Friday, September 6, 2013

Kistot #28: Cerita


Di satu  malam…

“Abang... bacakan adik satu cerita?” pinta adik pada abangnya.

“Cerita apa?” Soal abang.

“Cerita yang selalu ibu ceritakan pada adik. Boleh?”

“Kenapa tidak minta ibu ceritakan sahaja pada adik?’

“Ibu dah tak muncul. Sebab adik bukan lagi anak kecil.” Balas adik dengan muram dan abang hanya mengukirkan senyuman.

“Dunia ibu tak sama dengan dunia adik.” Abang memujuk adik.

“Dunia abang pun… tapi kenapa abang masih ada di sini, berbual-bual dengan adik?”

Abang mengukirkan senyuman. “Sebab abang belum mati lagi.”

Adik hanya mengukirkan senyuman tawar sahaja.

“Apa kata adik suruh dia bacakan adik cerita?” Abang kembali bersuara.

“Dia? Siapa?” Soal adik hairan.

Siapa yang adik mahu tunggu?” Balas abang dengan senyuman.

“Tapi dia dah mati…” ujar adik dengan muram lagi.

“Abang belum jumpa lagi dia ‘di sana'," abang mencelah sambil tersenyum.

“Tapi dia akan ke sana juga bukan?”

Abang hanya mengukirkan senyuman sekali lagi sebelum menghilangkan diri. Membiarkan adik tertanya-tanya. Seperti selalu.


Habis!


8 comments:

  1. Replies
    1. Memang perangai abang macam tu. Tapi dia akan muncul kembali. :)

      Delete
  2. abang kecewakan adik...

    sentuhan ni sedikit mistik... mcm cerita di alam yg satu lagi tu... hmmm... menarik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang tak kecewakan adik. Cuma ada perkara-perkara yang adik tak patut tahu. :)

      Terima kasih sudi baca

      Delete
  3. Abg dia tu hantu yg teman budk tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak. Abang dia bukan hantu. Cuma tinggal di dunia yang tak sama dengan adik dia.

      Delete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.