Friday, December 27, 2013

Kesayangan Baru.


Meet Mr & Mrs Bear. 
Ini hadiah hari jadi untuk diri sendiri. :)
Satu hari nanti aku kasi Mr Bear untuk yang layak terima.
Untuk sementara waktu, aku simpan dedua.
Haha


Tuan empunya blog: Untuk tempahan boleh refer sini: Roselys Centre Shoppe





Thursday, December 26, 2013

Sketsa Jual Mahal

Masa aku praktikal, aku ulang alik dengan bas ke tempat praktikal. Tapi tak ada lah bersesak sangat sebab aku naik bas directly from bus station, so tak kena berdiri. Haha.

And there’s this guy, actually two guys. Aku selalu bertembung dengan diorang dalam bus. Kitaorang naik bus sama. Sometimes mereka berdua, dan sometimes, one of them. But then, yang sebenarnya, aku tak kisah pun tentang diorang. Aku just tengok diorang, puji dalam hati and then tutup mata . Kakaka.


Dan sehinggalah, ada satu hari tu, aku duduk di belakang  salah seorang. Hari tu, aku nampak sorang je. Dan hanya seat belakang dia je yang kosong, so aku duduk situ. Dan out of sudden, dia paling ke belakang dan cakap, “Wanginya bau awak.” Dengan senyuman. Tapi aku masa tu tengah blur sebab aku dalam proses mengantuk. Tambahan pula, earphone kat telinga. Haha. So, aku abaikan je padahal dalam masa sama, aku duk fikir… ‘kuat sangat ke bau perfume yang aku pakai?’

Dan beberapa minit kemudian, dia hulurkan secebis kertas. Tapi aku tak ambik. Aku biarrkan je kertas tu jatuh ke lantai. Entah.. maybe jual mahal mungkin. Tapi hal sebenarnya aku tak berminat. Tak ada perasaan pun, sebab hati aku tengah nak pulih masa tu. Entah, I don’t know.

And then, the next day dan hari hari seterusnya aku akan selalu bertembung dengan dia. Actually, aku tak sure siapa yang tegur dan bagi aku kertas tu, is it kawan dia atau dia. Sebab aku tak tengok muka. Kakakaka.

Menyesalnya saya. :3
And then, entah mengapa tetiba je aku menyesal jual mahal dengan dia hari tu. Tapi menyesal pun tak ada guna. Itulah siapa suruh jual mahal. Haha Sekarang ni, aku rasa macam nak say Hi je kat dia setiap kali nampak dia, tapi aku tak berani. Huuu. I’m just scared. Entah… macam aku harap sangat dia tegur aku lagi. Aku macam ni bila aku nampak dia…

Oh please tegur saya lagi. Saya harap dia tegur saya lagi so that saya boleh bagi dia peluang lagi dan masa tu saya tak akan jual mahal lagi. Please tegur saya. :3
Haha.

Tapi... aku dah nak habis praktikal. Minggu depan adalah minggu terakhir. Dan ada 1 kali peluang je lagi nak jumpa dia. Oh oh oh... what should I do? :3

Dan aku pun tak tahu kenapa aku nak tulis tentang ini,  maybe sebab ada blogger leave komen bagi nasihat yang kind of awesome. Terima kasih untuk itu. Hiks! 

K lah. Itu je nak dicoret kat sini. Kakakaka. :D



Strawberry.


Buah strawberry ni memang masam sejak azali lagi ke? 
Apesal semua orang cakap ada yang manis? 
Ke aku salah pilih?

Tuan empunya blog: Never like strawberry. :3

Monday, December 23, 2013

Lelaki #6




Kawan lelaki aku pernah kata...

"Men show care and love by action not by words."

Adakah ini boleh dipercayai?

*autopublish*



Saturday, December 21, 2013

Kistot #35: Rindu



"Benar awak rindu saya?" Soal jejaka pada si gadis.

"Benar!" Jawab si gadis sambil menganggukkan kepala.

Senyuman terukir di bibir jejaka. "Saya pun rindu awak juga."


Tuan empunya blog: Aku harap ini adalah something yang real yang aku boleh coret di sini but then aku just berangan je. Haha. K bye. 



Wednesday, December 18, 2013

Bila


Bila awak nak buat saya jatuh cinta dengan awak?
Bila awak nak buat saya sayangkan awak?
Bila awak nak berada dalam hati saya?

Bila? 

Saya tunggu ni. Dengan sabar. 

Bye.








Wordless Wednesday #21



Tuan empunya blog: True. Sometimes. 

*autopublish*





Monday, December 16, 2013

Si Kacak


Hari tu, nampak awak kat jalan raya. Masih kacak seperti selalu. :D

*autopublish*



Friday, December 13, 2013

Jodoh

Bila bercakap tentang jodoh, ia sebenarnya adalah subjektif. Mungkin universal. Haha. Entah… tapi aku faham sesuatu, 

“Tak semestinya yang kita couple bertahun-tahun adalah jodoh kita.”


Situasi 1:
Gadis A couple dengan lelaki A bertahun-tahun. Dan bila lelaki A ajak kahwin, entah mengapa Gadis A tak pernah bersetuju. Banyak kali lelaki A kecewa, sehinggalah Gadis A dan Lelaki A putus. Tapi hal sebenarnya gadis A masih sayangkan lelaki A, dia cuma tak bersedia untuk berkahwin. 

Jadi, untuk move on, gadis A melayan lelaki lain kat social website. Dan di satu hari lelaki yang dikenali di alam maya ajak jumpa face to face, so Gadis A bersetuju saja. Gadis A bertemu dengan lelaki B. Dan entah macam mana pertemuan pertama kali, lelaki B bertemu dengan keluarga A. (sebenarnya ini long story, tapi aku malas nak cerita). 

