Tuesday, October 15, 2013

Nakal

Masa kecil, aku sememangnya seorang yang sangat nakal. Aku rasa tiap tiap hari kena marah. Kenakalan aku? Aku tak ingat. Tapi aku ingat satu hal ini, aku pernah bunuh anak ayam nenek aku dulu. 

Dan mahu dijadikan cerita, aku ada seorang kazen lelaki yang aku memang tak suka dari kecil sehinggalah sekarang ini. Dia tua 3 tahun dari aku. But then aku tak panggil dia abang.  Entah. Even, mama dia selalu bahasakan dia abang bila bercakap dengan aku. ‘Abang  Amir itulah, Abang Amir inilah, but then still aku guna ‘aku, kau’ dengan dia. Biadap kan aku? Entah. Aku tak suka panggil mana mana lelaki abang even senior lelaki. Macam pelik. Errr *senyum sinis*


Oh and then, masa kecil, kazen lelaki aku along with her sister selalu ditinggalkan di rumah aku sebab parents diorang selalu kena outstation. Aku masa tu, memang tak setuju. Yeelah, tak ada rumah lain ke nak tumpang. Aku lebih rela kalau kakak dia je yang tumpang rumah aku dari dia. Haha. Kejam kan aku? Oh, aku pernah sepak dia sebab aku bengang terlampau dan macam biasa, aku yang kena marah even yang mulakan adalah dia. Heh. 

Dan nak dijadikan satu kejadian, aku kenakan dia masa dia stay kat rumah aku. Masa tu aku umur err aku tak ingat but below than 10 years old. Korang boleh bezakan tak, air kicap dengan air sarsi? Tak kan. Aku kenakan dia macam itulah. Berpura-pura minuman yang aku bagi kat dia itu adalah air sarsi. Padahal itu adalah air yang dicampur dengan kicap. Kah kah kah.

Memang hari tu aku kena marah teruk dengan Mami aku. Huuuu. Yeelah… kazen lelaki aku tu mengadu kat Mami aku dengan nangis nangis wooo. Tak lelaki langsung! Tapi itulah, dia tak pernah sedar yang aku tak suka dia. Kakaka. Aku pernah ingat masa aku umur 16 tahun, masa aku sedang baca buku, tetiba je dia usap kepala aku dan aku tepis. Aku jeling dia dengan pandangan tak puas hati.

Ni apehal main kepala orang?” Aku marah dia.

Lah.. nak gurau dengan adik pun tak boleh?” Aku senyum sinis je dengan ayat dia. Ah…  aku tak suka gila orang panggil aku adik. Aku benci! Aku Tak suka orang sentuh aku dan ganggu masa aku dengan buku. Aku pantang yang itu. Heh.

Dan sekarang… aku rasa aku dah okey kot dengan dia. Dia pun dah kahwin. Kakaka. Dan anak dia, ya ampun… buas gegila macam bapak dia. Heh.


And masa aku melawat Mama sekeluarga minggu lepas, boleh pulak kazen lelaki aku cakap gini kat aku, “… kalau aku nampak kau dengan lelaki kat shopping mall, siaplah kau!”

Aku dalam hati, SETAN ah. Tetiba je. Tapi aku senyap je lah. Kalau ikutkan hati, nak je aku balas balik yang dia duk bawak anak dara orang ke hulur hilir sebelum kahwin tu tak apa lah. Mujur Mami aku ada depan aku, kalau tak, memang aku melenting habis-habisan. Special boyfriend pun tak ada. Heee. Dengki apa entah dengan aku. Heh.!

Dan begitulah kisah kenakalan aku dengan kazen yang paling aku tak suka. Actually aku nak cerita zaman aku nakal dulu, tapi tercerita yang ini. Haha. Nanti aku ingat lagi childhood memories aku, aku cerita laGI.:)



19 comments:

  1. Aku gelak terbahak-bahak baca cerita kau ni. Best gila ah time kau sepak dia tu. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi tu zaman kanak kanak. Sekarang dah tak boleh nak sepak dia kalau aku tak puas ati dengan dia. Heee.

      Aku zaman kecik2 memang suka sepak orang. kakakaka

      Delete
    2. Haha. Terbaek la kau. Aku pernah sepak kawan aku punya tutt sebab dia bawak lari selipar aku. Padan muka. =P

      Delete
    3. dASYATNYA.... aku tak pernah lak. Nak jugak buat sekali. kakakaka. Aku just sepak kat kaki and then blah cenggitu.. hewhew.

      jom geng! :D

      Delete
    4. Dasyat tak dasyat laa. Bhahaha.

      Geng! *Hi ten*

      Delete
    5. Dasyat la weh bila kau dah sepak dia punya tuttt. Hahaha.

      Gila ah komen gini.. kang ada yang stalk blog aku, mati aku gini. weeeeeeee :P

      Delete
    6. Sounds fun right..kalau ada efek pd dia bila dh besar nnt..then it is yours to blame.

      Delete
  2. aku tak tau kenapa, tapi aku rasa macam sweet gila. hehe.. ingatkan jodoh kau dengan dia. rupanya dengan orang lain pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Errr sweet? :3

      Aku pun berjodoh dengan orang lain juga. :)

      Delete
  3. kecik kecik kalau nakal kira standard la satu geng beb ! hihihi.sepak terajang sebelah mata .sebab kawan kecik kecik aku dulu semua lelaki.haahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Wahhh... aku jarang ada kawan lelaki dulu masa kecik. Kawan pun dengan sepupu2. Pergerakan aku terbatas sikit masa kecil. :3

      Delete
  4. Hahaha. Gila ganas. Siap kenakan minum kicap.

    ReplyDelete
  5. hahahaha nasib aku bukan kazen lelaki kau tu weh, gila apa ewww xsedapnya terminum kicap ! hahahah

    ReplyDelete
  6. bagi dia minum kicap..??? wahhh...tak sakit perut ke dia tu...??
    hahahha..sampai nangis2...mungkin kamu nie sepupu perempuan yang "ganas" dan dia itu lelaki tapi dalam hati ada taman...sebab itulah dia nangis2..

    eh sebelum terlewat, mahu ucapkan selamat hari raya aidiladha... :)

    ReplyDelete
  7. nasib baik aku xda kazen perangai mcm setan.. haha

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.