Wednesday, October 9, 2013

Cerpen: Ros Hijau #End

Adrian menarik nafas sebelum memulas tombol pintu tersebut. Dipandang bunga kegemaran Edrina di tangannya, sekali lagi dia mengukirkan senyuman. Hatinya bukan kepalang gembira tatkala mendengar berita dari Anna yang mengatakan Edrina telah kembali sedar. Lantas dicarinya bunga kegemaran gadis itu. Walau itu mengambil masa satu hari.

Dia melangkah masuk dan melihat Anna sedang mengukirkan senyuman padanya. Dan Edrina… gadis itu sedang berdiri di jendela, memerhatikan titisan hujan di luar sana. Anna menggelengkan kepala padanya dan Adrian tahu maksud gelengan itu.

Dia bukan seperti dulu. Aku risau jika kamu akan terluka,” bisik Anna pada Adrian tatkala lelaki itu mahu mendekati adiknya.

Jangan risau, aku akan baik sahaja,” balas Adrian dengan senyuman.

Saat yang sudah lama dia tunggu sebenarnya,
 Anna hanya mampu mengukirkan senyuman tawar sahaja. Dia pasti Adrian akan terluka sekali lagi.

“Edrina… lihat siapa yang datang melawat kamu,” Anna bersuara sambil mendekati adiknya.

Edrina memalingkan wajah, memandang lelaki asing di hadapannya. Siapakah ini? Rasanya dia belum pernah melihat lelaki ini. Sahabat kakaknya kah?

 Adrian menarik nafas. Tidak semena-mena dia mengukirkan senyuman kepada gadis itu. Seperti dulu. Seperti kali pertama dia melihat gadis itu di taman. Perasaan yang sama di saat pertama kali bertentang mata dengan gadis bermata coklat itu.

Ini siapa?” Soal Edrina pada Anna. Anna hanya mengukirkan senyuman.

“Kawan kamu kah , Anna?” Soal Edrina sekali lagi. Anna menggelengkan kepala
.
Kawan kamu,sayang,” Ujar Anna.

Edrina memandang kakaknya dengan hairan sebelum kembali memandang lelaki asing di hadapannya. Sahabatnya? Ah… tapi kenapa dia langsung tidak ingat?

“Maaf bertanya, kamu siapa? Sesetengah memori aku hilang. Jadi, kalau kamu tidak keberatan, boleh aku tahu kamu ini siapa?” Soal Edrina pada Adrian.

“Adrian nama aku. Aku….” Adrian berhenti bersuara. Tidak tahu apa yang harus diperkenalkan siapa dirinya pada gadis di hadapannya ini. Dia sedar Anna sedang mengukirkan senyuman padanya. Seolah-olah memberinya semangat.

“Ini untuk kamu,” sambung Adrian sambil menghulurkan jambangan Bunga di tangannya kepada Edrina. Ah… dia tiada keberanian untuk luahkan hal yang sebenar.

“Bunga?” Edrina bersuara. Diambilnya bunga sebelum mengukirkan senyuman. Cantik! Desis hatinya.

Adrian mengukirkan senyuman. Dia tersenyum melihat senyuman gadis itu. Senyuman yang dinantikannya untuk tiga tahun itu.

“Tapi kenapa kamu beri aku bunga? Aku tak suka bunga hal yang sebenarnya,” Edrina bersuara sekali lagi.

“Kamu suka bunga. Itu hal sebenarnya,” balas Adrian.

“Tak!” Edrina menggelengkan kepalanya. “Seingat aku, aku tak suka bunga. Lelaki yang pernah aku suka dulu, tak suka bunga. Jadi, tak mungkin aku akan suka bunga. Aku suka apa yang dia suka. Dan tak suka apa yang dia tak suka.”

Adrian menelan air liur. Lelaki? Lelaki mana yang Edrina katakan ini? Ada lelaki lainkah dalam hidup gadis itu? Diperhatinya gerak geri Edrina. 

“Aku beritahu kamu sesuatu. Kita jumpa di luar nanti,” bisik Anna pada Adrian sebelum melangkah ke arah Edrina.

Adrian menganggukkan kepala sebelum melangkah keluar dari bilik tersebut. 5 minit kemudian, Anna keluar dan wanita itu menceritakan segalanya. Siapa lelaki yang disebut oleh Edrina itu tadi dan apa yang terjadi pada memori Edrina yang sebenarnya.

Jadi, kamu mahu katakan yang Edrina itu hanya punya memori setakat apa yang terjadi lima tahun yang lalu? Dia langsung tidak ingat apa yang berlaku empat tahun yang lalu?”Soal Adrian.

Anna menganggukkan kepala. “Dia langsung tidak ingat kamu. Aku bertanya perihal kamu padanya dan dia gelengkan kepala. Dan dia selalu sebut nama lelaki itu.”

