Sunday, June 30, 2013

Kistot #23: Sweet Talker



"Awak, jangan la makan makanan manis. Tak baik untuk kesihatan!"

"Kenapa pula? Saya bukannya ada penyakit kencing manis." Jejaka hairan.

"Saya takut nanti awak jadi sweet talker. Errrr…." Ujar si gadis sambil gigit jari.

"Biarlah. Bukan ke semua orang suka sweet talker?" Balas jejaka sambil tunjuk muka selamba.

Si gadis akhirnya tunjuk muka tidak puas hati sebelum berlalu pergi. Si jejaka hanya tersenyum sebelum mengejar gadis kesayangannya. Mahu memujuk mungkin.


Friday, June 28, 2013

Conteng


Di satu hari yang bosan, aku conteng sesuka hati. Maka terjadilah ini. Maaf, aku memang tak ada bakat melukis. Haha.

Thursday, June 27, 2013

Kisah Menyamar

Ada satu hari aku mesej dengan kawan tempat aku kerja dulu. Dan dia tiba-tiba sahaja mention nama  seorang lelaki yang aku kenal. Bertanya sama ada aku berhubung  atau tidak dengan lelaki itu. Dan jawapan aku TIDAK. Tapi dia tak percaya. Dia cakap, “Bukankah *****(nama aku) couple dengan dia?

Aku dalam hati, sejak bila aku couple dengan dia. Setahu aku, aku hanya couple dengan dia di tempat kerja sahaja. Err… itu kisah tahun lepas. Aku sebenarnya menyamar menjadi girlfriend dia di tempat kerja. Haha. Bagaimana kisah ini terjadi?

Di tempat kerja aku ketika itu, ada seorang perempuan sukakan dia. Asyik cuba meminta nombor dia dari kawan perempuan aku, tetapi lelaki itu tak bagi.  Dan entah bagaimana, kawan-kawan aku yang lain bersepakat dengan dia, meminta aku menyamar menjadi teman wanita dia sebab perempuan yang suka dia itu belum pernah berbual dengan aku.  Mula-mula aku macam berat hati nak bersetuju tapi  sebab simpati, aku setuju sahaja.

Kitaorang berlakon saja.
Jadi, dalam kalangan kitaorang sahaja yang tahu aku dan dia hanyalah menyamar sahaja. Tapi di hadapan perempuan yang suka dia, perempuan itu ingat kitaorang ada sesuatu. Kasihan juga dengan perempuan itu. Tapi itu lagi baik bukan? Dari terus mengeluarkan usaha yang sia-sia.

Kadang-kadang aku akan nampak perempuan yang suka dia itu cuba berbual dengan dia. Dan dia layankan sahaja walau tak ikhlas. Haha. Dan bila perempuan tu sedar yang aku sedang perhatikan mereka, (sebenarnya aku perhatikan benda lain), terus perempuan tu datang dekat pada aku, dan minta maaf dan beritahu aku yang dia tak akan rampas teman lelaki aku itu. Heh. Mahu tergelak juga aku tapi aku senyum sahaja sebelum berlalu ke tempat lain.

Dan lelaki itu, kononnya akan memainkan peranannya sebagai ‘teman lelaki’ aku dan ‘memujuk’ aku. Macam nak tergelak pun ada. Hampeh betul. Banyak juga sweet talk yang aku dapat dari dia. Aku rasa dari situ kot aku jadi rapat dengan dia. Dan dia selalu beri perhatian lebih pada aku. Lawak bukan? Tapi aku masih tahu batasnya yang aku hanyalah teman wanita lakonannya. Dan antara aku dan dia hanyalah kawan. Haha.

Oh ya, dan ketika itu juga, ada staff lelaki yang cuba nak mengurat aku. Asyik minta nombor aku dan yang paling tak boleh tahan, staff lelaki tu mintak nombor aku dari ‘pakwe’ lakonan aku. Haha. Tapi, memanglah aku tak bagi. Ingat senang aku nak bagi nombor telefon aku sesuka hati. Ada satu insiden bila staff lelaki tu mintak nombor aku dari ‘pakwe lakonan’ aku, tiba-tiba sahaja dia cakap aku ‘awek’ dia pada staff lelaki tu. Dia terkejut dengan apa yang terkeluar dari mulut dia dan terus minta maaf pada aku.

Handsome kah dia? Entah. Mungkin. Sebab ramai juga staff perempuan kat situ mahu berkenalan dengan dia. Oh, dia memang ramai secret admire kat situ. Haha.

