanti sebab segalanya DIA yang aturkan. Maafkan aku kalau perkenalan kita hanya di alam maya sahaja.



Nightmare


I’m having nightmare last night. Err… maybe bukan nightmare sangat but bagi aku memang nightmare. Muahaha. Aku rasa mainan tidur je sebab aku dah ambik wuduk dan basuh kaki sebelum tidur. Haha.

I’m dreaming myself in pink attire. Tersangatlah nightmare. Dari sampai baju, kasut sehinggalah kepada kuku. Wahhhh… kemain pelik mimpi itu. And scary also. Aku tak tahu kenapa Aunties dan cousins aku beria-ia memakaikan benda-benda yang berwarna pink kat aku dalam mimpi tu. Ngeri OK! Dalam mimpi tu, aku tak mampu melawan. Haha. Nasib baik bunyi jam loceng suruh bangun sahur menyelamatkan aku. Kalau tak, aku sah-sah terperangkap dalam mimpi ngeri itu. Huwaaaaaa.

Err… maybe sebab aku bukannya peminat pink. Aku rasa aku avoid anything yang berwarna pink. Masa Mami nak belikan kain baju warna pink kat aku hari tu pun, aku bangkang semahu-mahunya. Haha.

Jangan tanya kenapa aku tersangat tak suka warna pink. Aku tak tahu. But serious, I’m not a pink person. Aku lagi suka dark colours. Haha. :P



Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan.


Selamat Menyambut Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini lebih berkat dari tahun-tahun yang lalu. Amin. :)


Tuan empunya blog: Bakal memulakan praktikal di audit firm minggu depan. Wish me luck. :)


Teguran


Budak-budak biasalah tu. Belum tahu erti cinta sebenar. Seminggu in a relationship dah buat janji memacam. Nak setia selamanya. Apalah...dan sebagainya. Kita sebagai orang yang berpengalaman dan tahu berfikir yang mana betul dan salah seharusnya patut beri nasihat dan teguran bukan mengkritik habis-habisan. Mereka pun manusia juga dan ada perasaan juga. Jangan sesenang menjatuhkan hukuman.



Tuan empunya blog: Aku pun bukannya baik nak bagi nasihat but this is just my opinion only. :)



Sunday, July 7, 2013

Runaway

Pernah tak korang terfikir nak kemas semua barang korang dan pergi dari sini. Pergi ke satu tempat yang jauh. Maybe far far far away from where you stand right now. Go to a place where no one recognizes who you are. To a place that would give you a calmness of mind. To a place that you will no longer overshadowed by memories of the past that had gave you pain, that had hurt you and had made you feel like to cry whenever you think of it again. To a place where you know you will never meet again with those that had hurt your feeling until you feel like don’t want to live anymore?

And then create another identity of yourself. Being happy with the new you. Have you ever thought about that?


Aku pernah. Haha. Tapi itu bila aku punya emosi berada dalam tak terkawal. Rasa macam nak tamatkan semuanya. Rasa macam nak cari someone yang boleh buat aku hilang ingatan and bila aku bangun keesokan paginya, aku tak ingat apa-apa. Just ingat family aku je. That’s all I think about that.

Orang akan cakap aku pengecut sebab selalu larikan diri setiap kali ada masalah. Entah… aku rasa aku bukan larikan diri. Aku just perlukan satu masa untuk duduk diam dan fikir jalan penyelesaian. I did that OK! Tak perlu lah cakap aku pengecut dan tak matang. Sekurangya aku cuba selesaikan walau ia mengambil masa yang lama. Sekurangnya aku guna otak walau aku selalu tertipu dengan kata hati. Haha.

People always said, ‘Follow your heart.” But then other person said, “Whatever you do, think before you act.” And then, I just like… ohhh… which one should I listen to?

Tahu tak berfikir tu kadangkala memenatkan. Sama ada ia sebelum atau selepas. Ianya memang penat. Haha. Sebab aku selalu overthinking. And that made me in disaster emotion. Tapi itu dulu. Sekarang, aku, kalau benda tu buat aku serabut, aku tak akan fikir. Haha. Sebab aku rasa lebih baik begitu. Lebih baik dibiarkan dari diingatkan. Lambat-laun Tuhan akan tunjukkan jalan penyelesaian bukan? Heee.


But then, bila difikir balik, aku rasa aku still nak jadi diri aku yang ini. Clumsy, emotional (but I will try to less it, haha), garang dan sebagainya. Aku rasa still aku nak stay ‘di sini’ even tempat ini pernah buat aku terluka hundreds of times sebab ada orang pernah cakap ini pada aku, “Satu hari nanti kau akan tersenyum dengan kenangan yang buat kau sedih.” (Aku edit ayat dia) 




Tuan empunya blog: Lagi penat nak pujuk diri sendiri dari pujuk orang lain. :D




Saturday, July 6, 2013

Surat dari IBU.


