Sunday, December 1, 2013

Cerpen: Pertemuan


Kenapa kita boleh jatuh cinta to each other?” Tiba-tiba sahaja gadis mengeluarkan soalan sebegitu. Jejaka memandang hairan.

Kenapa awak suka saya?” Jejaka menyoal kembali.

Si gadis hanya menjungkitkan bahu.  Tidak tahu jawapan untuk itu.

Kenapa awak pergi tegur saya lagi masa tu?” Soal gadis lagi.

Jejaka mengukirkan senyuman. “Entah. Ikut gerak hati mungkin. Even saya tahu pertemuan kita yang pertama tak berjalan dengan baik, bukan?”

Si gadis mengukirkan senyuman. Dia tahu itu. Kisah pertemuan pertama mereka tidaklah semanis yang disangka.

Awak marah-marah saya…” Jejaka kembali bersuara.

Awak tahu saya tengah sakit masa tu kan? Saya bila sakit, memang rasa nak marah kat orang yang tanya soalan bodoh. Lebih-lebih lagi orang asing.

Jejaka mengukirkan senyuman. “Muka awak pucat sangat masa tu…

Tapi awak tegur saya lagi bukan?” soal si gadis lagi.

Jejaka menganggukkan kepala. “Pada kali kedua saya nampak awak. Di tempat yang sama.”
Segalanya bermula pada pertemuan kali kedua.

Si gadis mengukirkan senyuman. Setelah beberapa lama mendiamkan diri, jejaka mengeluarkan soalan lagi.

Pernah jatuh cinta sebelum jumpa saya?

Si gadis menganggukkan kepala.

Dengan siapa?” soal Jejaka lagi dengan rasa ingin tahu.

Seseorang yang tidak wujud.

Maksud?

Awak betul nak tahu the whole story? Nanti awak berkecil hati,” jawab si gadis.

Kenapa? Sebab lelaki tu lagi better dari saya?” Soal Jejaka.

Si gadis menggelengkan kepala. “Taklah. Awak lagi better dari dia.

Sebab?” 

Sebab awak tak pernah buat saya menangis  macam dia.”

Jejaka menelan air liur. Dia mendiamkan diri untuk seketika sebelum kembali bersuara.

Saya tak boleh janji yang saya tak akan buat awak menangis. Tapi kalau ditakdirkan awak menangis sebab saya, sebab kita, anggap saja itu semua ujian dari DIA untuk kita. Boleh?

Si gadis menganggukkan kepala.“Awak akan terus bersama saya bukan?

Yup. Selagi DIA izinkan,” balas jejaka.

Si gadis mengukirkan senyuman. Begitu juga dengan jejaka. Dan kisah pertemuan mereka pada hari itu berakhir dengan rasa gembira. Pertemuan yang manis.

Habis!

Tuan empunya blog: Aku tak jumpa nama yang sesuai untuk watak-watak ini. Ketandusan nama. Huuuu. :3



14 comments:

  1. Kalau aku yang tulis cerpen ni pun, aku akan jadi macam kau yang ketandusan nama. Hahahah... BTW, rindu kau dengan blog kau =3

    ReplyDelete
  2. aku kasi kebenaran kat ko untuk guna nama aku...hahahaha
    tapi buka untuk watak jahat la :P

    ReplyDelete
  3. Kau letak je jejaka tu jibam..si wanita tu tipah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gitu kena tukar jalan cerita la. Ehhh

      Delete
  4. punyalah byk nama...boleh tandus jugak... huhu

    ReplyDelete
  5. letak la nama aku dengan Encik L kan suwet....

    kahkahkah

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.