Sunday, March 31, 2013

Hidup ini sementara






Hidup ini hanya sementara. Betul!
Jadi buat apa mahu rasa celaka sampai merosakkan diri?
Jadi buat apa mahu bersikap celaka yang menyusahkan diri?
Dan juga mungkin menyusahkan orang lain.
Kau tahu itu bukan?
Hidup kau dan aku hanyalah sementara
Dan kenapa perlu kau buat begini pada diri sendiri?
Kenapa?

Fikir sebelum kau bertindak.
Mohon.
Mohon jangan lakukan sesuatu yang bakal melukakan hati kau lagi.
Mohon.

Hidup ini cuma sementara sahaja.
Dan Tuhan mahu kita semua bahagia.
Itu janji DIA.


Nota reenapple: Seorang yang degil. Anak sulung memang macam ini eh?

Saturday, March 30, 2013

Buku Gajah.



Masa Mami  pergi Thailand hari itu (tahun lepas kot) sebab kursus apa entah, dia belikan aku sebijik buku tulis kecil yang comel. Yaaa… ia seperti gambar di bawah. Kecil dan comel. Comel tak buku itu? Sila anggukkan kepala korang, kalau tak, aku gigit. Mueheheheh.


Memang comel dan ah.. berapa kali aku nak puji ni. Ehehehehe. Sebenarnya ada warna coklat, dan warna apa entah, tapi Mami bagi aku warna ini, maka aku ambik je la even dalam hati nak warna coklat lagi. Wuwuwuwuwu.

Dan mesti korang tertanya apa kena mengena dengan apa yang bakal aku tulis dengan tajuk entry ini? Hahaha. Sebenarnya Mami cakap, kertas yang dihasilkan adalah dari pokok. Yaaa… aku tahu fakta itu. Kertas asal dari pokok. Tapi apa yang pelik, Mami cakap, kertas tu, dihasilkan dari apa entah, but then  she said something like elephant poop. Erk. Ia macam, gajah diberikan makan sesuatu dari pokok, and then, its poop diasingkan dan boom, maka terjadilah kertas.

Aku, masa aku dengar tu, terus aku tunjuk muka keliru Tertanya-tanya dalam hati Mami ni buat lawak ke apa, Tapi sungguh bila aku cium bau kertas, tak ada pulak bau busuk apa ke. Ekekeke. Cuma bau kertas yang dikitar semula. Haha. Dan sampai sekarang aku tak tahu kesahihan fakta ini. Erk..


Nota reenapple: Sampai sekarang, buku ini masih suci. Sayang gila nak conteng kat buku ni. Eheheheheh




Untitled #11



Entah lah awak, saya pun tak tahu kenapa jadi macam ni. Yaaa… saya tahu awak penat. So do I. Walau apa-apa pun, awak tak pernah berubah. Awak tak pernah jadi matang, rasanya sebab itulah Tuhan turunkan ujian ini pada awak.  Tuhan biarkan awak mencari lagi, sebab DIA nak awak berubah. DIA nak awak jadi matang. DIA nak awak hakis perangai awak yang cepat naik angin. DIA nak awak berubah jadi lebih baik. Lebih baik pada pandanganNYA.

Saya tahu awak mampu lakukannya. Jikalau mereka mampu, masakan awak tak mampu? Percaya yang awak kuat dan awak mampu handle ujian ini. Believe me when I say you can. Yes you are!

Nota reenapple: Sedang berperang dengan diri sendiri. Mohon jangan. *geleng kepala sambil ketap gigi*




Friday, March 29, 2013

Quotes #50



It's called a break up because it's broken. It can't be fixed, so you have to let it go, and only then your pains begin to subside. The hard part about time is that it actually takes time. Sorry.

Nota reenapple: Aku terjumpa petikan ayat ini dalam 1 buku yang aku sedang baca. Hehe. Maybe tak ada kaitan dengan aku but then, ayat ini sounds COOL!



Wednesday, March 27, 2013

Buku.



