Tuesday, November 5, 2013

Mimpi Kahwin



Kadang-kadang apa yang berlaku dalam kehidupan seharian kita, memang akan terbawak ke alam mimpi. Some of it. Macam marah yang dipendam, sehinga kita mimpikan orang yang buat kita marah. Dan juga macam apa yang aku alami di satu malam itu. Keh keh keh.

Di satu malam tu, aku mimpi kahwin. Aku rasa situasi tu macam aku tengah tunggu pengantin lelaki datang untuk majlis akad nikah. Oh, persalinan dalam mimpi itu adalah warna kelabu. 

Dalam nak tunggu pengantin lelaki tiba, tetiba je aku terima 1 satu SMS, cakap “Jodoh awak ada iras awak.”. begitulah bunyi SMS tu. Actually, at the end of that SMS ada nama someone kat situ, but aku tak ingat sangat apa nama tu… something that started with letter ‘A’. Maybe. Ehhh… :3

Tapi aku tak sempat nak tengok muka pengantin lelaki sebab sebab sebab out of sudden aku terjaga, tengok tengok jam, baru pukul 3 pagi. Hewhewhew. Dan bila difikir balik, tak masuk akal pun ada juga. Haha. Sebab aku tahu mimpi tu hanyalah mainan tidur.

Aku rasa aku termimpikan sal tu sebab aku borak dengan kawan baik aku kat social network pasal kahwin sebelum aku g masuk tidur. Dia cerita pasal dia mimpi kahwin. Keh keh keh. Dengan aku sekali sekali berjangkit mimpi kahwin. Heee. :3

Tapi jujur, aku dah ambil wuduk before tidur.Siap baca doa tidur lagi. Huuu. Memang mainan tidur betul mimpi tu. Kakakaka.

Eh… tu je yang nak diupdate. Bye.



28 comments:

  1. tertarik dengan mimpi kau tu... emm.. mimpi kawen.. mimpi baik tu.. dirikan masjid.. kan elok.. alang2 dah terbangun pagi2 tu, jam 3 pagi.. elok kalau terus tahajud.. solat hajat n solat istikharah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi aku, mimpi tu hanya mainan tidur je. :)

      Delete
  2. mcm mana kalau mimpi itu ada maksud tersirat?
    mak aku cakap kau dalam mimpi tu tak bercakap; maksudnya -- ada maksud tersirat. Kata dia. Tak pasti sejauh mana kebenaran dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak bercakap? Mimpi tu memang tak ada suara pun. Hanya gambaran yang aku tak ingat sangat. Huuu. Satu hari nanti kot, ada maksud tersirat. Keh keh keh. :3

      Delete
  3. Akak pun mimpi kahwin ke ? Saya sblm mggu exam mimpi tiba2 dah kahwin dgn org alim , lepas tu mmpi dpt cincin drpd dua org lelaki, lpas tu sehari sblm peperiksaan, sy mmpi kena kejar ular . Aishh menyeramkan , haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Errr,,, nak cakap ada maksud, aku pun bukan pentafsir mimpi. Hurmm hurm. Apa2 pun harap itu hanyalah mimpi yang x jadi kenyataan kalau itu buat kau seram.. haa

      Delete
  4. Aik, yeke mainan tidur je? Kalau betul-2 cmne? Ada maksud mimpi tu.. hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakakaka. Erk.. betul betul mimpi aja. :)

      Delete
  5. dah dekat dah ni... moga cepat kahwin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err... lambat lagi. Tunggu kau dulu lah. :3

      Delete
  6. hahahaha aiseyhhh xdpt nak tgk bakal laki kau yg dlm mimpi tu~ hahaha :D

    ReplyDelete
  7. Klu nak double confirm, cuba solat istikharah. Klu benda yg sama, sy ucapkan tahniah. Lambat atau cepat, pasti dtg juga. Heheheh~

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. X untung pun, sebab aku tak sempat tengok muka Encik Suami. Agagaga

      Delete
  9. A?
    Heheheheheheheheh....*tutup mulut tahan gelak.

    Semalam aku mimpi hantu... dlm jam 3 pagi. Aku terjaga n ketakutan. Lama gak la nak tido balik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. A for Adam. Kakaka. :3

      Nie mesti kau baca buku hantu sebelum tidur. Haaa

      Delete
  10. Waaa... dah mimpi kahwin pulakla kau nie. Jodoh nak dekat lah tu... Hehe =3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Errr.. tak kot. Aku tak jumpa yang berkenan di hati. Keh keh keh. :3

      Delete
    2. Tak semestinya kena berkenan dulu baru nikah. Mungkin kau bercinta dengan Encik Jodoh kau lepas nikah nanti. Hekhekhek .

      Delete
    3. Kakakaka. Cinta lepas kahwin... macam drama novel lak. Huuu. Arghh tidak! Keh keh keh :P

      Delete
    4. Tapi tak mustahil kan? Allah Maha Mengetahui =D

      Delete
  11. Replies
    1. Sebab kau dah nak kahwin. Kan kan kan kan. :P

      Delete
  12. Pernah mmpi nk kawen gakk..time tuu akad nikah..n xknal siapa bakal suami..muka dye blurr jeww..huhu

    ReplyDelete
  13. Pernah gakk mmpi nk kawen..p xknal bakal suami..n muka dye blurr jeww..time tu nk akad nikah..haha

    ReplyDelete
  14. btol2..mimpi mainan tdo smata2...kdang2 bila terlalu obses dgn something bleh terbawak dlm mimpi...

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.