Wednesday, November 6, 2013

Kistot #33: Hilang



"Jadi, apa yang buat awak terluka?" Dia soal aku. Mana mungkin aku mahu ceritakan hal sebenar yang dia yang lukakan aku. 

Aku hanya senyum sambil gelengkan kepala. Walau apa jua yang terjadi, aku tak akan pernah beritahu hal yang sebenar.

“Sya?” Dia bersuara sekali lagi. Akhirnya aku memalsukan senyuman dan tunjukkan pada dia, senyuman palsu aku.

“Saya tak apa-apa,” Aku bohong.

“Betul?” Dia meminta kepastian. Aku anggukkan kepala,berbohong sekali lagi.

“Jadi, kalau begitu, jumpa lagi esok.”

Aku anggukkan kepala sebelum kami berdua bangun, melangkah ke arah yang berbeza sebelum aku tiba-tiba sahaja menjerit namanya.

“Am!”

Dia berpaling.“Yes?”

Dia pandang aku dengan hairan. Jarak aku dan dia hanya beberapa inci sahaja. Tapi aku langsung tiada keinginan untuk dekati dia lagi.

“Take care.”Tiba-tiba sahaja aku keluarkan ayat sedemikian.

Dia ukirkan senyuman sebelum mengeluarkan soalan. “Kenapa tetiba?”

“Saja. Dah lama nak cakap macam tu kat awak.” Sekali lagi aku ukirkan senyuman palsu.

“Thanks. You too,”balasnya.

Aku hanya ukirkan senyuman palsu sebelum berlalu pergi. Tanpa mengucapkan selamat tinggal. Dan itu juga adalah kali terakhir aku lihat dia, sebelum aku menghilangkan diri dari hidupnya.


Habis!


11 comments:

  1. selalu senyum palsu kan? hmmm... tapi nampak mcm kuat je kan.. padahal makan dalam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Kau faham cerita ni. Tahniah. :)

      Delete
  2. Replies
    1. Sya mungkin tak harapkan yang Am akan cari dia balik. :(

      "Jangan cari saya lagi." Sya lupa nak bagitau Am macam tu. Mehehehe. :P

      Delete
    2. Aku tambah sikit. "Pergilah cari kebahagiaan awak dengan orang lain." Hehe... =3

      Delete
    3. Haha. Nice!!! Aku suka sambungan kau. :D

      Delete
  3. Replies
    1. Tak tergantung. Memang sepatutnya tamat macam tu je. Mih mih mih. :P

      Delete
  4. Replies
    1. Kau memang tak faham apa jua yang aku tulis. Jadi aku malas explain. Kah kah kah.

      Delete
  5. kdg2 yg palsu tu buat kte kuat . kdg2 . .

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.