Buku, mari kita kawan dua.
Kita dua sahaja.
Biarkan mereka yang telah lukakan diri aku.
Biarkan mereka yang buat aku menangis.
Biarkan sahaja mereka-mereka yang dari dulu tidak sepatutnya menjengah ke dalam hidup aku.
Mereka itu bukan reality cuma sandaran sahaja yang pada bila-bila masa akan menghilang.
Bakal menghilang dan bakal memperlakukan seolah aku tidak pernah wujud di situ.

Mari buku.
 Aku ada kamu sahaja di saat ini.
Kamu sahaja yang mampu melihat hati aku menangis.
Kamu sahaja peneman aku yang sejujurnya di kala suka dan duka.
Kamu sahaja yang aku ada selain Tuhan.
Mohon temani aku sehingga ke akhir hayat aku.
Sehingga Tuhan mengambil nyawa aku yang sementara ini.

NOta reenapple: Aku penat. Aku give up. Aku mahu mulakan hidup baru. Hidup yang lebih nyata dari sebelum ini. 



Tuesday, March 26, 2013

Kebenaran



Kamu  tahu apa yang paling menyakitkan? Kamu tahu apa yang paling melukakan kamu? Tipu. Ditipu hidup-hidup. Even kebenaran masih di depan mata kamu, kamu masih terpaksa mendiamkan diri. Sebab kamu tahu tak ada seorang pun manusia di atas muka bumi ini yang akan percaya dengan apa yang keluar dari mulut kamu. Bukan sahaja kata kamu tidak dipercayai malah mungkin akan dicaci dan dilemparkan tohmahan yang buat hati kamu terluka.

Yaaa… kebenaran itu berada di hadapan mata kamu. Apa yang kamu mampu lakukan? Diamkan sahaja dan berserah pada Tuhan sebab Tuhan itu Maha Adil bukan? 


Nota reenapple: Tuhan itu sentiasa bersama kita. Sentiasa dan tak akan pernah tinggalkan kita. Trust HIM only.


Review: NGERI



Ehehehehe.. aku beli buku keluaran FIXI lagi. Ada 6 semuanya yang aku beli hari itu. Tapi ini je yang aku sempat habiskan. Yang 5 lagi tu, maybe tunggu aku dapat cuti panjang atau waktu free yang panjang.
Buku ni pasal apa? As usual, pasal pembunuhan. Hahaha. Dah jadi feveret aku kot buku-buku macam ni. Wakakakaka.

Ia mengisahkan ada 3 orang sahabat baik, Samuel, Jo dan  Rehan kot. Dioarang ditugaskan untu buat skrip apa entah untk tugasan mereka but then semua diorang punya proposal ditolak oleh diorang punya Profesor, sehinggalah setiap skrip bunuh diorang jadi kenyataan bila ada kes bunuh berlaku.

Siapa yang bunuh? Erk.. itu aku biarkan korang tertanya-tanya la. Hahaha. Apa-apa pun, aku bagi 5 bintang penuh untuk jalan cerita sebegini. Ekekekeke.

Sunday, March 24, 2013

Sketsa dalam bus #2



Di satu malam, ketika berada dalam bus. Erk… ini bus selepas pulang dari kuliah, bukan bus nak balik kampong. Ekekekeek. Eh… sambung cerita…

Seperti biasa, aku akan ambik seat kat belakang sekali. Oh ya… seat kat belakang kosong. Dedua side kosong, baik kanan mahupun kiri. Maka aku pun duduk di belah kiri. Sebab bas lambat lagi gerak, maka aku keluarkan buku yang selalu aku bawa dari beg. Masa nak keluarkan buku tu, tetiba je ada mamat foreigner duk sebelah aku. Eh… maksud aku, mamat foreigner tu duk sebelah kanan punya.

Aku sememangnya buat donno je. Tambah-tambah lagi aku duk dengar Mp3 masa tu, so I don’t care. Haha. Sehinggalah tetiba sahaja mamat foreigner tu bersuara.

