Thursday, January 31, 2013

Perempuan #2



Perempuan mudah jatuh hati pada lelaki yang melayan mereka dengan baik. Dengan lemah lembut yang mana mampu membuatkan perempuan itu salah faham. Adakah lelaki ini melayannya sebegini sebab suka padanya atau ia sememangnya sifat semulajadi lelaki itu? 

Lelaki, mohon jangan buat perempuan keliru diatas layanan kamu jika kamu sememangnya tiada perasaan lebih dari seorang kawan pada mereka. 

Nota reenapple: Bercakap berdasarkan pengalaman sendiri. 


Tuesday, January 29, 2013

Tercabar.



Kawan-kawan sebaya aku ada yang dah kahwin dan bakal berkahwin tak lama lagi. Memang la aku tumpang gembira dengan diorang. But still, jauh di sudut hati, aku terasa tercabar. Haha. Tak tahu pekebenda aku merepek ni.

Kebanyakan diorang kahwin dengan pilihan sendiri, yang mana kebanyakannya diorang punya in a relationship tu bermula dari zaman sekolah. Hehee. Bertahan lama juga hubungan diorang itu. Semoga kekal sehingga ke akhirat. Amin.

Apesal aku rasa tercabar? Entah. Aku pun tak tahu. Memang la bagi aku diorang kahwin terlalu awal. Yeelah… aku belum lagi habis belajar diorang dah send wedding invitation kat aku. Wah wah wah. Umur aku sekarang ni, aku rasa terlampau awal nak kahwin. Lagipun aku bajet nak kahwin umur 30.. kih kih kih. Itupun kalau ada orang nak masuk meminang aku. Ehhh.

Aku rasa aku dah lama pegang status single. Haha. Entah… aku dah tak berminat dengan komitmen sebegini. Entah bila nak bukak hati lagi ini. Yang penting, tahun ni aku ada banyak benda nak capai. Dan buang status single tak ada dalam list. Huuu.

Ah… apa kebenda aku merepek ni. Mohon abaikan.




Sunday, January 27, 2013

Takut



Bila satu ketika itu,
Rasa takut mencengkam diri
Mahu saja dia menangis.
Tapi menyesal tiada gunanya
Harus kekal tabah dan terus berusaha mungkin.

Bila rasa takut itu
Kembali menyelimuti dirinya
Mahu saja dia berhenti sahaja,
Tamatkan segala apa yang pernah dia mulakan
Walau baru sahaja pertengahan jalan
Tapi dia cuba lagi
Cuba kuat
Dan cuba berubah
Dia cuba.

Friday, January 25, 2013

Kistot #16: Adam



30 minit dia menanti. Kelibat pensyarah masih belum muncul. Perlahan-lahan dia berjalan ke arah budak lelaki yang berada tidak jauh darinya.

Tumpang tanya…” Dia segan sebenarnya. Ini pertama kali dia cuba bercakap dengan budak lelaki yang tidak dikenalinya.

Ya?” Lelaki itu memandangnya.

Sebenarnya ada kelas ke tak hari ini?

Err… tak tahu la. Kitaorang pun dah lama tunggu. Kejap, nak tanya kawan nanti bagitahu ek.

Dia menganggukkan kepala sebelum kembali kembali ke tempat duduknya. Beberapa ketika, lelaki itu datang ke arahnya memberitahu kelas hari ini dibatalkan sebelum lelaki itu kembali ke tempatnya.

Dia kemudian mengemaskan buku-buku di meja sebelum dimasukkan ke dalam beg. Dia bangun dan melalui tempat lelaki itu.

Tak nak balik lagi ke?” soalnya lagi pada lelaki itu.

Nak balik lah ni. Jom..” Lelaki itu mengajaknya.

Err… kau kos apa eh?” Dia mula bersuara tatkala menyedari dirinya sedang berjalan bersama-sama lelaki yang baru dikenalinya itu. Mereka sedang menuju ke arah perhentian bas.

Accounting.” Lelaki itu menjawab. Lelaki itu memandangnya, menanyakan soalan yang sama.

Sama la.” Dia mendiamkan diri selepas itu. Tidak tahu apa yang harus ditanya lagi.

Kau asal mana?” lelaki itu menyoalnya pula.

Kelantan,” dia menjawab.

Kelantan? Tak ada bunyi loghat Kelantan pun," Dia hanya mengukirkan senyuman sahaja mendengar ayat ini. 

Kau pula asal mana?” Kali ini gilirannya menyoal.

Terengganu.”

Dia pandang muka lelaki itu. Tak ada ciri-ciri orang Terengganu pun.

Tak lah. Gurau je. Asal Selangor.” Lelaki itu bersuara lagi. Seolah-olah memahami dirinya dalam kekeliruan.

Dia menganggukkan kepala.