Tapi aku rasa Chace aku lagi handsome. Haha
Aku suka berbual dengan dia. Tapi jujur, semua pandangan dia aku tak boleh terima. Tapi aku buat-buat faham dan setuju dengan pandangan dia. Pandangan dia kadang-kadang tak masuk akal aku.

Dan dari situ, keinginan untuk berbual dengan dia setiap hari bila aku datang kerja, membuak-buak. Bila aku balik rumah, keadaan jadi seperti biasa. Hehe. Perasaan tu hanya muncul bila dia dekat dengan aku. Ia semacam, bila aku nampak dia dan aku tak boleh berbual dengan dia, aku jadi rindu mungkin? Entah. Tapi itu hanya sementara sahaja.

Pernah satu hari, geng kitaorang keluar dan ada satu part tu, bila kawan-kawan aku yang lain mahu ke mana entah, jadi aku cakap, aku nak ke kedai buku. Memula, aku ingat aku pergi sorang sahaja ke kedai buku but then dia ikut aku dari belakang. Aku tanya dia kenapa tak ikut diorang. Dia cakap saja je nak ikut aku.

Tapi satu hal je, dia tak suka buku. Aku rasa dia dan aku banyak gila perbezaan. Aku ingat lagi, setiap buku yang aku belek  kat kedai buku masa tu, dia akan cakap sesuatu yang membuatkan aku batalkan sahaja hasrat nak beli buku tu. Padahal aku tak nak dengar dia membebel. Heh. Dia akan cakap buku tu tak sesuai untuk aku. Tak elok aku baca buku tu. Iluminati apa lah. Hey, padahal ia hanyalah buku Twilight je kot. Ceh. Last-last aku tak beli sebarang buku hari tu.

Dan sekarang? Entah, aku dah lama tak berhubung dengan dia. Aku mungkin dah lupakan dia. Haha. Aku delete nombor dia sebab aku takut aku akan suka dia lebih dari apa yang aku pernah ada. Aku takut aku akan betul-betul minta dia suruh terima aku jadi awek betul dia. Haha.

Aku nampak dia hari tu, tapi aku tak ada niat nak tegur dia. Entah, ada sesuatu insiden yang buat aku rasa aku tak suka dia lagi. Sama ada sebagai kawan atau lebih dari itu. Dia cuma orang asing saja dalam hidup aku sekarang ini.


Eh, terpanjang lak. Itu saja nak update.


Tuan empunya blog: Aku kerja part time masa cuti semester tahun lepas. :)




Wednesday, June 26, 2013

Quotes #61



Kadang-kadang kita tak sedar, yang hanya mampu membahagiakan kita, hanyalah diri kita, bukan dia, bukan mereka. Kita! Ya... diri kita sendiri. Asalkan tidak lupa pada DIA.



Tuesday, June 25, 2013

Cebisan Kehidupan




“The people that leave your life are meant to leave your life.” 

Sesetengah manusia yang hadir dalam hidup kita akan meninggalkan kita, selebihnya kita yang membuat keputusan untuk melepaskannya. Manusia akan selalu menunjukkan pada kita siapa diri mereka yang sebenarnya, hanya masa sahaja penentunya.

Siapa kata yang sebenarnya kita tak boleh bahagia selepas mengalami rasa sakit ini? Siapa kata tidak boleh bahagia selepas berasa tidak dihargai? Smile people! Hiks. :D

Tuan empunya blog: Copy from somewhere. :) 


Monday, June 24, 2013

Feeling

"The longer you hide your feelings for someone. The more you fall for them."


Aku jumpa ayat kat Twitter. Dan yaaa... aku BANGKANG! Haha. Sebab aku keep feeling kat someone actually two, not at the same time, lebih dari setahun jugak la. But then after then feeling tu hilang dengan sendirinya. Tak ada pulak aku fall kat diorang more and more. 

Siapa cakap meluahkan tu mungkin baik. But, cara aku, lagi baik keep quiet dari meluahkan. Itu aku la. Terlukanya aku dengan lelaki itu, I won't tell him that I love him unless something miracle happen. Haha. Ehh..k. Chow.





Klu Perempuan suka Lelaki?

Ada satu hari tu, kawan lelaki aku tanya aku, macam mana nak tahu seorang perempuan tu suka pada seorang lelaki? Yakni suka lebih dari seorang kawan.

