Friday, May 31, 2013

Quotes #57


Forgive those who have hurt you in the past. But more than this, forgive yourself for allowing them to hurt you.



Wednesday, May 29, 2013

Tawar Hati


Dia mintak aku jatuh cinta dengannya, padahal dia tak pernah tahu aku pernah… pernah punya perasaan sebegitu pada dia. Tapi dia sahaja yang tidak sedar. Aku senyum sahaja bila dia luahkan perasaannya. Aku senyum sahaja tanpa berkata apa-apa. Mereka kata diam itu lebih baik. Jadi aku pendamkan perasaan aku itu bertahun-tahun lamanya. Aku pendamkan sahaja bila aku lihat dia dengan perempuan lain. Sakit bukan?

Ah.. ini balasan sebab jatuh cinta pada sahabat sendiri. Akhirnya aku percaya, lelaki dan perempuan tak mungkin akan menjadi sahabat sahaja. Salah seorang tentunya akan tewas dengan permainan perasaan dan aku yang tewas. Tewas dengan diri sendiri. Mungkin sedikit menyesal. Mungkin.

Aku tanya dia, kenapa baru sekarang dia sedar kewujudan aku? Dia diam. Aku hanya mampu senyum sahaja. Soalan mudah sebegini dia tidak mampu jawab. Kalau dia cakap Tuhan sudah hadirkan perasaan dia untuk aku, tentunya aku terima. Tapi dia diam sahaja ketika itu. Aku tahu dia sedang memikirkan jawapan yang mahu diberikan pada aku. Jadi, dari situ aku tahu tahap keikhlasan dia. Mungkin tiada langsung rasa ikhlas itu. Mungkin.


Tanpa menjawab soalan aku, dia memohon lagi pada aku, agar diterima perasaannya. Aku senyum saja sambil minda aku tertanya-tanya, kalau aku luahkan pada dia beberapa tahun yang lepas, adakah dia akan terima perasaan aku? Masa dulu dengan masa sekarang adalah sesuatu yang berbeza. Terlampau. Aku belajar itu.

Dia cuma kata, dia berasa cemburu melihat aku dengan lelaki lain. Aku senyum sahaja mendengar ayatnya yang itu. Dia tidak pernah tahu, itu yang aku rasa setiap kali aku lihat dia melayani perempuan lain. Sakit tahu. Walau itu hanyalah di laman sosial. Dan dia juga beritahu betapa dia rasa kehilangan bila aku menghilangkan diri dari laman sosial hari itu. Tiba-tiba sahaja aku rasa semua itu palsu.Tertanya-tanya aku apakah permainan dia kali ini.

10 minit mendiamkan diri, aku ambil keputusan untuk beredar. Tiada guna lagi berada di situ sebab hati aku tiada lagi dia. Aku muncul hanya sekadar atas dasar persahabatan sahaja. Dan yaa… aku menolak perasaannya. Maaf.

Aku tarik nafas sambil aku pegang dada aku. Di situ terletak hati aku. Hati aku sudah punya pemilik baru. Tak. Ia milikNYA sejak dari dulu lagi. Hanya aku sahaja yang buta dengan permainan dunia. Aku biarkan DIA jaga hati aku untuk sementara waktu ini. Sehingga DIA hadirkan perasaan itu lagi pada waktu yang sesuai. Aku yakin itu. Senyum.

Sekarang hati aku kembali kepada pemiliknya.
Nota reenapple: Tiada perkaitan di antara yang hidup dan mati. Senyum.





Monday, May 27, 2013

Persinggahan



Awak datang 
Kemudian awak pergi
Kemudian awak datang lagi
Kemudian awak pergi lagi.

Entah bila awak mahu kekal di sisi

Ah.. mohon jangan dilayan hati saya sebegini
Ia bukan tempat persinggahan awak.



Sunday, May 26, 2013

Review: Can You Keep A Secret



Ini buku yang aku rasa dah lama publish, tak silap aku tahun 2005, masa aku umur ehem ehem. Haha. Tapi aku baru beli tahun 2013. Cis… sedih tak? Wuwuwuwuwu. Kemain aku ingat buku latest sebab aku tak pernah nampak kat bookstore, rupa-rupanya ia adalah cetakan yang kali keberapa entah. Heh. Ke aku yang tak perasan?