Nama kau?” Lelaki itu menyoalnya lagi.

Anis. Kau?

Adam.” 

Perbualan berhenti di situ. Sejak hari itu dia cuba mengelak dari lelaki itu. Kalaulah bukan nama Adam, tentunya mereka akan jadi kawan. Dan mungkin dia tak akan terima hukuman sebegini. Pendam perasaan  cinta pada lelaki itu yang punya nama yang pernah dibenci satu ketika dulu. Mungkin.

Habis!




Ego.


Kadang-kadang ego memakan diri. Kau suka orang tu tapi kau ignore dia depan mata. Bila dia pandang kau, kau buat-buat tak nampak. Bila dia balas balik apa yang kau buat kat dia, kau kecil hati. Bila kau dah tahu dia dah ada awek, masa itulah kau rasa kecewa tetiba. Erk...

Bila kau rasa kau dah tak mampu nak tahan rasa sakit yang melibatkan dia, kau rasa meluahkan itu jalan terbaik tapi sebab ego, kau tahan lagi. Katanya kepala otak kau, dia itu tiada ciri-ciri lelaki yang kau nak, Makanya buat apa mahu meluahkan bukan? Padahal hati kau masa tu memang tak tahan rasa sakit.  Setiap kali kau tengok dia dengan awek dia, memang hati kau akan terluka gegiler tapi sebab ego, kau tahan. Padahal kau tak tak tahu sebab ego tu, hati kau sekarang ni dah jadi tak punya perasaan dek terlampau menahan rasa sakit sebab keegoan.


Sunday, January 20, 2013

Quotes #46



Kadang kala harus juga menjadi jahat untuk kebaikan diri sendiri. Takkan selamanya mahu diri dibuli oleh mereka mereka  yang sewenangnya mengatakan diri mereka itu baik. Manusia baik takkan mengaku mereka itu baik. Heh.


Friday, January 18, 2013

KISTOT #15: Upahan


Dia bersedia.

Satu kelaran di lengan dilakukannya. Dia tersenyum puas. Makin puas bila darah mengalir. Diperhatinya mangsanya itu. Langsung tidak tahu apa yang dilakukannya. Tidur lena dengan suntikan ubat bius yang diberinya sebentar tadi. Dia berjalan sekeliling tubuh lelaki itu yang dibaringkan di atas katil. Langsung tidak terjaga.

Diletakkan mata pisau ke arah muka kacak lelaki itu. Dia mengukirkan senyuman tatkala darah menitis dari wajah itu. Dia kemudian mengalihkan pandangannya ke arah dokumen yang diterima beberapa hari lepas. Dokumen yang berkaitan dengan mangsanya ini. Perlahan-lahan dia berjalan ke arah dokumen itu. Dibacanya sekali lagi. Mangsanya ini merupakan seorang kasanova yang celaka. Sudahlah menghancurkan hidup gadis-gadis, dan yang paling dia tak dapat terima, mempergunakan duit gadis-gadis tersebut. Ah… celaka betul lelaki sebegini!

Beberapa jam kemudian, lelaki itu terjaga. Dia mengukirkan senyuman. Perlahan-lahan dia bergerak ke arah lelaki itu. Kali ini diikatkan lelaki itu ke kerusi dengan rantai besi.

Anna?” lelaki itu bersuara. Dia mengukirkan senyuman sinis. Lelaki itu bergerak ke kiri dan ke kanan. Mungkin mahu melepaskan diri.

Itu bukan nama aku. Aku prefer Jessie kalau kau tak kisah.

Kenapa kau buat begini?” Sekali kali lagi lelaki itu bersuara. Lelaki itu memandang gadis di hadapannya dengan tidak percaya.

Well, kau boleh anggap yang aku orang upahan yang diupah untuk membunuh kau.” Dia mengukirkan senyuman sinis. Tidak sia-sia menggoda lelaki ini. Mudah sahaja memasuki jeratnya.

Siapa yang upah kau?”Lelaki itu menjerit. Rasa takut mengerumuni dirinya. Takut dengan kematian mungkin.

Itu aku tak tahu. Yang aku tahu, ganjaran lumayan akan aku terima setelah aku selesai tamatkan riwayat kau.”

Kau sanggup membunuh aku yang tak bersalah ini?” Ayat terakhir yang keluar dari mulut lelaki itu benar-benar buat dia berang. PAPPP!!! Ditamparnya lelaki itu. Puas!

Kau? Tak bersalah? Fikir lah apa yang kau dah buat selama ini. Permainkan perasaan wanita sebelum kau kikis duit mereka. Kau cakap kau tak bersalah?

Lelaki itu menelan air liurnya. Ah… bagaimana gadis di hadapannya ini tahu kisah silamnya?