Jawapan aku pada dia? Entah. Aku dah lupa. Tapi hal yang sebenarnya, aku sendiri tak tahu macam mana nak jawab soalan tu pada dia. Even aku seorang perempuan. Aku rasa aku bagi jawapan merapu kat dia.. Haha

Entah. Kalau aku, aku biasanya akan perhatikan crush aku dari jauh, tengok dia dengan awek dia bergelak ketawa. Dan yaa ada cemburu. Haha. Bila face to face, memang aku ego dengan dia. Just senyum bila dia senyum dengan aku. Tapi most of all the time, both of us act as stranger to each other.  Maybe sebab aku tak pernah suka dia at the beginning. Dan out of sudden, aku realize, rasa annoying yang aku ada pada dia dah bertukar. Ehh… itu dengan crush kedua, Mr. Disaster. Haha.


Eh… Sambung cerita. Aku rasa depends pada perempuan tu. Ada perempuan suka tunjuk pada lelaki yang dia sebenarnya suka pada lelaki tu, macam selalu bagi mesej even lelaki tu jarang mesej dengan perempuan tu. Post something kat wall FB lelaki tu, like dan komen lelaki tu punya status FB dan sort of. Dan ada yang macam aku, just duduk dan tengok sampai lelaki tu melepas ke tangan orang lain. Haha

But however, aku rasa lelaki tak akan pernah tahu ada perempuan suka pada dia melainkan perempuan confess pada dia. Sehebat mana lelaki itu, he will never know there is a girl like/love him unless she made confession to him. Ini ayat dari kawan lelaki aku. Aku tanya dia sendiri dan dia bagi jawapan tu. Hahaha.

Klu? Entah.. aku tak tahu korang ada jawapan tak? Eh… itu je yang nak diupdate. Bye.

Tuan Empunya Blog: Sedang mengalami alahan pada kulit sebab makan Maggi. Taubat aku tak nak makan Maggi dah. Uwaaa… :(

Saturday, June 22, 2013

Sunyi



Kau tahu apa erti sunyi? Sunyi itu bila kau tiada di sisi. Sunyi itu bila, setiap kali aku lakukan perkara yang aku suka seorang diri, kau akan menerjah ke dalam ingatan aku. Itu sunyi tanpa kau tahu!

Tapi tentulah kau tak tahu apa erti sunyi dalam hidup aku. Kalau tidak, sudah tentunya kau tak akan pernah tinggalkan aku begitu sahaja. Hey… sekurangnya lontarkan ucapan SELAMAT TINGGAL atau GOODBYE sebelum buat aku rasa kosong tanpa kehadiran kau. Tapi ah tentunya… aku juga melakukan perkara yang sama pada kau bukan? Sebab itu kau tak mahu ucapkan kata itu pada aku. Karma untuk aku.

Ah… aku rindu tapi kau mana pernah tahu rasa rindu yang aku pada kau. Sadis bukan? Tuhan sahaja yang menjadi tempat meluahkan. Tak apa. Sudah bertahun-tahun aku hidup tanpa kau di sisi, dari saat aku melihat dunia lagi, masakan satu hari tanpa kau, aku tidak mampu. Tapi jujur, aku sunyi tanpa kau semalam.

Boleh aku minta kau temani aku hari ini seperti selalu dan jangan pernah tinggalkan aku? Janji? *hulur jari kelingking dengan senyuman*

*Ini autopublish*


Nota tuan empunya blog: Mood merepek telah tiba. Hahaha. 



Friday, June 21, 2013

Kubur



Kalau aku tak marah kau, aku bunuh kau. 
Jadi kau bertuah sebab aku hanya marah kau bukan bunuh kau. 
Bukankah orang kata, marah itu tandanya sayang. 

Ah.. pergi kubur la sayang, persahabatan tu semua. 
Semua dah terkubur. 

Aku kuburkan perkenalan kita 
Sebagaimana kau hiris hati aku dengan kata-kata kau.
Bye. *sight*



Thursday, June 20, 2013

Quotes #60




Life is like a book, some chapters sad, some happy, and some exciting. But if you never turn the page, you will never know what the next chapter holds.


Nota kaki: Dalam erti kata lain, life has a lot of fascinating, enjoyable and happy moments that awaits you. Jadi move on from sadness. Hiks. :D




Wednesday, June 19, 2013

Wordless Wednesday #18



Nota reenapple: Picnic hari tu. Haha. ~30 May 2013~

Tuesday, June 18, 2013

Menoleh

Kadang-kadang tanpa dia sedar, dia menoleh ke belakang. Kata-kata itu, ayat-ayat itu, perlakuan itu yang pernah bikin dia terluka berlegar dalam fikiran dia. Sakit tapi dia hanya mampu senyum sinis sahaja melihatkan mereka dari jauh. Bukan dia mahu sangat menoleh ke situ, cuma kadang-kadang ada waktu, hatinya meminta sahaja dan dia turutkan sahaja. Tak apa. Kali ini hati dia sudah sembuh.