Haii… how are you?Itu yang aku dengar dia kata. Aku kan masa tu tengah dengar lagu so aku tak dengar sangat. Aku tengok dia dengan mata terkebil-kebil. Tertanya-tanya dalam hati kalau dia memang sedang cakap dengan aku. Haaa.. betullah, bila dia pandang aku dengan senyuman sambil ulang lagi soalan tu.

Aku pun balas. “I’m fine.” Dengan senyuman padahal dalam hati aku malas. Penat weh masa tu, tetiba lak stranger ajak berbual. Heh. Memang aku tak ada mood. Tambah lagi, dia kacau aku nak baca buku. Heh.

Lepas tu, dia tanya aku boleh ke tak speak in English. Aku senyum je la sambil balas. “A little bit.” Haha. And then, dia pun tanya lagi. Kali ini dalam bahasa Melayu. Memula terkeluar BM dia tu, aku ingat dia tanya apa. Serius, aku tak tahu benda soalan Bahasa Melayu dia tu. Lepas beberapa kali duk ulang, barulah aku faham. Dia tanya berapa umur aku. Haha.

Sayangnya mamat foreigner tak handsome macam si Chace ni. =_=!

Tahu aku jawab apa? AKu jawab aku umur  25. Haha. Padahal sebenarnya lagi muda dari itu. Ekekekeke. Mamat foreigner tu pandang aku dengan hairan. Dia tanya aku lagi, “You’re 25? You look 19.”

Aku pun senyum je la sambil ucap terima kasih. Kemain nak bodek aku. Pergh! Ke sebab muka aku memang macam budak sangat? Ehhh. Abaikan semua itu.

 Lepas tu dia tanya aku, manusia kat Malaysia ni dah boleh kahwin bila cecah umur 25. Aku pun angguk je la. Lepas tu dia cerita lak yang kat Negara dia, umur 25 tu tak boleh kahwin lagi sebab biasanya kat Negara dia, 30 something baru diorang kahwin. Sebabnya? Aku tak dengar sangat sebab aku sibuk dengan buku. Aku ada dengar perkataan, house, finance and sort of it. Aku main angguk je. Haha. Oh, dia asal dari South Africa. Lalalala.

Lepas tu dia tanya aku lagi, aku dah kahwin ke belum? Aku jawab tak. Lepas tu lak dia tanya aku dah ada boyfriend ke belum? Yang ini aku angguk je. Tertanya-tanya gak aku kalau aku cakap aku single, adakah dia akan meminta nombor aku? Erk… perasannya aku. Hati saya masih pada orang Malaysia. Wkakakaka.

Kemudian, sejurus aku cakap aku dah ada boyfriend, terus dia kata, “I see my friend over there.” Aku angguk je sebelum tengok dia blah cenggitu. Fuhh… selamat aku. Dan aku teruskan pembacaan aku dengan tenang. Happily ever after. =)


Keep calm and continue reading. =)

Saturday, March 23, 2013

Dia


Betullah, dia itu siapa mahu difikirkan lagi. Dia itu siapa mahu diingati lagi. Dia itu siapa kau mahu terluka dengan sikapnya. Dan ah… bukan dia sahaja kawan kau. Dan bukan sahaja dia yang kau ada. Untuk dia yang seperti itu, buat apa kau mahu lukakan hati kau dengan sikapnya itu?

Bagitahu aku, apa penting sangatkah dia dalam hidup kau sehingga kau abaikan mereka di sekeliling kau? Penting sangatkah dia dalam hidup kau sehingga kau mahu mengalirkan air mata sebab dia? Terlampau sayangkah kau pada dia sehingga kau terluka dengan sikap dia? Dia. Kenapa dia? Dalam banyak-banyak manusia mengapa dia? Tak ada manusia lainkah yang kau mahu pilih untuk bersedih?


Dia. Kau sayang dia? Yaaa… aku tahu. Tapi dengan dia yang langsung tidak tahu rasa sedih kau, dengan dia yang langsung tidak tahu, sikapnya itu sekali lagi merobek hati kau, perlulah kau tangisi sikapnya itu?

