Friday, November 29, 2013

Kubur

Sebab awak tipu dan lukakan saya hidup-hidup, makanya saya kuburkan awak hidup-hidup. Muahaha. 
*ketawa jahat*

Thursday, November 28, 2013

Shield



"Shield me with your strength, will you?"

Tuan empunya blog: Copy & Paste.



Tuesday, November 26, 2013

Tipu





Katanya cikgu dedulu...  

"Awak tak payah nak bercinta-cintun zaman sekolah. Bila awak masuk universiti nanti, masa tu lagi ramai lelaki kacak, perempuan cantik kat situ. Mana tahu awak jumpa jodoh awak kat situ ke..."

Tapi bila dah masuk universiti.... Huwaaa... cikgu tipu! Semua dah berpunya. Dah bertunang. Dah berkahwin dan ada yang dah beranak pinak gitu. Haaa.

*autopublish*

Sunday, November 24, 2013

Fall



Hey... I didn't fall in love with you at first sight. 
I fall for you when our heart meet.

Thursday, November 21, 2013

Izin

Selagi Dia izinkan
Aku untuk sayang kamu,
Selagi itu aku cuba.
Untuk buat kamu bahagia


*autopublish*

Hujan


DIA turunkan hujan
Untuk buat kamu tersenyum
Untuk kamu tahu yang kamu tidak keseorangan

Untuk aku melihat air mata yang kamu sembunyikan itu.....


Tuan empunya blog: I got this in the middle of night. Aku terjaga malam itu sebab ini. Aku tak tahu sama ada itu mimpi atau tak, tapi macam ada 'someone cakap' dengan aku. Ah ya... malam itu hujan. :)

Wednesday, November 20, 2013

Wordless Wednesday #19


Tuan empunya blog: AKu rasa dah lama aku tak buat Wordless Wednesday. 






Sunday, November 17, 2013

Masih Cinta


Sayang…
Jika diberi peluang untuk aku berterus-terang…
Jujur, 
Di hadapan kamu,
Aku katakan hal sebenar.

Yang aku cintakan kamu
Dan masih cintakan kamu.
Seperti selalu.

Ya, 

Seperti selalu.


Tuan empunya blog: Sebenarnya ini draft yang aku tulis berbulan-bulan yang lalu. Nak delete tak sampai hati. Hurmm.
Jadi aku publishkan untuk kenangan di masa akan datang. :D 



Saturday, November 16, 2013

Break Up



"I rasa I nak mencari kekasih baru la. Kita break up je la kat sini, boleh? Sebab I dah bosan dengan cara queen control you tu."

Friday, November 15, 2013

Kistot #34: Beza



"Sini sayang..." Aku panggil dia. Matanya yang comel itu memandang aku.

"Sini..." Aku panggil lagi, kali ini dengan gerakan tangan. Akhirnya dia dekati aku.

"Ibu sayang kamu, tahu?” Aku bersuara sebelum aku memeluk dan mencium pipinya yang gebu itu dengan penuh kasih sayang. Dia ukirkan senyuman dan ketawa riang. Nampaknya dia sudah mengenali aku.

Jaga diri. Nanti Ibu datang lagi, bacakan kamu cerita seperti selalu.” Aku bersuara sekali lagi sebelum aku menghilangkan diri sekali lagi. Aku lihat dia menangis, tapi aku tak mampu pujuk dia seperti dulu lagi. Maaf sayang, dunia kita kini berbeza. Jaga diri, Ibu sayang kamu.


Tuan empunya blog: Aku tak tahu kenapa aku sebak bila tulis ini. Hurm hurm hurm. :)


Wednesday, November 13, 2013

Conteng #6


Ada orang request ini. Lukisan tentang bulan. Maaf, ia memang comot. :P

Serigala



"Manusia dalam dunia ni, banyak yang pakai topeng. Jadinya, kau kena hati-hati dengan siapa kau berkawan dan dengan siapa yang kau percaya. Kau tak tahu yang dia mungkin adalah serigala yang menyamar biri-biri."

*autopublish*

Monday, November 11, 2013

Kenangan



Lelaki yang pernah aku suka satu ketika dulu, , pernah cakap aku ego. Actually, aku tak ingat sebab apa dia cakap sebegitu pada aku. Tapi aku ingat kitaorang at the beginning just berbual benda biasa before he out of sudden cakap macam tu kat aku.