Sayang,
Ketahuilah saat DIA menjemputku
Dan Ibu memilih untuk mengikutNYA
Ketahuilah sayang dan kasih Ibu pada kamu
Tak pernah pudar
Sedikit pun tidak pernah.
Sehingga saat ini


Ketahuilah
Saat DIA hadiahkan kamu untuk Ibu
Saat itulah Ibu berjanji padaNYA untuk jaga kamu dengan sepenuh hati

Tapi… Ibu lupa
Ketentuan Ibu terletak pada tanganNYA
Takdir Ibu sampai situ sahaja
Ibu tiada kesempatan untuk lihat kamu membesar
Melihat dan mendengar gelak ketawa kamu.
Ibu harap kamu membesar dengan baik.
Sebagaimana Ibu pernah harapkan
Sebagaimana Ibu pernah pesan pada kamu
Sebagaimana Ibu pernah berdoa pada DIA.
Jaga diri sayang.

Ibu sayang kamu. 


Tuan empunya blog: Aku tak tahu dari mana dapat idea ni. Ia muncul di satu malam yang sunyi dan aku tulis apa saja yang terlintas di fikiran aku masa itu. Dan malam itu jugalah, aku tahu sesuatu. :)




Friday, July 5, 2013

Quotes #62


Tuan empunya blog: Peringatan untuk diri sendiri. Hmmmm


Thursday, July 4, 2013

Cerpen: Abang



Aku ada seorang abang.

Kenapa mesti Mama selalu sayang abang lebih? Kenapa dia? Adik ni bukan anak Mama dan Papa juga ke?” Aku pernah ingat soalan yang aku lontarkan pada Mama. Dan jawapan Mama…

Adik… abang kan sakit.”

 Itu je jawapan Mama. Aku lihat abang bukannya sakit pun. Boleh saja berjalan dan keluar dengan kawan-kawannya. Cis, ini tidak adil! Sehari suntuk aku merajuk  hari itu sebab Mama tak mahu belikan aiskrim perisa coklat kegemaran aku ketika itu. Mama belikan aiskrim perisa Vanilla kesukaan abang. Mama memang pilih kasih! Tapi selepas itu, abang akan belikan aiskrim perisa coklat kegemaran aku untuk buat aku kembali tersenyum dan kami akan berbaik seperti biasa.

Abang dengan aku tak ada beza umur. Cuma beza beberapa minit saja. Dia abang sebab dia keluar dulu dari aku. Yaa… kami kembar, tapi kembar berlawanan jantina. Dan tentunya berbeza perangai. Ketika kami masih kecil, orang akan beri perhatian yang lebih pada abang. Orang selalu bandingkan aku dengan abang. Abang itulah, abang inilah. Sampai aku naik muak dan menyampah dengan abang. Tapi abang tetap sayang aku dan tak pernah membenci aku sebagaimana aku pernah membenci dia.

Setiap kali aku keluar dengan abang, abang akan pegang tangan aku. Abang selalu temankan aku ke mana saja aku pergi walau aku tidak minta. Walaupun ketika itu kami sudah berusia belasan tahun. Dan orang akan ingat aku adalah kekasih abang padahal kami adalah adik beradik. Dan mulalah orang akan bercakap perbezaan ketidak-cantikan aku dengan kekacakan abang.

Yaaa… abang kacak dan sopan santun. Itu pujian yang selalu orang berikan pada abang. Mana-mana abang pergi, akan ada gadis yang pandang abang sampai tak berkelip mata. Kacak sangatkah abang? Bagi aku biasa sahaja kecuali abang itu terlampau caring. Dan itu menjengkelkan aku. Aku tak suka dengan perhatian yang abang berikan pada aku. Aku tak suka dengan perhatian yang orang berikan pada abang. Dalam erti kata lain, aku tak suka abang!

 “Janganlah pegang tangan adik!” Aku pernah tepis tangan dia masa dia mahu pegang tangan aku dulu. Dan dia balas,

Adik kan comel. Abang takut ada orang akan culik adik dari abang.”

  Dan kemudian aku balas, “Pergi matilah!


Aku paling benci bila dia pegang tangan aku.
Aku tak sedar jawapan aku yang itu telah buat abang terluka. Memang la aku tak sedar, sebab sejurus aku ucap ayat itu, terus aku tinggalkan abang terkontang kanting di pusat membeli belah seorang diri. Aku pulang dengan teksi. Padan muka dia!