Satu perkara yang dia pasti, keadaan tak akan pernah jadi seperti dulu. Tiada lagi mereka dalam hidupnya. Semuanya kini hanya menjadi memori yang bakal dia lupakan satu hari nanti. Masa sahaja penentunya. Masing-masing membawa haluan sendiri. Semuanya disebabkan kebodohannya.


Sakit bukan bila maaf kau dipandang sepi? Sakit bukan bila diri kau ditolak hingga jatuh terluka dan mereka tak mahu menghulurkan tangan lagi. Hanya memandang sahaja sebelum berlalu pergi. Tak cukup dengan itu, dilemparkan dengan kata-kata yang menghiris hati kau.


Ah.. tak apalah. Sekurangnya ini lagi baik. Hal mereka bukan lagi urusan dia. Walau mungkin ada sekelumit rasa yang tidak menyenangkan apabila melihatkan mereka-mereka itu walau dari jauh. Tak apa… dia maafkan sahaja semua dosa mereka pada dia walau maaf dia itu dipandang sepi. 



Monday, June 17, 2013

Hanyut



Kadangkala aku senyum sinis melihat kehidupan dia
Tak sedarkah dia bahawasanya dia sedang berbahagia di atas kesedihan orang lain
Tak sedarkah dia apa yang telah dia lakukan itu akan ada balasan
Tak sedarkah dia apa yang dia ada ini hanyalah sementara sahaja

Tak sedarkah dia?
Yang dia makin lama makin hanyut dengan permainan dunia



Sunday, June 16, 2013

Masak-Masak

Di satu hari (hari ini) di mana tiada orang sangat di rumah. Mami pergi kerja.. Hanya tinggal aku dan kakak sepupu aku. Jadi kami berdua cadang nak masak untuk tengahari. Hehe. Jadi, kak sepupu aku cadang nak masak Kailam Ikan Masin dengan Ayam Masak Kunyit. Yang sebenarnya aku tak tahu sangat nak masak. Resepi pun tak ada. Jadi kitaorang just main masuk je bahan apa yang ada. Oh, tentunya bahan yang ada kaitan dengan apa yang kitaorang masak. Dan hasilnya....

Kailan Ikan Masin
*Sos Tiram tak ada*

Ayam Masak Kunyit
*kenapa taugeh?. Stock sayur tak ada. Haha*

Apapun still sedap even nampak macam tak menarik. Haha. Tapi bak kata Mami, still kena improve lagi. Okey la. Boleh dimakan bukan? Haha. K. Itu je yang aku nak update. Muahahaha.

Nota reenapple: Aku sememangnya tak pandai masak. Jadi ini first time aku masak lauk selain nasi goreng. Haha

Saturday, June 15, 2013

Menanti


Bila dia kata dia mahu pergi hari itu, aku hanya mampu mendiamkan diri sahaja. Padahal dalam hati, sememangnya tak mahu dia pergi. Aku tidak tahu bila dia akan kembali. Mungkin sahaja tidak akan pernah kembali. Dan mungkin sahaja, aku melutut merayu padanya supaya tidak pergi, dia tetap akan pergi juga bukan? Itu keputusannya. Tiada apa yang mampu mengubahnya melainkan keajaiban sahaja.


Pada hari dia berangkat pergi, aku sedikitpun langsung tidak memandang mukanya. Dia ucapkan selamat tinggal, tapi aku hanya mendiamkan diri. Dia ukirkan senyuman tapi aku tidak balas. Hati aku ketika itu menjerit meminta untuk dia kekal di sini tapi tentulah suara aku tidak mahu turut serta. Aku lihat saja dia menghilangkan diri di sebalik pintu kaca itu. Sungguh, hati aku terhiris.


Aku harap dia akan menoleh ke belakang saat itu, tapi dia tidak. Dia melangkah ke hadapan tanpa sedikitpun berasa kasihan pada aku. Air mata aku ketika itu sudah mengalir. Tidak kasihankah dia pada aku? Dia muncul, kemudian dia pergi. Kemudian dia muncul lagi dan kemudian dia pergi. Kali ini mungkin pergi tak akan pernah kembali.


Dan sekarang, aku sendiri tidak tahu kenapa aku berdoa pada Tuhan agar aku dipertemukan dengan dia sekali lagi. Sekali itu sudah cukup. Mungkin. Ah… Tuhan, boleh berikan peluang itu pada aku suatu hari nanti? Aku mohon.