Citer ni pasal Emma Corrigan yang secara tak sengaja reveal all her secret to stranger that she met on airplane. Masa tu dia ingat dia akan mati since flight dia masa tu ada problem. Oh, stranger tu adalah seorang lelaki. Lalalala.

Tapi ada satu yang Emma tak tahu yang stranger yang dia ter-reveal all her secrets tu, rupanya adalah big boss dia. Hebat tak.. hahaha.Banyak perkara berlaku masa Jack kat tempat kerja Emma. Huuu. But then, tanpa disangka rupanya si stranger tu, Jack Harper actually ada hati kat dia since insiden dalam flight tu. 

Jadi selepas Emma break up dengan ex-boyfriend dia, terus si Jack ambil alih nak mengurat.  Aku tak tahu macam mana nak describe but jalan cerita buku ni sort of interesting. Berbeza dari apa yang aku baca kat novel cinta melayu. Huuu  Sebab tu aku dah tak baca novel cinta.

Bila baca watak Emma Corrigan ni, aku rasa aku macam dia sikit. Cepat kelam-kabut and cepat fikir bebukan. Ehehehe. Rasa macam comel je bila Emma ajak Jack dating ikut cara dia. Even tak berjalan seperti yang dirancang but everything looks OK except Emma yang cepat gelabah tak tentu pasal. Nasib baik Jack jenis yang cool.

Part yang paling best, bila Jack accidentaly ter-reveal secrets Emma kat satu show. Sadis kan. Rahsia yang kau simpan bertahun-tahun dihebohkan melalui media. Huuuu. Dasyat But then Jack minta maaf after that, cakap dia tak berniat. A lot of things happen masa tiba part ni. How Jack salah faham dengan Emma and so on.

Eh… tapi cerita ini sebenarnya bukan pasal love story sangat. It’s about trust, secrets and so on. Maybe si penulis nak tunjukkan tak selamanya kita mampu simpan rahsia kita. Haa. Lebih-lebih lagi kalau rahsia tu berkaitan dengan ketidak puasan hati. And then beware when you with stranger. You might, out of sudden reveal your secrets without wanting it. Heeee

Aku bagi 5 bintang penuh. Huuu. K bye. Tu je yang nak diupdate.



Nota reenapple: Menanti buku yang tiba dari KL. Entah sampai ke tangan atau tak. Heeee. 



Quotes #56


Adakala kita senyum tanpa kita sedar dan senyuman tanpa sedar itulah yang paling menawan.




Nota reenapple: Ada ketika di minda, kau menjelma kembali. Take care wherever you are.



Saturday, May 25, 2013

Blog baru.



Tadi aku delete blog and then aku create blog baru guna link yang sama. Sebab apa aku delete blog? Ada iklan lucah apa entah.  Aku tanya kawan aku, dia tak tahu. Fikir punya fikir, and then aku decide nak delete blog tu, blog yang dah 3 tahun dengan aku. Haha. Nasib baik aku dah back up entry3 yg lepas. Dalam masa 3 jam lebih jugak la duk edit blog baru even cuma guna post3 lama. Penat. 

Papepom.... iklan lucah tu dah tak de, Haha. Tapi yang sadisnya... semua follower dah hilang. Heee... and then aku tak tahu apa yang berlaku selepas ni. Huuu. Oh, cakap pasal blog baru... aku ada satu lagi blog. Sila terjah SINI. Blog ni adalah partnership dengan 2 orang kawan blogger. Huuu.

Oh.. anyway... selamat datang blog baru even fizikalnya dan lahiriahnya adalah sama. Bye.




Friday, May 24, 2013

Penat


Aku penat dengan mainan perasaan ini. 
Aku penat dengan mainan emosi ini.

Tuhan... 
Mohon jadikan aku manusia yang tidak berperasaan
Aku mohon.

Sebab aku dah penat dengan permainan duniawi ini
Cukup sahaja aku punya perasaan pada KAU

Nota reenapple:  Dear past, stop tapping me on the shoulders, I don't want to look back.

