Friday, November 15, 2013

Kistot #34: Beza



"Sini sayang..." Aku panggil dia. Matanya yang comel itu memandang aku.

"Sini..." Aku panggil lagi, kali ini dengan gerakan tangan. Akhirnya dia dekati aku.

"Ibu sayang kamu, tahu?” Aku bersuara sebelum aku memeluk dan mencium pipinya yang gebu itu dengan penuh kasih sayang. Dia ukirkan senyuman dan ketawa riang. Nampaknya dia sudah mengenali aku.

Jaga diri. Nanti Ibu datang lagi, bacakan kamu cerita seperti selalu.” Aku bersuara sekali lagi sebelum aku menghilangkan diri sekali lagi. Aku lihat dia menangis, tapi aku tak mampu pujuk dia seperti dulu lagi. Maaf sayang, dunia kita kini berbeza. Jaga diri, Ibu sayang kamu.


Tuan empunya blog: Aku tak tahu kenapa aku sebak bila tulis ini. Hurm hurm hurm. :)


20 comments:

  1. akhirnya tajuknya adalah beza..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Susah jugak nak fikir nama tajuk, lebih-lebih lagi bila taip apa yang terlintas di fikiran. ;3

      Delete
  2. Kau ada naluri keibuan yang cukup baik =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Adakah? Aku rasa macam aku tak ada. Kawan aku cakap aku tak ada. :3

      Apa-apa pun aku tak bersedia nak jadi seorang ibu. Kakakaka.

      Delete
  3. Dunia kita kini berbeza? Ibunya sudah meninggal? Hmm...sebak juga aku baca...terkesan di hati, aku suka entry ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin berdasarkan kisah sebenar. Errr...

      Apa-apa pun, terima kasih. :)

      Delete
  4. Sedihnya..tak boleh tengok budak2 takda mak/ayah..kesian sangat T_T

    ReplyDelete
  5. Aku seram jer baca..macamn kau boleh sebak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab itu hal sebenar. Seram tak? Muehehehe :D

      Delete
  6. weh rindu rumah .sedih kot sob sob sob.

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Auwww... terima kasih sudi hug kita. :D

      Delete
  8. Replies
    1. Aku? Tak. Ada orang ceritakan ini pada aku. :)

      Delete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.