Yaaa… aku tahu dia tidak bersalah. Dan kau juga. Tak ada siapa yang bersalah dalam hal ini. Cuma, ingat sahaja ini, manusia berubah dan itu termasuk dia. Kau tak boleh harap dia akan kekal menjadi seperti dia yang kau kenali satu tika dahulu. Dia juga punya kehidupannya sepertimana kau punya kehidupan kau.

Jadi? Mohon jangan bersedih sebab dia. Sedangkan dia sendiri tidak tahu hal sebenar. Hal yang dia telah melukakan kau untuk sekali lagi. Yaaa… aku tahu kau tak mahu salahkan dia sebab kita berdua tahu itu bukan salah dia. Dan itu juga bukan salah kau. Itu hak dia. Hak dia untuk berkawan dengan sesiapa sahaja. Aku pinta kau teruskan hidup reality kau dengan gembira. Mohon. 

Nota reenapple: Hidup ibarat secawan kopi tanpa gula. Permulaannya pahit, tapi bila ditambah gula, manis. Jadi, kau mahu hidup kau penuh dengan rasa pahit? Get a life please. Sincerely, THE OTHER ME.


Hidup



Hari-hari dia melepaskan keluhan. Yaaa… dia tahu itu sebenarnya tidak elok. Agamanya melarang berbuat sedemikian tapi ah… dia bukannya manusia yang sempurna. Masih lagi melakukan kesilapan. Masih lagi dalam keadaan yang tidak sempurna seperti mereka-mereka itu.

Sedih? Tak. Dia tak sedih. Dia terima semua ujian yang ditimpa kepadanya dengan terbuka. Walau ada seketika dia pernah menyoal. Kenapa dia? Kenapa ujian ini? Kenapa? Kenapa? Tapi benar, setiap apa yang berlaku itu punya hikmah. Mungkin di saat ini, dia tidak mengerti, tapi ia tidak mungkin juga satu hari nanti, dia akan peroleh segala jawapan pada soalan yang pernah disimpannya.



Soalan? Rasanya dia cuba berhenti memaksa dirinya dari mengeluarkan soalan lagi. Ada sesuatu yang harus dia tidak ambil penduli dari dia cuba mengambil penduli. Itu berkemungkinan akan melukakannya. Dengan siapa, kenapa, bagaimana… itu semua sudah terkubur dalam dirinya. Mungkin sahaja dia tidak mahu lagi menyoal. Mungkin juga dia mahu tangguhkan sahaja soalan-soalan itu sehingga soalan itu terjawab dengan sendirinya. Yaaa… soalan-soalan itu melukakannya.

Hidup? Yaaa… dia cuba hidup seperti biasa. Seperti tiada apa-apa pernah berlaku dalam hidupnya. Mungkin sahaja berlagak seperti biasa itu mampu menenangkan dirinya. Mungkin sahaja berlagak gembira seperti selalu mampu membuat dirinya melupakan kesakitan itu, walhal dalam hati, hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Ah… dia cuba ukirkan senyuman selagi dia mampu walhal mungkin sahaja senyuman itu bukan lagi yang jujur darinya. =)


Friday, March 22, 2013

Kawan



Kadang-kadang kita akan tahu siapa kita pada kawan kita bilamasa dia cari kita. Adakah dia cari kita masa ketika dia senang atau dia cari kita ketika dia susah? Atau mungkin sahaja kedua-keduanya?

Entah. Dah dewasa bukan? jadi dah tahu yang mana baik dan buruk bukan? Tahu yang mana salah dan betul bukan? Dan kau sendiri tahu bilamasa kau dipergunakan bukan?


Thursday, March 21, 2013

Quotes #49



Be careful with who you choose to love, because once you start falling, you can never go back up, and if that person doesn't catch you, you'll forever be broken.