Oh and then, aku bukan bunuh sahaja sesiapa yang minta aku laksanakan permintaan mereka. Aku siasat dahulu sama ada mereka itu patut dibunuh atau tidak. Begitulah aku lakukan kerja aku.”

Mangsanya dalam ketakutan.

Sekali lagi lelaki itu menelan air liur. Otaknya ligat memikirkan siapa yang sanggup membalas dendam padanya.

Jadi bagaimana kau mahu membunuh aku? Tikam aku dengan pisau di tangan kau?” Lelaki itu cuba bersikap  berani.

Dia mengukirkan senyuman sinis. Dia tahu dalam hati lelaki itu, ketakutan sudah menyelimuti dirinya.

Aku tak akan menikam kau dengan pisau aku. AKu biarkan kau mati dengan racun dan juga tembakan. Darah kau terlalu kotor untuk aku gunakan pisau aku.”

Racun?

Yaaa… racun. Air yang kau minum beberapa jam sebelum aku suntik kau dengan ubat bius mengandungi racun yang mampu melemahkan sistem tubuh kau dan mungkin juga mematikan.”

Dia tersenyum sinis melihat lelaki itu dalam ketakutan. Dia mengerling jam tangannya.

Aku rasa dah sampai masa kau.

Lelaki itu menelan air liur. Tiba-tiba sahaja dadanya terlampau sakit. Rasanya seperti terdapat bara api dalam tubuhnya. Tiba-tiba sahaja dia memuntahkan darahnya.

Tolong…

Dia hanya mengukirkan senyuman sinis bila lelaki itu meminta tolong. Perlahan-lahan dia mengeluarkan pistol dari belakangnya dan BANGGG!!! Satu tembakan dilepaskan ke arah kepala lelaki itu. Serta merta mangsanya mati. Dia tersenyum sinis. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.

Jess… ada tugas baru. Kau dah selesai dengan tugas itu?” Kedengaran suara lelaki di hujung talian.

Sudah.

Jumpa aku ditempat biasa.” Talian dimatikan. Dia memandang ke arah mayat mangsanya. Perlahan-lahan dia memetik pemadam api sebelum menjatuhkannya ke lantai. Seluruh kawasan itu dipenuhi dengan api. Dia tersenyum lagi bila api itu menyambar tubuh lelaki itu. Tugasnya ini selesai!

Dia selesai.

Nota reenapple: Ini tak layak dipanggil kistot aku rasa sebab panjang. Haha. Jadi aku gelarkan ia Kispang. Ekeke. Oh, aku rasa tak seram sangat. Huuu.



Wednesday, January 16, 2013

Home Sweet Home.




 Malam ni aku naik bas balik kampung. Lalalala. Jangan cemburu. Dah lama aku homesick ni even agak sedih berpisah dengan kengkawan yang tak tahu bila lagi akan jumpa but aku harap persahabatan kitaorang akan kekal sampai akhir hayat. Keep in touch yaaa.  Ekekeke


Wordless Wednesday #11


Nota reenapple: Life is all about choices. You decide yours.



Monday, January 14, 2013

Quotes #45



Life doesn’t change, but people do. So learn to accept that not everybody is who you thought you knew.

Nota reenapple: 16hb balik rumah. Yeah!!!

Sunday, January 13, 2013

Quotes #44



Pretending to be happy when you are in pain, is just an example of how strong you are as a person. Be happy. Always be happy no matter what circumstances has made your heart broken.



Saturday, January 12, 2013

Sketsa dalam dewan exam.



Di satu hari dengan persiapan sepenuhnya untuk menjawab paper pertama di bulan peperiksaan, aku melangkah masuk ke dalam dewan peperiksaan. Berdebar? Err… tak juga. Mungkin tak adalah rasa nak berdebar sangat sebab entah, even itu adalah subjek yang aku kira susah, but still, aku masih bertenang.  Maybe sebab dah selalu dengan exam. Muahahaha.

Makanya, mahu dijadikan, bila tiba giliran untuk mengambil seat. Dalam slip exam sememangnya dah di-set-kan di meja nombor berapa so, masa melangkah masuk dewan exam, memang aku tak bukak lagi slip exam aku yang telah aku lipat segi empat. Dan dan dan bila aku bukak je, memang buat aku bertepuk dahi aku. Mengapakah?


Hal ini kerana, baru aku perasan yang slip exam dalam tangan aku tak ada mention meja aku nombor berapa. Oh no… dahlah masa tu semua orang dah duduk. And then tetiba lecturer sebut nama aku, aku pandang dia yang sedang tunjuk tangan dia ke arah satu meja kosong. Aku dalam hati masa tu, lecturer ni mesti tak tahu yang student kena duduk ikut seat yang telah ditetapkan. Haha.