Siapa lelaki itu?”

Seseorang yang dia pernah suka. Seperti kamu, cinta satu pihak. Cuma yang paling dia terluka, lelaki itu adalah lelaki yang dibencinya satu ketika dulu.

“Jadi, bagaimana dia jatuh cinta pada lelaki yang dibencinya dulu?”

PErnah dengar jangan terlampau membenci, nanti akan jatuh cinta satu hari nanti? Itu yang terjadi pada Edrina. Karma. Dia terima balasannya akibat membenci lelaki itu.”

Dan lelaki itu tidak suka bunga?”

Anna menganggukkan kepala. “ Edrina suka bunga. Itu hal sebenarnya. Dia pernah membenci bunga disebabkan lelaki itu.  Berpura-pura menyukai apa yang lelaki itu suka padahal itulah yang dibencinya. Katanya, jika dia menyukai apa yang lelaki itu suka, tentunya dia akan hilang perasaan pada lelaki itu.”

“Dan lelaki itu tahu akan perasaannya?”Soal Adrian lagi.

Anna menggelengkan kepala. “Tidak pernah terluah.”

Dia juga pernah terluka seperti kamu.
Boleh aku tahu siapa lelaki itu?”

Sekali lagi Anna menggelengkan kepala. “Aku rasa cukup sahaja kamu tahu setakat itu. Cukup sahaja kamu tahu Edrina kini tiada lagi perasaan pada lelaki itu. Cukup sahaja kamu tahu yang Edrina pernah membenci bunga satu ketika dulu sebab bunga akan buatkan Edrina teringat pada lelaki itu.”

Adrian menarik nafas. Akhirnya dia faham mengapa Edrina memperlakukan bunga-bunga darinya dulu. Bukan hanya disebabkan mahu melihat dirinya membawa bunga lagi tapi juga disebabkan seorang lelaki. Bunga itu membuatkan Edrina teringat akan lelaki itu. Memang sakit cinta satu pihak, apatah lagi yang dicintai itu adalah manusia yang dibenci.

“Dan Edrina masih sukakan bunga?” Soal Adrian lagi.

Anna menganggukkan kepala. “Kamu masih ingat apa yang aku ceritakan pada kamu tiga tahun yang lepas? Itulah perihal yang sebenarnya. Dia kembali menyukai bunga dan di saat itulah kamu muncul dan luahkan perasaan padanya. Kedengaran seperti keajaiban. Kamu pulihkan dirinya.”

Adrian mengukirkan senyuman. Akhirnya dia kembali melangkah ke bilik dan menyedari Edrina sedang menantinya.

Aku serahkan kembali bunga ini pada kamu,” ujar Edrina sambil menghulur kembali bunga tersebut pada Adrian.

“KEnapa?”

Sebab aku tak layak terima bunga dari kamu. Ada gadis lain yang lebih layak untuk terima bunga ini.”

Adrian mengeluh. Tiba tiba sahaja dia kecewa. Sekali lagi. “Jika aku katakan aku punya perasaan pada kamu, mahukah kamu percaya, mahukah kamu terima perasaan aku ini?”

Gelengan Edrina membuatkan Adrian kecewa sekali lagi.

“Kenapa?”

“Sebab hati aku ini sudah punya seseorang. Dia akan muncul satu hari nanti dan aku akan terus tunggu dia. Maaf. Aku terpaksa kecewakan kamu.”

Boleh aku tahu siapa yang kamu sedang tunggu?”

“Entah. Saat aku sedar, aku tahu hati aku sedang menunggu seseorang dan aku pasti bukan kamu yang aku tunggu.”

Adrian menganggukkan kepala tanda faham. Hatinya makin kecewa. “Lelaki yang kamu pernah suka?”

Mungkin. Walaupun Anna katakan yang aku tidak lagi suka pada lelaki itu. Aku tahu Anna berbohong.” Ujar Edrina sambil menjeling kepada Anna yang sedang berdiri di sebelahnya. Wanita itu hanya mengukirkan senyuman sahaja.

Keluhan bernada kecewa dilepaskan Adrian. “Aku pergi dulu. Jaga diri.”

Dia kecewa sebenarnya.

“Adrian…” panggil Anna ketika Adrian melangkah ke arah pintu.

“Aku menyerah kalah. Sepatutnya aku tahu yang Edrina tak akan pernah suka aku. Hatinya sudah punya lelaki lain. Jadi, bagaimana aku mahu tawan hatinya lagi jika memang tidak pernah ada ruang di hatinya untuk aku.”

“Aku ingat kamu seorang yang tidak mudah menyerah kalah…” ujar Anna simpati.

Memang. Menjadi seorang lelaki, yang paling sukar adalah menawan hati gadis yang dicintainya. Dan dalam situasi aku ini, gadis itu adalah Edrina. Jaga Edrina untuk aku,” ujar Adrian sebelum berlalu pergi.