Jejaka dan Gadis


Pada satu ketika dulu, ada jejaka dan gadis. Yaaa… mereka bersahabat baik. Terlampau baik sehinggakan manusia-manusia di sekeliling tersalah anggap akan perhubungan mereka berdua.Si jejaka akan selalu ada bilamasa si gadis memerlukan tempat untuk meluahkan masalah. Selalu ada. Dan begitu juga dengan gadis itu. Mereka berdua selalu ada untuk satu sama lain. Sama ada saat gembira atau sedih.



Dan sehinggalah bila si gadis meluahkan perasaannya pada si jejaka itu. Si jejaka itu yang sememangnya tiada keinginan untuk punya hubungan lebih dari seorang kawan, menolak perasaan gadis itu. Katanya, lebih baik difikirkan perkara yang penting dari ini. Tambahan lagi, si jejaka itu mahu tumpukan pada usahanya untuk mencapai cita-cita sebelum memikirkan hal sedemikian.

Walau bagaimanapun, mereka tetap berkawan seperti waktu dulu. Waktu sebelum si gadis meluahkan perasaannya. Namun… rasa cemburu tetap ada dalam diri si gadis itu setiap kali melihat si jejaka berbalas komen dengan perempuan lain di facebook, walhal perempuan itu hanyalah kawan sekelas jejaka itu. Dan yaaa… si gadis masih mengharapkan jejaka itu walau masa depan mereka kelihatan kabur.

Dan sehinggalah ada satu saat itu, bila semuanya berubah. Si gadis mahu berubah. Dan si jejaka hanya menyokong sahaja perubahan gadis itu walau dia tahu, akan ada perubahan berlaku. Yaa… sememangnya ada perubahan.

Semenjak perubahan itu, si gadis dan jejaka tidak lagi menghabiskan masa seperti dahulu. Mereka membawa haluan masing-masing. Mungkin sahaja di hati lelaki itu, dia rasa sunyi tanpa kehadiran gadis itu. Tapi ah, mujur sahaja Tuhan tidak biarkan lelaki itu keseorangan. Tentunya lelaki itu menjumpai kawan baru tapi situasinya tidak sama. Dan ah, tentunya dia masih berkawan dengan si gadis itu walau tidak serapat dahulu. Satu saja yang lelaki itu harus tahu, dia selalu ada dalam doa gadis itu.

Mereka membawa haluan masing-masing
Masa berlalu, sehinggalah ada satu saat itu, bila seseorang datang merisik si gadis. Saban malam si gadis memohon petunjuk dariNya. Sama ada patut diterima atau tidak pinangan itu. Hatinya mungkin sahaja masih mengharapkan pada si jejaka itu. Pernah jua diceritakan pada si jejaka itu dan jawapan dari jejaka hanyalah, “Mintak petunjuk dariNYA.

Dan si gadis berbuat sedemikian. Selepas beberapa lama, si gadis akhirnya menerima pinangan lelaki yang merisiknya. Itupun selepas mendapat pandangan dari ahli keluarganya dan orang-orang terdekat. Dan si jejaka? Hanya mampu sahaja berdoa kebahagian untuk gadis itu. Jodoh gadis itu bukan dengannya. Mungkin sahaja di hati jejaka itu kecewa. Mungkin sahaja tapi Tuhan tahu yang terbaik untuk hambaNYA. Itu yang jejaka katakan pada dirinya.

Dan sekarang?  Si gadis sedang membilang hari diijabkabulkan dengan jodoh yang telah ditetapkan oleh Tuhannya. Dan jejaka? Mungkin sahaja Tuhan telah hadirkan perasaan cinta dalam dirinya kepada seseorang. Mungkin pertama kali jatuh cinta. Senyum.
 
Setiap orang sudah punya takdir tersendiri yang Tuhan telah tetapkan untuk mereka.

Nota reenapple: Based on a true story. Errr… ada edit sedikit mengikut kesesuaian penulis. Oh, ini bukan kisah penulis sebab penulis terlampau muda untuk berkahwin. Mungkin juga tiada keinginan. Oh, aku dapat something dari cerita ini. Korang?

