Friday, December 13, 2013

Jodoh

Bila bercakap tentang jodoh, ia sebenarnya adalah subjektif. Mungkin universal. Haha. Entah… tapi aku faham sesuatu, 

“Tak semestinya yang kita couple bertahun-tahun adalah jodoh kita.”


Situasi 1:
Gadis A couple dengan lelaki A bertahun-tahun. Dan bila lelaki A ajak kahwin, entah mengapa Gadis A tak pernah bersetuju. Banyak kali lelaki A kecewa, sehinggalah Gadis A dan Lelaki A putus. Tapi hal sebenarnya gadis A masih sayangkan lelaki A, dia cuma tak bersedia untuk berkahwin. 

Jadi, untuk move on, gadis A melayan lelaki lain kat social website. Dan di satu hari lelaki yang dikenali di alam maya ajak jumpa face to face, so Gadis A bersetuju saja. Gadis A bertemu dengan lelaki B. Dan entah macam mana pertemuan pertama kali, lelaki B bertemu dengan keluarga A. (sebenarnya ini long story, tapi aku malas nak cerita). 

Dan bila bertemu dengan family Gadis A, tiba saja lelaki B mengeluarkan ayat, “Saya nak kenal anak Pak CIk dengan lebih rapat lagi.” Dan gadis A dengan Lelaki B pun bertunang untuk mengenal satu sama lain dengan lebih mendalam. Dan baru sahaja berkahwin beberapa bulan yang lalu. 

Situasi 2:
Gadis M bercinta dengan Lelaki W sejak zaman university lagi. Dan sehinggalah satu hari bila lelaki W senyap tanpa perkhabaran dan tahulah Gadis M, itu maksud perpisahan mereka. Jadi untuk lupakan Lelaki W, Gadis M berazam tak mahu bercinta lagi.

Tapi tanpa dia ketahui, ada staff lelaki kat tempat dia kerja ada perasaan padanya, lalu lelaki itu meluahkan perasaannya selepas beberapa bulan ‘perpisahan’ itu. 2 bulan kenal dengan lebih, tiba tiba saja lelaki itu ajak untuk bertunang memandangkan Gadis M tak mahu bercinta. Dan gadis M hanya ikut gerak hati dia. Setuju.

Quite long story aku nak cerita tapi aku malas nak taip bebanyak. Huuu. Cukup je tahu, jodoh tu sukar diduga. Ia muncul bila kita sendiri tak sedar. Sekian. 


14 comments:

  1. 2 situasi yg aku pernah alami.. huhu

    ReplyDelete
  2. erm...aku agak setuju dengn apa yg kau tulis....bercinta dengan orang lain , tapi bertunang dengan org lain...

    ReplyDelete
  3. Sebab tu wujud ayat skema..

    "Jodoh..pertemuan di tangan tuhan"

    :D

    ♥NA♥

    ReplyDelete
  4. Situasi 1 adalah situasi yang saya takutkan . Walaupun cinta jarak jauh , sentiasa berdoa bahawa dialah cinta & jodoh kita , dan Allah akan pertemukan kami walaupun lagi 7 tahun . Insya-Allah ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa 7 tahun? Moga-moga dia adalah untuk kau. :)

      Delete
  5. Aku rasa mcm belajar alphabet jer post kalini reen..heh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau budak baru masuk tadika eh? Kakaka

      Delete
  6. Aku doakan jodoh kau dengan aku sampai cepat. Hee =3

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.