Wednesday, March 20, 2013

"Ikut kau la"



Boleh tak jangan guna ayat "Ikut kau la" sebab itu akan buat aku lagi terluka. Mungkin akan buat aku tersentap. Haish. Yaaa... aku tahu situasi tak sama. Our situation is different. Dan aku bukan jenis yang dengar kata. But seriously, ayat itu yang aku paling tak suka orang kata kat aku. Don’t know why.

Aku pernah ingat masa kawan lelaki aku cakap ayat tu kat aku, jujur, rasa sentapnya mak aih… boleh buat aku rasa nak tembak je si yang mengeluarkan ayat tu. Aku lagi selesa orang cakap “Lagi baik kau fikir leklok” atau “think carefully” atau apa-apa. Tapi mohon jangan sebut ayat tu. Rasa annoying pun ada juga.

Masa Mummy sebut kat aku pun, aku dah rasa nak merajuk. Wuwuwuwu. Ah.. yaaa. Kebelakangan ini aku asyik hot temper dan itu suatu yang tidak elok. Hmmmm
=_=!


Wordless Wednesday #13



Insomnia.



Dowh… aku insomnia lagi. Huuuu. Tak tahu kali ini sebab aku terminum kopi dua kali atau sebab sebab ada benda yang aku fikirkan? Erk… Ah… apa pulak aku fikirkan?Entah… aku mana tahu. 

Sebab itu aku tak boleh minum kopi lagi, bila aku minum, memang ketagihan pada kopi akan kembali. Heh. =_=!

Gosh… I need to sleep. Please let me sleep. Please. =(

Nota reenapple: Disebabkan aku tak boleh tidur, maka aku mahu siapkan assingment. Ekekeke. Sila puji saya rajin. =P


Monday, March 18, 2013

Terganggu.




Awak ni, tak tahu ke saya nak tidur? Yaaa…. Saya tahu awak sedang bergembira berbual dengan si kekasih hati but please, respect my privacy like I did to you. Silap hari bulan saya tinggikan suara kat awak. Heeee.

Nak marah awak, tapi disebabkan awak itu saya boleh kategorikan sebagai budak lagi, maka saya tahan je. Saya pendam je. Sebab tak ada guna nak cari pasal dengan budak macam awak. Silap hari bulan, saya yang dikatakan tak matang sebab cari pasal dengan budak-budak. Heh.

Gosh… I don’t know how I can be patient like this. It’s been 2 years. 2 years okey! Dan kesabaran saya tak adalah ada banyak lagi. Dah nak sampai dia punya limits. I remember those things that you make me wanna bite you every second. Geez…. Serius, bila imbau itu, memang saya rasa macam nak gigit awak. Oh maybe rasa macam nak sepak terajang juga. Oh, bukan nak sepak awak, nak sepak rasa ketidakpuasan hati saya terhadap awak. Itu yang sepatutnya.

Nota reenapple: Ditullis dengan waktu tidur yang terganggu. Heh. =_=!




Saturday, March 16, 2013

Cinderella



Kamu rasa di zaman sekarang, ada atau tidak kisah kisah seperti Cinderella? Atau kisah seperti Bawang putih dan bawang merah? Kamu rasa, masih wujudkah love story sepertinya akan muncul si prince charming akan bertemu cinta yang telah ditakdirkan untuknya? Adakah kamu berharap yang si Prince Charming akan muncul selamatkan kamu? Kamu rasa prince charming seperti dalam kisah dongeng itu wujud tak? Kamu rasa?

Kamu rasa masih ada kah kisah cinta sebegitu? Kamu rasa? Penat sebenarnya menunggu sesuatu yang tidak pasti.

Nota reenapple: Hati aku sudah kosong dan aku hanya mampu tersenyum sahaja. =)



Friday, March 15, 2013

Buang



Dia mahu buang hati itu.
Hati yang sekali lagi terluka.
Hati luka itulah yang buat dia menangis.
Hati luka itulah yang buat dia kecewa.
Hati luka itulah yang menganggu masa tidurnya.
Hati luka itulah yang buatkan dia rasa cemburu.