Tapi aku tak duduk kat situ sebab aku tahu kat situ untuk group lain. Last-last kat group aku, aku nampak ada 3 meja kosong. Maka aku pun duduk salah satu. Aku memang dalam hati yakin teramat-amat yang itu adalah seat aku tapi bila ada budak lelaki kelas aku datang tempat kata tu meja dia, aku terus bangun dan menyorok di balik tiang. Haha. Malu seyh. Haha

Last-last bila semua orang dah duduk, and then aku realize ada seat kosong. Aku pun duduk je kat situ. Haha. Kawan sekelas aku yang duduk sebelah aku kata, duduk je. Haha. Makanya aku pun duduk la di situ sehingga tamat peperiksaan. And then bila balik, terus aku print yang lain slip exam. Nasib baik nombor seat yang aku duduk masa exam tadi dengan nombor seat dalam slip adalah sama. Huuu. Dasyat betul exam kali ini. Kikiki.


Thursday, January 10, 2013

Tunggu


Aku tunggu.
Aku selalu tunggu
Sampai aku mahu.
Tapi bila sampai satu tika itu
Bila aku rasakan menanti itu
Sesuatu yang sia-sia sahaja
Maka aku beredar.
Mengikut sahaja arah yang telah ditentukan olehNYA.
Itu mungkin yang terbaik.


Aku lepaskan kamu.
Berbahagialah kamu disampingnya.
Jangan risau.
Aku disini akan baik-baik sahaja.
Mungkin.
Walau ada ketikanya, air mata mengalir sebab kamu.
Satu masa nanti, kamu…
Aku akan lupa.
Aku tunggu sahaja dia yang telah ditakdirkan olehNYA untukku.

Nota reenapple: It's time to move on. 


Wednesday, January 9, 2013

Wordless Wednesday #10



Tuesday, January 8, 2013

Leka



Kadang-kadang kita tak sedar kita leka. Bila musibah menimpa, baru kita sedar. Mungkin itu lumrah hidup. Bila berada di bawah barulah sedar siapa sebenarnya kita ini. Hanya insan kerdil yang bila-bila masa akan ditamatkan riwayat hidupnya.



Monday, January 7, 2013

Love Letter from an Accountant



The Art of Romance
I will CREDIT you my love,
If you will DEBIT me in your love.
I’ll record our romance in a JOURNAL,
And POST it in the LEDGER of my heart.
I’ll keep on an ACCOUNT of our love,
Based on DOUBLE-ENTRY.

This way you’ll know the BALANCE c/d,
And the AMOUNT of love I have for you.
Our courtship is carried out on WORKSHEET,
ADJUSTING ENTRIES are necessary, to make our love steady.
TRIAL BALANCE shows, we are meant for each other,
Because the TOTAL of our love, Is one and the same.

CLOSING ENTRIES are made, when down the aisle we take,
PROFIT & LOSS STATEMENT, tells what has happened.
Let’s see our BALANCE SHEET,
What are our ASSETS & LIABILITIES?
Oh, my goodness! It shows a dozen kids!!!!!!!!!

Nota reenapple: Dah lupa kat mana aku copy tapi ia menarik perhatian aku. Lebih-lebih lagi ini berkaitan dengan accounting. Oh, nak cari bakal suami Accountant jugak la. Muehehe.

Friday, January 4, 2013

Quotes #43




Don't be sad, things will get better. It may be storming, but it won't rain forever.






Quotes #42


Kalau lelaki itu benar punya perasaan seperti kau, dia akan berusaha untuk dekati kau. Dan jika tiada sebarang usaha darinya, itu bermakna dia hanya anggap kau tidak lebih dari seorang kenalan sahaja. Lupakan dia. Buangkan sahaja perasaan itu dari diri kau. Tiada gunanya memyimpan perasaan pada dirinya.

Nota reenapple: Hensem tak lelaki dalam gambar tu? Muehehehe. =P



Thursday, January 3, 2013

Bawa diri.



Kadang-kadang kita tak sedar, sebab terlampau menunjukkan kemesraan dengan si A, kita telah buat si B berasa kecil hati. Bila si B merasakan diabaikan oleh kita, makanya si B berniat mahu membawa diri. Dan bila kita sedar si B dah hilang, barulah kita tercari-cari. Namun tiada gunanya untuk memujuk, sebab si B telah mengambil keputusan dan untuk si B kembali lagi, memerlukan masa.


Tuesday, January 1, 2013

Senyum


Mari kita senyum
Sampai kita mahu 
Walau hati sebenarnya sedang menangis. 

Kau cantik bila kau senyum
Jadi buat apa kau mahu berduka
Di atas sesuatu yang bukan kehendak kau?
Itu adalah takdir.

CUba kuat itu sahaja jalan yang kau ada. 
Ayuh... cuba senyum
Dan aku akan sentiasa di sisi kau.
Aku janji...

Nota reenapple: Ini auto publish. Hehe
I got new resolution.  Happy new year 2013 .=)