Nota reenapple: Tetiba dapat idea ketika dengar lagu Just Want You To Know-Backstreetboys. :P


Kawan Lelaki

Orang selalu kata lelaki dan perempuan tak boleh hanya sekadar menjadi kawan sahaja. Sebab salah seorang tentunya akan tewas dengan perasaan. Sama ada yang si lelaki atau yang si perempuan. Aku nak setuju pun tidak. Nak bangkang pun tidak. Entah.

Aku ada kawan baik lelaki. Err… aku rasa dia je kot kawan lelaki aku yang paling baik dan aku ada. Bila aku ada masalah, or whatever story I have, aku akan ceritakan pada dia. And he did the same thing too. But of course antara dia dan aku hanya persahabatan sahaja. Even kitaorang selalu SMS dan kadang-kadang borak kat telefon sehingga satu jam lebih. Haha.


And of course, tentunya ada yang salah faham but kitaorang cuma kawan. Dia tak ada feeling kat aku dan aku pun tak ada feeling kat dia. Aneh bukan? Dia tahu semua crush aku dan aku tahu siapa yang ada crush dengan dia. Haha.

Masa dark side aku buat aku ‘jatuh’ hari tu, aku cari dia. Aku masa tu, perlukan someone to talk. A guy to talk sebab aku tahu, kawan perempuan aku hanya mampu jadi mendengar. Dan diorang tak boleh nak bagi sebarang suggestion. And I call him. Aku cerita semuanya pada dia. Dari A sampai Z. Macam malu jugak la, aku cerita tu dengan nangis-nangis. Dia sampai cakap, “Ini bukan (nama aku) yang aku kenal.”Sebab aku yang dia kenal mana pernah menangis depan dia. Yaaa… situasi hari itu buat aku down gila-gila. 

Memula dia marah aku, sebab aku dah tak jadi tabah macam dia kenal aku dulu.Haha. But then he did gave me solution dan sebab tu aku dah okey sekarang ni. Hehe. And then, kadang-kadang bila aku jumpa quotes yang best, aku share kat dia. And he did the same thing too. Hehe. 

But honestly, kitaorang cuma kawan sahaja.Kawan yang selalu buat sengal to each other. Hahaha. Kawan sampai bebila. Insyallah.

Siapa kata lelaki dan perempuan tak boleh hanya setakat menjadi kawan sahaja? Aku rasa yang itu apply on certain cases la kot. Hehehe Eh.. chiow. :D


Friday, June 14, 2013

Crush itu UJIAN sahaja.




Soal hati dan perasaan ni memang sukar untuk difahami. Tertanya-tanya kenapa hati kita selalu suka pada orang yang tak suka kita dan kenapa kita tak suka pada orang yang suka kita? Sehinggalah aku dapat jawapan. Semua tu UJIAN sahaja. Punya one-sided-love adalah UJIAN. Kita jadi one-sided-love for someone else adalah ujian. Itu semua ujian.

Sort of funny macam mana aku boleh terfikir macam tu. Hal ini timbul bila kawan aku tanya. Crush itu sebenarnya adalah ujian sahaja. Crush will remain crush. Not more and not less. Orang yang kita ada crush with, tak akan pernah jadi milik kita. Sebab ia bukan jodoh kita. Walau betapa kita mengharapkan, dia tak akan kekal lama di hati kita.  Sebab itu ia digelar crush. Sebab ia tak akan kekal lama bukan?

Bukan salah kita sebab ada perasaan pada orang yang kita suka tapi dia tak suka kita. Tuhan hadirkan perasaan itu pada kita sebab DIA mahu uji kita. Sekuat mana kita mampu handle ujian yang DIA bagi.

Aku pernah salahkan diri aku sebab ada feeling ada seorang lelaki. Lelaki yang aku tak suka at the beginning. Sampai satu saat, aku dah tak mampu nak handle semua tu, aku doa pada DIA supaya dihilangkan perasaan itu and yes, HE answer my prayer.Dan perasaan itu hilang. :)

Sometimes, ada crush ni bagus juga. Sebab crush maybe akan buat kita senyum.  If  kalau mampu buat kita senyum. Haha.Tapi cuma satu je la yang tak best, dia tak akan pernah jadi milik kita. Mencintai tidak semestinya memiliki bukan? Senyum.



Thursday, June 13, 2013

Lelaki




Lelaki yang pakai cermin mata nampak handsome. Lebih-lebih lagi yang sedang baca buku. Heee


Nota reenapple: Aku tak tahu kenapa dengan aku lately. Asyik terserempak dengan lelaki yang duk baca buku je.Dan mereka bercermin mata dan kebanyakannya boleh tahan rupanya. Ke aku tengah mimpi? Sila cubit saya. Heee. -_-!