Ah… kenapa kau degil?
Sudah aku bilang,
Jangan sesekali jatuh hati lagi.
Lebih-lebih lagi pada si dia yang asing bagi kau.
Kenapa kau degil?
Dan lihatlah
Siapa yang menanggung rasa luka?
Aku.
Aku yang menanggung semua ini.
Aku mahu campak kau,hati yang luka itu.
*cari tong sampah*
Padan muka kau!






Father



Bila satu ketika adik ayahnya berbual dengannya, mengatakan apa yang pernah dibualkan bersama ayahnya suatu ketika dulu, dia mendengar penuh perasaan walau ketika itu dia punya tiada reaksi terhadap apa yang dikatakan oleh mak ciknya itu.

Adik ayahnya itu, menceritakan, ayahnya pernah tertanya-tanya siapa yang akan membacanya ayat-ayat suci Al-Quran apabila dia tiada di dunia ini. Dia ketika itu mahu saja menjawab, dia! Tapi disebabkan mulutnya tidak mahu berbunyi, maka dia katakan sahaja dalam hati.

Mungkin disebabkan dia tidak membesar bersama ayahnya, makanya hubungan mereka tidak rapat. Cukup sahaja dia menghormati lelaki itu sebagai ayahnya walhal sedikit pun dia tidak pernah menyayangi ayahnya. Mungkin sahaja disebabkan sikap tak endah ayah padanya suatu ketika dulu, maka dirasakan ada jurang yang besar berbanding keluarga yang membesarkannya. Ah... maaf.

Ah… dia tahu dia bukan anak yang baik. Tapi dia cuba sahaja mendoakan kesejahteraan lelaki yang bergelar ayahnya itu. Walau mungkin itu sebenarnya sudah terlambat. Mohon Tuhan lindungi ayahnya walau dia mungkin sekarang ini tidak mampu lagi untuk menjalankan tanggungjawab sebagai anak yang baik. Mohon Tuhan ampunkan segala dosa ayah. 


.

Thursday, March 14, 2013

Di satu hari...



Kadang-kadang menyeronokkan bila duduk melepak di satu tempat sorang diri. Oh yaa… sila pastikan tempat itu adalah tempat yang menjadi kawasan orang lalu-lalang. Haha.

Kau akan lihat gelagat manusia yang berbeza. Ada yang terkejar-kejar ke kelas sambil pegang 2 3 biji buku yang tebal di tangan.

Ada yang sedang bercakap di telefon tanpa hiraukan orang yang lalu lalang. Nasib baik dia tak langgar budak perempuan tadi. Kalau tak, kesian kat budak perempuan tu nak bangun nanti. Yeelah, pakai kain terbelah, okey. Kah kah kah.

Ada pulak si boyfriend pegang buku-buku si girlfriend-nya sambil berjalan dan berbual sesama mereka. Ouch… ini sweet. Mohon bakal boyfriend saya juga sebegitu. Tapi tak ada guna juga. Sebab sem ini sem akhir, maka tiada harapan nak cari boyfriend ketika belajar. Itulah… siapa suruh ego sangat dulu. Hmmm.

Ada juga lelaki yang kacak dan handsome tadi. Ehehehe. Tapi mujur, tidak terkena panahan cinta pandang pertama. Wakakakaka.

Oh… dan ada juga yang pandang aku semacam. Erk… mungkin sebab aku asyik senyum seorang diri. Yeeela, siapa yang tidak mahu gelak bila tengok pelbagai ragam manusia di hadapan. Nasib baik aku sedang minum susu coklat dengan senang hati walau hal semalam masih lagi berbekas. Kikiki.

30 minit berbuat sedemikian, akhirnya aku sedar, hidup sebenarnya indah. Kita sahaja yang mengandaikan ia bencana sebab sesuatu perkara yang tidak ditakdirkan berlaku dalam hidup kita. Terima kasih benarkan aku hidup. =)


Nota reenapple: I didn't choose to fall in love. My heart did. Sorry.