Thursday, May 23, 2013

Ujian



Borak dengan kawan aku semalam, and then she told something yang buat aku setuju dan kagum. Aku terdiam seketika bila dengar itu.

Kadang-kadang Tuhan turunkan ujian yang sama pada kita sebab kita tak pernah ambil iktibar dari kejadian-kejadian sebelum ni. Selagi kita belum sedar, selagi itulah DIA akan turunkan ujian yang sama pada kita sehinggalah kita berubah.

Dari sini, I got something. Berubah bila kita mahu, bukan sebab mereka pinta. Dan DIA sudah berikan petunjuk pada aku untuk berubah, Perlahan-lahan berubah. Senyum. :)


Wednesday, May 22, 2013

Wordless Wednesday #17

Nota reenapple: Ini comel sebab tu aku taruk kat sini. :D

11 things about me.


Ini sebenarnya kena tag dengan Nina. Hehehe.

1.       Paling suka makan apa?
Aku makan je semua asalkan halal dan tak pelik bagi aku. Ehhh

2.       Mana lagi best, FB, Twitter, Blog?
Hurm… aku rasa blog. :D

3.       Lahir tahun berapa?
19xx something. Haha

4.       Suka lelaki taff atau berisi? (soalan cepumas *tingtong)
Yang ni aku tak tahu nak jawab. Haha

5.       Pandai menganyam ketupat?
Tak pandai.

6.       Anak yang ke berapa dalam keluarga?
Err.. aku anak pertama.

7.       Apa tema/kaler baju raya tahun ni?
Tak tahu lak. Biasa aku main pakai je warna baju yang Mami aku pilih.

8.       Nama manja?
Erk.. aku rasa tak ada kot. Muehehe

9.       Paling takut kena gigit apa?
Takut gigit dengan lipas. Ehhhh

10.   Pandai main batu seremban? Haaa
Pandai la kot. Dah lama tak main tu. Ehhh

11.   Nama penuh apa?
Errr… itu rahsia. Tapi boleh panggil aku Reen (bukan nama sebenar). Lalalala.


Aku tag sesiapa yang nak join segmen ni. Muahaha. Soalannya....

Soalan:
1.       Dalam banyak-banyak waktu, waktu apa yang paling disukai?
2.       Kalau ada mesin masa, zaman mana yang korang mahu kembali dan ubah?
3.       Kalau sedih, apa yang korang buat?
4.       Kenapa buat blog?
5.       Lagu kegemaran di saat ini?
6.       Warna yang paling tidak disukai?
7.       Pernah kena buli tak?
8.       Ciri-ciri teman idaman korang? Ehhh
9.       Kalau ada kawan tikam korang dari belakang, apa yang korang akan buat?
10.   Dalam banyak-banyak pengalaman hidup yang pernah korang alami, yang mana memberi semangat pada korang?
11.   Kenapa korang jawab soalan aku ni? Haha


Tuesday, May 21, 2013

Love




In life, we receive a wonderful opportunity, and that is to love and fall in love. Love comes in many forms. You love people in many different ways and for different reasons, depending upon how they have touched your life and you heart. Love is a very powerful word and can be describe by multiple of feelings, but it's still remains the same meaning. And you must remember that to love someone is doesn't mean you can be with them. Everything happens for reasons. Just remember that.


Nota reenapple: Aku ambil dari blog  ni. Aku edit sedikit. Tapi aku dah tak percaya cinta dari Manusia. Ia menyakitkan :)

Hipokrit





Kalau kau rasa dengan menjadi hipokrit bakal membuatkan kau gembira, teruskan saja menjadi hipokrit. Aku takkan halang. Sedikitpun tak. Sebab yang bakal terluka adalah kau, bukan aku. Dan aku tak mahu terheret sama dengan lakonan kau.

Jika satu hari nanti kau kembali pada aku dengan tangisan yang mana hanya aku sahaja yang memahami, hanya tisu sahaja yang mampu dihulurkan untuk kau kesat air mata itu. Sudah aku bilang berjuta kali, hipokrit itu menyakitkan lebih-lebih lagi si hipokrit itu adalah diri kau.