Wednesday, June 12, 2013

Nak buang atau tak?


Tengah asyik kemas bilik, aku terjumpa buku nota yang aku tulis puisi. Ada tarikh di situ. Aku tulis tahun 2012. Dan yaa... aku baca satu persatu. Aku senyum sambil hati aku sebak. Tak tahu kenapa... maybe sebab puisi-puisi tu ada kaitan dengan seseorang. Seseorang yang dah lama aku tak ingat.

Tertanya-tanya aku, should I throw away that book or just keep it? Tapi buku tu bukan ada puisi je, ada nota-nota dan appointment yang aku tulis semester lepas. Dalam erti kata lain, itu adalah buku conteng aku. Haha

Anyway... Perlu ke buang? Tapi aku sayang nak buang. Buku kot. Even hanya buku nota. Kalau tak buang, kan beg aku tak muat lak. Errr.

Sesal



Kali pertama dia tanya aku suka dia atau tidak, aku nafikan.

Kali kedua dia tanya, aku nafikan lagi. Padahal perasaan itu sudah bercambah sedikit.

Kali ketiga dia tanya aku, aku hanya diamkan sahaja. Tidak tahu sama ada mahu mengiyakan atau menafikan.

Kali keempat… ah tak ada kali keempat. Kali ketiga adalah kali terakhir dia tanya aku.

Bila aku jumpa dia lagi hari itu, aku sedar, keadaan sudah berubah. Aku dan dia kini orang asing. Saling mengenali tapi langsung tiada sapaan. Sama ada dari aku atau dari dia. Kami hanya senyum tawar sebelum membawa haluan masing-masing.

Dan sekarang, dia menghilang entah ke mana. Dan yaa… aku rindu dia.




*Ini autopublish*

Tuesday, June 11, 2013

Kistot #22: Hati



"Hai, dimana boleh saya dapatkan hati awak?"


"Disana." Sambil menuding jari ke arah tong sampah.


Nota reenapple: Lupakan mereka. 



Monday, June 10, 2013

Dilema


Kadang-kadang aku harapkan dia kembali. Kadang-kadang aku harap tak.

Sebahagian diri aku mahu dia kembali, dan sebahagian lagi tak mahu.

Sebahagian diri aku merindui momen-momen itu tapi sebahagian diri aku mahu melupakan

Sebahagian diri aku mahu mengiyakan sahaja perasaan itu, sebahagian lagi mahu saja menafikan. Walhal sebenarnya aku tak tahu perasaan apakah itu.



Sebahagian diri aku mahu jenguk lagi tempat itu, sebahagian lagi tak mahu. Katanya nanti aku yang akan terluka.

Sebahagian diri aku mahu terima kepalsuan dia, sebahagian lagi mahu menolak kepalsuannya. Walau bukti kepalsuan dia ada di tangan aku.

Aneh bukan diri aku yang satu lagi. Sudah tahu dia itu palsu, buat apa mahu mengharapkan keajaiban lagi. Buat apa mahu menanti sesuatu yang palsu. Whatever you do, things are not going to change. It will remain there. Unspoken and unchanged.

Tak apa. Separuh sudah sembuh, hanya menanti separuh lagi sembuh. Dan bila masa itu tiba, aku akan hilang ingatan tentang itu.

Nota reenapple: Let’s just being cold heartless person shall we? That’s much better for us.


*Ini autopublish*


Sunday, June 9, 2013

Hujan

Aku suka waktu hujan. 

Kadang-kadang bila hujan, aku akan duduk di beranda rumah sambil perhatikan hujan. Aku suka waktu hujan. Aku tak tahu kenapa, dalam banyak-banyak waktu, aku suka waktu hujan. Hari-hari yang panas dan tiba-tiba sahaja hujan. Aku suka waktu itu. Aku rasa tenang saja dengar bunyi hujan.

Kadang-kadang bila aku kat luar dan hari tu hujan, aku akan hulurkan tangan ke dalam hujan. Mungkin tak basahkan diri aku tapi cuma basahkan tangan aku saja. Macam aku harap akan ada orang sambut tangan aku ketika itu. Haha. Dan masa itu juga beri aku ketenangan. Dan yaa… aku akan senyum ketika itu.

Anyway… aku still suka waktu hujan walau aku juga suka waktu malam yang ada banyak bintang. Hehe.. Even sometimes,ketika hujan turun, akan ada memori masa silam menerjah minda aku ketika .itu dan ada sometimes air mata aku mengalir keluar tapi aku still senyum lagi. Sebab itu aku suka waktu hujan. Ia buat aku tenang.