Wednesday, March 13, 2013

Untitled #10



Argh… hati saya rasa macam dipijak-pijak oleh beluncas. Yaaa… beluncas itu kecil tapi pijakan si kecil beluncas itu mampu membuatkan hati saya sakit. Oh dan mungkin turut sama kecewa. Apakah perasaan ini?





Crush



Kalau crush awak suka pada kawan awak, apa yang awak akan buat?
Awak akan biarkan sahaja? Lihat mereka bergembira sedangkan hati awak terguris sampai awak rasa macam nak mati?
Atau awak akan luahkan hal sebenar?
Atau awak akan diamkan sahaja sehingga mati sehingga rasa pada crush itu akan hilang?
Atau awak terima sahaja cinta si dia yang bertahun-tahun menanti awak?
Apa yang awak mahu buat?




Tuesday, March 12, 2013

Quotes #48


Semua orang tak sempurna. Kalau kau nak salah kan dia atas dosa silamnya, maka kau yang tidak sempurna akal. Sekurangnya dia sudah bertaubat. Dan kau? Masih lagi terumbang-ambing hidup kau. Mohon jaga tepi kain kau sebelum jaga tepi kain orang. 

Nota reenapple: Okay. Saya dah akui awak dah sentuh hati saya sedikit. Sikit je. Tak banyak. Mohon tidak merebak. Mohon

Monday, March 11, 2013

2 dalam 1


*Gigit #2*

Aku mahu gigit dia.
Gigit sampai dia lebam.
Gigit sampai dia lemah.
Gigit sampai aku puas hati.
Gigit sampai dendam terbalas.
Itu balasan yang dia patut terima
Sebab buat aku begini.
Haha. *Ketawa jahat*


*Berubah*

Rupanya bukan kita yang berubah.
Aku.
Aku yang berubah
Dan bukan kau.
Bukan kita.
Aku yang berubah.
Ada benda yang tidak kekal.
Dan itu termasuk kau dan aku.
Mungkin aku sahaja.
Mungkin.
Mohon terus gembira bersama dia. 

Saturday, March 9, 2013

Gigit



Mari kita gigit dia.
Gigit dia sampai dia lebam.
Gigit dia sampai puas hati.
Gigit dia sampai dia lemah.
 Gigit dia sampai dia tak bernyawa.
Lepas itu aku bagi kau sedut darah dia sepuas-puasnya.
Aci tak?


Wednesday, March 6, 2013

Wordless Wednesday #12







Tuesday, March 5, 2013

Kistot #18: Sayang.



Aku sayang dia sangat-sangat sebab itu aku senyum sahaja bila dia curang depan mata aku. Bukan sekali. Berkali-kali. Tapi sebab apa entah, aku simpan dia lagi. Dan dia berlagak seolah-olah aku tidak tahu hal sebenar. Ah… bodoh bukan dia? Yaa… aku tahu. Dia memang bodoh sebab ingat aku percaya pada kebodohan dia.

Sayang….” Dia bersuara. Seperti biasa dengan suaranya yang nyaring. Rasanya dia cuba mengedik. Ah… macam la aku tak tahu. Tentu dia mahu sesuatu dari aku.

You lepas kan I?” Haa… kan aku dah kata. Aku cuma senyum sahaja melihat air matanya mengalir. Kali ini aku takkan terpedaya dengan lakonannya lagi. Ah… pathetic betul perempuan sebegini. Menggunakan air mata untuk mendapat apa yang dia mahukan.

Sayang… please?” Sekali lagi dia bersuara. Aku senyum lagi. Aku perhatikan wajahnya. Penuh dengan calar dan lebam. Itulah siapa suruh tidak mendengar kata!

You patut minta I lepaskan you awal-awal lagi. Masa you mula-mula curang dengan I, bukan begitu sayang?

Aku ukirkan senyuman sekali lagi melihat riak terkejut di wajahnya. Mungkin hairan bagaimana aku tahu tentang itu. Tentang kecurangannya.

I… I… I janji tak akan buat lagi. Please, lepaskan I… you sayang I bukan?” Aku ukirkan senyuman mendengar itu.