Dan Anna hanya memerhatikan saja kelibat Adrian hilang dari pandangan sebelum matanya kembali memandang Edrina yang sedang memerhatikan hujan di jendela. Jambangan ros hijau dibiarkan sahaja di lantai. Ah… dia harap Edrina akan segera pulih!

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Beberapa bulan kemudian….

Adrian mengeluh sekali lagi. Dia cuba melupakan Edrina, tapi tak mampu. Setiap kali melintasi kedai bunga, Edrina akan terlintas di fikirkannya dan sekarang dia berada di bangku taman tempat dia lihat Edrina melukis satu ketika dulu. Ah… dia rindu gadis itu.

Hai!” kedengaran suara gadis menyapanya. Dia mendongak, memandang empunya suara tesebut. Adrian menelan air liur.

“Boleh aku ganggu masa kamu?” soal Edrina. Senyuman terukir di bibirnya tatkala Adrian menganggukkan kepala.

Ini untuk kamu,” Tiba-tiba sahaja Edrina menghulurkan sejambak Ros Hijau kepada Adrian.

Untuk kamu. 
“Ini untuk?” Soal Adrian hairan.

Entah. Aku pun tak tahu kenapa aku mahu serahkan Ros Hijau ini pada kamu. Ia seperti satu keajaiban hari ini. Aku singgah di kedai bunga dan aku beli  bunga ini dan aku melalui taman ini, dan aku lihat kamu di sini. Dan tiba-tiba saja aku mahu serahkan bunga ini pada kamu. Ajaib bukan?

Adrian memandang Edrina dengan hairan. “Tapi kamu tak kenal aku.”

“Ya. Aku memang tak kenal kamu. Tidak ingat siapa kamu, tapi aku mahu kenal kamu dengan lebih mendalam. Boleh?”

Ros Hijau…” Adrian bersuara kembali.

Kegemaran aku,” celah Edrina. Adrian memandang gadis di hadapannya dengan hairan. Adakah gadid ini sudah pulih ingatannya?

Kamu… ingat aku hal yang sebenarnya?”

Edrina menggelengkan kepala. Dan itu mengecewakan Adrian.

Tapi aku tahu kamu tentunya seseorang yang punya maksud bagi aku,” Edrina kembali bersuara.

Maksud kamu?” Soal Adrian lagi.

“Bila wajah kamu berada di sini,” balas Edrina sebelum mengeluarkan sketchbook miliknya.

Adrian menelan air liur. perlahan-lahan dia mengukirkan senyuman.

Anna ceritakan semuanya pada aku. Jadi, boleh aku mahu dengar cerita dari kamu pula?”

Cerita apa?” Soal Adrian hairan.

Cerita siapa kamu dan siapa aku pada kamu, boleh?” Ujar Edrina dengan senyuman. Dia lihat Adrian berdiri menghadapnya, memandangnya tanpa sepatah kata. Sangkaannya, lelaki itu mahu beredar, meninggalkannya. Mungkin sahaja Adrian menganggap dirinya gila. Ah… dia hampir kecewa.

“Biar aku ceritakan dalam perjalanan hantar kamu pulang, boleh?” Tiba-tiba sahaja Adrian bersuara dengan senyuman sambil tangannya dihulurkan kepada Edrina.

“Baik!” balas Edrina dengan gembira sebelum menyambut tangan Adrian dan mereka berpegangan tangan sambil berbual sehingga Edrina selamat tiba di rumah.

Habis!
And they live happily ever after. :)

Tuan empunya blog: Ini 5 muka surat. Aku sepatutnya dah lama publish ini. Tapi ada sesuatu yang halang aku dari buat sedemikian. Jadi bacalah cerpen aku yang terakhir sehingga aku mampu menulis kembali. Jaga diri. 




*Autopublish*









9 comments:

  1. Aku ingatkan kau takkan buat endingnya. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama tulis tapi aku terpaksa simpan atas sebab sebab peribadi. :(

      Delete
  2. happy ending ? huh jiwa aku turut koma bersama kamu barangkali .
    tiada rasa apa2 . mana pergi perasaan happy ini ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama! Aku tulis ini dengan tiada jiwa. :(

      *peluk kau*

      Delete
  3. at least ianya berakhir dengan happy ending..tq reen

    ReplyDelete
  4. okey... adrian dan edrina kembali bersama.. ini mengingatkan aku pada cerita movie kisah benar

    the vow..

    aku suka cerita itu dan cerita ini juga.

    ReplyDelete
  5. Ala-ala drama Cinta Qaseh yg pernah main kat TV 3 x lama dlu... Sweet jalan cerita kau ni.... Real... Dan.. Aku suka cara kau sudahkan jalan ceritanya...

    Kalaulah jalan cerita aku berkesudahan mcm ni kan indahhh...

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.