Indah bukan ciptaan Tuhan? 

You're never alone.

Nota reenapple: Ketika ini ditulis, waktu hujan di tempat aku dan beberapa kenangan masa dulu muncul dalam minda aku. Senyum.





Kistot #21: Mati


Aku harap dia bebetul mati bila dia cakap dia bakal mati hari itu. Bila dia cakap ajal dia makin dekat.Bila dia cakap ajal dia satu kepastian. Anyway... ajal setiap manusia memang satu kepastian bukan? Cuma bila, Tuhan sahaja yang tahu. 

Aku senyum saja bila aku dengar kawan aku kata dia terlantar di hospital hari itu. Padan muka dia! Siapa suruh tipu aku! Siapa suruh permainkan perasaan aku! Padan muka dia!

Berhabis ribu jugak wang yang aku labur untuk dia. Kononnya penyakit dia memerlukan pembedahan yang berkos tinggi. Jadi aku sedekahkan sahaja wang itu pada dia. Kononnya aku ingat dia bebetul akan mati. Tapi rupanya tak! Dia gunakan “wang untuk pembedahannya” untuk berjoli dengan perempuan lain. Siapa yang tidak berasa geram.

Sebelum aku serahkan cek yang berjumlah ribuan RM tu, dia tak tahu aku dah siasat latar belakang dia. Dari situ aku tahu permainan dia. Celaka betul buaya darat seperti dia.

Hari ‘pembedahannya” aku tidak dapat bersamanya sebab aku ada urusan di luar negeri. Padahal dia tak tahu aku sudah upah seseorang untuk mengawasi gerak-gerinya. Bukan hospital yang dia menginap tapi hotel mewah luar Negara. Sekali lagi perkataan celaka aku hulurkan pada dia.

Dan beberapa hari selepas itu, ketika hari pengebumiannya, aku hadir. Tapi ah… tentunya aku berpura-pura sedih dengan kematian dia. Dia mati ketika dia terlantar di hospital selepas terlibat dalam kemalangan. Kononnya kemalangan. Ah… tak ada siapa pun yang tahu hal sebenar melainkan aku dan Tuhan. Aku sebenarnya sudah rosakkan brek keretanya. Haha. Aku ingatkan dia akan mati dalam kemalangan rupanya tak. Dia masih hidup walau hanya tinggal nyawa-nyawa ikan.

Dan malam yang dia mati, aku melawatnya untuk kali terakhir di hospital. Aku serahkan makanan kegemarannya yang mengandungi racun. Jadi, kamu yang baca ini tahu kenapa dia mati bukan? Mati sebab aku. Yaa... ajalnya hampir tiba. Tapi dia tak tahu, aku yang bakal mematikan dia. Haha.

Tak apa. Ini dosa aku dengan Tuhan. Sekurangnya dosa dia dengan aku tak akan muncul lagi. Aku hapuskan dosa dia kepada aku. Baru adil bukan? Aku tolong hentikan dosa dia walau aku tambahkan dosa aku. Sekurangnya dia mati dan aku mampu mulakan hidup dengan gembira. Senyum!

Nota reenapple: *Aku dapat idea ketika chat dengan Nong Andy. Hehe*



Friday, June 7, 2013

Facebook.


Ada satu hari tu, aku berbual dengan kawan aku. And then dia tetiba cakap pasal Facebook aku. Dia kata, boyfriend dia tersalah tafsir FB aku tu lelaki sebab nama aku. Dan yaa… si boyfriend cemburu. Huuu

Yaaa… memang ramai yang tersalah tafsir FB aku tu FB milik lelaki. Mungkin sebab nama yang digunakan. Ehh… aku bukannya guna nama sesuka hati, cuma tu memang nama aku, nama panggilan aku. Errr… maybe sebab aku guna gender MALE . Haha. Jangan tanya kenapa aku letak gender MALE kat FB. Ia memang dah macam tu sejak aku buat FB tahun 2009. Tak berubah sampai sekarang. Entah. Aku tak ada keinginan nak ubah tu.

Ataupun ia sebab aku tak pernah guna gambar sendiri sebagai profile picture. Aku jarang upload gambar sendiri. Aku just biarkan kawan-kawan aku tagged aku je. Entah. Jangan tanya aku kenapa aku tak guna gambar sendiri sebagai profile picture. Bukan aku tak ada keyakinan, cuma entah, perangai aku memang macam tu. Haha. Tapi kawan-kawan alam realiti aku tahu itu aku. Seorang perempuan. Heee


Aku pernah ingat, ada seorang budak perempuan PM aku, Yaaa… dia add aku selepas berbalas komen kat group U aku. And yes, aku approve dia memandangkan dia satu U dengan aku. Dan ada satu malam, dia PM aku, out of sudden.  Ceritakan dia punya masalah dan juga pasal seorang budak lelaki yang aku kenal. Dan aku cuma tolong mana yang boleh.