Sebab I sayang you, I buat you macam ni. Ini tanda I sayang I pada you…” Aku lihat wajahnya dipenuhi dengan titik peluh. Pisau di atas meja aku capai sebelum aku mendekati dia. Makin bertambah pucat wajahnya itu. Dan aku? Tenang sahaja melihat keadaan itu.

Mata pisau itu aku halakan pada wajahnya, perlahan-lahan aku goreskan satu ukiran di kulit wajahnya yang mulus itu. Dia menjerit kesakitan. Aku ukirkan senyuman lagi. Dia pandang aku dengan rasa gerun.

Please…” sekali lagi dia merayu. Kali ini dengan nada suara yang lemah. Tapi aku tidak hiraukan dia. Sekali lagi aku aku halakan mata pisau aku ke arah tubuhnya. Perlahan-lahan mata pisau itu turun ke dadanya. Di situ… di situ terletak hatinya.

Hati you kat sini bukan?” Aku bersuara sambil mengukirkan senyuman. Aku lihat dia mengelengkan kepala. Mungkin tahu apa yang bakal aku lakukan seterusnya.

I nak you rasa bagaimana sakitnya hati I,” Aku menekan mata pisau sehingga kelihatan bajunya yang putih bertukar warna merah. Ah… tentunya dia menjerit. Tapi aku biarkan sahaja. Dia pandang aku lagi. Kali ini dengan lemah. Terlampau lama. Aku senyum lagi sebelum aku halakan pisau ke arah lehernya dan ZASSSSSSS, dengan satu kelaran dia terkulai layu di situ. Tidak bernyawa tentunya.

Sebab aku sayang dia sangat-sangat, itu yang aku mahu jadi  orang terakhir yang lihat dia hidup.

Habis!

Mati!
Nota reenapple: Dapat idea dari Twitter. Ekekeke.



Monday, March 4, 2013

Here to the past.



Tetiba je rasa diri ini tak berguna sangat. Terlampau. Bila orang dah melangkah ke hadapan, aku still terkehel-kehel nak belajar berjalan. Bila orang dah mulakan hidup baru, aku baru saja nak hampir ke penghujung apa yang dimulakan dulu. Bila orang sedang bersuka ria sesama mereka, aku cemburu sebab tak  dapat join diorang. Huh... jahat bukan?

Yaa... aku jahat. Tak pernah jadi baik pun. Bila aku cuba nak kuat, adalah suara-suara yang nak jatuhkan kembali kekuatan aku. Kadang-kadang rasa lagi baik jauhkan diri dari manusia dari dekatkan diri. Dan juga kadang-kadang ada perkara yang kita harus tidak ambil tahu dari cuba ambil tahu. Nanti ia menyakitkan hati. Baik.... aku berhenti buat perkara yang menyakitkan aku. Sekian.


Nota reenapple: Tak tahu apa kena dengan aku kebelakangan ni. Asyik mood psiko je. (T.T)




Friday, March 1, 2013

Kau siapa sebenarnya?




Kau siapa mahu buat dia menangis?
Kau siapa mahu lukakan hati dia dengan kelakuan kau?
Kau siapa mahu buat dia cemburu melihat layanan mesra kau pada si dia?
Kau siapa mahu buat dia kecewa seumur hidup?
Kau siapa yang buat dia terlampau sayangkan kau?
Kau siapa yang muncul dalam kehidupan dia secara tiba-tiba?
Kau siapa yang mahu buatkan hati dia pecah sekali lagi?
Kau siapa dalam hidup dia?

Kenapa perlu dia berduka dengan sikap kau?
Kenapa perlu dia mengalirkan air mata sebab kau?
Kenapa harus kau yang buat dia punya perasaan sebegitu?
Kenapa perlu kau yang wujud dalam hati dia?
Kenapa? 
Kau siapa sebenarnya?
Ujian sahaja atau punya maksud tertentu?


Nota reenapple: Untuk dia yang langsung tidak tahu kewujudan aku.