Dan bila bertemu dengan family Gadis A, tiba saja lelaki B mengeluarkan ayat, “Saya nak kenal anak Pak CIk dengan lebih rapat lagi.” Dan gadis A dengan Lelaki B pun bertunang untuk mengenal satu sama lain dengan lebih mendalam. Dan baru sahaja berkahwin beberapa bulan yang lalu. 

Situasi 2:
Gadis M bercinta dengan Lelaki W sejak zaman university lagi. Dan sehinggalah satu hari bila lelaki W senyap tanpa perkhabaran dan tahulah Gadis M, itu maksud perpisahan mereka. Jadi untuk lupakan Lelaki W, Gadis M berazam tak mahu bercinta lagi.

Tapi tanpa dia ketahui, ada staff lelaki kat tempat dia kerja ada perasaan padanya, lalu lelaki itu meluahkan perasaannya selepas beberapa bulan ‘perpisahan’ itu. 2 bulan kenal dengan lebih, tiba tiba saja lelaki itu ajak untuk bertunang memandangkan Gadis M tak mahu bercinta. Dan gadis M hanya ikut gerak hati dia. Setuju.

Quite long story aku nak cerita tapi aku malas nak taip bebanyak. Huuu. Cukup je tahu, jodoh tu sukar diduga. Ia muncul bila kita sendiri tak sedar. Sekian. 


Tuesday, December 10, 2013

Conteng #7


Wajah aku yang terbaru. 
*tipu* :P


Monday, December 9, 2013

Bunga


Seseorang pernah cakap kat aku, kalau aku start suka bunga, itu tandanya aku dah berubah. Perlu tak,  tunjuk yang aku suka bunga sekarang ini. untuk tunjukkan yang aku dah berubah? Should I?

*senyum sinis*

Ini sindiran. Sekian.



Sunday, December 8, 2013

Guard


"Guard my heart with your love and care, will you?"

 Copy & Paste

Friday, December 6, 2013

Need



"When you need me, but do not want me, then I must stay.  When you want me but no longer need me, then I have to go."

 Ayat ni buat aku teringat someone.


Tuan empunya blog: Ce teka ini dialog dari filem apa. :D


*autopublish*


Wednesday, December 4, 2013

Wordless Wednesday #20



Tuan empunya blog: Filem ni, layan berjuta kali, still tak pernah buat aku bosan. And, it's the most wonderful love story ever. :D



Monday, December 2, 2013

Lelaki #5




Senangnya jadi lelaki. Tiada sekelumit rindu. Dalam setiap titisan peluh dan asanya.

Tuan empunya blog: Aku dah lupa aku copy kat mana. 

Sunday, December 1, 2013

Cerpen: Pertemuan


Kenapa kita boleh jatuh cinta to each other?” Tiba-tiba sahaja gadis mengeluarkan soalan sebegitu. Jejaka memandang hairan.

Kenapa awak suka saya?” Jejaka menyoal kembali.

Si gadis hanya menjungkitkan bahu.  Tidak tahu jawapan untuk itu.

Kenapa awak pergi tegur saya lagi masa tu?” Soal gadis lagi.

Jejaka mengukirkan senyuman. “Entah. Ikut gerak hati mungkin. Even saya tahu pertemuan kita yang pertama tak berjalan dengan baik, bukan?”

Si gadis mengukirkan senyuman. Dia tahu itu. Kisah pertemuan pertama mereka tidaklah semanis yang disangka.

Awak marah-marah saya…” Jejaka kembali bersuara.

Awak tahu saya tengah sakit masa tu kan? Saya bila sakit, memang rasa nak marah kat orang yang tanya soalan bodoh. Lebih-lebih lagi orang asing.

Jejaka mengukirkan senyuman. “Muka awak pucat sangat masa tu…

Tapi awak tegur saya lagi bukan?” soal si gadis lagi.

Jejaka menganggukkan kepala. “Pada kali kedua saya nampak awak. Di tempat yang sama.”
Segalanya bermula pada pertemuan kali kedua.

Si gadis mengukirkan senyuman. Setelah beberapa lama mendiamkan diri, jejaka mengeluarkan soalan lagi.

Pernah jatuh cinta sebelum jumpa saya?

Si gadis menganggukkan kepala.

Dengan siapa?” soal Jejaka lagi dengan rasa ingin tahu.

Seseorang yang tidak wujud.

Maksud?

Awak betul nak tahu the whole story? Nanti awak berkecil hati,” jawab si gadis.

Kenapa? Sebab lelaki tu lagi better dari saya?” Soal Jejaka.

Si gadis menggelengkan kepala. “Taklah. Awak lagi better dari dia.

Sebab?” 

Sebab awak tak pernah buat saya menangis  macam dia.”

Jejaka menelan air liur. Dia mendiamkan diri untuk seketika sebelum kembali bersuara.

Saya tak boleh janji yang saya tak akan buat awak menangis. Tapi kalau ditakdirkan awak menangis sebab saya, sebab kita, anggap saja itu semua ujian dari DIA untuk kita. Boleh?

Si gadis menganggukkan kepala.“Awak akan terus bersama saya bukan?

Yup. Selagi DIA izinkan,” balas jejaka.

Si gadis mengukirkan senyuman. Begitu juga dengan jejaka. Dan kisah pertemuan mereka pada hari itu berakhir dengan rasa gembira. Pertemuan yang manis.

Habis!

Tuan empunya blog: Aku tak jumpa nama yang sesuai untuk watak-watak ini. Ketandusan nama. Huuuu. :3