Baik! Aku mahu tengok berapa lama kau mampu bertahan dan bila tiba masa itu, tiada lagi rasa simpati yang mampu aku hulurkan pada kau. Masa itu akan ada sesuatu yang berubah. Aku yang berubah.

Nota reenapple: Never let our dark side take over us.

Saturday, May 18, 2013

Kistot #20: Epal


Aku hulurkan sebiji epal padanya. Dia ambil sebelum mengunyah epal itu dengan gembira. Aku hanya mengukirkan senyuman.

Macam mana rasanya?” Aku soal dia.

Manis,” dia balas. Aku senyum lagi. Dan aku perhatikan sahaja dia mengunyah epal itu sehingga gigitan terakhir.

Dia pandang aku dengan senyuman. Senyuman dia yang terakhir bakal aku lihat, mungkin. Beberapa saat kemudian, aku lihat dia rebah. Ah… epal itu berkesan! Ahli sihir itu sememangnya mahir melakukan perkara sebegini. Aku senyum dalam hati.

Perlahan-lahan aku angkat dia dan letakkan di atas katil di biliknya. Aku tatap wajahnya sepuas-puasnya sambil tangan aku membelai rambut panjangnya. Dia tidur lena ibarat seorang bayi.

Bila tiba masanya, sayang, kamu akan sedar kembali. Dan aku harap, di saat kamu sedar itu, kamu langsung tidak ingat apa-apa tentang aku. Mulakan hidup baru.” Aku usap pipinya untuk kali terakhir sebelum ciuman diberikan di dahinya.

Sebelum melangkah keluar dari biliknya, aku perhatikan lagi keadaannya. Dia tenang sahaja. Tentulah, dia tidak tahu apa yang sedang terjadi. Bahkan dia tidak akan ingat apa yang sedang berlaku ini bila dia sedar beratus-ratus tahun kemudian. Aku harap dia lupa hari ini dan hari-hari sebelumnya. Hari-hari dia bersama aku.

Aku melangkah keluar dengan niat tak akan pernah lagi pulang kembali ke situ. Tak akan. Ah… maaf.

Beberapa ratus tahun telah berlalu… lelaki itu tidak pernah kembali dan si gadis itu masih lena dengan tidurnya. Tiada langsung tanda-tanda mahu sedar. Kamu rasa apa yang akan berlaku selepas itu?

Nota reenapple: Aku sengaja biarkan ia tergantung. Siapa mahu sambung? Sila sambung di bahagian komen. Hiks. :D



Quotes #55



 You will never forget someone if you still talk about them, whether it is a pleasant story or not.



*Ini autopublish*

Thursday, May 16, 2013

Quotes #54


 
People change, love hurts, friends leave, things go wrong, but just remember life doesn't stop for anybody.  Please stay alive.

Nota reenapple: Copy and paste.

Sweet Talker



Ada satu hari, masa aku bersiar-siar seorang diri di waktu petang di kawasan U, aku terserempak dengan kawan lelaki aku. Err… actually bukan kawan pun, maybe just kenalan je kot. Sebab aku just kenal dia gitu-gitu je.  Oh… dia seorang yang handsome. Haha

And then, keesokan harinya, aku dapat SMS dari dia, “Comelnya dia jalan sengsorang petang kelmarin.” Aku dalam hati, menyampah! Kemain sweet talk dengan aku. Heh.

Lepas tu, aku balas “Haha. Kemain nak bodek.  Yeela… dah tak ada orang nak teman.”

And then dia balas, “Dah awak tak ajak.” Aku dalam hati… dia ni biar betul. Ah… mana boleh dipercayai sangat. Sebab dia sweet talker. Aku tak pernah nak percaya sweet talker. Ehhh

Aku pernah ingat, ada kawan lelaki yang pernah aku kawan dulu, pernah tetiba duduk depan aku dan cakap, siapa yang dapat aku bertuah. And then dia pernah cakap anak aku nanti tentu comel. Serius, aku tak faham apa yang dia cakap.