Bila abang tak turun makan malam hari itu, Mama membawa masuk makanan ke bilik abang. Aku? Mama suruh aku pada permulaannya, tapi aku enggan. Malas! Dan dari situ Mama tahu aku telah katakan sesuatu yang buat abang terluka. Pada mulanya, aku ingat abang telah memburukkan aku dihadapan Mama, rupanya tak. Katanya Mama, tak ada orang yang boleh buat abang terluka melainkan aku. Nampaknya Mama tahu setiap perangai anaknya. Monyok juga aku beberapa hari selepas dimarahi oleh Mama, tapi aku masih tak suka abang.

Bila aku dah matang, baru aku sedar hal sebenar. Bila Mama cakap abang sakit, abang benar-benar sakit. Aku ingatkan sebab Mama sayangkan abang lebih, jadi Mama gunakan alasan itu untuk aku mengalah dengan abang. Aku pernah lihat abang dimasukkan hospital tiba-tiba. Rupaya hidup abang singkat. Lagi singkat dari aku sebab penyakit yang dialami abang. Rasa macam tak adil sebab aku dan dia kembar tapi dia yang akan ‘pergi’ dulu dari aku. Dari situ, aku mula sayang abang, mula bertolak ansur dengan abang.

Aku tak tahu apa penyakit abang yang sebenar, sebab abang banyak berahsia dengan aku. Bila aku tanya, dia cuma minta aku jangan risaukan dia. Ah… kata kembar, tapi berahsia antara satu sama lain. Itu yang kadangkala aku berkecil hati dengan dia. Tapi aku tak tunjuk depan dia, tapi abang seolah-olah tahu yang aku sedang berkecil hati dengan dia, terus dia akan belikan aiskrim coklat kegemaran aku. Mungkin sebab kami kembar, itu yang buat abang faham aku. Tapi aku tak pernah tahu apa yang abang fikirkan, kecuali, bila aku tiba-tiba sakit tanpa sebab walau sementara, ketika itulah aku tahu abang sedang menahan sakit dari penyakit yang dia alami.

Dah tiga tahun abang pergi menghadap DIA, tapi aku tak pernah rasa kehilangan dia. Kadang-kadang bila hari hujan, aku akan hulurkan tangan aku ke dalam hujan  macam aku harap abang akan sambut huluran tangan aku. Ibarat abang pegang tangan aku ketika kami keluar seperti waktu dulu. Dan ada ketika abang akan muncul dalam mimpi aku dan kami akan berbual ibarat tiada apa-apa yang berlaku. Seperti masa dulu... yaaa seperti masa dulu, cuma yang bezanya, dia sudah menjadi ‘penduduk’ di dunia sebelah sana. Dan aku akan menyusurinya satu hari nanti, dia katakan itu pada aku. 


Tuan empunya blog: Masa aku kecil dulu, aku pernah berangan punya seorang kembar lelaki. Tapi aku memang ada seorang abang. It's just he's not 'here' anymore. :)

*Ini autopublish*


Wednesday, July 3, 2013

Lagu: Anyone Of Us


I've been letting you down, down           
Girl I know I've been such a fool               
Giving in to temptation
I should've played it cool             

The situation got out of hand    
I hope you understand

It could happen to anyone of us
Anyone you think of
Anyone can fall
Anyone can hurt someone they love

Hearts will break
'Cause I made a stupid mistake
It can happen to anyone of us
Say you will forgive me

Anyone can fail
Say you will believe me
I can't take
My heart will break

'Cause I made a stupid mistake
A stupid mistake

She was kind of exciting
A little crazy, I should've known
She must have altered my senses
As I offered to walk her home

The situation got out of hand
I hope you understand

It could happen to anyone of us
Anyone you think of
Anyone can fall
Anyone can hurt someone they love

Hearts will break
'cause I made a stupid mistake
It can happen to anyone of us
Say you will forgive me

Anyone can fail
Say you will believe me
I can't take
My heart will break

'Cause I made a stupid mistake
A stupid mistake

A stupid mistake
She means nothin' to me
Nothin' to me
I swear every word is true
Don't want to lose you

The situation got out of hand
I hope you understand

It could happen to anyone of us
Anyone you think of
Anyone can fall
Anyone can hurt someone they love

Hearts will break
'Cause I made a stupid mistake
It can happen to anyone of us
Say you will forgive me

Anyone can fail
Say you will believe me
I can't take
My heart will break
'Cause I made a stupid mistake

It could happen to anyone of us
Anyone you think of
Anyone can fall
Anyone can hurt someone they love

Hearts will break
'Cause I made a stupid mistake
It can happen to anyone of us
Say you will forgive me

Anyone can fail
Say you will believe me
I can't take
My heart will break

'Cause I made a stupid mistake

A stupid mistake



Tuan empunya blog: Lagu favorite yang dah lama aku tak dengar. :D


Review: The Law of Garbage Truck


Aku dah lama khatam baca buku ni tapi entah kenapa aku tak ada mood nak menulis pasal buku ni. Haha.