Chat punya chat, tetiba je dia cakap, “Nanti awak jangan ingat saya ada hati kat awak lak.” Aku dalam hati, apa kena dengan budak ni? . Aku tanya kenapa, dia cakap, lelaki yang dia selalu baik dan chat, selalu perasan yang dia ada hati kat lelaki tu. Aku cuma senyum je, bila baca ayat dia tu. Okey, dia ingatkan aku ni lelaki. Hurmmm. Gila nak ada ada hati pada first time chat. Kenal physically pun tak. Kalau aku jadi lelaki pun, aku tak akan cepat jatuh hati pada perempuan yang chat dengan aku untuk pertama kali. Ehhh.

Aku ingatkan dia dah tahu aku ni perempuan. Errr… maybe aku balas chat dia macam lelaki kot? Entah.  Dan sehinggalah dia stalk FB aku, and realize yang aku sebenarnya perempuan bila ada orang panggil aku “Kak” kat salah satu post.  Yaa… aku tahu dia malu selepas tu sebab keesokan harinya dia remove aku. Haha. But aku tak kisah sangat since aku tak kenal sangat budak tu. 


And then, aku pernah ingat bila aku buat in a relationship dengan kawan baik perempuan aku kat FB. Sesaje je masa tu. Dan tiba-tiba ada budak lelaki add aku kat FB. Dan mutual friendnya adalah kawan aku tu. Dan bila diselidik, rupanya budak lelaki tu ada hati kat kawan perempuan aku. Huuuu.

Aku rasa, maybe aku ada ability nak menyamar jadi lelaki. Haha. Boleh create satu FB palsu guna nama lelaki, and then letak gambar lelaki yang dikira handsome dan mulakan meng-add orang sembarangan. Dan kalau aku bernasib baik, akan ada budak perempuan yang PM aku and then borak-borak sehinggalah aku cakap kat dia jangan jatuh hati pada saya. Wahhhh... psikonya idea ni. Hehe.(Tapi tak elok permainkan perasaan orang dengan cara ni)

Sekarang ni, bila aku nak add orang yang aku kenal kat FB, aku akan perkenalkan diri aku dulu. Huuu. Takut diorang tersalah tafsir. Haha. Tapi aku dah lama tak add orang kat FB. Malas dan tak berminat. Huuuu.


Nota reenapple: Sekarang ni, aku tak tahu kenapa aku rasa insecure dan trauma dengan FB. Nak taip dia  punya link pun dah buat aku kecut perut.Jadi aku abaikan FB aku untuk sementara waktu. Aku biar kawan aku pegang FB aku dan aku tak ada keinginan nak mintak password dari dia. :(



Thursday, June 6, 2013

Quotes #59


Dalam dunia ni, tak ada KALAU. Ada sebab dan tujuan mengapa hati kita disakiti, dilukai sampai kita rasa tak mahu hidup lagi.DIA maha mengetahui. Teruskan sahaja hidup dengan hati yang bakal sembuh itu sampai kau lupa kesakitan itu. Senyum.

Suka


Awak tahu saya suka awak bukan?
Tak. Ini bukan suka sebagai seorang kawan.
Ini suka lebih dari seorang kawan.
Jadi, boleh awak terima perasaan saya?



Nota reenapple: Kalaulah meluahkan dengan kata-kata semudah makan ice cream. Hmmm. Apa-apa pun, diam adalah keputusan yang terbaik. 


*Ini autopublish*



Wednesday, June 5, 2013

Quotes #58


Kadang-kadang ada manusia yang muncul dalam hidup kita hanyalah sebagai ujian dariNYA sahaja. Tapi tentunya kewujudan mereka dalam hidup kita tidak kekal. Manusia muncul dan menghilang bukan? Senyum

Nota reenapple: Sedang berdepan dengan exam. Muehehe.Wish me good luck. :)

Sunday, June 2, 2013

Untitled #13


Aku sebenarnya punya banyak soalan untuk ditanya. Boleh aku tanya soalan-soalan itu sekarang? Atau diamkan sahaja sampai aku lupa apa soalan yang aku mahu tanya itu? Apa-apa hal... lebih baik minta petunjuk dariNYA bukan?