And then bila aku tuduh dia sweet talker, terus dia muram. Dia cakap, “Awak tahu tak, tuduhan awak tu buat saya berkecil hati.” Aku senyum je la sebelum blah dari situ. Malas nak panjangkan perbualan.

Sweet talker… aku tak pernah suka lelaki yang sweet talk dengan aku.  Donno why. Maybe sweet talker ada banyak definisi dan berbagai jenis. Mungkin. Aku tak tahu dan tak berminat nak tahu. kalau korang, apa pandangan korang terhadap lelaki yang sweet talk?

Nota reenapple: Kadang-kadang aku jadi sweet talker juga, even dengan kawan perempuan aku. Ehhhh.



Wednesday, May 15, 2013

Mimpi dan dia



Oh… aku rasa semalam aku mimpikan dia. My second and last crush maybe. Dia yang pernah berikan satu rasa disaster pada aku. 

Dalam mimpi tu, aku jumpa dia dengan adik dia. Bukan jumpa, maybe just terserempak je kot. Entah… aku pun tak tahu. But itu memang dia and his little brother. Aku pun tak tahu apesal adik dia muncul juga dalam mimpi aku even just watak sampingan. Ehhh.

Aku tak tahu aku nak pergi mana but masa tu, aku dalam bas. Oh, dia dan adik dia pun ada dalam bus tu juga. Dan yang aku pelik, dia duduk sebelah aku dalam bus tu,bukan duduk sebelah adik dia. Pelik betul! Alah… mimpi je pun. Dan seperti biasa, kitaorang tak berbual. Aku cuma diamkan diri je sepanjang perjalanan.

And then, bila bus dah sampai destinasi, aku turun, dia pun ikut sama turun. Dia dan adik dia. And out of sudden, dia cakap kat aku, “ Jaga diri baik-baik. Aku teman kau sampai sini je.” Dan masa itulah juga aku sedar dari tidur. Bila aku tengok jam, baru pukul 5 pagi. And yes, aku tertanya-tanya kenapa aku mimpi dia.

Oh… aku rasa first time, aku mimpi yang indah tentang dia. Mungkin… sebab aku tak menangis bila aku bangun dari tidur. Aku cuma senyum je bila ingat mimpi tu. Even yang sebenarnya ia cuma mimpi and tiada apa-apa maksud mimpi tu. I do remember, setiap kali aku sedar dari tidur selepas mimpikan dia, aku akan nangis. Semua pasal dia menyakitkan aku even dalam mimpi.  

Am I missing him? Aku rasa tak. Sebab dah lama aku tak ingat dia yang pernah muncul dalam hidup aku beberapa tahun lepas. Aku pun dah tak fikir pasal dia. Aku mungkin dah lupakan dia. Even perasaan disaster yang pernah aku ada pada dia pun dah hilang. I’m glad that. Tak sia-sia berdoa pada Tuhan agar dihilangkan perasaan pada dia bukan?


Entry 2012 aku, majority semuanya tentang dia. Dan cerpen-cerpen juga. Boleh tak aku kata, dia inspirasi aku dalam menulis ketika tu? Sebab aku terfikirkan dia setiap kali aku menulis cerpen. Sekarang? Tak. Aku dah tak ada inspirasi. 

Lagipun... aku tahu dia sedang berbahagia dengan kekasih hatinya. Dan aku tak mahu ambil tahu tentang dia skang ni. Even, ada satu hari tu, kawan aku tetiba cerita tentang dia, aku diamkan je. Dah tak ada rasa disaster or annoying bila dengar pasal dia. Semuanya dah hilang. Alhamdullilah.

Mungkin aku harap aku akan jumpa dia sekali lagi. Mungkin saja. Entah, aku pun tak tahu. Tapi segala rasa yang pernah aku ada pada dia dah mati. After all, aku dah lupakan dia 100%. What for still keep a hope that someday I’m gonna meet him again? Aku dah tawar hati dengan dia. 

Aku harap bila aku kembali ada feeling pada seorang lelaki nanti , aku harap lelaki itulah jodoh aku. But then, entah. Aku pun tak tahu. Sebab hati aku memang dah mati saat ini. Tak apa. Tuhan tahu bila tiba masanya. Senyum.