Dan aku cuma senyum sebelum minta diri. Yeah… sampai saat ni pun, aku still ingat ayat dia. Even perasaan aku kat dia dah hilang. Haha. Funny isn’t it, bila aku inat benda tu balik.

Aku pernah ingat masa aku dengan kawan aku mintak dia ajarkan aku satu subjek, dia out of sudden, mintak nak duduk di tengah-tengah aku dan kawan aku. Dan kawan aku iyakan sedangkan aku tak setuju. Dan bila dah selesai mengajar, tiba-tiba je kawan aku tanya whether dia smoking or not. And he asks why, dan tetiba je kawan aku cakap aku tak suka lelaki yang smoking dan lelaki tu terus pandang aku. Heee. Tahu tak betapa malunya aku masa tu. Hurm hurm.

Bila balik bilik, terus kawan aku cakap tentang dia, cakap dia handsome, macam ni macam tu, aku dalam hati, kawan aku ni suka lelaki tu ke? Tapi dia dah ada pakwe, but then aku abaikan je la. Sebab bagi aku, lelaki tu tak penting dalam hidup aku. Yup masa tu. Hurm

Sebab apa aku suka dia? Entah, aku pun tak tahu. Tapi at the beginning, memang aku tak suka dia. Aku just tahu that day, aku kecewa bila lihat dia dengan perempuan tu. Perempuan yang dia cakap bukan awek dia at the beginning. Yup, he said that to me bila aku tanyakan tentan perempuan yang selalu dengan dia. But then I saw them naik kayak together. Oh, kitaorang pernah camping together dan kitaorang dalam satu group yang sama. 

Aku pernah ingat aku pernah tolak huluran tangan dia yang nak tolong aku daki gunung masa tu. Masa tu, dia keep asking, "Betul nak naik sendiri?" Dan aku dengan egonya, menganggukkan kepala. Dan masa aku tulis ini, I wonder how it feel to hold his hand. Haha.

Aku just tahu, one day aku kecewa lihat situasi itu.
And then, sehinggalah aku dengan dia ditakdirkan urus 1 projek kat U. Masa tu aku tak tahu dia adalah project manager. I don’t know. Bila dia tanya aku adakah aku jadi AJK untuk program ini, aku just iyakan. Bila aku tanya kenapa, dia just senyum before blah like that. Dan bila meeting untuk pertama kali, masa itulah aku tahu, he’s the project manager. Aku masa tu speechless sesangat. And yeah, aku perhatikan dia dalam meeting room. Haha.

Kitaorang dah lama tak sekelas, but then we keep bumping into each other at fakulti. Tapi tentulah aku akan larikan diri dari dia. Aku tak tahu kenapa aku rasa macam nak larikan diri setiap kali nampak dia. Aku rasa dia pun perasan tang tu.  Hurm.. maybe.

Dan aku pun tak tahu kenapa aku nak tulis tentang dia kat sini lagi. Yup.. entry tahun 2012 aku mostly based on him. Maybe aku rasa, sebab dia, aku rasa cinta tu sesuatu yang bodoh. Yup he teaches me that indirectly. Tapi itulah, aku tak ada keinginan langsung nak luah pada dia. Maybe dia pun dah tak ingat who I am. But hey, aku dah lama tak ingat dia. Cuma recently, tetiba ternampak gambar dia yang orang tagged di Facebook. And yes, I feel nothing. After all, he just a crush. 


Quotes #68


It's not easy to stay and act strong all the time. Ada masa perlu menangis untuk lepaskan beban yang dipegang jiwa. Menangis, jika mahu. Dan kemudian kesat air mata itu dan move on. Percayalah, masa akan memulihkan semuanya.  :)

Saturday, November 9, 2013

Indah



Aku suka mimpikan yang indah tentang kamu.

Ya. 

Kamu

Sebab kamu buatkan hari aku indah.

*autopublish*

Friday, November 8, 2013

Quotes #67





Boleh melawat masa silam tapi jangan pernah menetap di sana lagi. Never!




Tuan empunya blog: AKu ambil ayat ini dari satu blog yang aku selalu baca. The one that encourage me to stay strong. :)



Conteng #5


Kekerapan menconteng semakin meningkat, novel yang aku tulis entah ke mana. Hey hey hey. :3

   *autopublish*

Wednesday, November 6, 2013

Kistot #33: Hilang



"Jadi, apa yang buat awak terluka?" Dia soal aku. Mana mungkin aku mahu ceritakan hal sebenar yang dia yang lukakan aku. 

