Wednesday, October 2, 2013

Facebook Palsu



Ada satu masa tu, kawan aku jadi mangsa facebook palsu. Err… palsu di sini adalah ada manusia jahat create another facebook guna nama dia, gambar dia and everything pasal dia. Oh, kawan aku tu perempuan.

Memula aku tengok ada friend request dari dia, aku ingat dia buat facebook baru, so aku approve je la. But then, a few days later, aku tengok dia up status cakap ada orang yang berhati jahat buat dia macam ni, macam ni, dan aku pun bagitahu dia, aku baru je approve facebook dia yang satu lagi and dia terus PM aku, mintak link.

Aku bagi link tu but then dia tak boleh tengok. Jadi, si pemilik facebook palsu tu dah block kawan aku dari awal-awal lagi. Eeeeiii.. jahatkan manusia yang buat macam tu? Dengki apa entah dengan kawan aku. Oh ya, si pemilik facebook palsu itu just add lelaki je. Aku? Facebook aku kan gender male. Kakaka. Sebab tu si pemilik facebook palsu tu add aku. 

And macam mana kawan aku tahu ada orang buat facebook palsu dia? Abang ipar dia yang bagitau dia, cakap dia( si pemilik facebook palsu) sweet talk dengan abang ipar sendiri. Kakakaka. Kalau kau nak buat jahat pun, siasatlah dulu weh. Memalukan betul! 

Beberapa hari lepas tu, aku terima satu PM dari orang yang tak kenal. Actually not in my friend list at all. Nama? Orang tu tak guna nama sebenar. Yang aku pelik, first PM, dia terus cakap kawan aku tu saja je nak buat kepochi dengan penyebaran facebook palsu. Maksudnya di sini, kawan aku yang create FB palsu tu. Aku dalam hati, kejadah dia ni. AKu dah kenal kawan aku lama la. Dari zaman sekolah lagi. So, it’s impossible!

Orang tu siap cakap, kawan aku sesaje nak permainkan perasaan lelaki. Dan dia harap aku tak masuk dalam permainan kawan aku tu. Aku gelak je la. Sebab aku tak akan nak masuk, sebab aku perempuan, bukan lelaki. Facebook aku je aku tulis gender male, dengan nama pun macam lelaki. But reality is, aku memang perempuan. Jangan tanya aku kenapa aku buat gender male FB aku. Kakaka. Nama? If only aku boleh tukar kepada nama asal, but then tak boleh, aku dah guna habis options nama yang FB bagi dulu. Heee. Jadi, aku stay dengan nickname aku. Hurm.

Oh, orang tu, aku rasa dia perempuan. Dari cara dia reply chat, aku tahu dia perempuan. Mana ada lelaki nak chat dengan lelaki nak bagitahu hal macam ni lorh. Lelaki mostly macam biarkan saja. Chat chat dengan orang tu, last last aku bagitahu kawan aku, aku print screen our conversation, bagi kawan aku baca. 

Dan cerita tu senyap macam biasa. Last aku tahu, kawan aku buat report kat SKMM. Apa entah. And sebagai reward, aku dibelanja makan sebab jadi penyelamat. Kakaka





14 comments:

  1. kahkah aku gelak je...tetiba aku semangat je nak tahu next stiry dari ko :D
    kadang2 , orang expect kita ni lelaki pun , best jugak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. best! Aku pernah ada perempuan yang tak dikenali chat aku dan di akhir chat tu dia harap aku tak fikir bebukan. Fikir yang dia ada perasaan dengan aku. Heh. padahal dia yang chat aku memula. :3

      Delete
  2. hehehe aku tunggu yg seterusnya :)

    ReplyDelete
  3. wakakakakaka funny eh!! Sweet talk dgn abang ipar sendiri!!! Padan muka.

    ReplyDelete
  4. Agak2 la kan ...

    Memacam hal la fb

    ReplyDelete
  5. Manusia sekarang memang banyak yang fake. :3

    ReplyDelete
  6. bbuat report kat SKMM? apa tindakan yg diambil?

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.