Aku rasa aku boleh kategorikan buku ni sebagai buku motivasi. Bagaimana penulis menceritakan orang-orang di sekeliling kita kadangkala bertindak sebagai Garbage Truck. Di mana mereka normally membawa masalah mereka dan sekali kita menghalang laluan mereka, mereka akan humbankan sisa-sisa negative mereka ke atas kita dan kemudian kita pula yang menjadi the next Garbage Truck.

So, in order to avoid being the next Garbage Truck. Just follow this sentence  “Just Smile, Wave, Wish Them Well and Move On.”

But sometimes, kadang-kadang kita yang jadi Garbage Truck untuk diri kita sendiri. All those stupid nonsense things that happened in our life, the things that we regret for entire our life,  itu yang menjadi Garbage Truck dalam hidup kita. In other words, we keep repeating the same painful moments that sometimes lead us to disaster emotion.  *Pehal lak aku tetiba speaking ni. Kejadah betul!*

Aku bagi 5 bintang penuh kat buku ni. Haha. Bacalah buku ni. Aku baca buku ni masa aku down gegila hari tu. Dan dari situ aku belajar sesuatu. Hiks. :P



 “Many people are like garbage trucks. They run around full of garbage, full of frustration, full of anger, and full of disappointment. As their garbage piles up, they look for a place to dump it. And if you let them, they’ll dump it on you.

So when someone wants to dump on you, don’t take it personally. Just smile, wave, wish them well, and move on. Believe me. You’ll be happier.”




Monday, July 1, 2013

Kistot #24: Vampire



Masa aku jadi vampire dulu, aku pernah gigit seorang lelaki. Lelaki kacak mungkin. Entah, aku tak perasan tapi kawan-kawan aku yang sama jenis dengan aku kata dia kacak. Ah... ada aku penduli. Yang penting malam tu aku memang terkena panahan cinta pandang pertama. Yaaa… cinta pandang pertama.

Tiap-tiap malam aku usha dia dari bumbung bangunan tinggi tu. Berkali-kali dilihat, tetiba pulak aku yakin yang dia itu kacak sebagaimana kawan aku pernah kata. Lagi kacak dari Edward Cullen tu. Oh… itu bila bulan mengambang sahaja. Bila bulan tak mengambang, aku rasa dia biasa-biasa aje.

Bayangkan dia sekacak lelaki ini. 
Malam yang aku gigit dia, adalah malam terakhir aku jadi vampire. Mungkin. Aku sendiri tidak ingat. Darah dia, ya ampun, sungguh menyelerakan. Rasanya ketika itu, mahu sahaja aku sedut darah dia sehingga habis, tapi ah, tentunya aku tak sampai hati. Jangan tanya aku kenapa aku sanggup gigit orang yang aku sayang. Mungkin gigit itu tanda aku sayang dia. Mungkin. Dan jangan tanya tujuan aku gigit dia, aku sendiri tiada jawapan. Dan ah, tentunya aku tidak biarkan dia mati. Diingatkan sekali lagi, ini kisah aku ketika jadi vampire.

Selepas kejadian itu, aku bertemu dengan seorang ahli sihir. Dia mahu sesuatu dari aku, maka aku berikan sahaja apa si ahli sihir itu mahu. Apakah perempuan sihir itu mahu? Oh, itu tidak boleh dikatakan di sini. Itu rahsia aku. Haha. Dan sebagai balasan, si ahli sihir itu menukar aku kepada manusia biasa. Dan sekarang aku di sini, menulis ini untuk kamu baca.

Sekarang aku tulis ini untuk kamu baca.
Dan sekarang, aku tertanya-tanya bagaimana keadaan lelaki itu sekarang, adakah sudah jatuh hati pada aku? Adakah sudah punya perasaan pada aku? Kamu rasa perlu tak aku jenguk dia lagi?



Tuan empunya blog: Aku dah publish sebenarnya tapi aku tak tahu kenapa aku nak publish lain. Haha. 

*Ini autopublish*


Hilang



Awak….Dah lah hilangkan diri. Saya dah tak marah awak lagi. Saya dah tak kisah siapa pun awak. Saya terima siapa pun awak dengan seadanya. Boleh saya minta awak kembali? Please? *hulur tangan dengan senyuman*


Tuan Empunya Blog: It's just a matter of time. It will fade away just like before. It will.