Aku hanya senyum sambil gelengkan kepala. Walau apa jua yang terjadi, aku tak akan pernah beritahu hal yang sebenar.

“Sya?” Dia bersuara sekali lagi. Akhirnya aku memalsukan senyuman dan tunjukkan pada dia, senyuman palsu aku.

“Saya tak apa-apa,” Aku bohong.

“Betul?” Dia meminta kepastian. Aku anggukkan kepala,berbohong sekali lagi.

“Jadi, kalau begitu, jumpa lagi esok.”

Aku anggukkan kepala sebelum kami berdua bangun, melangkah ke arah yang berbeza sebelum aku tiba-tiba sahaja menjerit namanya.

“Am!”

Dia berpaling.“Yes?”

Dia pandang aku dengan hairan. Jarak aku dan dia hanya beberapa inci sahaja. Tapi aku langsung tiada keinginan untuk dekati dia lagi.

“Take care.”Tiba-tiba sahaja aku keluarkan ayat sedemikian.

Dia ukirkan senyuman sebelum mengeluarkan soalan. “Kenapa tetiba?”

“Saja. Dah lama nak cakap macam tu kat awak.” Sekali lagi aku ukirkan senyuman palsu.

“Thanks. You too,”balasnya.

Aku hanya ukirkan senyuman palsu sebelum berlalu pergi. Tanpa mengucapkan selamat tinggal. Dan itu juga adalah kali terakhir aku lihat dia, sebelum aku menghilangkan diri dari hidupnya.


Habis!


Tuesday, November 5, 2013

Mimpi Kahwin



Kadang-kadang apa yang berlaku dalam kehidupan seharian kita, memang akan terbawak ke alam mimpi. Some of it. Macam marah yang dipendam, sehinga kita mimpikan orang yang buat kita marah. Dan juga macam apa yang aku alami di satu malam itu. Keh keh keh.

Di satu malam tu, aku mimpi kahwin. Aku rasa situasi tu macam aku tengah tunggu pengantin lelaki datang untuk majlis akad nikah. Oh, persalinan dalam mimpi itu adalah warna kelabu. 

Dalam nak tunggu pengantin lelaki tiba, tetiba je aku terima 1 satu SMS, cakap “Jodoh awak ada iras awak.”. begitulah bunyi SMS tu. Actually, at the end of that SMS ada nama someone kat situ, but aku tak ingat sangat apa nama tu… something that started with letter ‘A’. Maybe. Ehhh… :3

Tapi aku tak sempat nak tengok muka pengantin lelaki sebab sebab sebab out of sudden aku terjaga, tengok tengok jam, baru pukul 3 pagi. Hewhewhew. Dan bila difikir balik, tak masuk akal pun ada juga. Haha. Sebab aku tahu mimpi tu hanyalah mainan tidur.

Aku rasa aku termimpikan sal tu sebab aku borak dengan kawan baik aku kat social network pasal kahwin sebelum aku g masuk tidur. Dia cerita pasal dia mimpi kahwin. Keh keh keh. Dengan aku sekali sekali berjangkit mimpi kahwin. Heee. :3

Tapi jujur, aku dah ambil wuduk before tidur.Siap baca doa tidur lagi. Huuu. Memang mainan tidur betul mimpi tu. Kakakaka.

Eh… tu je yang nak diupdate. Bye.



Monday, November 4, 2013

Conteng #4


Aku just realize, hobi baru aku ini buat aku senyum. Even tak cantik, but ia bagi aku kepuasan dan buat aku senyum macam dulu.:)

Oh, aku tak tahu apa warna pelangi, jadi aku warnakan ikut suka hati aku asalkan cukup 7 warna. Kakakakaka. :D

*autopublish*

Sunday, November 3, 2013

Kistot #32: Kamu




"Bacakan aku satu cerita?"Aku bersuara

"Cerita apa?"Dia menyoal.

"Cerita yang bikin kamu tersenyum dan aku pasti aku akan tersenyum melihat senyuman kamu."

"Baik! Aku ceritakan tentang seseorang yang selalu buat aku tersenyum. Mahu tahu siapa dia?"

Aku menganggukkan kepala.

"Cerita tentang kamu." 

Senyuman aku makin melebar.


*Autopublish*


Tuan empunya blog: Ini diambil dari SINI