Sunday, September 8, 2013

McD punya cerita.

Ini gambar Picnic bulan 5 hari tu. :D

Setiap kali aku pergi McD, sah-sah Ayam Goreng McD Spicy tak ada. Errr bukan tak ada. Ada, but aku kena tunggu 30 minit. Jeling jeling jam tangan, aku kejar masa. Last-last order Big Mac dengan McFlurry Orea macam biasa. Oh, ayam goreng McD, kenapa awak buat saya macam ni?

Aku pun tak tahu kenapa aku macam craving gila ayam McD Spicy. Yaaa... aku tahu KFC ada. But still, aku nak McD, Muahahaha. Adakah sebab aku pergi waktu tamatnya office hour? Aku habis kerja 5.30 wooo. Dan dan dan sampai rumah dalam 6.30. Itupun kalau tak jammed teruk. Haaa

Jadi ada satu weekend hari tu, aku g lagi McD, kali ni different branch.Kali ini aku pergi dengan kawan aku. Ada ada... tapi entah macam mana, staff kat situ boleh salah hantar. Dahlah suruh aku tunggu nak dekat 1 jam. Lepas tu boleh lak pergi hantar pesanan yang salah. Aku minta Spicy, dia boleh bagi Original punya. Lepas tu, bila mintak tukar tak boleh. Hey... padahal aku cubit sedikit. Nasib baik harga sama, Kalau tak, memang aku mengamuk terus kat situ. Haih! Sabar je lah aku hari itu. Kecewa tahu!

Dan pernah, sebab terlampau nak sangat makan ayam Goreng McD, aku akhirnya pergi KFC, sebab KFC dekat gila dengan rumah compare dengan McD.So, order Snack Plate + Cheezy Wedges (menu sama aku) dan aku pilih satu tempat. Duduk dan makan.

Tapi sesungguhnya aku rasa macam tak selesa. Sebab orang dalam tu pandang aku semacam. Yeelah, aku g makan sengsorang sambil bertemankan sebuah buku. Yang lenlaen sume berdating. Dowh. But aku ignore selagi aku mampu.But then yeelah, ayam KFC tak bagi kepuasan yang sama macam aku makan Ayam Goreng McD. Dalam bahasa ekonomi, utiliti. Muahaha., 

Ah... aku nak cerita pasal Ayam Goreng McD yang aku dah lama mengidam before puasa lagi, tetiba lak melalut ke cerita benda lain. Oh, okeylah, Setakat itu sahaja liputan dari Reenapple hari ini. Tata *lambai tangan*


Tuan empunya blog: Korang tak boikot McD kan? Kalau tak, aku ajak pergi makan dengan aku. Nak?

9 comments:

  1. Nak weh haha belanja belanja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboih... ada aku cakap nak belanja? Kakakakaka :P

      Delete
  2. Punyalah mengidam sangat dekat ayam spicy mcd ni. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe. Dah masuk 3 bulan mengidam, tak dapat dapat lagi. Hmm :(

      Delete
  3. Aku pun sama..selalu makan sorng2.org pandang mcm aku forever alone jer..hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe. Tapi aku bukannya forever alone sangat. AKu bawak je 'hantu' aku . Kakakaka

      Delete
  4. Replies
    1. Saya dedua saya suka tapi McD sayang lebih. Haha :D

      Delete
  5. owh mannn~ Kau buat aku mengidam pulak nak mkn Mcd. Tapi utk McD, aku lebih prefer the burherrr ! Yeahhh, selalu klw aku nak pergi beli burger kt Mcd, agak mengambil masa, sbb semuaaaaanya aku suka dan rase nak beli...hahaha...

    apekah manusia2 yg jeling2 kau tu, salah ke kite g makan sorg2 sambil bace buku..apa lahh~ haha

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.